| tahniah mb dr zambry kerana kembalikan "rakyat" kepada BN. Ini kerana sebelum dirompak oleh si boneka anuar tu kita telah ada berzaman dah "tradisi BN membela rakyat." semoga "institusi rakyat" dan "pusat maklumat rakyat" akan berjalan seiring dengan konsep kebajikan rakyat iaitu "tradisi membela rakyat." nak ke pusat maklumat rakyat.. klik ke http://pmr.penerangan.gov.my/ baca ni dari malaysiakini...... Zambry mahu pulih kepercayaan rakyat |
| Feb 12, 09 11:04am |
| Kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak dalam pilihanraya umum tahun lalu akan dijadikan sebagai suatu |
Thursday, February 12, 2009
PILLAR RAKYAT ADALAH PILLAR ASAL BN
CIK GU LI DAN 3 PILLAR PENYATUAN MELAYU

RAUDAH AL-MUTAHHARAH
merupakan satu ruang dlm masjid nabawi yg mane rasulullah and sahabat selalu beribadat,juga tempat turun wahyu and dikatakan salah satu ‘taman syurga’…also salah satu tempat dimakbulkan doa
Ada satu sabda nabi yang masyhur: “satu ruang yang terletak di antara rumahku dan mimbarku adalah taman dari taman2 syurga.dan mimbarku terletak di atas kolamku.”(muttafaqun alaih)
Langsung leps beribadat di raudah boleh lah terus melawat maqam rasulullah dan dua sahabat baginda(saidina abu bakar dan saidina umar)
RAUDAH AL-MUTAHHARAH....SEMUA KITA RINDU KE SINI. AKU DAH BEBERAPA KALI SUJUD DI SINI DAN AKAN TETAP IMPIKAN SEBILANG MASA.......
INILAH PILLAR AZALI KITA. BETUL TAK CIK GU LI? CIK GU PILLAR?
YA... SEMALAM 11 FEBUARI SEHARIAN KITA BERSAMA BINCANG PASAL PILLAR POLITIK MELAYU..... APA PILLARNYA? 3 KAN????? RAJA, ISLAM DAN MELAYU = RIM.
RIM INI JUGALAH PAPER YANG AKU BENTANG DI SEMINAR BANGSA MALAYSIA DI SEBUAH CENTRE PEMIKIRAN POLITIK MALAYSIA DULU... YA BAGAIMANA KITA IMPLIKASIKAN SEJARAH YANG STRATEGIK UNTUK MENYATUPADUKAN TENAGA, MASA, PEMIKIRAN DAN HARTA BENDA MELAYU... SATU KEKUATAN IAITU AGENDA ATAU PILLAR MELAYU!!!!!!!
INILAH PASALNYA....
SEBAGAI PAKAR DAN ORANG YANG DIDIDIK DALAM PEMIKIRAN STRATEGIK BERASASKAN DISIPLIN SEJARAH MAKA AKU NAK TANYALAH BRO DAN ADEK2 SEMUA... KAU ORANG TAHU TAK SEJARAH MELAYU BERSATU PERTAMA KALI DALAM DUNIA NI SEJAK ALLAH JADIKANNYA?TAHUNNYA IALAH 1046 BILA MELAYU TOLAK "MALAYAN UNION" YANG NAK BUAT NEGARA DAN JADIKAN KITA SEMUA NI "BANGKAI HAMBA TEBUSAN BERNYAWA" DI BUMI MELAYU. MAKA ORANG YANG SATUKAN KITA ADALAH DATUK ONN JAAFAR!!!
KITA BERSATU DAN BERSEPADU ATAS TIGA TUKU@PILLAR:
1. RAJA MELAYU
2. ISLAM SEBAGAI AGAMA KITA
3. MELAYU SEBAGAI BANGSA PENYATUAN
MAKA DALAM PILIHANRAYA KECIL YANG AKAN DIADAKAN BERBANYAK KALI LAGI NI KERANA ALLAH NAK UJI KITA. INGAT TAK DULU KU LI DAN SEMANGAT 46 SERTA GAGASAN RAKYAT MALAYSIANYA YANG ANUAR IBRAHIM TIRU MASA INI.... PUNYA BANYAK PR KECIL SECARA TIBA2 JUGAK.....TERMASUKLAH PR KECIL KIJAL YANG MAT SAID MB TRG KALAHKAN TOK MAT SHABERRY MENPEN TUUU...
LAMA2 TAK TAHAN DAULAT DAN STEMINA S46 DULU. MAKLUMLAH DALAM ART OF WAR... ASKAR KITA ASYIK DIJANJIKAN SYURGA DUNIA DAN MENANG PERANG... TAPI TAK JUGA TERJADI. LAMA2 MAKA ASKAR KITA FEDUP DAN TAK ADA STEMINA SERTA MOTIVASI LAGI NAK BERPERANG....MAKA S46 BUBAR MASUK UMNO. MAKA PKR NI MACAM TU LAH......ANUAR MASUK UMNO??????
ORANG MELAYU NI AKAN BERSATU DAN BERPADU DALAM SEJARAHNYA HANYA DENGAN TIGA TUKU@PILLAR YANG SAYA SEBUT TU...
IAITU: RIM = RAJA, ISLAM DAN MELAYU!!!!
MAKA INI ANUAR, KARPAL, HADI, KIT SIANG DAN NIK AZIZ KENA INGAT!
BACA INI DARI http://www.apanama2020.blogspot.com/
SUPAYA AWAK TAK BERAK KAPOR ATAU MASUK ANGIN KELUAR ASAP....KATA P. RAMLEE
PILLAR TU PEGANGAN ATAU ANUTAN KITA KAN? ISLAM DAN TALI ALLAH LAH PILLAR KITA. MAKA HARAMLAH KITA BERBALAH DAN BERCERAI BERAI... JADI BONEKA ATAU WAYANG KAPIR HARBI DAP PULAK?????
DOK GITU CIK GU LI PILLAR?????
Monday, February 9, 2009
DESTINY.

Watch your thoughts; they become words.
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits; they become character.
Watch your character; it becomes your DESTINY.
p/s received these Words of Wisdom from a 'Lovely Soul' and just thought of sharing it with you guys. Read and think about it ... it makes perfect sense!
Wednesday, February 11, 2009
PAS MAIN EMOSI PERSEPSI RAKYAT
DARI BLOG
http://lahabau.blogspot.comKESIANNYA DOK BACA BLOG DAN SMS SERTA LAPORAN DEMI LAPORAN YANG NAK MURNIKAN ISU MORAL BEKAS YB BKT SELAMBAU NIIII!!!!!!!
MAKA TOK GURU DAN TOK ALIM PAS PUN MACAM MEREKA BELA ANUAR LAH TERUS CARI APA AYAT ATAU TAGLINE SEBAB NAK COVERLINE NI.
POKOKNYA IMEJ KERAJAAN ISLAM YANG HALAL LAGI MAKSUM DI KEDAH TU TAK TERCEMAR. MAKA SEMUA DITELANLAH TERMASUKLAH PERKARA YANG DIBANGKITKAN BLOG LAHABAU NI. JALAN KELUAR MAKA PAS PUN CUBA FITNAHKAN UMNO KERANA BUAT KONSPIRASI KONONNYA. KONSPIRASI UNTUK APA JADAHNYA???
SIAPA YANG GILAKAN DAN GEMAR MAIN PERSEPSI TEORI KONSPIRASI NI?
DULU DI KELANTAN ADA ISU MAT SABU - AKOK NORMA DI HOTEL PERDANA KB PUN COVERLINE JUGAK PAKAI TAGLINE KONSPIRASI UMNO BUAT..!!!!
UNTUK MENANG PR KECIL BKT SELAMBAU NI MAKA FIKIRKANLAH SENDIRI AKAN AYAT COVERLINE PAS NI. SEMUA YANG DIBUAT OLEH BEKAS YB NI HALAL DAN SEMPURNA HUKUMNYA... HANYA HARAM DAN JAHAT UMNO LAH?????? TAK PASAL2 UMNO PULAK YANG KENA GETAH. SAPA MAKAN DAN SYOK MAKAN NANGKA TUUUUU... SAMPAI KELUAR ANAK LAH!!!!!!
JANGANLAH MACAM TU SEBAB ISLAM KATA "BERKATA BENARLAH WALAUPUN PAHIT..."
WAHAI USTAZ DAN TOK GURU... MARILAH MENANG PR DENGAN CARA ISLAM IAITU BUKAN MAIN FITNAH DAN TAHIKAN UMNO.... BERDOSA BESAR TU FITNAHKAN SAUDARA SEISLAM.
BACA NI DARI LAHABAU.......
Wednesday, February 11, 2009
Jangan Beri Alasan Ditawar RM5 juta, Diugut & Kereta Disimbah Cat
Seminggu selepas penduduk menyerah memorandum kepada Tuanku Sultan Kedah mengadu perangai buruk ADUN mereka yang tidak bermoral bersekedudukan sehingga melahirkan seorang anak luar nikah, ADUN Bukit Selambau V. Arumugam meletakkan jawatan Exco dan ADUN.
Tuesday, February 10, 2009
SOALAN UNTUK YB DS NIZAR....
BETULKAH BAHAWA???????????
Mohd Nizar Jamaluddin akan dikenang sebagai Menteri Besar Perak yang telah :
1. Menderhaka kepada Rajanya.
2. Menjadi BONEKA kepada DAP (Ngeh & Nga)
3. Angka 999 akan terus menghiris hati Raja & Rakyat Negeri Perak.
4. Menandatangani 'Perjanjian Pangkor 2' dengan DAP yang menguasai Kerajaan.
5. Tidak menerima bahawa dirinya bukan Menteri Besar lagi.
Namun begitu, bagi betulkah bahawasanya Mohd Nizar iaitu bekas MB gian dan mengiankan ini sememangnya tidak layak menjadi Menteri Besar Perak pun. Sebabnya :
1. Beliau tiada pendirian dalam menegakkan perjuangan partinya PAS yang sering melaungkan Islam kerana bersetuju menandatangani 'Perjanjian Pangkor 2' yang berkehendakkan Nizar tidak boleh samasekali menyebut Perak adalah Kerajaan Islam selain isu Hudud.
2. Beliau sanggup membelakangkan perasaan Raja dan Rakyat Melayu Perak dengan isu angka 999 dan berkaitan dengan tanah dan seumpama dengannya.
3. Beliau adalah seorang yang sombong kerana tidak tahu bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang telah membantu diri dan keluarganya sehingga berjaya.
Sunday, February 8, 2009
Saturday, February 7, 2009
BN PERAK IKUT PERLEMBAGAAN

TULISAN INI DIHARAP DAPAT DIBACA UNTUK JELASKAN POSTING PAK OTAI TU. BOLEH BACA SEPENUHNYA DI
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.
Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan
Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.
Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.
Hung Parliament
“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.
3 ADUN Sudah jumpa Sultan
Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?
Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.
Perjanjian Yang Tidak Sah.
Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.
Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”
Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?
Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.
Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?
Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.
Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.
Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!
Siddiq Azani,
Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.



tak sanggup aku nak siar ngok dan ngek yang bodoh dan membodohkan bila komen tibai aku. sebenarnya siapa yang laksanakan dasar lanun dengan kerajaan boneka dap selama 10 bulan lalu?
APA LANUNNYA?
NIZAR JADI MB … SULTAN LANTIK WALAUPUN DAP LEBIH MAJORITI.
BN + 3 BEBAS = 31 ORANG DAH MAJORITI… MAKA BN LAH JADI MB.MB NI PUN SULTAN PERAK LANTIK JUGAK BUKAN SENDIRI LANTIK... NGOK DAN NGEKK...
TAK TAU SIPIR KE WOOOKKK DAN NGEK?
February 8, 2009 2:26 PM