Saturday, February 14, 2009

BOMJANGKA SANDIWARA PERSEPSI RAKYAT AKAN MELETUP

(KES MASUK MELAYU ATAU MELAYU MASUK YANG KLASIK MAKA WAJIB ADAKAN PR KECIL. KALAU MENANG APA HUKUMNYA WAHAI PAS? SEBELUM YB IBRAHIM ALI DICABAR MAKA FATWAKAN INI DULU...........KALAU FATWA POLTIK... TAU DAH!!!!!!!!!!)

YB IBRAHIM ALI, BEBAS PASIR MAS AKU HARAP JANGAN LETAK JAWATAN DULU SEBAB MASA DAN TEKNIKALNYA TIDAK TEPAT.

MENGAPA AKU KATA GITU?

1. KES DAN ISU ELI YANG BEGITU KONTROVERSI MASIH TAK DAPAT APA2 AMARAN DARI SPEAKER SELANGOR. NI KES SEKS DAN SALAHLAKU KAN ATAU SALAH TAK LAKU??? PATUT ELI LETAK JAWATAN DAN PR KECIL SEBAB NAK TENGOK MORAL SOKONGAN RAKYAT. KALAU MENANG JUGAK... APA HUKUM PAS???

2. KES MB SELANGOR DAN TUDUHAN KATA SURUHANJAYA RASUAH BIAS. ITU SERIOUS MAKA SPEAKER SELANGOR KENA SIASAT JUGAK. PATUT PR KECIL JUGAK SEBAB MB SEPATUTNYA TAK LEH ADA KUASA EKSEKUTIF LAGI SEBAB DALAM SIASATAN.

3. KES PENDERHAKAAN TERHADAP KDYMM SULTAN PERAK OLEH GENG PAKATAN ROYAK... SPEAKER DIAM SAHAJA... PATUT YB PAKATAN ROYAK LETAK JAWATAN DAN MINTA MANDAT RAKYAT... NAK TAHU RAKYAT SETUJU TAK PENDERHAKAAN MEREKA TUUUU???

4. KES MINTA YB IBRAHIM ALI LETAK JAWATAN OLEH MB KELANTAN? APA SPEAKER BUAT? INI KES LUAR MUSIM SEBAB YB IBRAHIM MENANG PR UMUM. MAKA TUNGGU PR UMUM AKAN DATANGLAH BARU KITA TAHU. MAKA TAK ADA KENA MENGENA DENGAN KUASA MB DAN SPEAKER KELANTAN!!! PATUT SPEAKER PAU MB SEBAB CAMPUR BENDA YANG DIA TAK ADA SKOP KUASA... ITU PARLIMEN LAH TOK GURU!!!

5. KES DULU BILA PAS MASUK BN DI KELANTAN. BILA PAS KELUAR BN MAKA YB PAS TAK LETAK JAWATAN PUN WALAUPUN MEREKA MENANG PR TU KERANA BERGABUNG DENGAN BN. PAS HARAM MAKAN SORANG TAPI HALAL KALAU MU BAGI DUA DENGAN AKU... AKU SAPO... PAS LAH!!!

6. KES BILA SEMANGAT 46 DINYAH DARI ANGKATAN PERPADUAN UMMAH YANG DITUBUH DENGAN PAS UNTUK JATUHKAN BN DI KELANTAN TAHUN 1990. SEMUA ORANG TAHU PAS MAKAN SORANG LEPAS TU. PAS DAN S 46 MENANG KERANA KERJASAMA TAPI BILA S46 TERSINGKIR.... SEMUA YB PAS TAK LETAK JAWATAN BERTANDING NAK BUKTIKAN MEREKA MENANG BUKAN KERANA S 46. LAGI SEKALI PENGILAT... TOK HIM TAHU CERITA YAHARAMU MAKAN SORANG DAN WAHALALUN KALAU MUNG BAGI DUA DENGAN PAS. SEBAB TU HALAL KONGSI DENGAN DAP DAN PKR.... TUNGGULAH BERCERAI PULAK NI!!!!!!!!!

DARI MENIMBANG KES DI ATAS MAKA AMAT KEJI PAS SURUH YB IBRAHIM LETAK JAWATAN BAGI BUKTI YANG ORANG PASIR MAS UNDI DIA BUKAN KERANA PAS. TAHUN 2008 TU KAN KERJASAMA BEBAS PASIR MAS DENGAN PAS PASIR MAS MAKA ITULAH PERKAHWINAN POLITIK NAMANYA.

JELASLAH PAS YANG DAH BANYAK KALI KAWIN... DULU BN, LEPAS TU S 46 DAN BEBAS DAN PAKATAN RAKYAT PULAK.... KAWIN APA TAK TAHULAH SEBAB ADA PKR DAN DAP BERSAMA2. SEMUANYA NI ATAS DASAR NAK BUAT ISLAM DAN HUDUD...... TAPI ADA YANG TAK JAWI DAN TAK MASUK "MELAYU" PUN.

TAPI SEKARANG SANDIWARA PERSEPSI RAKYAT SEDANG DIUJI ALLAH SWT DAN DIHAKIMI RAKYAT. MAKA KITA LIHATLAH EPISOD SANDIWARA PAS DENGAN YB IBRAHIM ALI SETERUSNYA.....

NOTA: HAKIKATNYA PERKAWINAN TANPA NIKAH ADALAH HARAM... BERSEKEDUDUKKAN... UGAMA PUN TAK TUKAR. SEBAB PKR DAN DAP TAK MASUK ISLAM ATAUPUN ORANG KELANTAN CAKAP "MASUK MELAYU".......

APA SUDAHNYA...??? LAYAN TULISAN BERNAMA NI.....

14 Februari, 2009 10:10 AM

Pakatan DAP, PAS Dan PKR Di Ambang Perpecahan?

Oleh Ahmad Fuad Yahya dan Syed Azwan Syed Ali

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Belumpun sampai setahun pakatan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mentadbir kerajaan di empat buah negeri, pemimpinnya sudah menampakkan ketidaksepakatan yang jelas antara sesama sendiri.

Hubungan antara DAP dan PAS sudah lama dibayangi isu pelaksanaan undang-undang hudud yang dilaungkan PAS apabila DAP bertegas dengan pendiriannya menolak rancangan PAS manakala PKR mengambil jalan tengah.

Kini, timbul perbezaan pendapat antara Pengerusi DAP Karpal Singh dengan ketua umum pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendirian Karpal Singh mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, berhubung krisis politik negeri Perak, yang tidak dipersetujui oleh Anwar.

Karpal Singh pada satu sidang akhbar Ahad lepas naik angin dan meminta Anwar bertaubat serta mengundur diri daripada menerajui pakatan itu kerana mempromosikan politik lompat parti mengakibatkan pakatan itu kehilangan kuasa di Perak.

Veteran DAP yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor itu menghamburkan kekesalan terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan penasihat parti itu Lim Kit Siang kerana menyokong budaya politik Anwar.

Bagaimanapun sesetengah pemerhati politik menganggap apa yang berlaku sebagai sandiwara politik pakatan untuk memberi gambaran tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak merupakan tindakan peribadi veteran DAP itu dan bukannya agenda pakatan pembangkang.

Mohammad Nizar apabila diminta mengulas rancangan Karpal Singh, berkata ia terpulang kepada Pengerusi DAP sendiri dan beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

Semalam, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah dan memohon mahkamah mengeluarkan perintah deklarasi bahawa Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas, tidak berhak memegang jawatan itu.

Apa yang nyata ialah kenyataan Karpal Singh menonjolkan peranan Anwar sebagai penggerak di sebalik keributan politik dalam negara sekarang.

Kegawatan politik Perak yang berterusan dengan tindakan undang-undang oleh Mohammad Nizar dan DAP, mengalih perhatian orang ramai daripada hakikat bahawa Anwar yang mencetuskan krisis politik itu.

Sebaik sahaja selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lepas, Anwar mencanangkan kononnya pakatan ketiga-tiga parti akan membentuk kerajaan persekutuan pada 16 Sept lepas kerana kononnya ada 31 daripada 140 anggota Parlimen BN bersedia untuk melompat keluar parti bagi memberi majoriti mudah kepada Pakatan yang mempunyai 81.

Sebaliknya, cara politik Anwar menikam diri apabila Pakatan kehilangan Kerajaan Negeri Perak ekoran empat anggota partinya bertindak keluar parti dan menyokong BN.

Kini barulah beberapa pemimpin pakatan itu termasuk Karpal Singh mula mempersoalkan kredibiliti Anwar selaku pemimpin gabungan parti berkenaan.

"Beliau (Anwar) nampaknya baling batu sembunyi tangan," kata penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussein ketika ditemubual TV3 mengulas tindakan Karpal Singh yang disifatkannya sebagai diperalatkan untuk mengalih isu sebenar krisis politik di Perak.

Namun Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, cuba mengelak isu itu diperbesar-besarkan dengan menyifatkannya sebagai pandangan peribadi Karpal Singh dan hubungan mereka berdua tidak terjejas.

Sama ada Anwar akan terus menjadi pemimpin yang diterima dalam pakatan DAP, PAS dan PKR serta menggunakan lompat parti sebagai alat politik belum jelas dan akan ditentukan oleh masa.

Buat masa ini, kesan pertukaran kerajaan di negeri Perak menimbulkan spekulasi beberapa Adun mereka di Kedah dan Selangor akan menyertai BN dan mereka dibayangi kemungkinan turut kehilangan kuasa di kedua-dua negeri berkenaan.

Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan kawasan DUN Bukit Selambau, Kedah diadakan serentak pada 7 April ini, menjadi ujian getir bagi kelangsungan pakatan dan kepimpinan Anwar.

Adakah mereka berjaya mempertahankan kedua-dua kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum lepas? Sekiranya keputusan memihak kepada BN, adakah desakan supaya Anwar berundur akan semakin meningkat?

-- BERNAMA

DAN SIAPA "MELAYU SIA-SIA" HAMPEHHHH

dARI http://www.agendadaily.com
Jangan biadap, titah Sultan Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, hari ini melahirkan perasaan amat kecewa dengan apa yang baginda sifatkan sebagai gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, berhubung pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini.

"Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan baru kerajaan negeri Perak baru-baru ini yang sehingga membawa kepada gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta" titah baginda dalam satu kenyataan akhbar khas yang dikeluarkan Istana Alam Shah, hari Jumaat.

Dalam kenyataan tiga muka surat itu seperti dilaporkan Bernama, Sultan Selangor menasihatkan pihak yang mencabar hak, peranan serta kedudukan Raja-Raja yang dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan supaya menggunakan pertimbangan akal yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita, janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji serta biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah bahawa rasa kecewa dan dukacita dirasai baginda lebih-lebih lagi kerana Sultan Azlan adalah ayahanda saudara baginda dan keluarga diraja kedua-dua negeri mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

Menurut baginda, Sultan Azlan Shah dikenali sebagai seorang tokoh yang tinggi ilmu serta berpengalaman dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman sesuai dengan kedudukan Sultan Perak itu sebagai bekas Ketua Hakim Negara.

"Sultan Azlan Shah serta keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat sehingga kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan kepada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit," titah Sultan Sharafuddin.

Menurut baginda, apa yang berlaku di Perak sejak seminggu lalu, amat membimbangkan sesiapa pun "yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama".

"Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, barulah kita kenal siapa kaca, siapa permata. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar," titah baginda.

Sultan Azlan Shah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru 6 Februari lalu apabila kerajaan campuran DAP, Parti Keadilan Rakyat dan Pas kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin dan penyokong pakatan tersebut.

Pada hari Zambry mengangkat sumpah memegang jawatan pada Jumaat lalu, penyokong parti berkenaan mengadakan demonstrasi jalanan berhampiran Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, sehingga menghalang kenderaan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dilaporkan "mohon derhaka" kepada Sultan Perak apabila permohonannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tidak diperkenan Sultan Azlan Shah manakala Pengerusi DAP, Karpal Singh, menimbulkan kemarahan banyak pihak kerana mahu menyaman Sultan Azlan Shah.

Sultan Selangor bertitah, kegawatan ekonomi yang semakin meruncing di peringkat global dan serantau menuntut rakyat memantapkan perpaduan walaupun berbeza pendirian.

"Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana," titah baginda. - 13/2/2009

----------------------------
KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU
DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN


Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta.

Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh Beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah Ayahanda Saudara Beta. Malah, keluarga Diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang Beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman Baginda, sesuai dengan kedudukan Baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara.

Baginda dan keluarga Baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan Baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakarpakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.

Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya "mob" amat memalukan.

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, "barulah kita kenal siapa kaca siapa permata". Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihakpihak tertentu yang "marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar".

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi RajaRaja, maka Beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.


(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ) SULTAN SELANGOR 13 Februari 2009

Thursday, February 12, 2009

PILLAR RAKYAT ADALAH PILLAR ASAL BN

tahniah mb dr zambry kerana kembalikan "rakyat" kepada BN. Ini kerana sebelum dirompak oleh si boneka anuar tu kita telah ada berzaman dah "tradisi BN membela rakyat."

semoga "institusi rakyat" dan "pusat maklumat rakyat" akan berjalan seiring dengan konsep kebajikan rakyat iaitu "tradisi membela rakyat."

nak ke pusat maklumat rakyat.. klik ke
http://pmr.penerangan.gov.my/
baca ni dari malaysiakini......

Zambry mahu pulih kepercayaan rakyat
Feb 12, 09 11:04am

Kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak dalam pilihanraya umum tahun lalu akan dijadikan sebagai suatu

pengajaran dalam usaha memantapkan kestabilan politik di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata pelantikan barisan exco yang berpengalaman dilihat sebagai langkah pertama memulihkan keadaan politik selain memastikan agenda pembangunan ekonomi di negeri itu dilaksanakan dengan sebaiknya.

"Di sebaliknya (kekalahan BN negeri pada pilihanraya umum), BN akan melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan...kerajaan BN adalah kerajaan yang berpengalaman dalam melakukan perubahan demi kemajuan sesebuah institusi rakyat," katanya semasa ditemuramah oleh Dr Asraf Wajdi Datuk Dusuki dalam program Dialog@1 yang disiarkan di RTM1, malam tadi, lapor Bernama.

dr zambry abd kadir perak new cm bn 050209Beliau berkata, akhirnya nanti, hanya rakyat sendiri yang berhak membuat penilaian kerajaan mana yang lebih baik dan prihatin untuk menjaga kepentingan mereka.

Katanya, walaupun wujud kepincangan dalam sesebuah kerajaan namun ia akan diperbetulkan demi kesejahteraan dan keamanan rakyat dan kerajaan BN negeri kini bersedia untuk membetulkan keadaan.

Selain itu, Zambry berkata BN Perak akan meneruskan usaha membangunkan negeri itu bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap BN di dalam situasi ekonomi yang tidak menentu pada masa ini.

Katanya, antara usaha itu ialah dengan mewujudkan 'institusi rakyat', iaitu dengan melaksanakan dasar-dasar yang perlu demi kepentingan rakyat.

"Dari dulu sampai sekarang, dasar yang penting bagi kita adalah dasar rakyat, begitu apa yang dilakukan BN selama ini, apa saja dasar yang bawa kebaikan untuk rakyat, sebahagiannya telah dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, dengan langkah itu, BN yakin ia mampu mempertahankan perpaduan, kesejahteraan dan kestabilan di negeri itu.

CIK GU LI DAN 3 PILLAR PENYATUAN MELAYU



RAUDAH AL-MUTAHHARAH

merupakan satu ruang dlm masjid nabawi yg mane rasulullah and sahabat selalu beribadat,juga tempat turun wahyu and dikatakan salah satu ‘taman syurga’…also salah satu tempat dimakbulkan doa

Ada satu sabda nabi yang masyhur: “satu ruang yang terletak di antara rumahku dan mimbarku adalah taman dari taman2 syurga.dan mimbarku terletak di atas kolamku.”(muttafaqun alaih)

Langsung leps beribadat di raudah boleh lah terus melawat maqam rasulullah dan dua sahabat baginda(saidina abu bakar dan saidina umar)

RAUDAH AL-MUTAHHARAH....

SEMUA KITA RINDU KE SINI. AKU DAH BEBERAPA KALI SUJUD DI SINI DAN AKAN TETAP IMPIKAN SEBILANG MASA.......

INILAH PILLAR AZALI KITA. BETUL TAK CIK GU LI? CIK GU PILLAR?
YA... SEMALAM 11 FEBUARI SEHARIAN KITA BERSAMA BINCANG PASAL PILLAR POLITIK MELAYU..... APA PILLARNYA? 3 KAN????? RAJA, ISLAM DAN MELAYU = RIM.

RIM INI JUGALAH PAPER YANG AKU BENTANG DI SEMINAR BANGSA MALAYSIA DI SEBUAH CENTRE PEMIKIRAN POLITIK MALAYSIA DULU... YA BAGAIMANA KITA IMPLIKASIKAN SEJARAH YANG STRATEGIK UNTUK MENYATUPADUKAN TENAGA, MASA, PEMIKIRAN DAN HARTA BENDA MELAYU... SATU KEKUATAN IAITU AGENDA ATAU PILLAR MELAYU!!!!!!!

INILAH PASALNYA....

SEBAGAI PAKAR DAN ORANG YANG DIDIDIK DALAM PEMIKIRAN STRATEGIK BERASASKAN DISIPLIN SEJARAH MAKA AKU NAK TANYALAH BRO DAN ADEK2 SEMUA... KAU ORANG TAHU TAK SEJARAH MELAYU BERSATU PERTAMA KALI DALAM DUNIA NI SEJAK ALLAH JADIKANNYA?

TAHUNNYA IALAH 1046 BILA MELAYU TOLAK "MALAYAN UNION" YANG NAK BUAT NEGARA DAN JADIKAN KITA SEMUA NI "BANGKAI HAMBA TEBUSAN BERNYAWA" DI BUMI MELAYU. MAKA ORANG YANG SATUKAN KITA ADALAH DATUK ONN JAAFAR!!!

KITA BERSATU DAN BERSEPADU ATAS TIGA TUKU@PILLAR:

1. RAJA MELAYU
2. ISLAM SEBAGAI AGAMA KITA
3. MELAYU SEBAGAI BANGSA PENYATUAN

MAKA DALAM PILIHANRAYA KECIL YANG AKAN DIADAKAN BERBANYAK KALI LAGI NI KERANA ALLAH NAK UJI KITA. INGAT TAK DULU KU LI DAN SEMANGAT 46 SERTA GAGASAN RAKYAT MALAYSIANYA YANG ANUAR IBRAHIM TIRU MASA INI.... PUNYA BANYAK PR KECIL SECARA TIBA2 JUGAK.....TERMASUKLAH PR KECIL KIJAL YANG MAT SAID MB TRG KALAHKAN TOK MAT SHABERRY MENPEN TUUU...

LAMA2 TAK TAHAN DAULAT DAN STEMINA S46 DULU. MAKLUMLAH DALAM ART OF WAR... ASKAR KITA ASYIK DIJANJIKAN SYURGA DUNIA DAN MENANG PERANG... TAPI TAK JUGA TERJADI. LAMA2 MAKA ASKAR KITA FEDUP DAN TAK ADA STEMINA SERTA MOTIVASI LAGI NAK BERPERANG....MAKA S46 BUBAR MASUK UMNO. MAKA PKR NI MACAM TU LAH......ANUAR MASUK UMNO??????

ORANG MELAYU NI AKAN BERSATU DAN BERPADU DALAM SEJARAHNYA HANYA DENGAN TIGA TUKU@PILLAR YANG SAYA SEBUT TU...
IAITU: RIM = RAJA, ISLAM DAN MELAYU!!!!

MAKA INI ANUAR, KARPAL, HADI, KIT SIANG DAN NIK AZIZ KENA INGAT!

BACA INI DARI http://www.apanama2020.blogspot.com/
SUPAYA AWAK TAK BERAK KAPOR ATAU MASUK ANGIN KELUAR ASAP....KATA P. RAMLEE

PILLAR TU PEGANGAN ATAU ANUTAN KITA KAN? ISLAM DAN TALI ALLAH LAH PILLAR KITA. MAKA HARAMLAH KITA BERBALAH DAN BERCERAI BERAI... JADI BONEKA ATAU WAYANG KAPIR HARBI DAP PULAK?????
DOK GITU CIK GU LI PILLAR?????

Monday, February 9, 2009

DESTINY.




Watch your thoughts; they become words.

Watch your words; they become actions.

Watch your actions; they become habits.

Watch your habits; they become character.

Watch your character; it becomes your DESTINY.


p/s received these Words of Wisdom from a 'Lovely Soul' and just thought of sharing it with you guys. Read and think about it ... it makes perfect sense!

"SINCERITY TO ALL ": College Funny Humor

"SINCERITY TO ALL ": College Funny Humor


MEGAT...

SALAM

RAMLYOTAI.BLOGSPOT.COM

ABERAMLY.WORDPRESS.COM

Wednesday, February 11, 2009

PAS MAIN EMOSI PERSEPSI RAKYAT

DARI BLOG

http://lahabau.blogspot.com

KESIANNYA DOK BACA BLOG DAN SMS SERTA LAPORAN DEMI LAPORAN YANG NAK MURNIKAN ISU MORAL BEKAS YB BKT SELAMBAU NIIII!!!!!!!

MAKA TOK GURU DAN TOK ALIM PAS PUN MACAM MEREKA BELA ANUAR LAH TERUS CARI APA AYAT ATAU TAGLINE SEBAB NAK COVERLINE NI.

POKOKNYA IMEJ KERAJAAN ISLAM YANG HALAL LAGI MAKSUM DI KEDAH TU TAK TERCEMAR. MAKA SEMUA DITELANLAH TERMASUKLAH PERKARA YANG DIBANGKITKAN BLOG LAHABAU NI. JALAN KELUAR MAKA PAS PUN CUBA FITNAHKAN UMNO KERANA BUAT KONSPIRASI KONONNYA. KONSPIRASI UNTUK APA JADAHNYA???

SIAPA YANG GILAKAN DAN GEMAR MAIN PERSEPSI TEORI KONSPIRASI NI?

DULU DI KELANTAN ADA ISU MAT SABU - AKOK NORMA DI HOTEL PERDANA KB PUN COVERLINE JUGAK PAKAI TAGLINE KONSPIRASI UMNO BUAT..!!!!

UNTUK MENANG PR KECIL BKT SELAMBAU NI MAKA FIKIRKANLAH SENDIRI AKAN AYAT COVERLINE PAS NI. SEMUA YANG DIBUAT OLEH BEKAS YB NI HALAL DAN SEMPURNA HUKUMNYA... HANYA HARAM DAN JAHAT UMNO LAH?????? TAK PASAL2 UMNO PULAK YANG KENA GETAH. SAPA MAKAN DAN SYOK MAKAN NANGKA TUUUUU... SAMPAI KELUAR ANAK LAH!!!!!!

JANGANLAH MACAM TU SEBAB ISLAM KATA "BERKATA BENARLAH WALAUPUN PAHIT..."

WAHAI USTAZ DAN TOK GURU... MARILAH MENANG PR DENGAN CARA ISLAM IAITU BUKAN MAIN FITNAH DAN TAHIKAN UMNO.... BERDOSA BESAR TU FITNAHKAN SAUDARA SEISLAM.


BACA NI DARI LAHABAU.......

Wednesday, February 11, 2009

Jangan Beri Alasan Ditawar RM5 juta, Diugut & Kereta Disimbah Cat


Seminggu selepas penduduk menyerah memorandum kepada Tuanku Sultan Kedah mengadu perangai buruk ADUN mereka yang tidak bermoral bersekedudukan sehingga melahirkan seorang anak luar nikah, ADUN Bukit Selambau V. Arumugam meletakkan jawatan Exco dan ADUN.
Pada mulanya Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak mahu `coverline' tetapi `bangkai gajah mana boleh ditutup dengan daun pisang'. Maka seperti biasalah BN dijadikan `kambing hitam' kononnya membuat ugutan, mahu membeli Arumugam sebanyak RM5 juta dan paling mengelikan hati kereta bekas ADUN Bukit Selambau ini disimbah cat.
Tetapi pengundi di Bukit Selambau tahu mengapa Arumugam meletakkan jawatan secara tiba-tiba. Bukan kerana wang 5 Juta, bukan kerana diugut dan bukan kerana kereta disimbah cat tetapi kerana memorandum yang dihantar oleh mereka yang menimbulkan kemurkaan Tuanku Sultan.
Ustaz Azizan tidak perlulah mencipta alasan untuk menutup pekung kerajaan pimpinannya. Kalau buruk katakan buruk. Sebagai pemimpin Pas yang memperjuangkan Islam sebagai addin tak baik Ustaz Azizan berbohong dan menjadikan pihak lain sebagai `kambing hitam' untuk menutup kelemahan pentadbirannya.
Rakyat hari ini bijak menilai. Mana yang baik, mana yang buruk. Sekali lagi pengundi di Bukit Selambau akan memilih wakil rakyat mereka yang baru dalam pilihanraya kecil. Sudah tentu kali ini mereka akan membuat perubahan memilih calon yang benar-benar bersih dan bermoral serta tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Tuesday, February 10, 2009

SOALAN UNTUK YB DS NIZAR....

SEBELUM MENJADI CALUN PILIHANRAYA KECIL PO59 BUKIT GANTANG MAKA ELOK RASANYA YB DS MOHD NIZAR, BEKAS MB PERAK MENJAWAB BEBERAPA PERSOALAN KEKELIRUAN RAKYAT, IAITU:

BETULKAH BAHAWA???????????


Mohd Nizar Jamaluddin akan dikenang sebagai Menteri Besar Perak yang telah :

1. Menderhaka kepada Rajanya.

2. Menjadi BONEKA kepada DAP (Ngeh & Nga)

3. Angka 999 akan terus menghiris hati Raja & Rakyat Negeri Perak.

4. Menandatangani 'Perjanjian Pangkor 2' dengan DAP yang menguasai Kerajaan.

5. Tidak menerima bahawa dirinya bukan Menteri Besar lagi.


Namun begitu, bagi betulkah bahawasanya Mohd Nizar iaitu bekas MB gian dan mengiankan ini sememangnya tidak layak menjadi Menteri Besar Perak pun. Sebabnya :

1. Beliau tiada pendirian dalam menegakkan perjuangan partinya PAS yang sering melaungkan Islam kerana bersetuju menandatangani 'Perjanjian Pangkor 2' yang berkehendakkan Nizar tidak boleh samasekali menyebut Perak adalah Kerajaan Islam selain isu Hudud.

2. Beliau sanggup membelakangkan perasaan Raja dan Rakyat Melayu Perak dengan isu angka 999 dan berkaitan dengan tanah dan seumpama dengannya.

3. Beliau adalah seorang yang sombong kerana tidak tahu bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang telah membantu diri dan keluarganya sehingga berjaya.