Saturday, February 21, 2009

ISU IBRAHIM ALI LAWAN PAS PARTI TIPU MUSLIHAT





MEMETIK BERITA DARI MALAYSIAKINI AKU RASA RAMAI YANG TAK FAHAM KES INI. MAKA ORANG FAHAM MACAM TOK GURU NIK AZIZ MAKA AKAN TAK MAU NAK KOMEN SERTA BERDIAM DIRI DARI ISU NI. YANG BISING TU KERANA TAK FAHAM.....MACAM GATALSOKMO2 BLOGSPOT CAKAPLAH.

SEBENARNYA AKU DAH KOMEN PASAL SUMBANGAN BRAHIM NI KEPADA PAS PADA PR UMUM 2004. KERANA HERO DAN JANTAN BRAHIM YANG DIKELUARKAN DARI UMNO LAH MAKA PAS SELAMAT DENGAN 2 KERUSI MAJORITI. LEPAS TU TINGGAL SATU BILA PR KECIL PERMATANG PASIR DAPAT KAT BN.

KALAU TAK KERANA BRAHIM TAHUN 2004... PAS DAH BUNGKUS SEBAB TAHUN TU ADALAH TSUNAMI BESAR KEPADA BN... SEMUA ORANG GILA KE BN!!!

MAKNANYA BRAHIM PENGERUSI MTR DAN ISTANA KELANTAN ADALAH SATU FAKTOR SERTA FENOMINA MASA TU YANG PAS CUKUP PANDAI ADUNKAN ATAU SAINERGI KAN!!!

MAKA BEBUDAK DAN "ORANG LUAR" ATAU YB IMPOT DARI LUAR KELANTAN TENTULAH DANGKAL DAN TAK FAHAM PUN APA ERTI "MENGENANG BUDI." KERANA TG NIK AZIZ ARIF DAN ALIM SEBAB PAS BANYAK TERHUTANG BUDI, TERHUTANG UNDI DAN TERHUTANG SEMUANNYA KEPADA BRAHIM. SEBAB TU TG BAGI BRAHIM TANDING BEBAS ATAS TIKET PAS DI PASIR MAS. KALAU TAK ADA "MUSLIHAT POLITIK"... TAK KAN TOK GURU BODOH NAK SOKONG BRAHIM???

SEKARANG APA KATA NIK AZIZ TOK GURU? TAK KAN DAH DAPAT ROTAN... AKAR TAK BERGUNA LAGI???

PAS NI PARTI "HASAD DENGKI, FITNAH MEMBELIT DAN TIPU MUSLIHAT." MAKA MARI KITA TENGOK APA MUSLIHAT PAS ATAS ISU BRAHIM NI.

DAN MARI KITA TENGOK SAPA YANG KEEENAAAAAAAA??????


PAS minta Ibrahim Ali letak jawatan
Feb 20, 09 3:47pm
PAS yang tidak senang dengan kelantangan Datuk Ibrahim Ali di Dewan Rakyat menyifatkan anggota parlimen Pasir Mas itu "tidak mengenang budi" dan menggesanya meletakkan jawatan.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh PAS bertanding atas tiket parti itu, Ibrahim tidak sepatutnya sering menghentam PAS "seolah-olah beliau sahaja yang betul", lapor Bernama.

"Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan," beliau dipetik berkata semasa ditemui pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan Jambatan Pachor oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

Takiyuddin, yang juga exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan
dan Kebudayaan Kelantan, berkata ahli parlimen bebas itu meminta untuk bertanding pada pilihanraya umum Mac tahun lepas atas tiket PAS walaupun pemimpin PAS kawasannya pernah menolak cadangan itu.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) telah memberi peluang kepada dia bertanding (atas tiket PAS) walaupun kita terpaksa membelakangi kehendak ahli di kawasan itu," katanya, seperti dilaporkan.

Mengenai kemungkinan Ibrahim menawar diri untuk masuk PAS, beliau berkata terpulang kepada bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu berbuat demikian.

"Kita tidak buat tawaran kepada dia dan kita juga tidak pernah menolak kalau dia hendak masuk PAS, tetapi setakat ini dia tidak pernah meminta untuk masuk PAS," katanya.

Semalam, ramai anggota parlimen Pakatan Rakyat dilaporkan keluar dari Dewan Rakyat susulan tidak berpuas hati terhadap kata-kata terhadap pembangkang dan berlaku perang mulut sehingga menjadikan dewan kecoh.

Ibrahim sebelum itu menyindir anggota parlimen yang didakwanya bersikap hipokrit apabila tidak memperjuangkan apa yang sepatutnya mereka perjuangkan ketika berkuasa sebaliknya menghentam kerajaan apabila berada di luar kerajaan.

Kekecohan terus berlaku apabila Ibrahim menggunakan perkataan "bangsa asing" yang dikatakan tidak tahu menggunakan perkataan sesuai terhadap Raja-Raja Melayu.

N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) kemudian meminta Ibrahim menarik balik perkataan bangsa asing itu kerana menyifatkan ia merujuk kepada bangsa yang ada di dalam negara ini selain ia kurang sopan.

Ibrahim kemudian meminta maaf dan menarik balik semua perkataan yang tidak sesuai yang disebut kerana mendakwa Gobalakrishnan membuat provokasi terhadapnya.

Tidak lama selepas itu, dewan menjadi panas semula apabila Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) mempertikaikan sikap Ibrahim yang didakwa seolah-olah hanya beliau yang memperjuangkan hak dan institusi Raja-Raja Melayu.

Perang mulut sekali lagi berlaku apabila Ibrahim enggan memberi laluan kepada Khalid yang inginkan penjelasan menyebabkan Khalid keluar dari Dewan.

Kecewa dengan sikap pembangkang dan ucapannya yang sering diganggu, Ibrahim kemudian menghempaskan songkok yang dipakai di atas meja sebelum sebahagian besar wakil pembangkang keluar Dewan.

6 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

PENGKALAN PASIR LAH... CIK NAPI MENANG TUUU

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

AGENDAILY LAPORKAN...
PAS minta Ibrahim Ali letak jawatan...

TERBARU: PAS Kelantan minta Ahli Parlimen Bebas kawasan pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletakkan jawatannya kerana sering mengkritik parti itu. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan sifatkan Ibrahim sebagai tidak mengenang budi kerana diberi peluang bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum, Mac tahun lalu. Katanya, Ibrahim tidak sepatutnya sering menghentam Pas seolah-olah beliau sahaja yang betul. “Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan,” katanya di Kota Bharu hari Jumaat.Sementara itu mengulas hal berkenaan dalam satu sidang akhbar di Pasir Mas,Ibrahim menegaskan beliau tidak akan letak jawatan kecualilah itu menjadi kehendak para pengundi di kawasannya.Beliau menjelaskan kerjasamanya dengan PAS merupakan persefahaman antara dua pihak dan tidak perlu terikat dengan kehendak parti itu.Ibrahim mempersoalkan sikap PAS yang hanya akan menganggap seseorang itu bermaruah jika sependapat dan mengikut segala kemahuan mereka.” Soalnya apakah kerana budi, saya tidak boleh menegur, inikah parti Islam," katanya.- 20/2/2009

Berita sebelum ini: Ibrahim Ali hempas songkok ketika bahas pertahan Raja-Raja Melayu

Barangkali sudah fedup dengan sikap pemimpin pembangkang yang cakap tak serupa bikin, sentiasa menangguk di air keruh dan anggap diri mereka sahaja betul dan bersih, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali 'meledak' di Dewan Rakyat, petang Khamis. Ledakan perasaan beliau bukan sahaja meletuskan perang mulut dengan ahli parlimen pembangkang tetapi sebahagian besar daripada mereka termasuk Ketua Pembangkang angkat kaki kerana ada antara mereka panas telinga dan merah muka. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 19/2/2009

PaKMie said...

Asalamualaikum..

Syabas saudara dpt menyusun actikel dgn baik. Sebenarnya mujur ada Berahim Ali lah terbela sikit melayu di Parlimen.

Pas marah sgt kat Berahim Ali tu dia dh nampak dh peranan Berahi Ali seterusnya. Puak2 erdogan Pas sahaja nampak sgt benci ko Berahim Ali...Setakat hari ini Hj Adi tak ada komen lagi tentang Berahim Ali.

Kebetulan skrg Berahim dgn TG Rezali camceng...tgk lah maybe ada sesuatu utk kearah penyatuan kaum melayu...

Salam perjuangan...Pakmie.blogspot.com

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

salam perjuangan melayu islam pok mie... nanti di kb kita jumpa...bagi pok mie punya email. masuk facebook ambo... cari dan buka aberamly

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

PAS PUN TAK PANDAI KAWIN JUGAK...

DAP DAN PKR TU DAH SEASON ABE MIE...LORI BOLEH KONER DAN TAK TERCAPAI AKAR MU... DALAM

TAPI MASIH TAK MAU CERAI LAGI...SEBAB PAS SIFAT GIGOLO ATAU PISAU CUKUR KE? NAK KIKIS DAN NAK TUMPANG UNDI DAP DAN PKR?

LIHATLAH SEMUA DAP DAN PKR BUAT TU KIRA DAPAT PAHALA DAN MASUK SYURGA...SYURGA APA? SYURGA DUNIA YANG SYOK DAN LAZAT KE? NI KENA TANYA ELI ATAU HILMI THE JAMBU

PASAL KAWIN MUTAAH NI PAS FATWA DAN BUAT HUKUM AGAMA... SEMUA HALAL DAN BN YANG KONSPIRASI... MEREKA SEMUA MALAIKAT.

Mesra Sokmo said...

OTAI .... Siapa kata PAS Parti Syorga? Isya'Allah benar sebab tiada fahaman menyeleweng macam Hadhari, Ingin tegakkan Hukum Allah SWT, Al Quran & Hadith, Qisas sebagai panduan. Siapa yang tukar dari Semenanjung Tanah Melayu jadi Perlis Indera Kayangan, kalau tak UMNO/BN. Sebab UMNO tu memang menyimpang dari Ugama Allah, tak perlu bersatu dgnnya. Dalam Kafir harbi hanya Karpal Singh seorg yg tolak HUDUD yg lain boleh terima. Kini Lim Kit Siang pun boleh terima HUDUD. Malulah kita org Islam tolak HUDUD termasuk Pok Loh. Dahlah OTAI saya rasa awak menghayati terjemahan Al Quran lagi baik, dari mengikut UMNO, didalamnya itu pelbagai hukum Allah tersirat termasuk MURTAD, yg BN tak mahu menangani. Berdosa kering yg Tuan Hj dapat hasil memberi sokongan pd UMNO (Untuk Melayu NO) Itu tak termasuk halalkan hasil melacur oleh Dr Masitah. Berapa banyak dosa org berzina tuan haji kendong kerana silap beri Undian pada BeeeEND. Semoga Allah menerima taubat org yg sesat.