Monday, February 23, 2009

JADI KATAK LEBIH MULIA DARI MACAI DAN TALIBARUT




(KATAK ATAU BERANG-BERANG... SIAPA YANG MENYUSAHKAN?)

tepat sekali telahan ambo. hmmm orang lain buleh. niii berahim ni.

tolong betol getek cik gu li... pillar pas ni moteng doh.....!!!

katalah katak ke apa pada tok heng tapi analisis ambo yang otai ni nampak.... pas lebih tidak bermoral kerana telah kawin 3 kali dan cerai... dengan BN, dengan S 46 dan sekarang tiga sekali hadap iaitu PKR, DAP dan BEBAS. maknanya pas bukan lagi katak tapi berang... rangrang!!! nafsu kuda??? abemie tak tahu apa jantina pas ni??? shemale ko???

tok heng tahu apa dia buat.ditinggalkan Berjasa dulu maka berjasa bubar, ditinggalkan S 46 maka S 46 bubar. UMNO tak mau dia tahun 2004 dan 2008! UMNO masih power sebab UMNO pejuang dan laksana jihat Melayu Islam.

dan PAS sekarang cari nahas dengan tok heng.... sebab tok heng tahu hanya UMNO penyelamat dan penegak agama Allah dan Ketuanan Melayu. itulah tok heng iaitu pillar RIM = raja, islam dan melayu. itulah jihat tok heng... ambo dengar sendiri di mekah dan madinah bersamanya pada suatu masa dulu...........

sekarang tok heng dicabar kerana berjihat demi agama islam untuk selamatkan melayu, islam dan raja melayu? jangan GOBAR DI DADA tok heng sebab pejuang islam tak pernah gentar dengan ugutan dan paksaan atau pemulauan........ itulah kerja pas sejak dulu. bila kita tegur kejahilan kemanusiaannya maka dia fitnah kita kutuk islam... tolak islam... benci islam. adakah islam itu pas dan pas itu islam? siapa bagi hakcipta ini?

salah dan jahat kah tok heng kerana berkata benar di parlimen tentang raja melayu, tentang islam dan tentang ketuanan melayu???? kenapa pulak mb yang hanya berkuasa di DUN Kelantan mula kasi amaran sebab tak berkenan dengan sikap tok heng yang profesional dalam membuat teguran... demi rakyat!

apa pas buat nak selamatkan pillar melayu ini kalau tok heng tak tolong ingatkan???

jangan cap kita benci pas dan tok guru bila menegur kerana dengan teguran itu tok guru akan bertambah kuat bila segala kepincangan dibaiki... atau dibuat penambahbaikan dan OBAMA CHANGE!!!

maka tok heng tegur kerana sayang dan hormat kat tok guru nik aziz. maka mungkin orang dengki dan nak tegok tok guru rebah kot bila teguran baik dan ikhlas dikatakan tidak islamik. tegur cara muslihat politik yang dimainkan oleh PKR dan DAP yang ternyata membudakkan PAS di parlimen dan beberapa negeri pakatan tuuu...semua orang tahukan???

salah dan berdosa kah pada islam tuuuu???

sedarlah wahai saudara islam.... kita boleh menegur dan berpesan untuk kebaikan...bukan berpakat, kautim, kamceng, muqabballah dengan kapir harbi untuk jatuhkan kerajaan RIM = Raja Melayu, Islam dan Ketuanan Melayu!!!!!!!!!!

baca ni dari
http://cekatitembaga.blogspot.com/2009/02/zulkefli-lepas-semua-jawatan-kerajaan.html

22 Februari 2009

Saya tidak akan letak jawatan - Ibrahim Ali

Semalam telefon saya menerima mesej dari YB Dato' Hj Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas. Saya panjangkan mesej beliau untuk dikongsi bersama para pembaca.

" Mengenai PAS! Sebenarnya sama-sama BERBUDI. Salah ke tegur kalau perlu ditegur. Saya tegur semua pihak. PAS makin melampau. yang patut letak jawatan yang tak ada moral dan perasuah. Tak kira parti ".

" DAP dan HINDU yang hentam melayu, Islam dan ada yang cemuh Sultan-Sultan Melayu menjadi kawan dan disokong. Saya TIDAK AKAN UNDUR DAN AKAN TERUS BERJUANG UNTUK RAKYAT. Terima kasih atas sokongan.. "

Pas hipokrit gesa Ibrahim letak jawatan

Pas menunjukkan sikap hipokrit yang nyata apabila menggesa Dato' Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas meletak jawatan atas alasan sering mengkritik dasar parti itu.

Kelmarin, Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS menyifatkan kelantangan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi sedangkan anggota Parlimen Bebas itu diberi peluang bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2008.

Mursyidul Amnya, Dato' Nik Aziz Nik Mat yang pada mulanya enggan mengulas gesaan itu kemudiannya mengubah fikiran dan turut mendesak Ibrahim meletak jawatan. Inikah yang dikatakan sebagai contoh kepimpinan yang sentiasa menjadi idola penyokong-penyokong Pas?

Adilkah mendesak Ibrahim meletak jawatan hanya kerana beberapa dasar parti dikritik, lagi pun yang dikritik itu adalah perkara-perkara yang wajar, agar Pas dapat membaiki kesilapan dan kembali ke jalan yang benar. Salahkah Ibrahim menegur dengan membawa suara rakyat. Begitu maksumkah Pas sehingga haram bagi sesiapa menegurnya? Adakah betul dasar Pas yang berikat erat dengan PKR dan DAP ketika ini, yang seluruh dunia tahu dasar kawan-kawan mereka itu terhadap ISLAM?

Sedangkan pada hari yang sama Nik Aziz meminta Exco Selangor yang cukup popular ketika ini, Elizabeth Wong agar tidak meletak jawatan dengan alasan jika meletak jawatan, pilihanraya semula hanya akan melibatkan kos yang tinggi dan membazirkan wang rakyat.

Tetapi petangnya, Nik Aziz pula meminta Ibrahim meletak jawatan.

"PAS tidak bimbang jika Ibrahim letak jawatan dan bertanding semula atas tiket Bebas jika benar-benar ingin menguji kekuatan pengaruhnya dalam politik kerusi Parlimen itu jika ia mahu menyahut cabaran PAS supaya meletakkan jawatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka.

Memang ternyata hipokrit sekali.
.

1 comment:

usain said...

saudara,

masuk blog saudara tak mengembangkan minda saya.

saya dah cuba absorb apa yang saudara tulis,tapi saya tak boleh.
maaf kalau saya katakan tulisan sauara ni macam wartawan dalam utusan melaysia dan berita harian atau metro.

jadi tak payahlah kita ajak orang lawati blog kita semata mata kita nak mengembangkan minda orang..

perbaiki tulisan..selamat berkarya..

-awang