Friday, December 19, 2008

LAPORAN NAK BEREBUT TAPI KERJA TAK BERES



HMMMM... SABARLAH DULU SEBAB JKR ADALAH AGENSI PERSEKUTUAN MAKA KENALAH BERI LAPORAN TU KE PAK MENTERI DULU DAN PAK LAH SELAKU PM. NANTI PAK LAH AKAN BUATLAH APA2 PENGUMUMAN YANG PATUT.

PAKATAN RAKYAT NI SELALU "LEMBU PUNYA SUSU, SAPI PUNYA NAMA" DAN SEMUA YANG BURUK TU KHIR TOYO' SAJERRRR...

SEPATUTNYA MEREKA SEJAK AMBIL KERAJAAN BUATLAH PENGAWASAN DAN PENGUATKUASAAN YANG RAPI. TS KHALID PUN PENGERUSI BENCANA ALAM NEGERI DAN BOSNYA DS NAJIB TPM.......

TAK KAN ITU TAK TAU...............JANGANLAH KUAT MAIN POLITIK SAJER. YANG UNTUNG TU SAPA? NAMPAK GAYANYA SANG MAHARAJA KETUANAN RAKYAT DAP SAJA JADI MB TUUUUU!

OK LAH... KERAJAAN TAK ADE APA NAK SOROK PUN. TUNGGULAH PAK LAH ATAU DS NAJIB BUAT PENGUMUMAN TU..... TUNGGU SAN SABAR YEEE TS KHALID..........
LAPORAN DARI MALAYSIAKINI:

MB kecewa, JKR enggan serah laporan Bkt A'bangsa
Jimadie Shah Othman | Dec 18, 08 5:11pm

kemaskini 8:29pm Jabatan Kerja Raya (JKR) enggan menyerahkan laporan geoteknikal kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dua minggu lalu kepada kerajaan Selangor.

Tindakan jabatan itu menyebabkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mengumumkan tindakan selanjutnya kerajaan negeri, yang dijadual diumumkan pagi esok kepada penduduk.

Selepas mesyuarat exco semalam, beliau berkata kerajaan Selangor sedang menunggu laporan status keselamatan tanah di sekitar kawasan tragedi 6 Disember lalu daripada JKR dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

bukit anatarabangsa landslide pdrm aerial photographs 101208 03Laporan siasatan Ikram juga tidak diserahkan kepada kerajaan negeri yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

JKR memaklumkan keputusan itu kepada kerajaan negeri tengah hari tadi, kata sumber-sumber kepada Malaysiakini.

Jabatan itu bagaimanapun tidak memberikan alasan terperinci berhubung keengganannya itu.

JKR sebaliknya hanya memaklumkan "terlalu banyak implikasi" sekiranya salinan laporan itu diserahkan kepada Selangor.

Malaysiakini difahamkan menteri besar kecewa dengan komitmen itu yang disifatkannya "mengelirukan".

Menurut sumber-sumber, JKR pada Ahad lepas telah berjanji akan menyerahkannya.

landslide bukit antarabangsa carDalam dialog menteri besar, JKR dan penduduk Bukit Antarabangsa, jabatan itu dilaporkan telah berjanji menyerahkan laporan tersebut supaya tindakan susulan boleh diambil oleh kerajaan negeri.

Sumber-sumber memberitahu, Menteri Kerja Raya akan mengumumkan laporan itu esok selepas ia dibentangkan kepada jemaah menteri.

Dalam satu kenyataannya lewat petang ini, Abdul Khalid berharap agensi-agensi kerajaan "bersikap lebih profesional" dalam menangani tragedi itu.

"Umum sudah tahu, hal-hal pengurusan tanah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri.

"Oleh itu, membelakangkan pihak kerajaan negeri hanya akan merugikan mangsa kejadian tanah runtuh," katanya.

Tambahnya, keputusan JKR ini amat dikesali kerana ia akan menyulitkan lagi usaha kerajaan negeri membuat keputusan berhubung nasib mangsa tragedi ini dengan secepat mungkin.

Bagaimanapun, tambah Abdul Khalid, beliau akan tetap mengumumkan langkah-langkah perlu bagi pihak negeri sebaik sahaja menerima laporan tragedi itu selepas kementerian berbuat demikian.

elizabeth wong bukit antarabangsa landslide pc 091208 02Sementara itu, exco pelancongan negeri Elizabeth Wong berkata, kerajaan Selangor dimaklumkan bahawa terdapat arahan daripada Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed agar laporan berkenaan tidak dikongsikan dengan kerajaan negeri.

Beliau mempertikaikan sikap kementerian berkenaan yang beranggapan "laporan itu hanya untuk tatapan" Mohd Zin sahaja kerana "kajiannya ditaja oleh kerajaan persekutuan."

Selangor pula hanya dibenarkan melihatnya selepas diumumkan, tambah Elizabeth.

"Saya dapati sikap ini meloyakan dan sangat-sangat berat sebelah," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya mendesak menteri kerja raya mengeluarkan laporan kepada kerajaan Selangor tanpa bertangguh lagi.

"Oleh itu, kita mempunyai cukup masa untuk mengkajinya dan menunaikan janji-janji kepada penduduk Bukit Antarabangsa."

Empat nyawa terkorban dan 14 banglo ranap dalam tragedi awal pagi Sabtu itu.

1 comment:

MAT SIRAT said...

Betul tu...

Saya amat bersetuju, Pakatan Rakyat umpama lagak "Piii Rahhh" bak kata Budin dalam sitcom yang pernah popular suatu masa dahulu sememangnya sinonim dengan nukilan "Lembu punya susu, sapi punya nama".

Sebenaornya, deme tengoh cemas sebab tulah lancar macam-macam peluru berpandu pelbagai sebab kepada UMNO/BN kerana mereka tahu yang mereka akan kecundang dalam PRU13 nanti.

Keresahan politik dah mula berjangkit kepada mereka.

TAK LAMA LAGI AKAN MUNCUL SINGLE PERTAMA KUMPULAN ANWAR IBRAHIM, HAJI HADI DAN LIM KIAT SIANG (AHL) - DENGAN LAGU "BILA RESAH" (BUKAN LAGU ANUAR ZAIN YANG PERNAH MELETUP TU)...