100 HARI NAJIB BERSMA RAKYAT HARI INI 11 JULAI 2009 11 RANGSANGAN RAKYAT BUKTI DS NAJIB PERDANA MENTERI RAKYAT YANG AMAT PEMURAH TERHADAP RAKYAT JELATA TANPA KIRA KAUM DAN AGAMA. KATA DS NAJIB...HARI INI ADALAH SEBAGAI PERMULAAN. INI BARU 100 HARI, DAN MASIH BANYAK LAGI TUNTUTAN RAKYAT AKAN DISELESAIKAN SELEPAS INI. YA... TATKALA PUAK PAKATAN ROYAK@ROBABI YANG MAIN SANDIWARA POLITIK ULAR SAWA SURUNG PAPAN TARIK PAPAN, DS NAJIB TETAP KONSISTENT DENGAN SIFAT PEMURAHNYA 1MALAYSIA "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN." POLITIK GENG PAKATAN ROBABI DI KEDAH BERSELISIH KERANA "BABI" TELAH BERDAMAI PULAK APABILA KES ITU SELESAI IKUT KEHENDAK MEREKA... TAK PASTI PULAK APA KONTREK SOSIAL YANG DISETUJUI MEREKA ITU ISLAMIK ATAU TIDAK!!! SELISIH PULAK DI SELANGOR. NI PUN SANDIWARA JUGAK SEBAB NAK BAGI MEREKA DAPAT PUBLISITI DALAM MEDIA. BEGITU JUGA KES KAMPONG PALA DAN KEADILAN KERAJAAN TIDAK ISLAM KONONNYA IKUT KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ DI PENANG... NAMPAKNYA CUCI TANGAN DAN TUTUP BUKU DAH.... SOALNYA SEMASA DS NAJIB LAKSANAKAN KERAJAAN "PERDANA MENTERI RAKYAT YANG PEMURAH"... APA PULAK KPI KERAJAAN PAKATAN ROBABI DI KEDAH, KELANTAN DAN SELANGOR BERI KEPADA RAKYAT??? JANGANLAH HARAP RAKYAT KENYANG DAN TIDUR DENGAN POLITIK SANDIWARA SURUNG PAPAN TARIK PAPAN MEREKA ... KEJAB BERBALAH, KEJAB BERBAIK KONONNYA DAH "SELESAI." APA YANG "SELESAI?" SIAPA YANG UNTUNG DAPAT SEMUA? SIAPA YANG RUGI KENA BERI SEMUA??? BERAPA LAMA LAGI RAKYAT NAK LIHAT TELAN AIR LIUR DAN MAKAN@TELAN ANGIN KOSONG PERMAINAN POLITIK GENG PAKATAN ROBABI INI??? BERBALAH... BERBINCANG KONNYA DAN SELESAI.... HUTANG RAKYAT BILA NAK BAYAR??? HUTANG MANIFESTO 2008 BILA NAK BUAT??? MARUAH MELAYU ISLAM TERGADAI BILA NAK TEBUS??? DARI MALAYSIAKINI..... 100 hari jadi PM: Hadiah dari Najib | ||
|
Berucap di majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibunegara, perdanamMenteri berkata, untuk meringankan beban pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayar Smart Tag dan Touch 'n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun 20 peratus.
Najib berkata ini adalah satu keputusan atau penyelesaian sementara sahaja, sementara menunggu kajian keseluruhan mengenai kadar tol yang menurutnya akan mengambil masa, lapor Bernama.
Katanya beliau pernah diberitahu oleh seorang pengguna jalan bertol yang dirinya terpaksa membayar tol lebih kurang RM300 sebulan manakala gaji bulanannya RM3,000, yang menurut Perdana Menteri: "Orang ini hanya mendapat gaji 11 bulan sahaja setahun, kerana gaji satu bulan lagi habis dibelanjakan untuk pembayaran tol setahun.
"Ini (diskaun) saya percaya akan memberi kelegaan pada rakyat terutamanya yang menggunakan jalan tol setiap hari," katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh lebih 5,000 hadirin di dalam dan luar pusat konvensyen itu yang penuh sesak.
Dalam ucapan hampir 50 minit yang dimulakan tepat 11.11 pagi yang menandakan 11 Julai, genap 100 hari menjadi perdana menteri selepas dilantik pada 3 April lalu, Najib juga mengumumkan penyewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan diberi peluang dan pilihan untuk membeli rumah di bawah program tersebut.
Katanya sejumlah 44,000 unit rumah ditawarkan yang memberi peluang golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.
Potongan 50 peratus
Satu lagi pengumuman melibatkan masyarakat penjaja dan peniaga kecil, di mana mereka akan menikmati potongan 50 peratus bagi pembaharuan lesen dan lesen baru.
Najib berkata ia bagi memenuhi permohonan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia bagi pengurangan bayaran lesen yang dikemukakan kepada beliau pada satu majlis di Tanjung Karang, Selangor bulan lalu.
"Ini akan memberi banyak kelegaan...saya harap negeri-negeri lain akan ikut langkah di Wilayah Persekutuan ini. Mudah-mudahan (bayaran) lesen-lesen lain juga akan dikurangkan," katanya.
Selain itu Najib turut mengumumkan kerajaan akan menambah 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan ini, pertambahan daripada 7,000 permit teksi individu yang telah diberikan setakat ini.
Menurutnya, dasar membantu pemandu teksi dibuat memandangkan pada masa sekarang terdapat ramai pemandu teksi yang terpaksa menyewa harian dengan pembayaran seperti RM50 sehari, di samping kos lain seperti minyak.
Najib juga mengumumkan bahawa caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang.
Menurutnya beliau mendapati ramai penunggang terutama anak-anak muda yang "ke hulu dan ke hilir dengan motosikal kapcai" tidak memiliki lesen memandu kerana kos mendapatkan lesen termasuk latihan adalah tinggi, di antara RM500-RM700 seorang.
Amanah saham 1Malaysia
"Setelah berunding dengan sekolah-sekolah memandu, caj (kadar) bayaran latihan (belajar) dikurang kepada RM211. Dan berdasar riak tadi, saya membayangkan memang tepat keputusan tadi," katanya sebagai mengulas reaksi tepukan gemuruh daripada ramai hadirin sebaik sahaja beliau mengumumkan pengurangan itu.
Perdana menteri juga mengumumkan bahawa menjelang 2010, seramai 20,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih dalam usaha memerangi kemiskinan bandar.
Najib juga berkata satu lagi tabung unit amanah baru dinamakan "Amanah Saham 1Malaysia" akan dilancarkan sedikit masa lagi dengan saiz sehingga 10 bilion unit.
Ia dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, katanya.
Najib juga mengumumkan peruntukan skim TEKUN ditambah RM150 juta lagi dan juga mengumumkan peruntukan RM15 juta khusus untuk program pembangunan usahawan muda kaum India di negara ini.
Selain itu, beliau juga mengumumkan kerajaan akan mengambil langkah-langkah drastik ke arah mengurangkan jenayah dan rasuah di negara ini, dan maklumat mengenainya akan diumumkan hujung bulan ini.
Pendaftaran kelahiran
Satu lagi pengumuman hari ini adalah berkaitan pendaftaran kelahiran, yang menurutnya ramai juga yang lambat mendaftarkan kelahiran dan kerajaan akan terus mempergiatkan usaha memperbaiki keadaan itu.
Najib berkata di Sabah, semenjak 2005, sebanyak 36,000 permohonan pendaftaran telah diterima dan daripada jumlah itu 92 peratus diluluskan.
Di Sarawak pula, semenjak 2005, sebanyak 19,000 permohonan telah diterima dan dari jumlah itu, 80 peratus permohonan telah diluluskan.
Dalam pengumuman mengenai kewarganegaraan pula, Najib berkata, jumlah permohonan tertangguh pada 1 November 2008 adalah 34,000, dan sehingga bulan lalu, 46 peratus telah selesai dibuat keputusan dan usaha akan dipergiatkan lagi untuk menyelesaikan baki permohonan.
Di majlis itu, Najib turut membuat pengumuman mengenai infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak.
Menurutnya kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di kedua-dua negeri, daripada 750 kilometer yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sekarang kepada 1,500 kilometer dalam tempoh RMK-10.
Dalam konteks infrastruktur ini, Najib juga berkata liputan bekalan air
minum yang kini berada pada tahap 52 peratus di Sabah dan 61 peratus di Sarawak, akan dipertingkatkan, begitu juga bekalan elektrik, dan pengumuman mengenainya akan dibuat hujung bulan ini.
Najib yang menyifatkan majlis hari ini sebagai "perjumpaan yang sangat bersejarah" berkata keputusan yang dibuat itu adalah "keputusan istimewa untuk rakyat Malaysia".
"Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak muda sekalian untuk bersama-sama saya melakar masa depan Malaysia yang menjanjikan peluang yang lebih baik dan adil untuk semua dengan satu harapan," katanya.