Saturday, November 28, 2009

SURVEY BERUPA SPIN PROPAGANDA BURUKKAN IMEJ ATAU BRANDING MALAYSIA


BUKAN APA2 CUMA RASA TERKILAN DAN SEDIH PILU KERANA DALAM KITA FOKAS KEPADA 1MALAYSIA IAITU NAK BINA BANGSA MALAYSIA YANG BERSATUPADU TANPA PRASANGKA KAUM, AGAMA, WILAYAH DLL, MASIH ADA LAGI PIHAK2 YANG

CUBA RUNTUHKAN PERKARA INI DENGAN IDEA2 CANGGIH KONONNYA MALAYSIA NI MASIH TERUK DENGAN KRISIS IDENTITI, RASUAH, PERKAUMAN DLL.

TAPI KERAJAAN PIMPINAN DS NAJIB DAH BUAT PLAN MACAM2 TERMASUK BAGI 2 MENTERI UNTUK JAGA KRA DAN KPI SISTEM DELIVERY ATAU SISTEM PENYAMPAIAN KHIDMAT KERAJAAN KEPADA RAKYAT. INI SEMUA ADALAH SUPAYA 1MALAYSIA "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" TIDAH HANYA RETHORIK DIBIBIR.

LIHATLAH PULA "KETUANAN RAKYAT" DI PENANG, SELANGOR, KEDAH DAN KELANTAN..... APA KRA DAN KPI MEREKA. APA LANGKAH MEREKA UNTUK UKUR PENCAPAIAN "MALAYSIAN MALAYSIA" YANG KATANYA TAK PERKAUMAN, SEMUA SAMA RATA, SAMA RASA DAN SAMA SEMUA ??? APA YANG SAMA ??? APA YANG SAMA RASA ???

SILALAH MERDEKA CENTRE MELALUI MALAYSIAKINI BUAT SURVEY JUGAK.

TULAH LIDAH BERCABANG DAN CAKAP TAK SERUPA HATI DAN MATLAMAT... DAN BIKINNYA TENTULAH TAK SELUPA CAKAP !!!

AKU TERKEJUT KERANA SURVEY UNTUK MENIDAKKAN SUMBANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DITERAJUI DS NAJIB MASIH DIJALANKAN DENGAN PENUH AKADEMIK DAN SPIN PROPAGANDA OLEH MERDEKA CENTER DALAM MALAYSIKINI HARI NI. BANYAK SURVEY DIBUAT TAPI TAK ADA SATU PUN YANG MEMBINA. PADA AKU SEMUANYA MERUNTUH DAN MELUNTURKAN KEYAKINAN RAKYAT KEPADA 1MALAYSIA.

BACA DAN JOIN SURVEY NI :

http://www.malaysiakini.com/news/118488


APA KAU ORANG NAK ULAS MAKA KOMENLAH.

NI PULAK SPIN DARI:
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/wan-hamidi-hamid/23613-1-malaysia-untuk-semua

APRIL 17 — Datuk Seri Najib Razak telah pun menjelaskan bahawa konsep 1 Malaysia ciptaannya tidak sama dengan konsep “Malaysian Malaysia” yang dibawakan oleh DAP pada tahun 1960-an dahulu.

Bagi Perdana Menteri, 1 Malaysia bererti rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai Bangsa Malaysia dengan “mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”.

“Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

“Biar kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Itu juga pada saya maksud konsep 1 Malaysia.”

Demikian penjelasan pemimpin nombor satu negara dengan slogan “1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan” yang dikemukakannya pada hari pertama disahkan sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

Najib terpaksa membuat penjelasan itu bukan kerana kritikan Pakatan Rakyat atau mana-mana parti pembangkang lain. Beliau perlu menjelaskannya kerana ada kalangan Umno khususnya melalui sebuah akhbar milik parti itu sendiri yang telah menolak gagasan Perdana Menteri berhubung isu Bangsa Malaysia yang terkandung dalam slogan baru berkenaan.

Tak tahu di mana silapnya Najib kerana apa yang disebut dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri hanyalah: “Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”.

Tiba-tiba ada pihak mentafsirkan kata-kata Najib sebagai usaha untuk meminggirkan orang Melayu. Ada pula yang bimbang slogan itu akan membawa kepada usaha merampas hak Melayu.

Adakah Najib melanggar Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana undang-undang apabila beliau menyatakan: “Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelusok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional.”

Soal sama ada beliau mempu mengotakan janjinya adalah perkara yang lain. Sebagaimana pemimpin negara yang lain yang baru dilantik, menyuarakan cogan kata baru adalah cara kepimpinan moden yang diterima semua.

Namun kebimbangan yang berteraskan perkauman masih belum reda dalam masyarakat Malaysia. Sehinggakan Najib sendiri terpaksa menafikan slogannya ada kena-mengena dengan “Malaysian Malaysia” yang diperjuangkan oleh DAP pada suatu masa dahulu. Ini adalah kerana masih ada kumpulan pejuang kaum yang tetap melihat DAP sebagai musuh Melayu.

Jika diteliti, DAP sendiri telah merobah sedikit sebanyak strategi politiknya tanpa mengorbankan prinsip hak dan peluang saksama untuk semua rakyat Malaysia. DAP sejak awal lagi telah menerima konsep muhibah.

Tiga tahun lalu, sempena ulang tahun DAP ke-40, parti itu telah meminda perlembagaannya untuk bersifat lebih terbuka dengan menukar prinsip sosialisme demokratik yang berteraskan usaha memiliknegarakan hak milik kepada demokrasi sosial yang lebih terbuka kepada sistem pasaran bebas tanpa mengorbankan hak dan peluang rakyat berpendapatan rendah serta miskin.

Yang tidak diubah ialah pendirian DAP dalam soal peluang saksama. Ini ditekankan dalam slogan baru DAP “Utamakan Malaysia”, satu pendekatan untuk mencapai matlamat perpaduan nasional dan kemakmuran ekonomi untuk semua.

Para pemimpinnya sedar bahawa perpaduan rakyat tidak akan dapat dicapai jika ia masih dipisahkan oleh politik dan amalan perkauman. Utamakan Malaysia bagi DAP adalah satu jati diri Bangsa Malaysia yang berasaskan prinsip keadilan, demokrasi, kebebasan, integriti dan harga diri.

Malah, bagi mengingatkan kumpulan politik yang gemar mempermainkan isu perkauman, DAP turut mengulangi pendiriannya sejak dahulu lagi dalam mengiktiraf dan menerima Perlembagaan Merdeka 1957 sebagai hasil kompromi semua kaum di negara ini.

Sememangnya menghairankan bagi kalangan untuk mempertikaikan slogan 1 Malaysia dengan mengutarakan kebimbangan kononnya Melayu akan kehilangan hak.

Bagaimana Melayu boleh hilang hak dan keistimewaan jika DAP sendiri — yang kini bersahabat dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat — menerima sepenuhnya Perlembagaan 1957 yang telah menjamin segala hak dan keistimewaan orang Melayu?

Jika isu yang dipertikaikan adalah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru kerana semangatnya sudah tersasar dari matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat; ia adalah kritikan yang bernas dan sahih. Apabila DEB dikritik, ia mempersoalkan isu amalan dan pelaksanaan, bukan kononnya mahu merampas keistimewaan yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tidak perlu dipertikaikan lagi apa yang sudah dimaklum dan termaktub dalam undang-undang tertinggi negara. Bukan sahaja DAP, malah PAS, PKR atau mana-mana parti komponen BN pun tidak berminat untuk merobah apa yang telah diterima ramai.

Soal sama ada perubahan perlu dilakukan bukan ditentukan oleh segelintir pemimpin. Hanya apabila majoriti orang Melayu merasakan tongkat tidak lagi diperlukan, pada masa itu sahajalah pendekatan baru boleh dibincangkan.

Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia sekali pun, rasanya kedudukan istimewa itu yang membabitkan soal keistimewaan, soal bahasa dan agama Islam tidak akan diubah melainkan majoriti besar orang Melayu sendiri mahu ia ditukar.

Yang sepatutnya dipantau ialah janji Najib sendiri, iaitu hasratnya untuk memastikan pelaksanaan dasar membantu Melayu dan Bumiputera diamalkan secara adil dengan memberi pertimbangan wajar kepada mereka yang layak.

Apakah ini sebenarnya yang amat ditakuti oleh kalangan tertentu kerana kerajaan Najib mungkin tidak lagi memberi kontrak dan projek hanya berdasarkan hubungan baik individu dengan pemimpin tertinggi walau pun tidak ada sebarang kelayakan dan kemampuan?

Atau pun, jika pada masa depan 1 Malaysia menjadi amalan semua pihak termasuk Pakatan Rakyat, ada orang bimbang politik perkauman mungkin tidak akan laku lagi pada masa itu?

Malah, selain Najib dan DAP, parti Gerakan juga pernah menonjolkan gagasan “Satu Hati. Satu Negara. Satu Wawasan”. Begitu juga PKR dengan slogan “Keadilan Untuk Semua”.

Semuanya indah belaka. Apa pun, yang diperhatikan dan diharapkan oleh rakyat Malaysia yang semakin kritis sekarang adalah pelaksanaan kata-kata. Pemimpin yang lalu telah gagal, apakah pemimpin hari ini mampu keluar dari sindrom janji kosong?

Saturday, October 10, 2009

PROVOKASI PAS VS BANDAR TENTERA DARAT BERTARAF DUNIA ILHAM UMNO/BN

DARI ULASAN DAN PETIKKAN AKHBAR TERNYATA "PROVOKASI" ADALAH SENJATA UTAMA UNTUK MERAIH UNDI PIHAK PAS DAN SEKUTUNYA PEKAKKAN RAKYAT.

SEBALIKNYA BN TERUS KOMITED UNTUK KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT DI BAGAN PINANG DAN PORT DICKSON SEBAGAI "JANJI KERAMAT BERSAMA RAKYAT 1MALAYSIA".

PROVOKASI... YA HANYA INILAH CARA PROMOSI DAN PROPAGANDA MURAHAN PAS YANG TERKENAL SEBAGAI PARTI SANDIWARA PURBAKALA SEJAK SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA BAGI MENDAPAT UNDI SEBAGAI TALIAN HAYAT PARTI SERPIHAN UMNO YANG DITUBUHKAN PADA 1951 .

STRATEGI INI TELAH DIWARISI TURUN TEMURUN SECARA TRADISI. PERKARA INI AMATLAH BERLAWANAN DENGAN UMNO/BN YANG LEBIH TUMPUKAN KEPADA KPI ATAUPUN SASARAN KERJA 5 TAHUN KHIDMAT MEREKA DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA SEJAK MERDEKA HINGGA SEKARANG. MAKA SETIAP KALI PILIHANRAYA BN SENTIASA BERIKHRAR UNTUK BERKHIDMAT DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT.

MANAKALA PAS DAN PEKAKAN RAKYAT HANYA BUAT PROVOKASI DAN SANDIWARA SAHAJA UNTUK MENDAPATKAN UNDI SIMPATI. MAKNANYA MEREKA HANYA MENANAM TEBU DI BIBIR MULUT DAN TABUR RACUN DALAM PERIUK NASI ORANG... KASI RACUN BIAR ORANG MATI BERAGAN !!!

BUKTINYA DI PR BAGAN PINANG KERAJAAN TELAH KOMIT UNTUK MENJADIKAN PD SEBAGAI BANDAR PELANCUNGAN TENTERA DARAT ATAU "PORT DICKSON INFANTRY
METROPOLITAN" PERTAMA DI MALAYSIA.

INI SATU HADIAH SEBAGAI PENJANA EKONOMI KEPADA MASYARAKAT BAGAN PINANG DAN NEGARA KESELURUHANNYA. MAKNANYA WAWASAN PM INI SETARAF DENGAN AGENDA EKONOMI NEGARA-NEGARA MAJU BAGI MENJADIKAN ASPEK KESELAMATAN SEBAGAI PRODUK PELANCUNGAN BERTARAF DUNIA KE ARAH MENJANA EKONOMI MASYARAKAT BAGAN PINANG.

DAN KALAU HANYA DENGAN "PROVOKASI" DAN SANDIWARA SERTA PROPAGANDA MURAHAN PAS... APA MASYARAKAT BAGAN PINANG DAN PD HARAPKAN DARI CALUN PAS SERTA PEKAKAN RAKYAT???

DAPATKAH MEREKA BANGUNKAN BANDAR TENTERA DARAT BERTARAF DUNIA YANG ANTARA LAIN PAKEJNYA IALAH 8 PROJEK TERAS :

1. MAKMAL KAJIAN T TENTERA TUN ABDUL RAZAK BERHARGA RM 1 BILLION

2. DIVISION BUNGALOW DI TELUK KEMANG BERHARGA RM 2.5 JUTA

3. KONDOMINIUM MEWAH BENTARA DI BAGAN PINANG RM 600,000 /UNIT

4. VILLA BRIGED BERHARGA RM 1.8 JUTA

5. PAHLAWAN PHILHARMONIC THEATRE BERHARGA RM 32 JUTA

6. MARINA BAKAT TELUK KEMANG BERHARGA RM 74 JUTA

7. KELAB SUKAN EKSEKUTIF PEGAWAI BERHARGA 54 JUTA

8. PUSAT BANDAR BARU TENTERA DARAT BERHARGA RM 2.7 JUTA

SOALANNYA : DENGAN MEMBERI UNDI KEPADA PAS MAKA HANYA AKAN DAPAT ANGIN SAHAJA IAITU PROVOKASI DAN AIR LIUR BASI SAJA. SEBAB MEREKA TAK AKAN MAMPU BANGUNKAN BANDAR TENTERA DARAT BERTARAF DUNIA. KENAPA ??? MEREKA HANYA MEMBANGKANG DAN MENENTANG... TAPI UNDI TENTERA MEREKA IDAMKAN, KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN UNTUK TENTERA SERTA KELUARGA TENTERA... APA PERANCANGAN MEREKA ????? LU PIKIR LAH SENDIRI !!!

Dipetik dari Malaysiakini pada 10 Oktober 2009.......

PAS jawab BN, terus dakwa diserang
Salhan K Ahmad
Okt 9, 09
3:58pm
Selepas dipertikaikan oleh pemimpin-pemimpin kanan Umno, PAS hari ini mendedahkan aduan polis oleh seorang penyokongnya yang mendakwa dipukul sekumpulan penyokong BN dalam insiden di markas Pemuda PAS di Bagan Pinang, awal pagi semalam.

Aduan tersebut, yang dikeluarkan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, menyebut empat petugas PAS dihalang semasa menaiki kereta dan dipukul oleh sekumpulan penyokong BN.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 2.30 pagi, berdasarkan maklumat aduan polis yang dibuat Abu Said Elias, insiden itu bermula apabila markas berkenaan diserang oleh penyokong parti lawan.

Beliau menuju ke markas di Kampung Bagan Pinang, Port Dickson bersama tiga rakannya setelah menerima panggilan daripada seorang lagi rakannya yang mengatakan bilik gerakan tersebut diserang oleh penyokong BN, laporan polis itu dipetik.

"Saya bersama tiga orang kawan saya iaitu Mohammad Azwan, Mohd Aafiffuddin dan Ahmad Izzuddin menuju ke lokasi disebutkan menggunakan kereta," kata Abu Said dalam aduannya.

Tambahnya, berdasarkan aduan tersebut yang dibuat kira-kira setengah jam selepas kejadian, keempat-empat mereka telah dihalang oleh sekumpulan penyokong BN sebelum sampai ke lokasi berkenaan.

"Dalam keadaan tidak terkawal, saya dan rakan-rakan telah dipukul oleh kumpulan tersebut dan menyebabkan beberapa bahagian badan kami semua sakit," kata Abu Said.

Mengulas aduan berkenaan, Salahuddin berkata kejadian berkenaan benar-benar berlaku dan menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhenti mengeluarkan kenyataan yang dapat mempengaruhi siasatan polis.

"Selepas kejadian itu, terus kita buat laporan polis.

"Jadi janganlah menteri dalam negeri bersandiwara juga dan menganggap perkara itu tidak penting dan mempermain-mainkan seolah-olah tidak wujud kejadian itu," katanya dalam sidang media harian di markas induk jentera pilihan raya PAS DUN Bagan Pinang.

"Kita minta supaya pihak keselamatan mengambil tindakan sewajarnya."

Hishammuddin dilaporkan berkata beliau mengetahui pihak yang melakukan provokasi tersebut dan "mereka kemudian menuduh pihak lain (BN) dan juga polis, sedangkan kejadian yang berlaku disebabkan tindakan mereka (PAS) sendiri."

Jelas Salahuddin lagi, mangsa-mangsa berkenaan membuat sekurang-kurangnya lima laporan polis selepas kejadian dan aduan-aduan polis itu akan didedahkan secara berperingkat-peringkat.

"Paling tidak, kita ada lima laporan polis yang dibuat. Maknanya polis mesti buat bertindak atas laporan itu," katanya, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Ditanya mengapa PAS tidak mendedahkan kesemua bukti berkenaan hari ini, Salahuddin berkata isu itu akan digunakan berterusan sepanjang tempoh kempen, yang hanya tinggal kira-kira 36 jam.

Beliau enggan mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa isu serangan oleh penyokong BN hanyalah propaganda PAS untuk meraih simpati dan menakut-nakutkan pengundi.
dari utusan malaysia 10 Oktober 2009.............

Provokasi Pas

  • Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub serta penulis portal Malaysian Insider dan Harakah Daily diminta beri keterangan tentang dakwaan mengelirukan kononnya penyokong parti itu cedera diserang ahli UMNO.
  • Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, gambar mangsa yang ditunjukkan Salahuddin dan disiarkan dalam portal berbeza dengan orang yang membuat laporan polis.
  • Tiada siapa yang tampil membuat laporan polis mengatakan cedera teruk ditetak ‘pedang samurai’.
  • Salahuddin semalam gagal tunjukkan bukti salinan laporan polis atau nama lelaki yang ‘cedera’ ditetak.
  • Ia hanya satu salinan laporan polis seorang penyokong Pas yang mendakwa keretanya dihalang oleh petugas BN.
  • Laman web Harakah sendiri telah menarik balik berita itu.

  • Sunday, August 30, 2009

    PAKATAN BINTANG 3 MUNCUL LAGI



    GUNAKAN AYAT POWER "KETUANAN RAKYAT." MARI FIKIRKAN BERSAMA............. BILA KITA MEMBICARAKAN SEJARAH KEKEJAMAN BINTANG 3 KOMUNIS MAKA IANYA BUKAN ISU PERKAUMAN. SEBALIKNYA IA ADALAH ISU ENEGARAAN MALAH ADALAH PRA SYARAT PERPADUAN NASIONAL YANG PATUT DIJADIKAN LANDASAN KUKUH DALAM KITA MENGUATKAN PERPADUAN KAUM DI NEGARA INI.

    TANPA MEMAHAMI SEJARAH DAN PERBUATAN ANARKI BINTANG 3 INI MAKA PERPADUAN SEJATI TIDAK MAMPU KUKUH DI MALAYSIA INI. MAKA UNTUK BERSATUPADU SEJARAH NEGARA ADALAH SATU AZIMAT DAN LANDASAN IDEOLOGI NEGARA BANGSA YANG PERLU DIPERTAHANKAN HINGGA KIAMAT.

    RAMAI ORANG NAK KAN PERPADUAN TAPI TAK MAU MEMBINCANGKAN SEJARAH MALAYSIA SECARA BERANI TANPA TAKUT2. MANA BOLEH KITA KAWIN DENGAN SESEORANG TANPA MENGETAHUI SEJARAH DAN LATARBELAKANG DIRINYA DAN KELUARGA. KITA TAKUT NAK TAHU SEJARAH SEBENAR BAKAL ISTERI ATAU SUAMI KITA. INI KARTUN DAN MELUCUKAN. KITA NAK BELI LEMBU ATAU AYAM PUN KITA NAK TAHU SEJARAH DAN DARI MANA BAHAN MAKANAN ITU DITERNAK ATAU DIPROSES BUKAN???

    MAKA MANA MUNGKIN PERPADUAN AKAN TERBENTUK ATAU TERKAWIN ANTARA MELAYU, CINA, INDIA DAN LAIN2 TANPA KITA FAHAMI SEJARAH DAN LATARBELAKANG LAHIRNYA "MALAYSIA." OTAI NAK SYORKAN SUPAYA MALAYSIA MENIRU INDONESIA YANG ADA MEMBINA MUZIUM KESAN SEJARAH NEGARA INDONESIA MEMUSNAHKAN PEMBERONTAK DIAMBANG DAN SELEPAS AWAL KEMERDEKAANNYA DI BAWAH PIMPINAN SUKARNO. OTAI DAH PERGI KE PERISTIWA LUBANG BUAYA DAN SEBAGAINYA DI JAKARTA. MAKA SAMPAI MASANYA KITA DIRIKAN MUZIUM PERPADUAN DENGAN PAMIRKAN SEJARAH KOMUNIS DAN SEJARAH 13 MEI 1969 SERTA SEGALA KEJADIAN PEMBERONTAKKAN ANARKI DI MALAYSIA. BIAR RAKYAT TAHU DAN BIAR GENERASI MUDA FAHAM "ROOT" MEREKA ATAU ASAL USUL SERTA SEJARAH LATARBELAKANG BAKA DAN KETURUNAN MEREKA YANG MEMBIAK DI MALAYSIA SEJAK 52 TAHUN YANG LALU. INILAH PROJEK "PEMBINAAN NEGARA BANGSA 1MALAYSIA" YANG PERLU DISEGERAKAN SEBELUM TERLAMBAT.

    MUZIUM PERPADUAN INI AKAN MEMANDU GENERASI MUDA BELASAN DAN DUA PULUHAN MALAH TIGA PULUHAN TAHUN UMUR PERLU SEDAR AKAN GAGASAN BINTANG 3 YANG MEREKA PUJA HARI INI. UNSUR BERKENAAN ADALAH SEPERTIMANA IAITU SUBURNYA KEMPEN DAN SEMAIAN KEBENCIAN KEPADA KONTREK SOSIAL DAN PERLEMBAGAAN NEGARA 1957. INI TERMASUKLAH DESAKAN DAN PENCABULAN TERHADAP TERAS UTAMA KONTREK SOSIAL BERKENAAN IAITU KEWARGANEGARAAN, RAJA MELAYU, BAHASA MELAYU, AGAMA ISLAM DAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA. KEBENCIAN, DENDAM, PEMBERONTAKKAN, BENCIKAN POLIS, BENCIKAN MAHKAMAH, SPRM, SPR DAN SEBAGAINYA ADALAH MERUPAKAN ULANGAN KEPADA STRATEGI KOMUNIS BINTANG 3 UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU MULAI 1948 YANG LALU....SEBAB ITU OTAI KATA PAKATAN BINTANG 3 MUNCUL LAGI...DENGAN WAJAH BARU YANG LEBIH "MESRA RAKYAT" DENGAN MENGUNAKAN GIMIK "KETUANAN RAKYAT" DAN SAMA RATA TANPA SERTA KEADILAN UNTUK SEMUA!!!

    Kekejaman Bintang Tiga

    Oleh Bennie Zie Fauzi
    bennie@bharian.com.my

    DARI BERITA HARIAN ONLINE 30 OGOS 2009 UNTUK INGATAN SUPAYA "JANGAN SUKA BERMAIN API" SEBAB API BUKAN SEPOTONG KEK HARI JADI YANG MANISSS....

    Bau hanyir darah, sungai jernih bertukar merah, mayat bergelimpangan


    DITANGKAP dan disembelih hidup-hidup, darah menyembur keluar dari leher yang hampir putus, tubuh terangkat ke atas dan menggelepar menahan seksa sakratulmaut. Bunyi geruh menarik nafas akhir amat gerun dan memilukan. Tidak cukup dengan itu, walaupun batang tubuh sudah tidak bergerak dan basah bermandi darah, dagingnya ditakik pula sebelum dibakar dan dihumban ke dalam lubang sedalam paras paha.

    Perbuatan kejam dan di luar peri kemanusiaan itu adalah gambaran kekejaman komunis yang bermaharajalela ketika era darurat dari 1948 sehingga 1960.

    Bagi Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri menyifatkannya sebagai tindakan membalas dendam Parti Komunis Malaya (PKM) yang juga dikenali Bintang Tiga terhadap individu yang disyaki menjadi tali barut tentera Jepun. Tentera Jepun menguasai negara ini untuk tempoh tiga tahun lapan bulan.

    “Jepun menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom pada 6 Ogos 1945. Sebaik mendapat khabar, komunis keluar daripada tempat persembunyian di hutan dan menunjukkan kekuatan dengan membunuh sesiapa saja yang dipercayai bersekongkol dengan Jepun,” katanya.

    Gambaran kekejaman Bintang Tiga dijelaskan beliau pada ceramah program Bicara Tokoh Darurat sempena pameran Darurat-Rentetan Sejarah 1948-1960 anjuran Muzium Negara yang berlangsung dari 30 Jun hingga 30 Ogos lalu.

    Shafie berkata, keadaan huru-hara di Malaya ketika itu menyebabkan hubungan antara kaum tegang biarpun keanggotaan PKM bukan di kalangan kaum Cina saja.

    “Hubungan antara kaum ibarat paku berselirat. Mereka terlalu berhati-hati baik dalam pergaulan mahupun percakapan kerana takutkan musuh dalam selimut.

    “Si penjual sayur yang berjaja setiap pagi menjadi pembelot pada malam hari apabila membawa PKM mengepung kediaman penduduk yang lancang mengkritik komunis,” katanya. Disebabkan tidak mahu ditimpa kesusahan, masyarakat ketika itu rela bergelap dan berkurung di rumah biarpun Maghrib belum menjelang.

    Shafie berkata, ancaman PKM tidak dihadapi orang Melayu saja, bahkan ada kaum Cina terutama suku Tionghua selalu menerima ugutan, diganggu malah harta mereka dirampas menyebabkan mereka memilih mendiami kawasan pinggir hutan.

    Perang Vietnam memburukkan keadaan kerana memberi ilham untuk menghasilkan jerangkap samar atau bobby trap kepada pengganas komunis. Pemberontakan komunis ketika ini di seluruh dunia melalui fasa kedua dengan melakukan serangan lebih agresif dan membunuh.

    “Permatang (laluan) tentera dan polis dipasang jerangkap samar menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban, kudung kaki dan tangan. Pemilik ladang dan lombong dikelar, tanaman getah ditetak, manakala kereta api yang membawa hasil komoditi itu diserang, diterbalikkan dan dibakar. Hakikatnya, ini cara komunis melumpuhkan ekonomi negara,” katanya.

    Namun, kata Shafie, kekejaman komunis meragut kesabaran rakyat, terutama orang Melayu apabila balai polis diserang, dibakar dan menagih korban bukan saja di kalangan anggota bertugas, bahkan anak isteri dibunuh tanpa belas kasihan.

    Balai Polis Bukit Kepong, Kuala Krai, Simpang Pertang dan Pekeliling musnah dihujani peluru dan bom tangan membangkitkan kemarahan masyarakat,” katanya ketika mengenang semula keganasan dicetuskan anak buah Chin Peng itu.

    Sehubungan itu, katanya, Chin Peng tidak patut diberi peluang kembali ke negara ini biarpun perancang utama dan tulang belakang PKM itu sudah lanjut usianya.

    “Bagaimana kita boleh memaaf dan melupakan kekejaman Chin Peng ketika itu. Dia bukan saja pencetus huru-hara bahkan menyebabkan ramai pejuang negara kehilangan anggota. Betapa menyedihkan keadaan tanah air ketika itu hingga tanah berbau hanyir darah, sungai jernih bertukar merah, mayat bergelimpangan dan mereput sendiri. Jelas kelihatan hutang darah dibayar darah, jika masih ada usaha membawa pulang pengkhianat itu, kami anggota keselamatan tidak akan berdiam diri,” katanya penuh semangat.

    Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Zaini Mohd Saidi walaupun ketika darurat masih kecil dan berusia dua tahun, namun beliau mengerti kesengsaraan dan ketakutan yang ditanggung orang sekelilingnya.

    “Saya membesar dalam kekalutan, hilang kebebasan bahkan lebih teruk, melabelkan suku kaum tertentu sebagai komunis. Keadaan ketika itu sangat menekan perasaan sehinggakan untuk pulang ke kampung saya di Lenggeng, Negeri Sembilan dari Kuala Lumpur harus melalui tidak kurang 10 sekatan jalan raya, perintah berkurung dikenakan selepas jam 6 petang, manakala permit diperlukan bagi beras dan gula mempunyai berat lebih sekati,” katanya.

    Namun, paling dikesali beliau ialah kesan pemberontakan komunis yang mencipta sentimen benci di antara kaum, khususnya Melayu dan cina.

    “Angka korban darurat dianggarkan mencecah 2,542 orang membabitkan semua kaum terutama Melayu dan Cina. Pantang silap sikit ketika itu, akan tercetus perkelahian kaum yang berakhir dengan kematian,” katanya.

    PKM di bawah pimpinan Chin Peng membiak ke angka 10,000 anggota pada akhir 60an berbanding 400 anggota asal. Matlamat awal untuk memerangi kuasa Jepun sebaliknya melahirkan gerombolan gerila yang berniat jahat menimbulkan huru-hara.

    “Generasi kini patut mengenang semula pahit getir perjuangan dan kesediaan anggota keselamatan berkorban nyawa demi negara. Azab dua tiga bulan berkampung di hutan tidak terungkap dengan kata-kata, namun itu sudah menjadi tugas kami untuk melindungi keselamatan rakyat,” katanya.

    Fahami sejarah kemerdekaan

    KEMERDEKAAN dikecapi hari ini bukan diperoleh secara mudah tetapi dibina dengan keringat, darah dan air mata.

    Penghayatan kemerdekaan tidak terhad dengan mengibarkan bendera, menganjurkan perarakan warna-warni, konsert dan menyanyikan lagu ‘Negaraku’ semata-mata tetapi sewajarnya rakyat dilatih mengenang semula perjuangan generasi terdahulu membebaskan negara daripada penjajahan, selain memahami proses bagaimana akhirnya kemerdekaan menjadi milik negara.

    Kependudukan Jepun yang bertunjangkan slogan ‘Asia untuk Asia’ berjaya merubah senario politik Tanah Melayu apabila British tidak lagi dianggap kuasa imperialisme kebal. Bertujuan mengembalikan maruah peribadi, namun diuar-uarkan atas nama membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman Jepun, British menjalinkan kerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 8 Disember 1940.

    Namun, British silap perhitungan apabila PKM yang sepatutnya menyebelahi mereka, sebaliknya bermaharajalela mengisi kekosongan ditinggalkan Jepun yang kalut dengan kemelut pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1946.

    Pengaruh fahaman komunis semakin meluas menjelang 1948. Malah, untuk merealisasikan wawasan penubuhan Republik Komunis Malaya, PKM menukarkan namanya kepada Malayan People Anti-British Army (MPABA) sekali gus menjadi platform melancarkan serangan lebih agresif untuk melumpuhkan British.

    Tiga peringkat strategi dirangka komunis untuk mengambil alih Tanah Melayu bermula dengan menghasut kesatuan sekerja mengadakan mogok. Usaha ini gagal apabila British meluluskan Trespass Law (undang-undang pencerobohan) yang menyekat kesatuan memasuki ladang bagi tujuan berceramah dan menstruktur organisasi pekerja. Ordinan persatuan yang mewakili pekerja juga dipinda dan dikemaskini pada 12 Jun 1948 iaitu mewajibkan semua kesatuan sekerja mendaftar dengan pihak berkuasa.

    Strategi kedua PKM ialah menguasai bandar kecil, seterusnya mendirikan markas PKM yang diisytiharkan British sebagai kawasan putih. Bagi memastikan dasar dan rancangan mereka berjalan lancar, Gerakan Rakyat (Min Yuen) berciri serampang dua mata ditubuhkan.

    Gerakan Rakyat ini bertanggungjawab membekalkan makanan kepada ahli PKM yang melarikan diri ke dalam hutan selepas pengharaman parti itu, selain mengumpul maklumat berkaitan strategi kerajaan menghapuskan mereka.

    Pemberontakan bersenjata terkandung dalam strategi terakhir. Melaluinya, anggota dilatih menguasai taktik perang gerila, selain menubuhkan unit kecil berfungsi menakutkan penduduk Tanah Melayu membabitkan pertumpahan darah warga British dan sekutunya.

    Kekejaman demi kekejaman yang dilakukan memaksa British mengambil pendekatan drastik mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948.

    Meskipun darurat menyusahkan rakyat kerana mengekang pergerakan, mengorbankan banyak nyawa serta menyebabkan kerosakan harta benda, dari perspektif lain, insiden darurat sebenarnya mempercepatkan lagi proses memerdekakan Tanah Melayu apabila British bersetuju ia ditadbir anak tempatan.

    Info

    Kes keganasan komunis

  • Serang hendap di Kelian Intan - 10 September 1947

    Peristiwa berlaku pada jam 7.30 pagi membabitkan serangan pengganas ke atas sebuah lori dan dua bas yang membawa anggota polis. Tiga anggota polis dan enam orang awam terkorban, manakala dua mata-mata polis serta 12 orang awam cedera parah.

    Segerombolan pengganas komunis dikatakan melepaskan tembakan bertubi-tubi selama 10 minit, merampas harta penumpang dan mengacukan senapang kepada mereka.

  • Pembunuhan di Sungai Siput, Perak - 16 Jun 1948

    Tragedi ini mengorbankan tiga pengurus ladang berbangsa Eropah iaitu T.G Christian, A.E Walker dan J.M Allison. Pembunuhan ini menggemparkan penduduk tempatan, seterusnya penyebab kepada pengisytiharan Undang-undang Darurat di Perak.

    Ia adalah pengumuman darurat pertama sebelum ia diperluaskan di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948. Pembunuhan ini disifatkan sebagai kemuncak keganasan komunis yang mula berleluasa sejak tamat Perang Dunia Kedua di negara ini.

  • Serangan ke atas kampung Jeram Choh, Johor - 18 Jun 1948

    Ia dilakukan kira-kira 20 pengganas komunis lengkap bersenjata. Kemuncak kejadian ialah serangan ke atas balai polis yang menyebabkan kerajaan mengalih langkah mengumumkan perintah darurat berkuat-kuasa serta-merta.

  • Tragedi lombong Batu Arang, Selangor - 12 Julai 1948

    Lombong ini ditawan komunis sebagai strategi melumpuhkan ekonomi negara. Ia bukan saja mengakibatkan operasi kilang terhenti, malah seluruh kilang dimusnahkan manakala lima pekerja berbangsa Cina terkorban.

  • Sabotaj ke atas kuari Sungai Gepai, Tapah, Perak - 19 Januari 1950

    Serangan membabitkan kira-kira 20 pengganas itu memusnahkan beberapa kenderaan dan peralatan kuari.

  • Serang hendap di Seberang Perai - 22 Januari 1950

    Serangan ini mengorbankan lapan anggota polis termasuk seorang sarjan Inggeris manakala enam anggota polis Melayu cedera parah.

  • Serangan di Kampung Simpang Tiga, Setiawan, Perak - 4 Februari 1950

    Kira-kira 80 pengganas komunis menyerang dan membakar kampung yang mengakibatkan 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

  • Peristiwa Bukit Kepong - 23 Februari 1950

    150 pengganas komunis yang diketuai Mat Indra menyerang balai polis pada jam 4.30 pagi. Tragedi memilukan ini mengorbankan 23 mangsa membabitkan 13 anggota polis, enam pengawal kampung, tiga wanita dan seorang kanak-kanak.

  • Serang hendap di Sungai Semur, Kelantan - 25 Mac 1950

    Pertempuran antara kira-kira 250 pengganas komunis dengan platun Kompeni D Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja berjumlah 25 orang. Serangan berlaku pada jam 10.30 pagi ketika platun berkenaan menyusuri sungai. Sejumlah 17 orang anggota tentera terbunuh dengan lapan cedera.

  • Pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu Bharu, Bukit Fraser - 6 Oktober 1951

    Sir Henry, Pesuruhjaya Tinggi British pada 1948 hingga 1951 diberi tanggungjawab membanteras ancaman komunis di Tanah Melayu. Dia dan isteri ditembak mati ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser dari Kuala Lumpur untuk bercuti.

  • Serang hendap kereta api, Tampin, Negeri Sembilan - 14 November 1951

    Serangan ini mengorbankan empat orang awam, termasuk pemandu kereta api, K Vettivelu. Kejadian berlaku pada waktu malam ketika kereta api berkenaan berada kira-kira sebatu dari Tebong berhampiran Tampin.

    Sabotaj dilakukan dengan mengalihkan landasan mengakibatkan kereta api tersasar, manakala sebahagian gerabak terbabas serta tergelincir kira-kira 10 meter ke bawah landasan. Kereta api itu ditembak bertubi-tubi sekali gus mencederakan 20 penumpang. Antara mangsa terselamat, termasuk Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan isteri serta dua putera baginda.

  • Pokok getah seluruh Tanah Melayu ditetak (1948 - 1951)

    Ia adalah tindak balas pengganas komunis terhadap pemilik ladang yang enggan bekerjasama dengan mereka. Perbuatan menetak pokok juga bertujuan melumpuhkan ekonomi yang ketika itu banyak bergantung kepada hasil pengeluaran getah.


  • Saturday, July 11, 2009

    100 HARI NAJIB SELESAIKAN TUNTUTAN RAKYAT

    100 HARI NAJIB BERSMA RAKYAT HARI INI 11 JULAI 2009

    11 RANGSANGAN RAKYAT BUKTI DS NAJIB PERDANA MENTERI RAKYAT YANG AMAT PEMURAH TERHADAP RAKYAT JELATA TANPA KIRA KAUM DAN AGAMA.

    KATA DS NAJIB...HARI INI ADALAH SEBAGAI PERMULAAN. INI BARU 100 HARI, DAN MASIH BANYAK LAGI TUNTUTAN RAKYAT AKAN DISELESAIKAN SELEPAS INI.

    YA... TATKALA PUAK PAKATAN ROYAK@ROBABI YANG MAIN SANDIWARA POLITIK ULAR SAWA SURUNG PAPAN TARIK PAPAN, DS NAJIB TETAP KONSISTENT DENGAN SIFAT PEMURAHNYA 1MALAYSIA "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN."

    POLITIK GENG PAKATAN ROBABI DI KEDAH BERSELISIH KERANA "BABI" TELAH BERDAMAI PULAK APABILA KES ITU SELESAI IKUT KEHENDAK MEREKA... TAK PASTI PULAK APA KONTREK SOSIAL YANG DISETUJUI MEREKA ITU ISLAMIK ATAU TIDAK!!!

    SELISIH PULAK DI SELANGOR. NI PUN SANDIWARA JUGAK SEBAB NAK BAGI MEREKA DAPAT PUBLISITI DALAM MEDIA.

    BEGITU JUGA KES KAMPONG PALA DAN KEADILAN KERAJAAN TIDAK ISLAM KONONNYA IKUT KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ DI PENANG... NAMPAKNYA CUCI TANGAN DAN TUTUP BUKU DAH....

    SOALNYA SEMASA DS NAJIB LAKSANAKAN KERAJAAN "PERDANA MENTERI RAKYAT YANG PEMURAH"... APA PULAK KPI KERAJAAN PAKATAN ROBABI DI KEDAH, KELANTAN DAN SELANGOR BERI KEPADA RAKYAT??? JANGANLAH HARAP RAKYAT KENYANG DAN TIDUR DENGAN POLITIK SANDIWARA SURUNG PAPAN TARIK PAPAN MEREKA ... KEJAB BERBALAH, KEJAB BERBAIK KONONNYA DAH "SELESAI."

    APA YANG "SELESAI?" SIAPA YANG UNTUNG DAPAT SEMUA? SIAPA YANG RUGI KENA BERI SEMUA???

    BERAPA LAMA LAGI RAKYAT NAK LIHAT TELAN AIR LIUR DAN MAKAN@TELAN ANGIN KOSONG PERMAINAN POLITIK GENG PAKATAN ROBABI INI??? BERBALAH... BERBINCANG KONNYA DAN SELESAI.... HUTANG RAKYAT BILA NAK BAYAR??? HUTANG
    MANIFESTO 2008 BILA NAK BUAT??? MARUAH MELAYU ISLAM TERGADAI BILA NAK TEBUS???

    DARI MALAYSIAKINI.....
    100 hari jadi PM: Hadiah dari Najib
    Jul 11, 09 2:57pm
    Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi perdana menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.

    Berucap di majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibunegara, perdanamMenteri berkata, untuk meringankan beban pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayar Smart Tag dan Touch 'n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun 20 peratus.

    najib 100 day bash 110709 crowd inside 03Najib berkata ini adalah satu keputusan atau penyelesaian sementara sahaja, sementara menunggu kajian keseluruhan mengenai kadar tol yang menurutnya akan mengambil masa, lapor Bernama.

    Katanya beliau pernah diberitahu oleh seorang pengguna jalan bertol yang dirinya terpaksa membayar tol lebih kurang RM300 sebulan manakala gaji bulanannya RM3,000, yang menurut Perdana Menteri: "Orang ini hanya mendapat gaji 11 bulan sahaja setahun, kerana gaji satu bulan lagi habis dibelanjakan untuk pembayaran tol setahun.

    "Ini (diskaun) saya percaya akan memberi kelegaan pada rakyat terutamanya yang menggunakan jalan tol setiap hari," katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh lebih 5,000 hadirin di dalam dan luar pusat konvensyen itu yang penuh sesak.

    Dalam ucapan hampir 50 minit yang dimulakan tepat 11.11 pagi yang menandakan 11 Julai, genap 100 hari menjadi perdana menteri selepas dilantik pada 3 April lalu, Najib juga mengumumkan penyewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan diberi peluang dan pilihan untuk membeli rumah di bawah program tersebut.

    Katanya sejumlah 44,000 unit rumah ditawarkan yang memberi peluang golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

    Potongan 50 peratus

    Satu lagi pengumuman melibatkan masyarakat penjaja dan peniaga kecil, di mana mereka akan menikmati potongan 50 peratus bagi pembaharuan lesen dan lesen baru.

    najib 100 day bash 110709 crowd outsideNajib berkata ia bagi memenuhi permohonan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia bagi pengurangan bayaran lesen yang dikemukakan kepada beliau pada satu majlis di Tanjung Karang, Selangor bulan lalu.

    "Ini akan memberi banyak kelegaan...saya harap negeri-negeri lain akan ikut langkah di Wilayah Persekutuan ini. Mudah-mudahan (bayaran) lesen-lesen lain juga akan dikurangkan," katanya.

    Selain itu Najib turut mengumumkan kerajaan akan menambah 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan ini, pertambahan daripada 7,000 permit teksi individu yang telah diberikan setakat ini.

    Menurutnya, dasar membantu pemandu teksi dibuat memandangkan pada masa sekarang terdapat ramai pemandu teksi yang terpaksa menyewa harian dengan pembayaran seperti RM50 sehari, di samping kos lain seperti minyak.

    Najib juga mengumumkan bahawa caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang.

    Menurutnya beliau mendapati ramai penunggang terutama anak-anak muda yang "ke hulu dan ke hilir dengan motosikal kapcai" tidak memiliki lesen memandu kerana kos mendapatkan lesen termasuk latihan adalah tinggi, di antara RM500-RM700 seorang.

    Amanah saham 1Malaysia


    "Setelah berunding dengan sekolah-sekolah memandu, caj (kadar) bayaran latihan (belajar) dikurang kepada RM211. Dan berdasar riak tadi, saya membayangkan memang tepat keputusan tadi," katanya sebagai mengulas reaksi tepukan gemuruh daripada ramai hadirin sebaik sahaja beliau mengumumkan pengurangan itu.

    Perdana menteri juga mengumumkan bahawa menjelang 2010, seramai 20,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih dalam usaha memerangi kemiskinan bandar.

    Najib juga berkata satu lagi tabung unit amanah baru dinamakan "Amanah Saham 1Malaysia" akan dilancarkan sedikit masa lagi dengan saiz sehingga 10 bilion unit.

    Ia dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, katanya.

    Najib juga mengumumkan peruntukan skim TEKUN ditambah RM150 juta lagi dan juga mengumumkan peruntukan RM15 juta khusus untuk program pembangunan usahawan muda kaum India di negara ini.

    Selain itu, beliau juga mengumumkan kerajaan akan mengambil langkah-langkah drastik ke arah mengurangkan jenayah dan rasuah di negara ini, dan maklumat mengenainya akan diumumkan hujung bulan ini.

    Pendaftaran kelahiran


    Satu lagi pengumuman hari ini adalah berkaitan pendaftaran kelahiran, yang menurutnya ramai juga yang lambat mendaftarkan kelahiran dan kerajaan akan terus mempergiatkan usaha memperbaiki keadaan itu.

    Najib berkata di Sabah, semenjak 2005, sebanyak 36,000 permohonan pendaftaran telah diterima dan daripada jumlah itu 92 peratus diluluskan.

    Di Sarawak pula, semenjak 2005, sebanyak 19,000 permohonan telah diterima dan dari jumlah itu, 80 peratus permohonan telah diluluskan.

    Dalam pengumuman mengenai kewarganegaraan pula, Najib berkata, jumlah permohonan tertangguh pada 1 November 2008 adalah 34,000, dan sehingga bulan lalu, 46 peratus telah selesai dibuat keputusan dan usaha akan dipergiatkan lagi untuk menyelesaikan baki permohonan.

    Di majlis itu, Najib turut membuat pengumuman mengenai infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak.

    Menurutnya kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di kedua-dua negeri, daripada 750 kilometer yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sekarang kepada 1,500 kilometer dalam tempoh RMK-10.

    Dalam konteks infrastruktur ini, Najib juga berkata liputan bekalan air
    minum yang kini berada pada tahap 52 peratus di Sabah dan 61 peratus di Sarawak, akan dipertingkatkan, begitu juga bekalan elektrik, dan pengumuman mengenainya akan dibuat hujung bulan ini.

    Najib yang menyifatkan majlis hari ini sebagai "perjumpaan yang sangat bersejarah" berkata keputusan yang dibuat itu adalah "keputusan istimewa untuk rakyat Malaysia".

    "Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak muda sekalian untuk bersama-sama saya melakar masa depan Malaysia yang menjanjikan peluang yang lebih baik dan adil untuk semua dengan satu harapan," katanya.

    Monday, June 29, 2009

    AWAS MADAH BERHELAH DAN FITNAH PAS TERHADAP BODI TUAN AZIZ




    APA PULAK HELAH DAN FITNAH PERIBADI TERHADAP TUAN AZIZ CIPTAAN PAS?
    Tuan Aziz Tuan Mat, 39 tahun, bekas Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan KESEDAR, calun BN Manek Urai nampaknya kena senyum lebih dan mesra rakyat banyak-banyak. Dia, isteri dan keluarga kena tawan hati dan minda pengundi MU. Sebabnya ialah kerana Pas akan buat fitnah macam2 burukkan peribadi dia nanti macam di Bkt Gantang isu Mail Danok kaki pompuan Siam Thailand, di KT isu si Wan Farid sombong dan semua keluarga dia termasuk ibu bapaknya maka... Tuan Aziz apa pulak ya... awas tukang fitnah terhebat abad ini sebelum kiamat iaitu PAS dan sekutu kapir harbinya..... allahuakhbar!!!

    Pas MEMANG TERRER buat umpan dan larikan isu supaya UMNO latah dan letih jawab isu yang diumpan oleh PAS. Sebenarnya terlalu banyak kemungkaran dan gagalnya KPI serta manifesto PAS perintah Kelantam sema 20 tahun sejak 1990. Tapi UMNO tak pernah nak rosakkan bodi ore PAS sebab UMNO lagi beradab dan tak suka buat fitnah serta main politik murahan.

    Oleh kerana PAS terdesak nak tutup lubang dan kelirukan UMNO maka:

    1. Nik Aziz MB tolak perpaduan melayu islam dengan UMNO

    2. Nik Aziz MB tuduh UMNO kapir, macam chin peng komunis bntang 3 dan UMNO kerajaan langit sesat macam ayah pin.

    3. Nik Aziz MB ajak DS Najib berdebat dasar islam UMNO VS PAS.

    Bila UMNO keliru dan layan umpan Nik Aziz... maka berjayalah dia wat lari isu. umno akan rugi besar dan buang masa bahas topik dan agenda setting yang dicipta oleh Nik Aziz dan Jawatankuasa Pusat Propaganda@tukang spin PAS serta Pakatan Rakyat Kapir Harbi.

    Satu lagi agenda setting mereka iaitu lemahkan UMNO dengan adudomba iaitu laga2kan UMNO Kuala Krai yang kononya kata mereka UMNO Kuala Krai tak mau Tuan Aziz yang kononnya kroni serta anak emas Wan Zaid, mantan Ketua UMNO Krai dan mantan Pengerusi KESEDAR. Maka ore Umno akan berpecah, lumpuh, hilang semanagat serta daya juang.... dan jentera umno akan pecah dua atau pecah sepuluh. Itulah harapan mereka iaitu PAS dengan moto "mencari kemenangan PILIHANRAYA, menuju KEBERKATAN.... bersama TOK GURU NIK AZIZ."

    Last sekali dalam dua atau tiga hari sebelum PRK iaitu pada 10, 11,12 dan 13 serta 14 julai maka akan diedarlah macam2 bahan fitnah serang bodi Tuan Aziz. Kalau di bukit gantang isu Mail Danok, Thailand. di KT dgn isu Datuk Wan Farid sombong....maka di Manek Urai... Tuan Aziz akan dicap sebagai apa pulak oleh PAS.... naka UMNO kena stanby..... dan jangan lalai walau sesaat pun...........dan jangan berganjak walau seinci pun dari perjuangan Melayu ISLAM Kelantan yang dilacurkan oleh PAS kerana sekongkol dengan DAP dan PKR.

    Pas bukan cerita KPI dan "rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan", tetapi akan serang bodi Tuan Aziz habis2an.... tunggu...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Ini semua nak tutup gagal dan temberang mereka perintah kelantan hampir 20 tahun sejak 1990.......KATA ZIANA ZAIN DALAM YPUTUBE "MADAH BERHELAH."



    Apa yang dibuat kunco2 dan gerombolan PAS selama 20 tahun di kelantan?

    anda dijemput ke http://aberamly.wordpress.com

    Tak payah nak berdebat dgn sesiapa... nik aziz MB dan kuncu serta pakatan kapir harbinya boleh berceramah siang dan malam di Manek Urai hingga 13 julai ni... ayuh belasahlah UMNO cukup2 dan fitnahkan semua orang....... tak ada siapa yang larang dan masukkan semua sekali dalam TVPAS, malaysiakini, youtube dan lain2 media.... tolong bagi alamatnya sebab nak lihat jugak...hahahaha

    Mari kita berpesta dan bermandikan fitnah, kejian dan umpatan PAS kepada UMNO... dah 20 tahun tak cukup lagi belasah UMNO.... ??????????? teruskan sebab atas dasar kempen dan mencari "keberkatan" kerajaan pimpinan TG Nik Aziz di Kelantan....

    Pesan... ore UMNO jangan melatah dengan umpan mereka... tapi teruskan jadi audit utk buat audit segala manifesto dan aktiviti PAS di Kelantan, khasnya isu ladang rakyat.

    Selamat berjuang... semoga Allah berkati niat suci kita demi bangsa, agama dan negara. Amin.

    SETUJU SANGAT DENGAN LAPORAN AKHBAR OLEH TOK PA HARI INI. HAH BARU NAMPOK JANTAN MACAM TUUUUU....

    SEBELUM NI UMNO DAH KUWONG KERANA "TAK LEH SENTUH BODI NIK AZIZ KALAU UMNO NAK MENANG." TAPI 20 TAHUN TAK SENTUH NIK AZIZ.... UMNO MENANG KO?????????? NAK KERKENTUT AKU DENGAN BACULNYA GENG SPIN DAN PAKAR GERAKSARAF JENIS PONDAN NI..... SORRY NYAH.... BACA NI........BERITA HARIAN 29 JUN 2009.......

    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20090629002400/Article/

    Pas sebar fitnah tutup kelemahan

    KUALA KRAI: Tindakan pemimpin Pas melemparkan pelbagai fitnah serta memburuk-burukkan kepemimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) dilihat sengaja dilakukan bagi menutup kelemahan parti itu yang gagal membangunkan negeri ini sepanjang 19 tahun pentadbirannya.

    Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata disebabkan terlalu lama berkuasa di negeri ini, pemimpin Pas semakin angkuh serta takbur dengan merasakan mereka maksum sehingga memandang rendah dan memperlekeh kemampuan BN seolah-olah parti itu akan menang besar pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai 14 Julai depan.

    "Pas sememangnya angkuh serta takbur dan berasa mereka seolah-olah maksum yang boleh buat segala-galanya. Oleh kerana sudah terlalu lama memerintah hampir 20 tahun, mereka memperlekehkan kemampuan kita, tetapi Umno akan membuktikan kita masih kuat dan tidak selemah seperti yang mereka dakwa.

    "Sehubungan itu, BN akan lawan habis-habisan untuk memastikan calon kita berjaya memperoleh kemenangan di Manek Urai nanti," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi BN di Kampung Sok Luar, Manek Urai, di sini, semalam.


    Beliau mengulas mengenai pelbagai serangan yang dilakukan Pas terhadap kepemimpinan BN termasuk menyamakan Umno dengan komunis serta ajaran sesat menjelang pilihan raya kecil DUN Manek Urai.

    Mustapa berkata, BN tidak akan terikut-ikut dengan taktik Pas yang melemparkan fitnah dan memburuk-burukkan Umno, sebaliknya akan tetap mengamalkan kempen secara berhemah dan mesra rakyat.

    Beliau berkata, BN terbukti lebih berkemampuan membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dari segenap segi untuk kesejahteraan rakyatnya berbanding Pas yang cuma tahu membuat fitnah dengan memburuk-burukkan kepemimpinan Umno.

    Katanya, antara isu yang akan diberikan tumpuan oleh jentera BN sepanjang kempen pilihan raya kecil berkenaan termasuk penolakan kerajaan perpaduan oleh Pas, kegagalan kerajaan Pas Kelantan membangunkan negeri ini serta isu pembangunan yang akan dilaksanakan BN di Manek Urai.



    Thursday, May 28, 2009

    NOSTALGIA RINDUKAN KOMUNIS SATU MUSLIHAT



    KATA PAK SHEIKH ANUAR IBRAHIM...

    "MALAYSIA INI MERDEKA KERANA MENJANJIKAN... KEBEBASAN,

    "MALAYSIA INI MERDEKA KERANA MENJANJIKAN... KEADILAN,

    "MALAYSIA INI MERDEKA KERANA MENJANJIKAN... HAK BAGI SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA"

    MAKA CHIN PENG ADAKAH WARGANEGARA MALAYSIA?

    MENGAPA CHIN PENG AMAT PENTING UNTUK DIBAWA BALIK KE MALAYSIA?

    ADAKAH CHIN PENG PARTI KOMUNIS MALAYA MENJANJIKAN KEBEBASAN? KEADILAN DAN HAK?

    ADAKAH CHIN PENG AMALKAN... ANAK MELAYU ANAK CHIN PENG, ANAK CINA ANAK CHIN PENG, ANAK INDIA ANAK CHIN PENG, ANAK IBAN ANAK CHIN PENG, ANAK KADAZAN ANAK CHIN PENG???

    APAKAH CHIN PENG JANJIKAN KITA LEBIH SELAMAT DI LUAR DARIPADA DALAM JAGAAN POLIS DAN PASUKAN KESELAMATAN PADA MASA ITU???

    BACA INI.......

    Tidak! Chin Peng
    DARI http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

    Oleh ZULKIFLI JALIL dan ZABRY MOHAMAD
    pengarang@utusan.com.my

    PUTRAJAYA 27 Mei - Pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng tidak dibenarkan kembali ke negara ini, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Perdana Menteri berkata, kepulangannya jika dibenarkan hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada ahli-ahli keluarga mereka yang terkorban semasa era Darurat antara 1948 hingga 1960.

    ''Kerajaan tidak benarkan Chin Peng balik ke negara ini sebab ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada mereka yang terkorban dan ahli-ahli keluarga mereka yang telah terkorban dalam waktu darurat dahulu," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara di pejabatnya di sini hari ini.

    Perdana Menteri mengulas permintaan Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan baru-baru ini agar kerajaan membenarkan bekas pemimpin PKM itu pulang ke Malaysia.

    Hock Nan membuat permintaan itu atas alasan kemanusiaan di samping mendakwa Chin Peng bukan lagi ancaman keselamatan kepada negara.

    Kenyataan pemimpin Gerakan itu mendapat bantahan keras daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang berasakan permintaan tersebut tidak tepat.

    Kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terbunuh di tangan PKM diketuai Chin Peng semasa era keganasan kumpulan pengganas itu antara 1948 sehingga mereka meletakkan senjata pada 1989.

    SLOGAN "LAWAN TETAP LAWAN", "HANCUR TETAP MUSNAH SAMPAI KIAMAT".......

    Sunday, May 24, 2009

    DAP GUNA MODUS OPERANDI LKY?

    HANYALAH SEJARAH TALKIM UMNO DI SINGAPURA YANG MATI AKIBAT PAP LETAK CALUN MELAYU LAWAN UMNO. MAKA UMNO DAN MELAYU MAMPUS KOJOL DALAM POLITIK DI SANA?

    PATUTLAH DAP KATANYA NAK LETAK CALUN MELAYU DAP DI PERAK UNTUK JADI MB DAP SEKIRANYA DUN PERAK PR SEMULA.... NI TEMBELANGNYA!!!

    WAH! INI BUKTI SEJARAH YANG PERLU DIKAJI NI. OLEH ITU OTAI HARAP PUAK2 SEJARAH NI BERSUARALAH DAN BUKTIKAN PERKARA NI. MAKA BERHENTILAH DOK MERAPU PERKARA YANG KECIK2. FIKIR DAN TUMPU KEPADA BIG THING LAH PROFESSOR SEJARAH SEMUA. SEJARAH UMNO DAN POLITIK MELAYU SINGAPURA PATUT DI SEMINARKAN DAN SEBAR@SPIN SUPAYA SEMUA KITA NI TAHU. BILA TAHU MAKA FIKIR LAH.... JANGAN BODOH SANGAT!!!

    dari blog - http://pakatanmalaysia.blogspot.com/2009/05/didepan-dan-belakang-pas.htm
    Thursday, May 7, 2009
    DIDEPAN DAN BELAKANG PAS

    DI DEPAN PAS .


    1. KETUA Menteri Pulau Pinang, antara ucapan sulungnya di hadapan penyokong PAS dia berkata, contohilah kepimpinan dan pemerintahan Saidini Umar Abdul Azizzzzz...Maka terpegunlah mereka yang mendengarnya, betapa hebatnya Ketua Menteri ini bercakap pasal Islam...

    DI BELAKANG PAS .

    2. Bertempat di Wisma Winbond, KL pada 25 April 2009, dalam ' Workshop Wanita DAP ' , Ketua Menteri yang sama ini bercakap sambil ketawa menghina-hina, katanya,

    " We stand for eqal treatment. There should no doublestandard. We can't undestand why a man can have 4 wives. Why should there be this type of double standard? i am not encouraging men to have 4 wives or woman to have 4 husbands but why should there be a double standard of this kind of perception? It is okay for men to have more, but not for women?

    3. Apa yang dibuat oleh Ketua Menteri ini sama modus operandi Lee Kuan Yew dahulu di Singapura.Ketika itu,UMNO mempunyai 3 kerusi Parlimen di Singapura.

    Untuk menghapuskan politik orang Melayu di Singapura, Lee Kuan Yew mengambil hati orang Melayu Singapura. Meletakkan Calon PAP Melayu vs Melayu UMNO.Akhirnya UMNO tewas. Melayu PAP menang, malangnya pada pusingan kedua pilihanraya Melayu PAP telah "dikalahkan", dan sehingga hari ini sudah tidak ada lagi Melayu PAP.Tidak ada lagi Menteri Melayu.Melayu sudah hampir mati di Singapura.

    Petikan : Jentayubaka.

    Monday, May 11, 2009

    MTRK, UMNO DAN PAKATAN ULAMAK PAS KELANTAN



    GERAKKAN KE ARAH KERAJAAN CAMPURAN PR KE 13 DI KELANTAN DENGAN FORMULA..... MTRK, UMNO DAN PAKATAN ULAMAK PAS KELANTAN

    ambo org kelate....

    teruknya. tunggulah pas kelantan akan pecah. sekarang majlis tindakkan rakyat akan bergabung dgn umno dan pas serpihan iaitu anak tok guru untuk PR ke 13... kelantan akan ada parti pakatan ulamak pas kelantan atau PUPK... KELANTAN NI KALAU S 46 SOKONG PAS...PAS MENANG. DULU BERJASA SOKONG UMNO... UMNO MENANG. SEKARANG MTRK, PURK AKAN GABUNG DGN UMNO.... KERAJAAN CAMPURAN LAH.... MB NYA????? TOK HING ATAU MOHD ABDUH KER?
    ramalan ini akan jadi benar... tunggu!!!!!!!!

    Friday, April 17, 2009

    ULAR SAWA ANUAR IBRAHIM TELAN PAS

    (SEBAGAI ULAR SAWA ATAU JENTOLAK@SODHOK ANUAR UNTUK TELAN PAS DAN BAKAL PRESIDEN PAS BAGI JATUHKAN HAJI HADI PADA PENGGAL AKAN DATANG)

    PADA TILIKAN AKU........ NIZAR SEBAGAI ULAR SAWA DAN SODHOK ANUAR, KALAU LAH KENA GAYA DAN CATUR ANUAR INI, MAKA PUAK PRO-PAKATAN IAITU ENDORGAN AKAN TELAN PAS. MEREKA INI BERKIBLAT KEPADA ANUAR IBRAHIM. MAKA AKAN KALAHLAH PUAK KONSERVATIF YANG PRO MUQABBALLAH DENGAN UMNO. PAS AKAN JADI PARTI ISLAM PRO AMERIKA...... ISLAM AMERIKA BUKAN MEKAH LAGI!!!

    NAMPAKNYA CITA2 ANUAR NAK GULINGKAN BN SEMAKIN MENARIK LAGI. INI KERANA MUNGKIN BELIAU AKAN MASUK PAS DAN JADIKAN DAP SERTA PKR SEBAGAI GABUNGAN PAKATAN RAKYAT SAHAJA. SEBABNYA DALAM PKR... ANUAR TAK ADA PELAPIS DAN TOKOH MELAYU YANG BOLEH SAMA OTAK DENGAN DIA IAITU CORAK ISLAM PRO AMAERIKA. MAKA PKR HANYALAH TANGGA DAN ALAT KEPADA ANUAR SAHAJA. PAS PULAK ALAT KE ATAU WADAH PERJUANGAN ANUAR SELAMA INI??? JAWAB LAH SENDIRI.

    CUMA AKU NI DAH ADA STIGMA... ANUAR NI APA DIA RANCANG NAMPAKNYA ALLAH TAK IZIN. DULU NAK JATUHKAN TUN MAHATIR, LEPAS TU 16 SEPTEMBER... DLL LAGI LAH.

    TAPI ADAKAH KALI INI ALLAH SWT IZIN???

    TOLONG KOMENTAR KAT AKU LAH SEBAB NAK TAHU BIJAK TAK KEPALA HOTAK KAU ORANG TUUURRRR!!!!!

    laporan dari malaysiakini 17 april 2009:
    Nizar calon naib presiden PAS, Husam cabar Nasharuddin
    Abdul Rahim Sabri | Apr 16, 09 3:54pm
    dikemaskini Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, yang baru menang di Bukit Gantang, kini antara calon popular untuk jawatan naib presiden PAS.

    Manakala Datuk Husam Musa pula ingin diangkat sebagai pemimpin nombor dua parti itu, menggugat kedudukan timbalannya sekarang Nasharuddin Mat Isa.

    Menteri besar Pakatan Rakyat itu melonjak popularitinya susulan krisis politik di Perak dan kemenangannya di kerusi parlimen tersebut, menyerlahkan lagi ketokohannya di mata akar umbi PAS.

    Manakala Husam, naib presiden PAS dari Kelantan, pula ingin dinaikkan bagi menguatkan suara penyokong aliran pro-Pakatan Rakyat dan sekali gus menolak sebarang bentuk rundingan dengan Umno, termasuk kerajaan campuran yang disuarakan oleh presidennya.

    Bagaimanapun kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang - pemimpin teratas yang mewakili suara pro-rundingan dengan Umno - setakat ini belum lagi dicabar.

    Seorang lagi pemimpin terkanan PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang sering bertentangan pendapat dengan Abdul Hadi, enggan mengulas jika jawatan-jawatan teratas termasuk presiden dicabar.

    Walaupun awalnya bimbang persaingan sengit boleh memudaratkan parti itu, mursyidul am PAS kemudian kelihatan mengubah pendiriannya - kini memberi kebebasan kepada ahli membuat pilihan, termasuk menolak pemimpin yang dirasakan tidak lagi diperlukan parti itu.

    "Saya tak nak sebut apa-apa, nanti pengaruhi orang lain pula, biar saya senyap-senyap sudahlah. (Tetapi) kalau barang perlu diubah, ubahlah," Nik Aziz dipetik berkata awal minggu ini.

    PAS akan mengadakan pemilihan dan muktamar ke-55 awal Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Mesyuarat peringkat kawasan dan tiga sayap utama - Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama - akan berakhir bulan depan.

    Pertembungan dua aliran

    Persidangan tahun ini juga bakal menyaksikan pertembungan lebih sengit dua aliran utama parti itu - pro-muzakarah dengan pro-Pakatan (atau "kumpulan Erdogan") - yang mengundang perdebatan hangat sejak muktamar di Ipoh, tahun lalu.

    Tinjauan Malaysiakini di kalangan beberapa pemimpin di Pahang, Selangor, Kelantan dan Kedah mendapati bahawa mereka meramalkan aliran pro-muzakarah akan mengharungi jalan sukar sekiranya wujud pertandingan di peringkat jawatan tertinggi parti.

    Mesyuarat kawasan-kawasan di negeri-negeri tersebut cenderung menaikkan pemimpin beraliran pro-Pakatan, selain mencalonkan tokoh-tokoh yang tidak pro-muzakarah, termasuk ingin mempertahankan naib presiden sekarang, Mohamad Sabu.

    Tokoh-tokoh yang dilihat cenderung kepada pro-muzakarah "semakin tidak popular" dan "susah mendapat pencalonan" untuk bertanding jawatan-jawatan tertentu pada pemilihan Jun ini, kata seorang pemimpin PAS Pahang.

    Majoriti 14 kawasan di negeri itu menolak sebarang usaha muqabalah PAS-Umno, katanya yang enggan dikenali.

    Tambahnya, PAS negeri "tidak mempunyai masalah" dengan PKR dan DAP, apatah lagi pesuruhjayanya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan.

    Cenderung kepada pro-Pakatan

    "Dalam banyak hal, beliau lebih cenderung kepada pendirian tok guru (Nik Aziz)," katanya.

    Manakala di Selangor pula, yang dipertua PAS Kelana Jaya yang baru, Izham Hashim memberitahu Malaysiakini, PAS di Selangor secara umumnya lebih cenderung kepada pro-Pakatan.

    Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hassan Ali, yang juga exco kerajaan Selangor, bagaimanapun dianggap lebih cenderung pada aliran pro-muzakarah.

    Di Kelana Jaya, Izham mengalahkan pemimpin kawasan itu Roslan Shahir Mohd Shahir, yang juga setiausaha akhbar Abdul Hadi dan ketua penerangan PAS negeri.

    Roslan adalah antara pemimpin PAS yang sering bersuara sealiran dengan presiden parti.

    Dalam mesyuaratnya baru-baru ini, Kelana Jaya mencalonkan Husam sebagai timbalan presiden, Mohamad dan Nizar untuk naib presiden. Ahli parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib turut dicalonkan untuk jawatan naib presiden.

    PAS di Selangor mempunyai 22 kawasan.

    Tolak muqabalah PAS-Umno

    Di Kelantan pula, exco Pemuda PAS negeri, Dr Rosli Allani Abdul Kadir, berkata hampir semua daripada 14 kawasan di sana tidak dapat menerima usaha muqabalah PAS-Umno dan berusaha untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

    "Hampir semua (kawasan) menolak cadangan tersebut. Semua berada di belakang tok guru," katanya.

    Penolakan cadangan tersebut antara lain ekoran pengalaman pahit kerjasama PAS dan Umno di Kelantan sehingga tercetusnya darurat di negeri tersebut, tambahnya.

    "Ia satu perangkap kepada PAS," kata Dr Rosli.

    Katanya, kawasan-kawasan di Kelantan, termasuk Bachok, cenderung mencalonkan Husam, yang juga exco kerajaan negeri, sebagai timbalan presiden.

    Parlimen Bachok diwakili oleh Nasaruddin, tokoh kedua penting selepas Abdul Hadi yang menyokong muzakarah.

    Perkukuh k'jaan Pakatan

    Di Kelantan, Nizar juga popular untuk dinaikkan bagi mengisi satu daripada tiga kerusi naib presiden. Nama-nama lain termasuklah Mohamad, Tuan Ibrahim dan Salahuddin Ayub, yang tidak mempertahankan jawatan ketua Pemuda PAS, Jun ini.

    Salahuddin, kini ahli parlimen Kubang Kerian, juga bukan daripada aliran pro-rundingan dengan Umno.

    Sementara di Kedah, umumnya 15 kawasan di negeri tersebut cenderung untuk memperkukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh menteri besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

    "Isu muqabalah tidak diminati oleh pemimpin di sini, sebaliknya memikirkan bagaimana untuk memperkukuhkan Pakatan," kata ahli parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar kepada Malaysiakini.

    Beliau, yang juga exco Pemuda PAS, berkata Azizan tidak bercakap tentang isu muzakarah PAS-Umno di negeri itu, sebaliknya menasihati pemimpin PAS Kedah agar berkhidmat kepada rakyat dengan lebih berkesan.

    PAS negeri pula ingin menaikkan tokohnya sendiri, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar untuk mengisi kerusi naib presiden.

    Bekas ketua Pemuda PAS ini dan juga ahli parlimen Pokok Sena bagi penggal kedua tidak mengambil sikap pro-muzakarah.

    Friday, April 10, 2009

    MENARA, SEJARAH DAN MINDAKU





    BALIK DARI TAIPING BERSAMA "FLYING" SKUAD IAITU LOOKMAN, KHAIROL DAN KARU KAMI MELALUI JALAN LAMA TAIPING KE IPOH. KEMUDIAN KE KUALA KANGSAR DAN TERUS KE KAMPAR UNTUK KE TELUK INTAN ATAU TELUK ANSON.

    MELALUI JALAN LAMA INI BANYAKLAH FAEDAHNYA... TERUTAMANYA UNTUK SUSURI SEJARAH NEGARA KITA YANG SEKARANG INI AKAN TERUS MAJU BERSAMA DS NAJIB DENGAN GAGASAN SATU MALAYSIANYA YANG UTAMAKAN RAKYAT DAN HASIL PRESTASI@KPI.

    AKU DAH LAMA TAK KEMARI DAN NAMPAK BANYAK PERUBAHAN. PERTAMANYA MENARA DAN SEKITARNYA TELAH DIJADIKAN LAMAN RAKYAT BERSANTAI. TAK MAHU NAK CERITA PANJANG HAL MENARA, ASALNYA TANGKI AIR INI ADALAH CIPTAAN SEORANG JURUTERA BANGSA CINA SEBAB SEMUANYA ADA DALAM INTERNET. TAPI MAKSUD TERSIRAT BOLEH KITA FAHAM BAHAWA SEJARAH ADALAH SESUATU YANG NAMPAK DAN TAHAN DITELAN ZAMAN.... MAKA APA PULAK PERANAN KITA UNTUK TUNJUKKAN SESUATU YANG AGUNG BAGI BANGSA KITA???

    DARI TI KAMI TERUS KE SUNGAI BESAR IAITU KAMPONG SI KHAIROL. RUPANYA KHAIROL NI BUKAN BUDAK N9 TETAPI ANAK JATI SG BESAR DARI SUKU KAMPAR. KHAIROL NI MEMANG SUKA NOLONG... TAK PERNAH CAKAP "TAK DAPEK DEN NAK NOLONG....." ITULAH KISAH SEMASA AKU DI N9 WAKTU TS MAT ISA NYAWA2 IKAN SEBAGAI MB N9 KERANA MASA TU 2004 DAH JADI CALUN PARLIMEN JEMPOL PULAK.

    SG BESAR PUN DAH BANYAK BEZA KALAU DIBANDING MASA AKU DI SELANGOR SEKITAR 1984 HINGGA 1986 DULU. ITULAH NAMANYA KEMAJUAN!!!

    DI SG BESAR KAMI KE RUMAH WAK IAITU BAPA ANGKAT KHAIROL. WAK BERUMUR 70AN NI BEKAS ASKAR DAN SEKARANG BOMOH PATAH DAN URATAN YANG DIKUNJUNGI OLEH RAMAI ORANG DARI SELURUH NEGARA.

    ITULAH KISAHNYA... SAMBIL MEMANDU AKU BANYAK BERFIKIR MACAM2 HAL NEGARA DAN HAL AKU SONDIRI...... AKU NI BANYAK ILHAM WAKTU MEMANDU. NAK TAHU APA AKU FIKIR.... LAYAN DULU........

    Wednesday, April 1, 2009

    ZORRO BUKAN ISLAM DAN ISLAM TAK BERTOPENG

    TOPENG INI DIGUNAKAN ANUAR SEMASA PR KECIL PERMATANG PAUH SEBAB NAK MENUJU PUTRAJAYA. NAK KE PUTRAJAYA DENGAN BERTOPENG? KABINET BERTOPENG? SEMUA BERTOPENG? INI KEHENDAK ISLAM KE? TOPENG DAN TOPENGAN. APA MAKNANYA SEMUA INI KERANA IANYA BUKAN BUDAYA ISLAM! GERAKAN BERTOPENG BERMULA WAKTU MAGRIB DAN MALAM NANTI KALAU DI PERMATANG PAUH. TAPI DI BUKIT GANTEENG NI YANG DAH BERGANTANG-GANTANG DAHHH PASTI DIADAKAN PERAYAAN BERTOPENG SAMBIL BEREMPIT PADA PETANG 6 APRIL 2009. ADA MATA TENGOKLAH NANTI. ADA MULUT? ADA OTAK??!!!
    ANAK DARA DAN GADIS PUN BUAT PERANGAI ZORRO JUGAK. INIKAH SRIKANDI ATAU PEMUDI TIANG NEGARA YANG PEJUANGKAN "KEPIMPINAN ULAMAK??"
    PEMUDA HARAPAN BANGSA PUN BERZORRO JUGAK. AIII... ZORRO MAKA SORONGLAH
    INI PUN ZORRO MAIN KOT BELAKANG PULAK. MANUSIA APA MUKA KAT KEPALA?
    AI... USTAZAH DAH JADI NIZAROO@NIZAR ZORRO PULAK. CIK ABANG BIASALAH SUKA

    Tuesday, March 31, 2009

    GAMBAR CERITAKAN 1001 MUSLIHAT YANG TAK TERLIHAT

    (NGEH DUDUK DI KERUSI KUNING??? 1001 STORI. APA KOMEN ANDA SEMUA)


    (ADAKAH DIALOGNYA BEGINI.......,"LU CAKAP APA WA DAH SURUH SAJA TAU. JANGAN LU SALAH SIMPANG PULAK. MAU INGAT YEEE NANTI BALIK JADI MB MACAM DULU.....OK???!!" ATAUPUN APA DIALOG YANG SESUAI... SILA KOMEN KAT AKU LAH )

    APAKAH INI DIKATAKAN "KEMBALIKAN KEMENANGAN RAKYAT??!!!"

    Monday, March 30, 2009

    PAS HARAMKAN KERAJAAN BN 31 YB ADUN



    HUKUM DAN KANUN DI MULUT MEREKA MAKA PENYOKONG PAS TAK GUNA OTAK LAGI. HASILNYA PEMIMPIN KELIRU DAN MENGHASUT.... PENYOKONG PAS TAKSUB, TAK BERFIKIR DAN PELAMPAU SERTA ANARKI - IAITU LETAK UNDANG2 DAN HUKUM ALLAH DITANGAN MEREKA. HALAL HARAM, RASUAH, SAH, TAK SAH ADALAH MEREKA YANG HUKUM SENDIRI TANPA BERPANDU KEPADA MANA2 UNDANG2...

    MAKA BAGI PAS MAC DULU BILA PEMBANGKANG DAPAT 31 DUN MEREKA SOKONG NIZAR JADI MB DAN MEREKA KATA KERAJAAN SAH... WALAUPUN NIZAR HANYALAH BONEKA ATAU ORANG SURUHAN DAP. BILA BN DAPAT 31 KERUSI DUN.... MEREKA JATUH HUKUM IKUT KITAB PAS IAITU MB DR ZAMBRI ADALAH MB HARAM, KERAJAAN BN ADALAH HARAM DAN RASUAH.

    ITULAH PERANAN ULAMAK DAN TOK GURU PAS. PAS DAH KECUT TELOQ SEBAB KALAU NIZAR KALAH MAKA NIK AZIZ KELANTAN TERGUGAT KERANA "PAS 4 ALL, ALL 4 PAS".... TERMASUK MENIPU DAN PUTAR BELI FAKTA....

    HAKIKATNYA KALAU PAS BENAR ISLAM... ADALAH JIHAT JATUHKAN NIZAR KERANA DIA PERINTAH PERAK IKUT TELUNJUK KUFAR ATAU KAPIR HARBI....

    JADI SIAPA YANG IKUT TELUNJUK YAHUDI TOK GURU???????

    Thursday, March 26, 2009

    "LOVE" IN TAIPING BANDAR WARISAN






    dipetik dari http://dam-dum.blogspot.com/2008_07_01_archive.htm

    Taiping Bandar Warisan

    PENDAHULUAN

    Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.
    Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam Mandarin. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut. mari kita lihat sejarah Taiping

    LOKASI DAN MUKA BUMI

    Taiping terletak di koordinat 4.8° Utara dan 104.7° Timur. Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar Taiping merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat.


    FAKTA SEJARAH DI TAIPING

    1.
    1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

    2.
    1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W. Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875.

    3.
    1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British.

    4.
    1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak.


    BERAKHIR TAIPING SEBUAH IBU NEGERI

    Walaupun lapangan terbang yang pertama di Perak diadakan di Taiping, pada waktu itu telah dibuat rancangan untuk memindahkan pusat pentadbiran ke Ipoh yang jauh lebih maju dari segi perkembangan ekonomi. Perpindahan itu mula-mula dicadangkan oleh Pesuruhjaya Tinggi (Hugh Clifford) sendiri di Majlis Persekutuan pada tahun 1927 tetapi tiada tindakan diambil sehingga tahun 1937. Rancangannya ialah untuk melakukan perpindahan itu dengan beransur-ansur dalam jangka masa tujuh tahun.
    Apabila kedengaran berita tentang cadangan perpindahan itu satu golongan penduduk Taiping - mereka yang berpelajaran Inggeris telah menyuarakan bantahannya. Untuk menjadikan suara mereka lebih lantang mereka telah menerbitkan sebuah akhbar Taiping Weekly Record. Penduduk Ipoh yang mendesak supaya perpindahan itu dilakukan sebenarnya mempunyai akhbar juga untuk menyuarakan pendapat mereka; akhbar itu ialah Times of Malaya. Yang memainkan peranan utama dalam penerbitan akhbar Taiping itu ialah Yeoh Teng Khoo, seorang guru, juga ahli sukan yang terkenal.
    Penduduk Taiping berpendapat bahawa di Taipinglah mula-mula diletakkan asas pemerintahan yang tersusun, perniagaan yang makmur serta kedamaian di antara berbagai kaum. Justeru itu Taiping adalah bandar yang terkanan; memang sesuailah ia dijadikan ibu kota negeri Perak. Taiping, bahkan dianggap sebagai suatu carta melambangkan kedamaian yang menjadi punca kemakmuran dan kemakmuran adalah alasan yang ditonjolkan oleh penduduk lpoh yang mendesak supaya pusat pentadbiran dipindah ke situ. Ipoh, menurut penduduk Taiping, walaupun besar dan penting, tiada hak dari segi perlembagaan, sejarah atau ekonomi untuk menjadi bandaraya pertama di Perak. Kekayaan Ipoh adalah terbatas kerana lambat laun pengeluaran bijih timah akan merosot.
    Selain daripada akhbar Taiping Weekly Record, ahli-ahli Majlis Negeri yang berasal dari Taiping seperti Toh Eng Hoe dan Dr. Saw Ah Choy juga berkali-kali terlibat di dalam perbahasan mengenai isu itu. Tetapi kesemua bantahan itu tidak berhasil. Perang Dunia II tidak juga melambatkan perpindahan yang telah bermula pada 1937. Bila tamat sahaja zaman Pendudukan Jepun, iaitu lapan tahun sejak tahun 1937, pusat pentadbiran tetap dipindah ke Ipoh. Taiping menjadi bandar yang kedua pentingnya di Perak sehingga hari ini. Peninggalan-peninggalan daripada zaman Taiping menjadi ibu kota masih ada. Yang sudah lapuk kerana telah lama tidak digunakan lagi ialah jalan keretapi Taiping - Port Weld. Taiping kini menjadi tempat persinggahan penting keretapi Kuala Lumpur - Butterworth tetapi stesen keretapi di Port Weld sama sekali tidak dijaga dan ada dalam keadaan kopak-kapek. Peninggalan yang masih berfungsi ialah penjara yang pernah menjadi penjara utama di Tanah Melayu. Pada suatu ketika dahulu penjenayah yang menjalani hukuman lebih daripada satu tahun dikurungkan di penjara Taiping. Bangunan-­bangunan lain yang sehingga akhir-akhir ini masih ada dan melambangkan kedudukan luhur Taiping dahulu termasuklah Residensi dan pejabat-pejabat Kerajaan.
    Taiping masih mempunyai kemudahan-kemudahan untuk sukan yang tidak terdapat di bandar-bandar lain di Perak kecuali Ipoh seperti stadium dan kolam berenang serta tempat-tempat untuk beristirehat seperti Bukit Maxwell dan tasik. Mungkin yang paling penting Taiping mempunyai sejarah yang menarik yang sepatutnya ditonjolkan kerana Taiping pada suatu waktu dahulu adalah bandar utama di Semenanjung Tanah Melayu.
    APA YANG MENARIK?

    Taman Tasik Taiping
    Muzium Perak
    Zoo Taiping
    Penjara Taiping
    Bukit Larut
    Kolam Air Panas Trong
    Bukit Merah

    GALERI DULU-DULU

    Peta Perak 1870-an
    Peta Jajahan Larut sebelum 1874
    Bandar Taiping tahun 1870
    Jalan Kota, Taiping
    Lombong menjadi Tasik
    Pemandangan Bandar Taiping
    Pejabat Kerajaan di Taiping
    Perhentian Keretapi Taiping tahun 1884
    Sekolah King Edward, Taiping
    Pemandangan Bandar Taiping dari Bukit Jelutong
    Pemandangan Bandar Taiping
    Perhentian Keretapi Port Weld tahun 1885
    Pejabat Kerajaan Taiping
    Persimpangan Perhentian Keretapi Simpang-Port Weld
    Rumah Residen British di Taiping
    Bangunan Masjid Kota, Taiping
    Gereja Katholik Taiping
    Jalan Besar Taiping tahun 1880-1882
    Pasar Besar Taiping yang asal
    Pasar Besar Taiping yang baru
    Penjara Taiping dengan pengawal-pengawalnya
    Bangunan Sekolah Kebangsaan Matang (Rumah Ngah Ibrahim)
    Pemandangan sebatang jalan di Taiping
    Patong Kol. R.E.S. Walker C.M.G.
    Pejabat Kerajaan Taiping
    Bangunan Muzium Perak, Taiping
    Jabatan Kerjaraya Taiping (lama)
    Bangunan Jam Besar Taiping


    Wednesday, July 9, 2008

    Posted by zidax at 12:55 0 comments

    BATU DAN POKOK SERTA ROH JAHILIYAH





    http://bukitgantangbyelection.blogspot.com/ laporkan
    22.3.09
    ORANG SIBUK NAK PILIHAN RAYA ~ PR SIBUK LELONG SERPIHAN TUGU DEMOKRASI (22 Mac 09)

    Ipoh - PR akan mengadakan majlis lelongan serpihan Tugu Demokrasi yang musnah akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab baru-baru ini sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Keempat Penggal ke-2 DUN Perak Darul Ridzuan. Program itu akan diadakan di bawah pokok demokrasi pada hari Ahad ini jam 11 pagi.

    Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dalam sidang akhbar di Wisma DAP di sini, semalam berkata, sebanyak lima keping serpihan yang kini telah dijadikan sebagai cenderahati akan dilelong pada hari berkenaan.

    "Kami hanya membuat enam cenderahati sahaja dan satu daripadanya akan kami simpan sebagai kenangan di Wisma DAP"

    "Kami buka harga bidaan dari serendah RM500 untuk setiap cenderahati ini. Hasil kutipan itu digunakan untuk membina tugu lebih besar dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, dan Tamil,"katanya.


    Menyingkap Kembali Detik-detik Majlis Perasmian Tugu PR Oleh Nizar


    nizar dengan terhegeh-hegehnya merasmikan tugu PR sempena memperingati berakhirnya zaman pemerintahan dia dan "saudara-saudaranya" yang cuma bertahan 11 bulan..sabo je le.


    "Hooreey..kita dah berjaya buat 1 lagi koje gilo yang tak pernah di buat orang lain dalam abad ini..hehe


    "Kenapakah aku di sini? Sampai bilakah aku di sini?



    ByE : takde masa nak pikir pasal batu2 ni.kalau batu permata ok le..hehe
    Disediakan Oleh Bukit Gantang By E pada 3:35 AM 4 komen

    Tuesday, March 24, 2009

    KITAB TOK GURU DAP LAGI POWER DARI NIK AZIZ




    maka ada masa tolonglah fikir dan renong....bila pas perak dah membontoti fatwa politik nik aziz. tak laku dah air liur basi tok guru nik aziz di sini......tapi kitab dan tok guru ngook dan ngekkk DAP lagi POWER!!!

    DARI BLOG
    http://mimpi916.blogspot.com/
    24 Mac 2009
    Tok Guru Tak Mau Nizar

    KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan DAP supaya bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diberi peluang bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang nanti.

    Baca : berita harian online (2/2009)

    -----
    Nk buat camna Tok..DAP menang juga.
    Dicatat oleh mimpi916 di 11:12 0 ulasan
    22 Mac 2009
    Pembentukan Kerajaan Perpaduan - kenapa bangkang?

    Dari : Sinar Harian (21/3/09)

    SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan penubuhan gagasan Kerajaan Perpaduan (Unity Goverment) kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam tempoh terdekat ini.

    :Penjelasan akan dibuat selepas pelbagai pihak mula membuat perbandingan penubuhan ‘Kerajaan Perpaduan’ itu sama dengan situasi dan kerjasama politik dalam sejarah negara sebelum ini termasuk akan berlaku pembentukan kerajaan campuran Pas dan Barisan Nasional (BN), sedangkan kaedah itu belum pernah dilaksanakan di negara ini.

    :Abdul Hadi dijangka berbuat demikian dalam tempoh terdekat ini selepas melihat idea penubuhan Kerajaan Perpaduan yang diilhamkannya itu telah disalah tafsir pelbagai pihak termasuk sekutu Pakatan Rakyat (PR).

    :Presiden Pas itu memaklumkan kesediaannya untuk menjelaskan isu tersebut kepada :Sinar Harian :semalam menerusi Setiausaha Akhbar beliau, Roslan Shahir Mohd Shahir.

    :“Insya-Allah perkara ini dijanjikan akan dijelaskan lebih lanjut oleh Presiden sekembalinya beliau dari luar negara dalam tempoh sehari dua ini,” katanya.

    :Abdul Hadi pada bulan lalu menerusi satu wawancara dengan sebuah akhbar menjelaskan cadangan penubuhan ‘Kerajaan Perpaduan’ sebagai mencetuskan reformasi dan perubahan terhadap seluruh sistem kehidupan masyarakat dan negara untuk melahirkan sebuah masyarakat bersatu padu dan negara yang adil serta saksama.

    Cadangan itu dipersetujui Dewan Pemuda Pas Pusat yang disifatkan bertepatan dengan masa namun Guan Eng menuntut Abdul Hadi memberi penjelasan berhubung perkara tersebut kepada pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, sekutu Pas dalam PR.

    Idea Abdul Hadi itu turut dibidas Nik Abdul Aziz setelah melihat tindakan Pre-siden Pas itu sebagai membe-lakangi keputusan Muktamar Tahunan parti itu di Ipoh Ogos lalu yang menolak usaha pembentukan kerajaan campuran dengan BN.

    Sambil menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai pandangan peribadi, Nik Aziz menegaskan satu mesyuarat khusus sepatutnya diadakan untuk membincangkan perkara itu.

    Abdul Hadi sebelum ini menyatakan Kerajaan Perpaduan bukan bermaksud komponen PR iaitu Pas, PKR dan DAP menyertai BN dan membentuk satu kerajaan melalui BN atau Pas menyertai UMNO atau BN, tetapi satu gagasan baru bertujuan mahu menghadapi kemelut ekonomi dunia dan cabaran perpaduan negara dengan satu nada.

    Beliau berkata, dalam hal tersebut semua pihak dalam BN dan PR akan diberi saham memerintah negara secara bersama tanpa wujud sama sekali parti pembangkang di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Abdul Hadi juga berharap agar idea tersebut difikir, dikaji dan dipertim-bangkan oleh semua pihak selari dengan realiti suasana politik dan ekonomi semasa.



    ------------
    1. Tiba-tiba ada pihak yang tak senang duduk dengan buah fikiran TG Haji Hadi ini.

    2. Anwar tak mau tegur atau mengagalkan pembentukan kerajaan perpaduan tersebut secara terbuka, tapi dia ada konco2 yang boleh di harap lebih2 konco2 dia dalam PAS. Kalau dia bangkang terang-terangan, buruk la nama dia yang memang putih bersih bak susu sapi.. dia suka duduk diam dan arahkan konco2 dia buat kerja. Kalau rakyat marah, dia boleh salahkan orang lain..

    3. Senang cakap..kerajaan perpaduan ni mcm kerja sama2 untuk kebaikan rakyat dan negara. Tapi masa PRU atau PRK, lawan tetap lawan. Bila habis proses mengundi.. boleh sambung kerja balik.

    4. Tapi ramai yang bangkang, berkemungkinan; dengan idea pembentukan Kerajaan Perpaduan ini, seolah-olah PAS mengharapkan kerajaan sedia ada (BN) untuk terus membangunkan negara. Dan juga PAS tidak meletakkan keyakinan langsung kepada anwar (memang pun).

    5. Maknanya, PAS boleh bersama-sama BN untuk membentuk satu pasukan yang boleh buat kerja.

    6. PAS kata, semua anggota PR boleh bersama-sama merialisasikan Kerajaan Perpaduan.. tapi nampaknya macam PAS aje yang bersungguh2. DAP/PKR/erdogan mcm menentang.

    7. TG Nik Aziz pun dah menentang sikit2.. mcm tau aje suara siapa kat tepi tu..

    8. Saya mengharapkan Kerajaan Perpaduan berjaya.

    Dari Rakyat Kepada Rakyat..

    Wassalam...

    -----------
    Baca juga :
    1. Ketika Anwar menteri kewangan, Bank Negara rugi, siapa pula kaki judi?
    2. Anwar dan Teori Konspirasi - Ibrahim Ali
    3. Anwar lebih GANAS dari Mahathir - Mat Sabu
    4. Darah Anwar dalam PAS
    5. Layakkah anwar ketuai Reformasi?

    Dicatat oleh mimpi916 di 13:23 3 ulasan