Saturday, March 1, 2014

TS KHALID NEGARAWAN SEJATI

TABIK TS KHALID MB SELANGOR KERANA MELETAKKAN RAKYAT ATAS DRIPADA NAFSU POLITIK SYAITAN YANG HANYA AKAN ROSAKKAN DAN MENYUSAHKAN MANUSIA DALAM KES AIR DI LEMBAH KLANG.

JASA DAN PETRIOTIK SERTA NEGARAWAN TS AKAN DIKENANG SELEPAS INI SEKIRANYA BELIAU TIDAK LAGI MENJADI MB SELANGOR... MUNGKIN AKAN JADI PENGERUSI UNTUK LAKSANAKAN MOU AIR INI ANTARA SELANGOR DENGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN.

BEGITULAH HEBATNYA ANAK SELANGOR....

BACA:


http://www.malaysiakini.com/news/255477

Selangor dan kerajaan persekutuan telah mencapai satu persetujuan untuk membolehkan kerajaan negeri mengambil alih pengurusan syarikat-syarikat bekalan air, yang akan menerima pampasan RM9.65 bilion.

Kerajaan persekutuan juga akan menyuntik dana berjumlah
RM2 bilion bagi membantu negeri ini menguruskan syarikat-syarikat berkenaan.

Sebagai balasan, Selangor akan membenarkan kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan loji rawatan air Langat 2.

Maklumat itu disediakan oleh seorang pegawai dari Pejabat Menteri Besar Selangor, yang menghadiri sidang akhbar untuk mengumumkan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) tersebut

Ini menamatkan pertelingkahan sejak lima tahun lalu antara kerajaan pusat dan negeri berhubung perkara itu.

Malaysiakini dilarang meliputi sidang akhbar tersebut petang ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi air.

Pengambilalihan ini dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan dan keempat-empat syarikat ini akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan Selangor.

Empat syarikat konsesi itu ialah Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS), kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, pengambilalihan ini akan melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab dan tidak  melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.

"KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala kerajaan persekutuan menyuntik RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri dalam urusan pengambialihan saham.

"Sebagai balasan, Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2)," tambahnya.

Sementera menunggu Langat 2 disiapkan, katanya, kerajaan Selangor akan melaksanakan tiga tanggungjawab utama untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi iaitu:

1. Menjalankan program mitigasi bernilai RM900 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan.

2. Memulakan projek Horas (Hybrid Off River Augmentation System) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 Juta Liter Sehari (MLD) atau 3 bilion liter pada 2050. Majlis pecah tanah projek ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu dari sekarang

3. Menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33 peratus  kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan.  Peratusan tinggi NRW yang gagal diturunkan oleh SYABAS adalah punca utama bekalan air bersih tidak mencukupi.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili di atas kerjasama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"MoU ini tepat pada masanya ketika rakyat bergelut dengan krisis bekalan air dan ini jelas membuktikan industri air perlu distruktur  semula supaya perkhidmatannya lebih cekap dan mampan dengan kadar tariff air yang munasabah," tambahnya.

Sementara itu,Bernama melaporkan kerajaan Persekutuan dan
kerajaan Selangor hari ini menandatangani MoU untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang telah berlanjutan sejak 2008.
  
Kerajaan persekutuan diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili manakala kerajaan negeri diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Detik bersejarah yang berlangsung di Kompleks Perdana Putra di Putrajaya disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
  
Melalui MoU itu, kerajaan negeri Selangor akan mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) berkuatkuasa hari ini dan memastikan semua kelulusan dan kebenaran berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh MoU ditandatangani.
  
Sebagai tambahan, kerajaan Persekutuan bersedia menyuntik dana tambahan untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.
  
Pelaksanaan penstrukturan semula industri air di Selangor adalah satu keperluan bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan bekalan air di Selangor dengan mengambil kira perkhidmatan bekalan air yang lebih mapan dan efisien untuk Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  
MoU itu juga membenarkan kerajaan negeri untuk mengemukakan tawaran kepada syarikat-syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABAAS).
  
Melalui MoU itu, Kerajaan Persekutuan turut bersetuju menjadi pemudah cara bagi kerajaan negeri Selangor melaksanakan penstrukturan semula industri air melalui Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA) dan mana-mana undang-undang yang terpakai.
  
Dalam sidang media selepas itu, Ongkili berkata kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan dianggotai wakil kerajaan negeri bagi pelaksanaan projek LRAL2.
  
"Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor berharap agar syarikat-syarikat konsesi air di Selangor akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air demi kesejahteraan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.
  
Ongkili berkata MoU itu bukan disebabkan krisis air yang sedang melanda Selangor sebaliknya ia mengambil kira kepentingan rakyat.
  
“Walaupun Selangor bukan di bawah Barisan Nasional (BN) tetapi kita mengutamakan kepentingan rakyat... kita telah bekerja keras lebih tujuh bulan untuk mencapai kata sepakat,” katanya.
  
Sementara itu, Khalid menyifatkan MoU yang dimeterai itu tepat pada masanya.

“Kita bersetuju untuk melaksanakan satu penyusunan semula industri air yang kita anggap tepat pada masanya, khususnya dalam keadaan sekarang industri air disusun semula membolehkan pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat perkhidmatan yang terbaik,” katanya.
  
Rundingan penstrukuran semula industri perkhidmatan bekalan air yang berpanjangan sejak 2008 tanpa sebarang penyelesaian telah menjejaskan industri air di negeri itu selain memberi kesan kepada negara berikutan projek-projek pembangunan baharu tidak dapat dimulakan kerana kekurangan bekalan air.
  
Kemelut itu menyebabkan projek LRAL2 tertangguh, satu daripada komponen penting untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.