Saturday, November 28, 2009

SURVEY BERUPA SPIN PROPAGANDA BURUKKAN IMEJ ATAU BRANDING MALAYSIA


BUKAN APA2 CUMA RASA TERKILAN DAN SEDIH PILU KERANA DALAM KITA FOKAS KEPADA 1MALAYSIA IAITU NAK BINA BANGSA MALAYSIA YANG BERSATUPADU TANPA PRASANGKA KAUM, AGAMA, WILAYAH DLL, MASIH ADA LAGI PIHAK2 YANG

CUBA RUNTUHKAN PERKARA INI DENGAN IDEA2 CANGGIH KONONNYA MALAYSIA NI MASIH TERUK DENGAN KRISIS IDENTITI, RASUAH, PERKAUMAN DLL.

TAPI KERAJAAN PIMPINAN DS NAJIB DAH BUAT PLAN MACAM2 TERMASUK BAGI 2 MENTERI UNTUK JAGA KRA DAN KPI SISTEM DELIVERY ATAU SISTEM PENYAMPAIAN KHIDMAT KERAJAAN KEPADA RAKYAT. INI SEMUA ADALAH SUPAYA 1MALAYSIA "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" TIDAH HANYA RETHORIK DIBIBIR.

LIHATLAH PULA "KETUANAN RAKYAT" DI PENANG, SELANGOR, KEDAH DAN KELANTAN..... APA KRA DAN KPI MEREKA. APA LANGKAH MEREKA UNTUK UKUR PENCAPAIAN "MALAYSIAN MALAYSIA" YANG KATANYA TAK PERKAUMAN, SEMUA SAMA RATA, SAMA RASA DAN SAMA SEMUA ??? APA YANG SAMA ??? APA YANG SAMA RASA ???

SILALAH MERDEKA CENTRE MELALUI MALAYSIAKINI BUAT SURVEY JUGAK.

TULAH LIDAH BERCABANG DAN CAKAP TAK SERUPA HATI DAN MATLAMAT... DAN BIKINNYA TENTULAH TAK SELUPA CAKAP !!!

AKU TERKEJUT KERANA SURVEY UNTUK MENIDAKKAN SUMBANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DITERAJUI DS NAJIB MASIH DIJALANKAN DENGAN PENUH AKADEMIK DAN SPIN PROPAGANDA OLEH MERDEKA CENTER DALAM MALAYSIKINI HARI NI. BANYAK SURVEY DIBUAT TAPI TAK ADA SATU PUN YANG MEMBINA. PADA AKU SEMUANYA MERUNTUH DAN MELUNTURKAN KEYAKINAN RAKYAT KEPADA 1MALAYSIA.

BACA DAN JOIN SURVEY NI :

http://www.malaysiakini.com/news/118488


APA KAU ORANG NAK ULAS MAKA KOMENLAH.

NI PULAK SPIN DARI:
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/wan-hamidi-hamid/23613-1-malaysia-untuk-semua

APRIL 17 — Datuk Seri Najib Razak telah pun menjelaskan bahawa konsep 1 Malaysia ciptaannya tidak sama dengan konsep “Malaysian Malaysia” yang dibawakan oleh DAP pada tahun 1960-an dahulu.

Bagi Perdana Menteri, 1 Malaysia bererti rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai Bangsa Malaysia dengan “mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”.

“Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

“Biar kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Itu juga pada saya maksud konsep 1 Malaysia.”

Demikian penjelasan pemimpin nombor satu negara dengan slogan “1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan” yang dikemukakannya pada hari pertama disahkan sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

Najib terpaksa membuat penjelasan itu bukan kerana kritikan Pakatan Rakyat atau mana-mana parti pembangkang lain. Beliau perlu menjelaskannya kerana ada kalangan Umno khususnya melalui sebuah akhbar milik parti itu sendiri yang telah menolak gagasan Perdana Menteri berhubung isu Bangsa Malaysia yang terkandung dalam slogan baru berkenaan.

Tak tahu di mana silapnya Najib kerana apa yang disebut dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri hanyalah: “Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”.

Tiba-tiba ada pihak mentafsirkan kata-kata Najib sebagai usaha untuk meminggirkan orang Melayu. Ada pula yang bimbang slogan itu akan membawa kepada usaha merampas hak Melayu.

Adakah Najib melanggar Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana undang-undang apabila beliau menyatakan: “Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelusok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional.”

Soal sama ada beliau mempu mengotakan janjinya adalah perkara yang lain. Sebagaimana pemimpin negara yang lain yang baru dilantik, menyuarakan cogan kata baru adalah cara kepimpinan moden yang diterima semua.

Namun kebimbangan yang berteraskan perkauman masih belum reda dalam masyarakat Malaysia. Sehinggakan Najib sendiri terpaksa menafikan slogannya ada kena-mengena dengan “Malaysian Malaysia” yang diperjuangkan oleh DAP pada suatu masa dahulu. Ini adalah kerana masih ada kumpulan pejuang kaum yang tetap melihat DAP sebagai musuh Melayu.

Jika diteliti, DAP sendiri telah merobah sedikit sebanyak strategi politiknya tanpa mengorbankan prinsip hak dan peluang saksama untuk semua rakyat Malaysia. DAP sejak awal lagi telah menerima konsep muhibah.

Tiga tahun lalu, sempena ulang tahun DAP ke-40, parti itu telah meminda perlembagaannya untuk bersifat lebih terbuka dengan menukar prinsip sosialisme demokratik yang berteraskan usaha memiliknegarakan hak milik kepada demokrasi sosial yang lebih terbuka kepada sistem pasaran bebas tanpa mengorbankan hak dan peluang rakyat berpendapatan rendah serta miskin.

Yang tidak diubah ialah pendirian DAP dalam soal peluang saksama. Ini ditekankan dalam slogan baru DAP “Utamakan Malaysia”, satu pendekatan untuk mencapai matlamat perpaduan nasional dan kemakmuran ekonomi untuk semua.

Para pemimpinnya sedar bahawa perpaduan rakyat tidak akan dapat dicapai jika ia masih dipisahkan oleh politik dan amalan perkauman. Utamakan Malaysia bagi DAP adalah satu jati diri Bangsa Malaysia yang berasaskan prinsip keadilan, demokrasi, kebebasan, integriti dan harga diri.

Malah, bagi mengingatkan kumpulan politik yang gemar mempermainkan isu perkauman, DAP turut mengulangi pendiriannya sejak dahulu lagi dalam mengiktiraf dan menerima Perlembagaan Merdeka 1957 sebagai hasil kompromi semua kaum di negara ini.

Sememangnya menghairankan bagi kalangan untuk mempertikaikan slogan 1 Malaysia dengan mengutarakan kebimbangan kononnya Melayu akan kehilangan hak.

Bagaimana Melayu boleh hilang hak dan keistimewaan jika DAP sendiri — yang kini bersahabat dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat — menerima sepenuhnya Perlembagaan 1957 yang telah menjamin segala hak dan keistimewaan orang Melayu?

Jika isu yang dipertikaikan adalah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru kerana semangatnya sudah tersasar dari matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat; ia adalah kritikan yang bernas dan sahih. Apabila DEB dikritik, ia mempersoalkan isu amalan dan pelaksanaan, bukan kononnya mahu merampas keistimewaan yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tidak perlu dipertikaikan lagi apa yang sudah dimaklum dan termaktub dalam undang-undang tertinggi negara. Bukan sahaja DAP, malah PAS, PKR atau mana-mana parti komponen BN pun tidak berminat untuk merobah apa yang telah diterima ramai.

Soal sama ada perubahan perlu dilakukan bukan ditentukan oleh segelintir pemimpin. Hanya apabila majoriti orang Melayu merasakan tongkat tidak lagi diperlukan, pada masa itu sahajalah pendekatan baru boleh dibincangkan.

Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia sekali pun, rasanya kedudukan istimewa itu yang membabitkan soal keistimewaan, soal bahasa dan agama Islam tidak akan diubah melainkan majoriti besar orang Melayu sendiri mahu ia ditukar.

Yang sepatutnya dipantau ialah janji Najib sendiri, iaitu hasratnya untuk memastikan pelaksanaan dasar membantu Melayu dan Bumiputera diamalkan secara adil dengan memberi pertimbangan wajar kepada mereka yang layak.

Apakah ini sebenarnya yang amat ditakuti oleh kalangan tertentu kerana kerajaan Najib mungkin tidak lagi memberi kontrak dan projek hanya berdasarkan hubungan baik individu dengan pemimpin tertinggi walau pun tidak ada sebarang kelayakan dan kemampuan?

Atau pun, jika pada masa depan 1 Malaysia menjadi amalan semua pihak termasuk Pakatan Rakyat, ada orang bimbang politik perkauman mungkin tidak akan laku lagi pada masa itu?

Malah, selain Najib dan DAP, parti Gerakan juga pernah menonjolkan gagasan “Satu Hati. Satu Negara. Satu Wawasan”. Begitu juga PKR dengan slogan “Keadilan Untuk Semua”.

Semuanya indah belaka. Apa pun, yang diperhatikan dan diharapkan oleh rakyat Malaysia yang semakin kritis sekarang adalah pelaksanaan kata-kata. Pemimpin yang lalu telah gagal, apakah pemimpin hari ini mampu keluar dari sindrom janji kosong?