Wednesday, April 1, 2009

ZORRO BUKAN ISLAM DAN ISLAM TAK BERTOPENG

TOPENG INI DIGUNAKAN ANUAR SEMASA PR KECIL PERMATANG PAUH SEBAB NAK MENUJU PUTRAJAYA. NAK KE PUTRAJAYA DENGAN BERTOPENG? KABINET BERTOPENG? SEMUA BERTOPENG? INI KEHENDAK ISLAM KE? TOPENG DAN TOPENGAN. APA MAKNANYA SEMUA INI KERANA IANYA BUKAN BUDAYA ISLAM! GERAKAN BERTOPENG BERMULA WAKTU MAGRIB DAN MALAM NANTI KALAU DI PERMATANG PAUH. TAPI DI BUKIT GANTEENG NI YANG DAH BERGANTANG-GANTANG DAHHH PASTI DIADAKAN PERAYAAN BERTOPENG SAMBIL BEREMPIT PADA PETANG 6 APRIL 2009. ADA MATA TENGOKLAH NANTI. ADA MULUT? ADA OTAK??!!!
ANAK DARA DAN GADIS PUN BUAT PERANGAI ZORRO JUGAK. INIKAH SRIKANDI ATAU PEMUDI TIANG NEGARA YANG PEJUANGKAN "KEPIMPINAN ULAMAK??"
PEMUDA HARAPAN BANGSA PUN BERZORRO JUGAK. AIII... ZORRO MAKA SORONGLAH
INI PUN ZORRO MAIN KOT BELAKANG PULAK. MANUSIA APA MUKA KAT KEPALA?
AI... USTAZAH DAH JADI NIZAROO@NIZAR ZORRO PULAK. CIK ABANG BIASALAH SUKA

Tuesday, March 31, 2009

GAMBAR CERITAKAN 1001 MUSLIHAT YANG TAK TERLIHAT

(NGEH DUDUK DI KERUSI KUNING??? 1001 STORI. APA KOMEN ANDA SEMUA)


(ADAKAH DIALOGNYA BEGINI.......,"LU CAKAP APA WA DAH SURUH SAJA TAU. JANGAN LU SALAH SIMPANG PULAK. MAU INGAT YEEE NANTI BALIK JADI MB MACAM DULU.....OK???!!" ATAUPUN APA DIALOG YANG SESUAI... SILA KOMEN KAT AKU LAH )

APAKAH INI DIKATAKAN "KEMBALIKAN KEMENANGAN RAKYAT??!!!"

Monday, March 30, 2009

PAS HARAMKAN KERAJAAN BN 31 YB ADUN



HUKUM DAN KANUN DI MULUT MEREKA MAKA PENYOKONG PAS TAK GUNA OTAK LAGI. HASILNYA PEMIMPIN KELIRU DAN MENGHASUT.... PENYOKONG PAS TAKSUB, TAK BERFIKIR DAN PELAMPAU SERTA ANARKI - IAITU LETAK UNDANG2 DAN HUKUM ALLAH DITANGAN MEREKA. HALAL HARAM, RASUAH, SAH, TAK SAH ADALAH MEREKA YANG HUKUM SENDIRI TANPA BERPANDU KEPADA MANA2 UNDANG2...

MAKA BAGI PAS MAC DULU BILA PEMBANGKANG DAPAT 31 DUN MEREKA SOKONG NIZAR JADI MB DAN MEREKA KATA KERAJAAN SAH... WALAUPUN NIZAR HANYALAH BONEKA ATAU ORANG SURUHAN DAP. BILA BN DAPAT 31 KERUSI DUN.... MEREKA JATUH HUKUM IKUT KITAB PAS IAITU MB DR ZAMBRI ADALAH MB HARAM, KERAJAAN BN ADALAH HARAM DAN RASUAH.

ITULAH PERANAN ULAMAK DAN TOK GURU PAS. PAS DAH KECUT TELOQ SEBAB KALAU NIZAR KALAH MAKA NIK AZIZ KELANTAN TERGUGAT KERANA "PAS 4 ALL, ALL 4 PAS".... TERMASUK MENIPU DAN PUTAR BELI FAKTA....

HAKIKATNYA KALAU PAS BENAR ISLAM... ADALAH JIHAT JATUHKAN NIZAR KERANA DIA PERINTAH PERAK IKUT TELUNJUK KUFAR ATAU KAPIR HARBI....

JADI SIAPA YANG IKUT TELUNJUK YAHUDI TOK GURU???????

Thursday, March 26, 2009

"LOVE" IN TAIPING BANDAR WARISAN






dipetik dari http://dam-dum.blogspot.com/2008_07_01_archive.htm

Taiping Bandar Warisan

PENDAHULUAN

Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.
Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam Mandarin. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut. mari kita lihat sejarah Taiping

LOKASI DAN MUKA BUMI

Taiping terletak di koordinat 4.8° Utara dan 104.7° Timur. Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar Taiping merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat.


FAKTA SEJARAH DI TAIPING

1.
1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

2.
1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W. Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875.

3.
1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British.

4.
1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak.


BERAKHIR TAIPING SEBUAH IBU NEGERI

Walaupun lapangan terbang yang pertama di Perak diadakan di Taiping, pada waktu itu telah dibuat rancangan untuk memindahkan pusat pentadbiran ke Ipoh yang jauh lebih maju dari segi perkembangan ekonomi. Perpindahan itu mula-mula dicadangkan oleh Pesuruhjaya Tinggi (Hugh Clifford) sendiri di Majlis Persekutuan pada tahun 1927 tetapi tiada tindakan diambil sehingga tahun 1937. Rancangannya ialah untuk melakukan perpindahan itu dengan beransur-ansur dalam jangka masa tujuh tahun.
Apabila kedengaran berita tentang cadangan perpindahan itu satu golongan penduduk Taiping - mereka yang berpelajaran Inggeris telah menyuarakan bantahannya. Untuk menjadikan suara mereka lebih lantang mereka telah menerbitkan sebuah akhbar Taiping Weekly Record. Penduduk Ipoh yang mendesak supaya perpindahan itu dilakukan sebenarnya mempunyai akhbar juga untuk menyuarakan pendapat mereka; akhbar itu ialah Times of Malaya. Yang memainkan peranan utama dalam penerbitan akhbar Taiping itu ialah Yeoh Teng Khoo, seorang guru, juga ahli sukan yang terkenal.
Penduduk Taiping berpendapat bahawa di Taipinglah mula-mula diletakkan asas pemerintahan yang tersusun, perniagaan yang makmur serta kedamaian di antara berbagai kaum. Justeru itu Taiping adalah bandar yang terkanan; memang sesuailah ia dijadikan ibu kota negeri Perak. Taiping, bahkan dianggap sebagai suatu carta melambangkan kedamaian yang menjadi punca kemakmuran dan kemakmuran adalah alasan yang ditonjolkan oleh penduduk lpoh yang mendesak supaya pusat pentadbiran dipindah ke situ. Ipoh, menurut penduduk Taiping, walaupun besar dan penting, tiada hak dari segi perlembagaan, sejarah atau ekonomi untuk menjadi bandaraya pertama di Perak. Kekayaan Ipoh adalah terbatas kerana lambat laun pengeluaran bijih timah akan merosot.
Selain daripada akhbar Taiping Weekly Record, ahli-ahli Majlis Negeri yang berasal dari Taiping seperti Toh Eng Hoe dan Dr. Saw Ah Choy juga berkali-kali terlibat di dalam perbahasan mengenai isu itu. Tetapi kesemua bantahan itu tidak berhasil. Perang Dunia II tidak juga melambatkan perpindahan yang telah bermula pada 1937. Bila tamat sahaja zaman Pendudukan Jepun, iaitu lapan tahun sejak tahun 1937, pusat pentadbiran tetap dipindah ke Ipoh. Taiping menjadi bandar yang kedua pentingnya di Perak sehingga hari ini. Peninggalan-peninggalan daripada zaman Taiping menjadi ibu kota masih ada. Yang sudah lapuk kerana telah lama tidak digunakan lagi ialah jalan keretapi Taiping - Port Weld. Taiping kini menjadi tempat persinggahan penting keretapi Kuala Lumpur - Butterworth tetapi stesen keretapi di Port Weld sama sekali tidak dijaga dan ada dalam keadaan kopak-kapek. Peninggalan yang masih berfungsi ialah penjara yang pernah menjadi penjara utama di Tanah Melayu. Pada suatu ketika dahulu penjenayah yang menjalani hukuman lebih daripada satu tahun dikurungkan di penjara Taiping. Bangunan-­bangunan lain yang sehingga akhir-akhir ini masih ada dan melambangkan kedudukan luhur Taiping dahulu termasuklah Residensi dan pejabat-pejabat Kerajaan.
Taiping masih mempunyai kemudahan-kemudahan untuk sukan yang tidak terdapat di bandar-bandar lain di Perak kecuali Ipoh seperti stadium dan kolam berenang serta tempat-tempat untuk beristirehat seperti Bukit Maxwell dan tasik. Mungkin yang paling penting Taiping mempunyai sejarah yang menarik yang sepatutnya ditonjolkan kerana Taiping pada suatu waktu dahulu adalah bandar utama di Semenanjung Tanah Melayu.
APA YANG MENARIK?

Taman Tasik Taiping
Muzium Perak
Zoo Taiping
Penjara Taiping
Bukit Larut
Kolam Air Panas Trong
Bukit Merah

GALERI DULU-DULU

Peta Perak 1870-an
Peta Jajahan Larut sebelum 1874
Bandar Taiping tahun 1870
Jalan Kota, Taiping
Lombong menjadi Tasik
Pemandangan Bandar Taiping
Pejabat Kerajaan di Taiping
Perhentian Keretapi Taiping tahun 1884
Sekolah King Edward, Taiping
Pemandangan Bandar Taiping dari Bukit Jelutong
Pemandangan Bandar Taiping
Perhentian Keretapi Port Weld tahun 1885
Pejabat Kerajaan Taiping
Persimpangan Perhentian Keretapi Simpang-Port Weld
Rumah Residen British di Taiping
Bangunan Masjid Kota, Taiping
Gereja Katholik Taiping
Jalan Besar Taiping tahun 1880-1882
Pasar Besar Taiping yang asal
Pasar Besar Taiping yang baru
Penjara Taiping dengan pengawal-pengawalnya
Bangunan Sekolah Kebangsaan Matang (Rumah Ngah Ibrahim)
Pemandangan sebatang jalan di Taiping
Patong Kol. R.E.S. Walker C.M.G.
Pejabat Kerajaan Taiping
Bangunan Muzium Perak, Taiping
Jabatan Kerjaraya Taiping (lama)
Bangunan Jam Besar Taiping


Wednesday, July 9, 2008

Posted by zidax at 12:55 0 comments

BATU DAN POKOK SERTA ROH JAHILIYAH





http://bukitgantangbyelection.blogspot.com/ laporkan
22.3.09
ORANG SIBUK NAK PILIHAN RAYA ~ PR SIBUK LELONG SERPIHAN TUGU DEMOKRASI (22 Mac 09)

Ipoh - PR akan mengadakan majlis lelongan serpihan Tugu Demokrasi yang musnah akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab baru-baru ini sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Keempat Penggal ke-2 DUN Perak Darul Ridzuan. Program itu akan diadakan di bawah pokok demokrasi pada hari Ahad ini jam 11 pagi.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dalam sidang akhbar di Wisma DAP di sini, semalam berkata, sebanyak lima keping serpihan yang kini telah dijadikan sebagai cenderahati akan dilelong pada hari berkenaan.

"Kami hanya membuat enam cenderahati sahaja dan satu daripadanya akan kami simpan sebagai kenangan di Wisma DAP"

"Kami buka harga bidaan dari serendah RM500 untuk setiap cenderahati ini. Hasil kutipan itu digunakan untuk membina tugu lebih besar dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, dan Tamil,"katanya.


Menyingkap Kembali Detik-detik Majlis Perasmian Tugu PR Oleh Nizar


nizar dengan terhegeh-hegehnya merasmikan tugu PR sempena memperingati berakhirnya zaman pemerintahan dia dan "saudara-saudaranya" yang cuma bertahan 11 bulan..sabo je le.


"Hooreey..kita dah berjaya buat 1 lagi koje gilo yang tak pernah di buat orang lain dalam abad ini..hehe


"Kenapakah aku di sini? Sampai bilakah aku di sini?



ByE : takde masa nak pikir pasal batu2 ni.kalau batu permata ok le..hehe
Disediakan Oleh Bukit Gantang By E pada 3:35 AM 4 komen

Tuesday, March 24, 2009

KITAB TOK GURU DAP LAGI POWER DARI NIK AZIZ




maka ada masa tolonglah fikir dan renong....bila pas perak dah membontoti fatwa politik nik aziz. tak laku dah air liur basi tok guru nik aziz di sini......tapi kitab dan tok guru ngook dan ngekkk DAP lagi POWER!!!

DARI BLOG
http://mimpi916.blogspot.com/
24 Mac 2009
Tok Guru Tak Mau Nizar

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan DAP supaya bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diberi peluang bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang nanti.

Baca : berita harian online (2/2009)

-----
Nk buat camna Tok..DAP menang juga.
Dicatat oleh mimpi916 di 11:12 0 ulasan
22 Mac 2009
Pembentukan Kerajaan Perpaduan - kenapa bangkang?

Dari : Sinar Harian (21/3/09)

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan penubuhan gagasan Kerajaan Perpaduan (Unity Goverment) kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam tempoh terdekat ini.

:Penjelasan akan dibuat selepas pelbagai pihak mula membuat perbandingan penubuhan ‘Kerajaan Perpaduan’ itu sama dengan situasi dan kerjasama politik dalam sejarah negara sebelum ini termasuk akan berlaku pembentukan kerajaan campuran Pas dan Barisan Nasional (BN), sedangkan kaedah itu belum pernah dilaksanakan di negara ini.

:Abdul Hadi dijangka berbuat demikian dalam tempoh terdekat ini selepas melihat idea penubuhan Kerajaan Perpaduan yang diilhamkannya itu telah disalah tafsir pelbagai pihak termasuk sekutu Pakatan Rakyat (PR).

:Presiden Pas itu memaklumkan kesediaannya untuk menjelaskan isu tersebut kepada :Sinar Harian :semalam menerusi Setiausaha Akhbar beliau, Roslan Shahir Mohd Shahir.

:“Insya-Allah perkara ini dijanjikan akan dijelaskan lebih lanjut oleh Presiden sekembalinya beliau dari luar negara dalam tempoh sehari dua ini,” katanya.

:Abdul Hadi pada bulan lalu menerusi satu wawancara dengan sebuah akhbar menjelaskan cadangan penubuhan ‘Kerajaan Perpaduan’ sebagai mencetuskan reformasi dan perubahan terhadap seluruh sistem kehidupan masyarakat dan negara untuk melahirkan sebuah masyarakat bersatu padu dan negara yang adil serta saksama.

Cadangan itu dipersetujui Dewan Pemuda Pas Pusat yang disifatkan bertepatan dengan masa namun Guan Eng menuntut Abdul Hadi memberi penjelasan berhubung perkara tersebut kepada pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, sekutu Pas dalam PR.

Idea Abdul Hadi itu turut dibidas Nik Abdul Aziz setelah melihat tindakan Pre-siden Pas itu sebagai membe-lakangi keputusan Muktamar Tahunan parti itu di Ipoh Ogos lalu yang menolak usaha pembentukan kerajaan campuran dengan BN.

Sambil menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai pandangan peribadi, Nik Aziz menegaskan satu mesyuarat khusus sepatutnya diadakan untuk membincangkan perkara itu.

Abdul Hadi sebelum ini menyatakan Kerajaan Perpaduan bukan bermaksud komponen PR iaitu Pas, PKR dan DAP menyertai BN dan membentuk satu kerajaan melalui BN atau Pas menyertai UMNO atau BN, tetapi satu gagasan baru bertujuan mahu menghadapi kemelut ekonomi dunia dan cabaran perpaduan negara dengan satu nada.

Beliau berkata, dalam hal tersebut semua pihak dalam BN dan PR akan diberi saham memerintah negara secara bersama tanpa wujud sama sekali parti pembangkang di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Abdul Hadi juga berharap agar idea tersebut difikir, dikaji dan dipertim-bangkan oleh semua pihak selari dengan realiti suasana politik dan ekonomi semasa.



------------
1. Tiba-tiba ada pihak yang tak senang duduk dengan buah fikiran TG Haji Hadi ini.

2. Anwar tak mau tegur atau mengagalkan pembentukan kerajaan perpaduan tersebut secara terbuka, tapi dia ada konco2 yang boleh di harap lebih2 konco2 dia dalam PAS. Kalau dia bangkang terang-terangan, buruk la nama dia yang memang putih bersih bak susu sapi.. dia suka duduk diam dan arahkan konco2 dia buat kerja. Kalau rakyat marah, dia boleh salahkan orang lain..

3. Senang cakap..kerajaan perpaduan ni mcm kerja sama2 untuk kebaikan rakyat dan negara. Tapi masa PRU atau PRK, lawan tetap lawan. Bila habis proses mengundi.. boleh sambung kerja balik.

4. Tapi ramai yang bangkang, berkemungkinan; dengan idea pembentukan Kerajaan Perpaduan ini, seolah-olah PAS mengharapkan kerajaan sedia ada (BN) untuk terus membangunkan negara. Dan juga PAS tidak meletakkan keyakinan langsung kepada anwar (memang pun).

5. Maknanya, PAS boleh bersama-sama BN untuk membentuk satu pasukan yang boleh buat kerja.

6. PAS kata, semua anggota PR boleh bersama-sama merialisasikan Kerajaan Perpaduan.. tapi nampaknya macam PAS aje yang bersungguh2. DAP/PKR/erdogan mcm menentang.

7. TG Nik Aziz pun dah menentang sikit2.. mcm tau aje suara siapa kat tepi tu..

8. Saya mengharapkan Kerajaan Perpaduan berjaya.

Dari Rakyat Kepada Rakyat..

Wassalam...

-----------
Baca juga :
1. Ketika Anwar menteri kewangan, Bank Negara rugi, siapa pula kaki judi?
2. Anwar dan Teori Konspirasi - Ibrahim Ali
3. Anwar lebih GANAS dari Mahathir - Mat Sabu
4. Darah Anwar dalam PAS
5. Layakkah anwar ketuai Reformasi?

Dicatat oleh mimpi916 di 13:23 3 ulasan