Thursday, May 28, 2009

NOSTALGIA RINDUKAN KOMUNIS SATU MUSLIHAT



KATA PAK SHEIKH ANUAR IBRAHIM...

"MALAYSIA INI MERDEKA KERANA MENJANJIKAN... KEBEBASAN,

"MALAYSIA INI MERDEKA KERANA MENJANJIKAN... KEADILAN,

"MALAYSIA INI MERDEKA KERANA MENJANJIKAN... HAK BAGI SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA"

MAKA CHIN PENG ADAKAH WARGANEGARA MALAYSIA?

MENGAPA CHIN PENG AMAT PENTING UNTUK DIBAWA BALIK KE MALAYSIA?

ADAKAH CHIN PENG PARTI KOMUNIS MALAYA MENJANJIKAN KEBEBASAN? KEADILAN DAN HAK?

ADAKAH CHIN PENG AMALKAN... ANAK MELAYU ANAK CHIN PENG, ANAK CINA ANAK CHIN PENG, ANAK INDIA ANAK CHIN PENG, ANAK IBAN ANAK CHIN PENG, ANAK KADAZAN ANAK CHIN PENG???

APAKAH CHIN PENG JANJIKAN KITA LEBIH SELAMAT DI LUAR DARIPADA DALAM JAGAAN POLIS DAN PASUKAN KESELAMATAN PADA MASA ITU???

BACA INI.......

Tidak! Chin Peng
DARI http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Oleh ZULKIFLI JALIL dan ZABRY MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 27 Mei - Pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng tidak dibenarkan kembali ke negara ini, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kepulangannya jika dibenarkan hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada ahli-ahli keluarga mereka yang terkorban semasa era Darurat antara 1948 hingga 1960.

''Kerajaan tidak benarkan Chin Peng balik ke negara ini sebab ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada mereka yang terkorban dan ahli-ahli keluarga mereka yang telah terkorban dalam waktu darurat dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara di pejabatnya di sini hari ini.

Perdana Menteri mengulas permintaan Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan baru-baru ini agar kerajaan membenarkan bekas pemimpin PKM itu pulang ke Malaysia.

Hock Nan membuat permintaan itu atas alasan kemanusiaan di samping mendakwa Chin Peng bukan lagi ancaman keselamatan kepada negara.

Kenyataan pemimpin Gerakan itu mendapat bantahan keras daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang berasakan permintaan tersebut tidak tepat.

Kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terbunuh di tangan PKM diketuai Chin Peng semasa era keganasan kumpulan pengganas itu antara 1948 sehingga mereka meletakkan senjata pada 1989.

SLOGAN "LAWAN TETAP LAWAN", "HANCUR TETAP MUSNAH SAMPAI KIAMAT".......

3 comments:

akatsuki said...

chin peng nie elok letak dalam kandang singa je..biar dia jadik tarzan duduk ngan singa,singa pun xnak makan dia..jijik...jgn beri peluang kepada Chin Peng tu jejak kaki kat malaysia ni, buat org marah jer...

kelambuharimau said...

kita kena ingat beb! saudara mara chin peng masih ramai di mlaysia ni jadi eloklah jika dia tidak dibenarkan kembali.
nanti huru hara dibuatnya

Merisik Khabar said...

kita tidak tahu apa bakal terjadi sekiranya Chin Peng dibenarkan masuk ke Malaysia. Contohnya kite perlu ingat la bahawa Siapa Chin Peng nie.....?Bukan soal NEGARA INI MERDEKA KERANA MENJANJIKAN KEBEBASAN, tetapi adakah saudara2 semua sudah lupa , berapa ramai nenek moyang kit diseksa sewaktu pemberontakan Komunis di tanahair.....adakah saudara2 semua terlupa sudah berapa ramai yang telah dibunuh oleh mereka dengan kejam ketika mereka kononya berjuang untuk membebaskan tanahair..........Usah berjanji kalau tak boleh tepati janji......usah berbicara soal perjuangan sekiranya diri sendiri tidak pernah menjiwai erti perjuangan sebenar.........

Menyebut soal perjuangan , JANGAN BERBUNYI JIKA PERJUANGAN ITU TIDAK KITA JIWAINYA............perjuangan ini kita perlu menghayati perjuangan tersebut, kita perlu merasai bahawa kita ini salah seorang pejuang yang sedang berjuang untuk memastikan negara kita tidak diancam oleh Negara2 yang lain.........

Kepada kerajaan Parti Pembangkang.........jangan berbunyi la kalau tak tahu apa effectnya kalau Chin Peng dibenarkan masuk ke Malaysia......Cakap boleh.....tapi bila melaksanakanya.......KERAJAAN jugak yang tak betul..........