Saturday, March 21, 2009

MAJULAH DENGAN MAHA "PERKASA" UNTUK MALAYSIA

SEMASA MERENUNG DENGAN PENUH INSAF, TAJAM DAN MENDALAM MENGENAI ISU DI PR KECIL, KHASNYA PENGLIBATAN A. SAMAD SAID DALAM KEMPEN ANTI BAHASA INGGERIS PEMBELAJARAN MATEMATIK DAN SAINS SEPERTI LAPURAN DALAM http://panglima-bukitgantang.blogspot.com

Friday, March 20, 2009

Pas peralatkan Samad di Bukit Gantang


Kata Samad Said, wang bukanlah segala-galanya jika isu bahasa diketepikan kerana beliau merasakan bahasa Melayu tidak akan menjadi bahasa ilmu jika Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.
Bila agaknya Samad tidak pentingkan wang? Bukankah Samad biasa melancarkan mogok seni apabila mendapati Dewan Bahasa dan Pustaka melambat-lambatkan pembayaran wang royalti dan tidak mencetak semula bukunya, beberapa tahun lalu.

Petikan dari http://www.malaysiaaktif.com/

... AKU TERINGAT LAGU PETRIOTIK KEMPEN MALAYSIA PERKASA KEMENTERIAN PENERANGAN UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA.... KEKADANG BODOH AKU FIKIR SEBAGAI PETUA@OTUA (ORANG TUA) MELAYU TERAKHIRLAH AGAKNYA.. ALANGKAH SENGKEKNYA FIKIRAN MELAYU... KETUANAN MELAYU DITOLAK TAPI BAHASA MELAYU DIJIHATKAN. PATUT BERJIHATLAH PERTAHANKAN KETUANAN MELAYU SEBAB BILA MELAYU TAK JADI TUAN... MAKA BAHASA MELAYU PUN AKAN HILANG DAN TERPIJAK DI BUMI SENDIRI. BUKTINYA MACAM NEGARA JIRAN KITALAH... THAILAND, SINGAPORE, FILIPINA DLL... ADAKAH BAHASA MELAYU AKAN HIDUP KALAU BANGSA MELAYU TERGADAI DAN TERABAI DI MALAYA RAYA NI? MAKA MANA YANG PRIORITI?? TELUR DULU KE ATAU AYAM DULU??? TENTULAH ADAM DULU SEBELUM HAWA KAN???!!!

MAKA FIKIR SEBELUM JAWAB.....

ANAK KECIL MAIN API

Lirik lagu: ANAK KECIL MAIN API

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita akan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih semua mimpi
Hapuskan sengketa teruskan usaha
Kita akan gagah di Nusantara
Elit dan gagah di pentas dunia

Lagu ciptaan: Dr. Nordin Kadir









Friday, March 20, 2009

ADEKKU PROF AGUS BETULKAN BENANG

Jangankan Bawah pokok, Sidang Atas Pokok Pun Sah!!!

Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan malaysia menyatakan "jangankan bawah pokok, sidang atas pokok pun ia tetap sah," ketika diminta mengulas mengenai kesahihan Persidangan Tergempar Dewan Undangan Negeri Perak oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pagi semalam.
Sessi sidang tergempat 30 minit, yang bermula jam 10.20 pagi, telah dipanggil oleh Speaker Dewan Undnagan Negeri Perak V.Sivakumar, dan dihadiri oleh kesemua 27 ADUN dari Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Dr Mohammad Agus, menambah ketiga-tiga usul yang diluluskan secara sebulat suara semasa sessi itu juga adalah sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.Usul pertama ialah menyatakan sokongan dan undi percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar, kedua meminta pembubaran dewan undangan negeri supaya satu pilihanraya dapat diadakan, dan ketiga menerima keputusan Speaker menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan keenam-enam exco dari sebarang persidangan dewan undangan negeri.

Dr Mohammad Agus menyatakan bahawa persidangan DUN yang lepas hanya ditangguhkan dan belum ditamatkan.“Jika ditangguhkan, bererti Speaker mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar walaupun tanpa perkenan Sultan,” tambahnya.Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan menyatakan kejadian yang berlaku di Perak belum pernah terjadi dan melibatkan isu perundangan yang kompleks.


Sekalipun mustahil untuk menyediakan pendapat yang sempurna mengenainya, beberapa perkara perlu dilihat sebagai perkara prinsip, katanya di dalam kenyataannya.Beliau menyedari terdapat persoalan samada bleh atau tidak untuk melaksanakan sidang dewan di luar dari bangunan Kerajaan Negeri.

“Tentulah, di dalam bangunan itu terletaknya dewan undangan negeri yang sepatutnya persidangan itu berlansung.

“Tetapi, Speaker dan ahli dewan undangan negeri telah dihalang dari menjalankan sidang di tempatnya oleh pihak polis, dan ini menimbulkan isu yang serius mengenai tindakan polis berkenaan.
“Oleh itu Speaker tiada pilihan melainkan untuk bertindak mengikut budi-bicaranya untuk mengendalikan persidangan itu di tempat lain,” kata beliau.

Mahkamah hari ini telah memutuskan sidang tergempar hari ini tidak sah. Ramai melihat keputusan hakim tersebut terlalu berat sebelah dan hanya mengambil kira hujjah-hujjah dari pihak pendakwa.
0 ulasan

INI PULAK YANG ADINDA JAWAB UNTUK BETULKAN KUSUTNYA BENANG TUURRRR!!!!!????? YA... TAK ADER APA2 KERRRR DEK???!!!

dari blog http://p59.bukitgantang.net......
PENJELASAN SIDANG BAWAH POKOK SAH OLEH AGUS

-Prof. Madya Mohammad Agus Yussoff

Assalamualaikum wrth,

Terima kasih kerana telah dua kali berturut-turut dalam dua minggu ini laman blog Datuk menulis nama saya dan mengulas pandangan saya tentang isu politik semasa. Pertamanya, ulasan terhadap rancangan Hujah di TV9 antara Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dengan Tan Sri Isa Samad. Keduanya, ulasan Datuk tentang pandangan yang saya berikan kepada wartawan mengenai kesahihan persidangan DUN Perak di bawah pokok -- yang Datuk namakan 'pokok demokrasi.'

Pertama sekali, perlu saya nyatakan bahawa saya tidak ingat kepada wartawan dari akhbar atau stesen TV manakah yang saya katakan bahawa sah sidang DUN diadakan di atas pokok. Ini kerana pada hari itu, terlalu ramai wartawan yang menghubungi saya untuk bertanyakan pelbagai persoalan berkaitan dengan perkembangan politik semasa.



Kedua, saya mengaku saya berkata bahawa sah diadakan sidang DUN, bukan sahaja di bawah pokok, tetapi juga di atas pokok. Kepada wartawan yang sama juga saya jelaskan beberapa perkara berkaitan dengan rasa isi saya tentang politik supaya dituliskan, jika boleh, kerana saya sedih melihatkan krisis politik yang berlaku. Namun, apa yang saya katakan kepada wartawan berkenaan tidak dimasukkan secara sepenuhnya, melainkan disensasikan dengan satu kenyataan -- SIDANG DI ATAS POKOK PUN SAH.

Saya memang menyatakan sidang sah diadakan di mana-mana, tapi dengan tiga syarat utama seperti berikut: (i) sidang itu mengikuti Peraturan Tetap Dewan; (ii) sidang tersebut mengikuti undang-undang Tubuh Negeri, dan (iii) sidang berkenaan ditetapkan oleh Speaker. Malangnya, ketiga-tiga syarat yang saya nyatakan ini tidak dilaporkan oleh pihak akhbar.


Saya juga ditanya oleh pihak akhbar, adakah perkenan Sultan diperlukan? Saya jawab, perkenan Sultan adalah wajib sekiranya sidang lepas adalah prorogue (dihentikan), tetapi, tidak perlu sekiranya sidang lepas 'was adjourned' (ditangguhkan). Hal ini dilaporkan oleh media berkenaan.

Selepas itu saya ditanya, sah atau tidaknya persidangan tersebut? Saya jawab persoalan ini sukar untuk dijawab dalam bentuk afirmatif kerana ia sudah menjadi satu krisis politik dan bukan lagi undang-undang. Jadi, payah untuk diselesaikan secara undang-undang, melainkan melalui penyelesaian politik. Alasan saya ialah, sekiranya melalui tindakan undang-undang, kedua-dua pihak yang bertelagah sukar untuk menerima keputusan mahkamah. Maksudnya, jika mahkamah memutuskan PR yang menang, maka BN sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Sekiranya mahkamah memutuskan BN menang, PR pula sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Maka konflik ini berterusan. Dan ini tidak baik untuk mahkamah, untuk rakyat dan untuk kestabilan politik negara.

Atas alasan itu, saya pun menyatakan rayuan saya supaya kedua-dua pihak yang bertikai dalam krisis ini mengambil dua pendekatan utama (kenyataan saya ini langsung tidak dilaporkan). Pertama, berunding dan bersedia untuk berkompromi dengan apa cara sekalipun untuk membentuk kerajaan gabungan dengan melupakan segala sejarah pahit antara hubungan mereka. Kedua, menyatakan bahawa pemimpin politik perlu berjiwa besar, berunding bersama-sama dan kedua-duanya sekali -- YAB Dr Zambry dan YAB Ir Nizar mengadap Tuanku Sultan memohon perkenan baginda untuk memperkenankan pembubaran Dewan.

Dalam percakapan telefon dengan pihak akhbar tersebut juga, saya tegaskan apapun keputusan DUN dan perundingan antara BN dan PR, DUN tidak akan terbubar kecuali dengan perkenan Tuanku Sultan atau telah tamat tempohnya selama lima tahun.

Begitulah antara lain, inti percakapan telefon saya dengan wartawan tentang krisis di Perak ini. Tapi, betul seperti Datuk kata, ia telah disiarkan dalam bentuk laporan terpilih yang mungkin tidak disengajakan. Apapun, kesannya tentu tidak baik kepada saya. Tidak baik kerana ia tidak menggambarkan hasrat sebenar saya untuk memberi pendidikan politik kepada rakyat. Tidak baik kerana ia tidak melaporkan pandangan sebenar saya supaya pemimpin politik kita -- sama ada dari BN atau PR -- berunding bagi membincangkan pendekatan terbaik bagi menyelesaikan krisis ini.

Jadi, apa yang perlu saya buat? Saya memilih untuk tidak berkata apa-apa, melainkan tadi pagi saya bercakap dengan wartawan NST untuk menagdu hal tentang statement saya yang dikeluarkan secara tidak lengkap. Saya juga memberitahu kepada dua kenalan rapat saya (orang politik) mengadu hal tentang isu ini yang sudah terlalu banyak dikupas oleh pemerhati, ahli akademik, peguam dan orang politik sehingga ia sudah menjadi semakin kompleks.

Sebenarnya, saya berbuat demikian kerana saya bimbang sekiranya krisis ini berlanjutan, ahli politik akan lupa untuk memberikan keutamaan kepada krisis ekonomi yang kita hadapi. Saya bimbang sekiranya kita terus berpolitik mempertahankan pandangan parti masing-masing, rakyat akan terabai dan kesejahteraan negara terjejas. Saya cukup bimbang tentang hal ini sekiranya ia boleh menjejaskan kestabilan yang kita nikmati.

Menariknya, apabila pandangan 'atas pokok saya' disiarkan, sesetengah blog -- ada yang memuji dan ada mengeji saya -- memetik dan menyiarkan kenyataan saya ini. Dengan itu, saya dapati bahawa hasrat asal saya untuk memberikan pandangan 'to educate' orang kita tentang politik supaya 'berbaik dan bertenang' sudah menjadi sebaliknya. Ini semata-mata kerana laporan terpilih yang Datuk maksudkan itu.

Tidak mengapalah soal saya dipuji atau dikeji. Itu hal yang kecil, tapi yang pastinya, saya harap Datuk sendiri, sebagai seorang bekas pemimpin UMNO, perlu memainkan peranan bukan lagi untuk mencurahkan api kepada keresahan rakyat, tapi jadilah sebagai pembimbing yang boleh membawa ketenangan kepada suasana politik yang panas hari ini.

Saya tidak boleh berperanan seperti Datuk kerana saya tidak mempunyai blog sendiri dan belum lagi berhasrat untuk mempunyainya. Saya juga tidak berhasrat untuk menjadi orang politik, dan seboleh mungkin sehingga ke tahap ini, saya hanya mahu menjadi pengulas politik yang memberikan pandangan politik berdasarkan ilmu yang saya punyai.

Kepada Datuk dan juga untuk peringatan kepada diri saya sendiri, satu perkara yang perlu kita ingati ialah pesanan Voltaire, ahli falsafah Perancis yang terkenal. Kata beliau, kesilapan kita ialah kerana "kita tidak belajar dari sejarah (baca: pengalaman)."

Sekian, terima kasih.

MOHAMMAD AGUS YUSSOFF

-di petik dari kuda-kepang.blogspot.com

MODAL AIR LIUR DAN ANARKI DEMONTRASI



INILAH KAEDAHNYA HANYA BERMODAL AIR LIUR, DEMONTARASI, PUTAR BELIT MAKLUMAT, ADUDOMBAKAN UMNO/BN DAN LAIN-LAIN STRATEGI SONGSANG (TERMASUK LIWAT BONTOT JANTAN???!!!) MAKA KITA AKAN DAPAT SUASANA ANARKI, KUCAR KACIR YANG BELAKANGKAN PERLEMBAGAAN DAN RUKUNEGARA.

APA YANG ANUARISASI PERJUANGKAN SUDAH DITOLAK RAKYAT MALAYA ATAU TANAH MELAYU DULU BILA KITA SEMUA BERSATU TOLAK IDEA PENJAJAH MALAYAN UNION 1946. APA YANG DIPERJUANGKAN DAP IAITU MALAYSIA MALAYSIAN PUN BERSIFAT PENJAJAH NEGARA JIRAN YANG KITA RAKYAT MALAYA DAH TOLAK BILA KITA SETUJU BERPISAH DENGAN SINGAPORE PADA 1965 DULU. DAN BILA BERLAKU 13 MEI 1969, KITA DAH INSAF DAN SEDAR BAHAWA PERKAUMAN DAN AJARAN BERSIFAT ASING INI TIDAK SESUAI DENGAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERPAKSIKAN KEDAULATAN RAJA2 MELAYU SEJAK 1400 MASEHI LAGI (ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN EMPAYAR MELAKA).

SEKARANG DENGAN TSUNAMI DAN GELOMBANG GLOBALISASI MAKA SEKALI LAGI KITA MENYALAK UNTUK LIBERALISASIKAN SEMUA KONTREK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN KITA KERANA TERPENGARUH DENGAN IDEALISME PENJAJAHAN ASING "MALAYAN UNION ANUARISASI" DAN "MALAYSIA MALAYSIAN KIT SIANG DAP."

MAKA MARILAH KITA INSAF IDEA ANUAR DAN GENG MEMBONTOTNYA ITU ADALAH UNDUR KEBELAKANG... BONTOT DAN PUNGGUNG BERJALAN KE BELAKANG... UNDUR KEBELAKANG KEPADA "IDEALISME MALAYAN UNION" DAN "MALAYSIA MALAYSIAN."

SOALANNYA YANG PERLU KITA JAWAB IALAH:

1. KALAU BONTOTI ATAU UNDUR KE BELAKANG MANA ADA MENUJU PERUBAHAN ATAU OBAMA CHANGE?

2. KALAU UNDUR ATAU MEMBONTOT MANA ADA "HARAPAN BARU RAKYAT MALAYSIA?"

3. APA PERUBAHANNYA KALAU MASIH NAK LAKSANA BALIK IDEA PENJAJAH "MALAYAN UNION" DAN "MALAYSIA MALAYSIAN?"

4, APA PERUBAHAN DAN KEMAJUAN INSAN DAN TAMADDUN KALAU NEGARA JADI ANARKI DAN TAK ADA UNDANG2.

5. APA PERUBAHAN DAN KEMAJUAN KALAU MEMBONTOTI ATAU MEMBELAKANGKAN PERLEMBAGAAN, KONTREK SOSIAL 1957 DAN RUKUNEGARA 1970???

APAKAH YANG RAKYAT MALAYSIA NAK BUAT PERUBAHAN DAN LIBERALISASI DARI ACUAN "REFORMASI" YANG KITA TIRU DARI INDONESIA? KALAU INDONESIA OK KENAPA KITA BERMASAALAH DENGAN PENDATANG TANPA IZIN YANG BERBONDONG DATANG KE MALAYA NI UNTUK CARI MAKAN???

FIKIR DULU SEBELUM JAWAP... BARU TRENDY BRO AND SIS.....

Wednesday, March 18, 2009

KITA NEGARA BERBILANG KAUM YANG SENSITIF

(DEMOKRASI ANARKI JALANAN 13 MEI 1969 BUKTI MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG SENSITIF ISU KAUM DAN AGAMA)

AKU RASA TAK ADIL KITA DAHULUI PROSES MAHKAMAH. TAK KAN LAH KERANA TINDAKAN DIAMBIL KE ATAS KARPAL SINGH MAKA AKTA HASUTAN DAN LEBIH2 LAGI MACAM ISA UMPAMANYA PERLU DIMANSUHKAN!

KALAU KITA PERCAYA KEPADA KEDAULATAN UNDANG2 DAN KELUHURAN PERLEMBAGAAN MAKA KITA PERLU MALAH WAJIB BIARKAN PROSES UNDANG2 TENTUKAN KEADILAN.

MENGENAI AKTA HASUTAN ATAUPUN ISA ADALAH UNDANG2 PENCEGAHAN SUPAYA SESUATU PERKARA BERUPA HASUTAN UMPAMANYA TIDAK BERMAHARAJALELA. KITA ORANG BERTAMADUN DAN ADA UNDANG2NYA.

MAKA AKU FIKIR AKTA HASUTAN MALAH ISA MASIH RELEVEN SEBAB KITA MASIH LAGI NEGARA BERBILANG KAUM YANG SANGAT SENSITIF MENGENAI KAUM, AGAMA, BUDAYA, KEWARGANEGARAAN, HAK ISTIMEWA, RAJA2 MELAYU, BAHASA MELAYU DAN SEBAGAINYA. IKUT SEJARAH MAKA ITULAH SEBABNYA ISA DIKUATKUASAKAN.

AKU NAK CABAR DIA NI SUPAYA BUKTIKAN BAHAWA RAKYAT MALAYSIA BETUL2 MATANG DAN TAK SENSITIF DENGAN ISU2 YANG AKU SEBUTKAN ITU. BILA SEMUA ORANG CELEK DAN CERDEK SERTA TOLERANSI TINGGI, IAITU TIDAK PERKAUMAN MAKA BOLEHLAH ISA DIMANSUHKAN.

NAK TANYA ISU ROBOH KUIL DAN KEMATIAN SEORANG PENJENAYAH BUKAN MELAYU TAK SENSITIF KE? INI BUKTIKAN PROSES ASSIMILASI DAN INTEGRASI KAUM BELUM SINERGI SEPENUHNYA DI MALAYSIA YANG DAH MERDEKA 51 TAHUN!

KALAU SEMUA ORANG BOLEH KAUTIM IKUT UNDANG2 DAN PERLEMBAGAAN BARU OK. KALAU TIDAK KENA KUATKUASAKAN ISA LAGI LAH SEBAB KITA NEGARA YANG ADA SEJARAH MACAM 13 MEI 1969, KOMUNIS, KONFRANTASI, AJARAN AGAMA SESAT DAN SEBAGAINYA. MAKA PIHAK YANG MINTA ISA DIMANSUHKAN WAJIB SAMPAIKAN LAPORAN DAN MEMERUNDUM IAITU JAMIN YANG MALAYSIA DAH TAK PERKAUMAN ATAU DAH TINGGI TOLERANSI KAUMNYA.....BARULAH OK KAN?

MAKA PIGI COURT DALAM DULU... ITU BARU "SINGH IS KINNG"?

Laporan Bernama -18 Mac, 2009 00:15 AM

Majlis Peguam Gesa Kerajaan Mansuh Akta Hasutan

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Majlis Peguam hari ini menggesa kerajaan mengkaji secara serius Akta Hasutan 1948 dengan matlamat memansuhkan undang-undang itu sepenuhnya.

Ketika memberikan respons kepada dakwaan hasutan terhadap pengerusi DAP Karpal Singh di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini, presidennya yang baru dipilih Ragunath Kesavan berkata akta itu telah menyekat dengan teruk kebebasan asasi sivil orang awam.

"Majlis Peguam terkejut dan kurang senang dengan tindakan Peguam Negara mendakwa Karpal Singh di bawah Akta Hasutan kerana kenyataannya berhubung isu pemecatan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin," katanya dalam satu kenyataan di sini.

"Amat jelas sekali bahawa Karpal Singh hanya melahirkan pendapatnya, tidak pernah beliau menyuarakan rasa tidak hormat, atau mencabar institusi raja menerusi apa carapun. Ini pastinya dibenarkan di bawah Perlembagaan dan tidak boleh dianggap menghasut," katanya.

Sebarang percubaan untuk menyekat pendapat umum dengan menggunakan akta tersebut adalah tindakan mundur yang bertentangan dengan prinsip demokrasi, kata Ragunath, yang menggesa supaya tuduhan itu segara ditarik balik.

"Kami memandang berat siri tindakan pendakwaan baru-baru ini terhadap mereka yang mengamalkan kebebasan bersuara dan meminta dihentikan segera gangguan seumpama itu.

"Kami menggesa kerajaan menunjukkan komitmen terhadap kedaulatan undang-undang dan proses demokrasi dengan menggalakkan perbincangan terbuka mengenai isu-isu yang penting kepada masyarakat Malaysia," ujarnya.

Peguam kanan Karpal Singh hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan menghasut.

Beliau didakwa melafazkan kata-kata menghasut itu pada satu sidang media berkaitan Sultan Perak di pejabatnya di Jalan Pudu Lama di sini antara 12.00 dan 12.30 tengah hari pada 6 Feb.

-- BERNAMA

Peristiwa 13 Mei

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Peristiwa 1969)
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Sejarah Malaysia
Sebahagian dari siri Sejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia (40,000-2,000 SM)
Gangga Negara (abad ke-2-11)
Langkasuka (abad ke-2-14)
Pan Pan (abad ke-3-5)
Srivijaya (abad ke-3 -1400)
Kedah Tua (1136 -???)
Majapahit (1293-1500)
Kesultanan Melaka (1402-1511)
Kesultanan Johor (1528-kini)
Perang Saudara Jementah (1879)
Persekutuan Pattani Besar (1603-1785)
Raja Putih (1841-1946)
Malaya British (1874-1946)
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)
Borneo Utara (1882-1963)
Penentangan Mat Salleh (1896-1900)
Perang Dunia II (1941-1945)
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)
Hari Kemerdekaan (1957)
Persekutuan Malaysia (1963-kini)
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Penyingkiran Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Perhimpunan Bersih (2007)
[sunting]

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isi kandungan

[sorok]

[sunting] Latar belakang

[sunting] Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

[sunting] Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

[sunting] Perarakan kematian Cina

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

[sunting] Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu petikan]

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung yang dibunuh dan kandungannya dikeluarkan daripada perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu kedalam perutnya.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

[sunting] Rejimen Renjer

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

[sunting] Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

[sunting] Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.

Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.

Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.

Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini negara komunis. Selain itu, selepas kekalahan Jepun, MPAJA bermaharaja lela selama dua minggu dengan memerintah secara kuku besi dan ramai orang melayu dibunuh.

[sunting] Angka korban

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [1]

Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

     Melayu      :  86 orang
     Cina        :  342 orang
     Lain-LAIN   :  3 orang

[sunting] Di mana Tunku?

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung dan ada khabar menyatakan Tunku sedang menikmati hidangan arak.(mabuk). Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.

[sunting] Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.

Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma") oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan Tun Dr Mahathir memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.

Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.

Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.

[sunting] Nota

  1. ↑ Hwang, In-Won (2003). Personalized Politics: The Malaysian State under Mahathir, m.s. 88. Institut Pengajian Asia Tenggara. ISBN 981-230-185-2.

[sunting] Rujukan

  • Sumber Polis Diraja Malaysia

Tuesday, March 3, 2009

DRAMA ANARKI ARPATEID DAN SIDANG DUN



DENGAN ANALISIS TV PAKATAN ANARKI INI MAKA JELASLAH HANYA PENGUNDI PR KECIL PARLIMEN BUKIT GANTANG SAHAJA AKAN MENAMATKAN EPISOD DRAMA PANJANG BERANTAI LAGI BERSIRI PUAK PAKATAN ANARKI "PAKATAN RAKYAT@ROSAK" DENGAN MEMBERI KEMENANGAN KEPADA BN PADA 7 APRIL 2009 NANTI.

TUDUHAN APARTEID BUKTI PEMBANGKANG ADALAH ANARKIS



(di Malaysia adakah pasar, bas, sekolah, tandas, pantai dll untuk Melayu atau Bumiputera saja? Di sini ada berlambak2 China Town, ada little India, tempat ibadat untuk semua minoriti. Semua boleh masuk termasuk masjid pun. Adakah puak2 anarki ini betul2 dah hilang akal atau tak siuman lagi? Lihatlah nasib kaum bumiputera yang ketinggalan dalam semua bidang. Apakah kaum yang kaya dan berjaya di Malaysia terlalu tamak dan ego untuk membantu supaya bumiputera dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi??? Jangan anarki dan tamak!)

Map Three: Southern Africa

What do we know about Southern Africa?

Click on the thumb-nail photographs below to view full-size images.

Sign for "Whites Only" beach in South Africa

Sign for "Whites Only" beach in South Africa

Phone-booth for "Non-Europeans" in South Africa

Phone-booth for "Non-Europeans" in South Africa

"Whites only" women's restroom, South Africa

"Whites only" women's restroom, South Africa

South African students protesting Aparteid

South African students protesting Aparteid policies, c. 1982

University students protesting racial policies, c. 1982

University students protesting racial policies, c. 1982

Protest sign, Johannesburg

Protest sign, Johannesburg, c. 1982

These photos were taken in South Africa about 20 years ago. However, photos similar to these could have been taken elsewhere in the southern African region during the 1960s, 1970s, and 1980s when the people in the region were struggling for their political independence.

In South Africa, the white control government instituted policies to guarantee European control of politics and the economy. These policies established a system of complete separation of the races in South Africa. Do you remember what the over-all policy of racial segregation was called in South Africa? That is correct, Apartheid.

The extreme measures taken by the government to ensure the physical separation of the races are what many people in the U.S. and Europe knew about apartheid. Look at the first three photographs. Apartheid separated people in public places. Blacks could not swim on the same beaches as whites; nor could they use the same telephones, same restrooms, or even sit on the same benches in public areas!

DASAR ANARKI PAKATAN ANARKI YANG MEMERINTAH BEBERAPA NEGERI SECARA PAKATAN TERKEJUT BEROK SEMAKIN MENGANAS DENGAN MULUT SERTA PERBUATAN MEREKA YANG ANARKI YANG BERTUJUAN KUCAR KACIRKAN KEHARMONIAN NEGARA.

MANAKALA DI JOHOR MISALNYA PUAK INI PULAK MENYALAK DENGAN FAKTA TAK BETUL IAITU BERUPA MISINFORMATION DAN DISINFORMATION YANG KUCAR KACIRKAN MINDA RAKYAT. CONTUHNYA HAL TUDUHAN DASAR APARTEID DI MALAYSIA.

WAHAI ANARKI PAKATAN ROYAK... APARTIED KE BILAMANA MAJORITI BESAR BUMIPUTERA MEREMPAT DI BUMI KELAHIRANNYA SENDIRI? LIHATLAH BANGUNAN DAN PERNIAGAAN... SIAPA YANG KONTROL? KALAU APARTEID MAKA MACAM NEGRO KULIT HITAM DI AFRIKA SANA YANG TAK ADA APA PUN DAN KENA TINDAS SERTA DIDISKRIMINASI OLEH KULIT PUTIH....

DI MALAYSIA NI NAMPAK KAUM BUMIPUTERA YANG KENA APARTEID SEBAB TERPAKSA JADI KULI DAN HAMBA DI NEGERI SENDIRI????? BUMIPUTERA TINGGAL DI PENDALAMAN YANG TIADA KEMUDAHAN YANG SAMA DENGAN KAUM KAYA TINGGAL DI BANDAR. SIAPA KENA APARTEID?????

KENA APARTEID KAH KAUM BUKAN BUMIPUTERA KERANA KAU PUN DAPAT HAK SATU UNDI UNTUK MENJADI PEMERINTAH? HAK YANG SAMA IKUT PERLEMBAGAAN. SEBALIKNYA KALAU KAUM BUMIPUTERA YANG MAJORITI MISKIN DAN KURANG MAMPU DALAM PELAJARAN SERTA KEMAHIRAN INI DINAFIKAN HAK MEREKA... MAKA KAU LAH ZALIM. KAUM BUKAN BUMIPUTERA YANG KAYA DAN MAJU LAH ZALIM DAN BERNAFSU APARTEID. BETUL TAK?

  • TERBUKTI MISKINNYA MINDA DAN HATIBUDI PUAK PEMBANGKANG MALAYSIA NI YANG TERNYATA ANARKIS YANG TERLALU BONGKAK DAN ZALIM BILA MENGHUKUM ATAU BERCAKAP!!!!!

BERNAMA MELAPORKAN

"Jika dasar aparteid disamakan, mungkin Cheng Hau sendiri tidak akan dapat menjadi seorang wakil rakyat di DUN Johor, kita tidak pernah melihat ada pasar, kedai, restoran atau apa sahaja tempat hanya untuk satu kaum sahaja.

"Dalam aspek pemilikan ekonomi pula kaum bukan bumiputera jauh mengatasi bumiputera, malah tidak pernah ada sekatan atau had kepada mereka," kata beliau.

02 Mac, 2009 18:37 PM

Aparteid: Puteri Umno Minta Adun Skudai Belajar Semula Sejarah

KOTA KINABALU, 2 Mac (Bernama) -- Puteri Umno yang kesal dengan kenyataan anggota Dewan Undangan Negeri Skudai, Johor Dr Boo Cheng Hau mengenai 'bumiputeraisme" meminta beliau menduduki semula kelas sivik, sejarah dan perlembagaan negara.

Naib Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata adalah suatu yang memalukan apabila Dr Boo sebagai seorang bergelar "Yang Berhormat" membuat kenyataan seperti itu yang seolah-olah menggambarkan beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai sivik, sejarah dan perlembagaan negara.

Kenyataan beliau yang menyamakan aparteid dengan kedudukan Bumiputera di Malaysia adalah perbuatan yang melampau dan angkuh yang nyata.

"Sepatutnya beliau faham apa kesan daripada kenyataan yang bukan sahaja tidak tepat, malah melukakan perasaan bumiputera," katanya di sini, Isnin.

Rosnah mengulas kenyataan Dr Boo di Dewan Undangan Negeri Johor minggu lepas bahawa amalan "bumiputeraisme' atau pemikiran membantu golongan Bumiputera yang diamalkan di negeri itu menyamai ideologi aparteid.

Pengerusi DAP Johor itu berkata amalan itu bersifat aparteid kerana berasaskan politik perkauman iaitu golongan yang dominan diberikan keutamaan dalam mendapatkan bantuan.

Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar berkata kenyataan Dr Boo itu juga boleh mengelirukan orang ramai khususnya mengenai kedudukan Bumiputera yang dilindungi di bawah perlembagaan negara.

"Jika dasar aparteid disamakan, mungkin Cheng Hau sendiri tidak akan dapat menjadi seorang wakil rakyat di DUN Johor, kita tidak pernah melihat ada pasar, kedai, restoran atau apa sahaja tempat hanya untuk satu kaum sahaja.

"Dalam aspek pemilikan ekonomi pula kaum bukan bumiputera jauh mengatasi bumiputera, malah tidak pernah ada sekatan atau had kepada mereka," kata beliau.

Sehubungan itu, Rosnah meminta kerajaan khususnya Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan supaya mewujudkan satu akta mewajibkan mana-mana Adun, anggota Parlimen serta pemimpin pertubuhan lain yang "buta sivik dan sejarah" menduduki kelas khas sehingga lulus.

Di BATU PAHAT, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata kenyataan Dr Boo itu adalah tidak wajar dan berpotensi meningkatkan permusuhan antara kaum di negara ini.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Johor itu berkata kenyataan sebegitu yang boleh memecahbelahkan perpaduan di kalangan rakyat perlu dielakkan terutamanya ketika negara sedang menghadapi cabaran getir krisis ekonomi dunia sekarang.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat Universiti Tun Hussein Onn di sini, beliau berkata kenyataan Dr Boo itu turut mendedahkan tembelang sebenar DAP berkenaan perjuangan politik mereka selama ini.

Mohamed Khaled berkata, negara memerlukan dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk merapatkan jurang yang meluas di antara kaum Bumiputera dengan kaum-kaum lain terutamanya di dalam bidang ekonomi.

Kerajaan tidak mempunyai pilihan lain selain merapatkan jurang itu, katanya.

-- BERNAMA