ADAKAH UMNO DAN ORANG MELAYU KENA POHON AMPUN DAN MAAF SEKALI LAGI KEPADA YANG MINTA SURUH MINTA MAAF BILA MELAYU SUARAKAN HAKNYA YANG TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN? BACALAH TULISAN DARI MALAYSIAKINI: Ekuiti: Tekanan MCA untuk raih sokongan Cina |
Abdul Rahim Sabri | Oct 29, 08 7:49pm |
kemaskini 9:07pm Cadangan agar kerajaan menarik balik syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam sejenis "tekanan politik MCA ke atas Umno ekoran kelemahan pentadbiran kerajaan pada masa ini," kata Pemuda PAS. "Dengan jumlah kerusi (BN) yang ada, Umno tidak berupaya berdiri sendiri sebagai kerajaan dan ini membuka ruang kepada parti-parti perkauman dalam komponen BN untuk menggunakan kuasa tawar-menawar mereka bagi menuntut hak-hak yang telah diperakui sebagai hak orang Melayu untuk kaum mereka," kata Salahuddin Ayub, mengulas cadangan naib presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai kelmarin. Desakan parti-parti komponen BN semakin lantang menekan Umno, tambah ahli parlimen Kubang Kerian, setelah Parti Maju Sabah (SAPP) menarik diri daripada BN bulan lepas. "Sebelum ini MIC menuntut pelbagai hak untuk India, UPKO pula mendesak supaya hak bebas keluar daripada Islam, manakala Gerakan mendakwa orang Melayu bukan bangsa asal di negara ini. "Dan kini, MCA sebagai parti utama orang Cina, iaitu bangsa yang menguasai perniagaan di negara ini mahu ekuiti ekonomi Bumiputera dihapuskan," tambahnya. "Tindakan ini secara tidak langsung boleh menjejaskan kestabilan kerajaan selain mencetuskan api perkauman. "Mereka mahu mendapatkan semula sokongan orang Cina yang telah beralih kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu. "Senjata yang paling baik ialah membangkit hak orang Cina dalam bidang ekonomi." Sementara itu, sambil menyokong gesaan Liow, calon presiden MCA yang tewas Datuk Chua Jui Meng pula menyarankan kerajaan lebih serius menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) seperti disuarakan oleh timbalan perdana menteri. Datuk Seri Mohd Najib Razak dilaporkan bersedia menggantikan unsur-unsur dasar itu secara berperingkat-peringkat. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan timbalan perdana menteri itu yang ingin menghapuskan dasar tersebut secara berperingkat-peringkat. Bekas naib presiden MCA itu mencadangkan Mohd Najib merangka agenda khusus dan jadual untuk menamatkan DEB. Chua menggesa pemimpin Umno itu menjadi ”juara seluruh rakyat Malaysia” apabila memegang jawatan perdana menteri tahun depan seperti pelan peralihan kuasa Umno. Manakala Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa kerajaan agar tidak terburu-buru mengubah sebarang dasar yang berkait dengan kedudukan ekonomi bumiputera. "Dasar pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera merupakan salah satu instrumen penting DEB yang bertujuan untuk menangani ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum di negara ini," kata presidennya Yusri Mohamad. Beliau juga menyifatkan kenyataan Liow itu bertentangan dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi. "Adalah tidak munasabah dasar pemilikan ekuiti ini dihapuskan secara terburu-buru tanpa mengambil kira kesan menyeluruh tindakan itu terhadap kedudukan ekonomi bumiputera. "Dasar sepenting ini tidak wajar diubah semata-mata untuk memenuhi tuntutan politik sesetengah pihak," tambahnya. Oleh itu, kata Yusri lagi, kerajaan digesa melakukan kajian terperinci dengan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum mengubah teras DEB. |
Friday, October 31, 2008
NASIB MELAYU DILAHIRKAN UNTUK MINTA MAAF
Wednesday, October 29, 2008
JANGAN MENGADA SEBAB-SEBAB BN TEWAS BANYAK PR KE 12
PROJEK KORIDOR BABI SELANGOR NI ADA KE DALAM MANIFESTO KE AL UZTAZ?
ISU UTAMA DAN DAPAT PIKAT PENGUNDI SEMASA PR KE 12 YANG LALU ADALAH MENGENAI HAL KEBAJIKAN RAKYAT ATAU PENGUNDI DALAM NEGERI. BUKANNYA ISU KOUTA KEK EKONOMI BUMIPUTERA YANG DIFRIMMING SEBAGAI KEGAGALAN KITA BERSAING DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
SATU LAGI IALAH PERSEPSI POSITIF TERHADAP KARISME DATUK SERI ANUAR IBRAHIM MENYATUKAN ATAU SINERGIKAN SOKONGAN PENYOKONG ANTARA PAS, PKR DAN DAP YANG BERJAYA BUAT PERTAMA KALI DALAM SEJARAH NEGARA.
PERLAKSANAAN KORIDOR BABI DI SELANGOR PUN TAK TERMASUK DALAM MANIFESTO DAN KEUTAMAAN PENTING... LAIN2 MACAM TUKAR PAPAN TANDA JALAN KEPADA SEMUA BAHASA LAGILAH TAK DISEBUT DALAM JANJI PR KE 12. LAIN2 SEPERTI ISU AZAN, TULISAN JAWI, KETUA JABATAN BUKAN BUMIPUTERA, PA SISTEM MASJID DAN LAIN-LAIN RASANYA TAK TIMBUL......!
PERSAINGAN EKONOMI PERINGKAT GLOBAL BUKAN ISU PR KE 12.
SETAHU AKU KALAU KEADAAN SOSIAL KUCAR KACIR, KESELAMATAN, PERPADUAN KAUM, INTEGRASI, KEMISKINAN, KEPINCANGAN DALAM JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL, PRIHATIN DAN NEGARA BERKEBAJIKAN DAN LAIN-LAIN YANG BERSIFAT TAK KETARA DOLLAR AND CENT TIDAK PENTING... TAK TAHULAH.
KALAU LAGU TU TAK PERLULAH DIKUATKAN TENTERA, POLIS, PENJARA, BPR, KEMENTERIAN PENERANGAN, JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT, KASTAM, BOMBA, JABATAN BELIA, SUKAN, KEBUDAYAAN DAN LAIN-LAIN YANG TAK NAMPAK UNTUNG BERTIMBUN2 DEPAN MATA KITA.
NYATANYA MASAALAH BUKAN REALITI EKONOMI TAK PENTING. ISU KESTABILAN DALAM NEGERI TAK PENTING, KESIHATAN, WARISAN DAN JATIDIRI RAKYAT TAK PENTING DLL.
KALAU LAGU TU MASA PILIHANRAYA DULU ISU YANG LAKU IALAH KERAJAAN KEBAJIKAN. IAITU BANYAKKAN SUBSIDI DAN BANTUAN KEPADA GOLONGAN SUSAH. BN DISEBUT BARANG NAIK YANG ROSAKKAN SEGALA PERSEPSI POSITIF YANG TERBINA SEKIAN LAMA TERHADAP BN.
ADAKAH ISU YANG HAMPIR TUMBANGKAN BN SEMASA PR LALU ADALAH MASAALAH PERSAINGAN MALAYSIA DALAM EKONOMI ANTARABANGSA? ATAU ISU EKONOMI DAN KESUSAHAN RAKYAT BIASA DALAM NEGERI?
ITULAH BILA SEBUT ISU DEB DAN KOUTA BUMIPUTRA NI SESEORANG PEMIMPIN TU PERLU BIJAKSANA, BIG PICTURE, PETRIOTIK DAN NILAI KEUTUHAN PSIKOLOGI NASIONALISME SERTA NILAI PERPADUAN MAHUPUN TOLLERANSI YANG TINGGI.
SEBENAR ISU PR YANG LALU BUKAN ISU PERSAINGAN EKONOMI KITA PERINGKAT GLOBAL AKIBAT KOUTA DEB DALAM SISTEM EKONOMI NEGARA. TAPI ISUNYA ADALAH KEBAKJIKAN DAN SUBSIDI KEPADA RAKYAT YANG MISKIN DAN TAK KAYA. LIHATLAH MANIFESTO PAKATAN RAKYAT. DAN KORIDOR BABI DI SELANGOR TAK ADA PULAK DALAM MANIFESTO PR SELANGOR!
MAKA TAHULAH KITA PEMIMPIN YANG KARISMATIK TINGGI DI MANA ATAU RANKING APA!
BACALAH PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA 29 OKTOBER 2008:
Melayu tidak pernah minta hak bukan bumiputera
Bandar Sunway, Selangor
MCA melalui naib presidennya, Datuk Liow Tiong Lai meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputra dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing. Ini adalah satu lagi suara sumbang daripada MCA yang menyentuh hati masyarakat bumiputera di negara ini.
Apa lagi yang mereka mahu supaya masyarakat Cina kembali menyokong parti itu yang kalah teruk dalam pilihan raya umum Mac lepas.
Masyarakat bumiputera khususnya orang Melayu tidak pernah pun menyentuh dan meminta orang Cina memberikan hak mereka kepada bumiputera. Perhatikan sahaja ratusan ribu syarikat milik persendirian dan sendirian berhad milik seratus peratus orang Cina di negara ini yang berkembang maju dan langsung tidak dipersoalkan oleh orang Melayu.
Kita tidak perlu meneliti rekod Pendaftar Syarikat (RoC) mengenai ekuiti masyarakat Cina di negara ini. Cuba kita lihat sekeliling dengan memandu kereta dan melawat ke serata bandar besar dan kecil di seluruh Malaysia, lihat siapa yang pemilik perniagaan dan kekayaan di negara ini.
Dengan ini saya pinta kerajaan supaya tidak tunduk dengan permintaan MCA kerana hanya mahu popular di hati masyarakat Cina. Ekuiti 30 peratus dalam syarikat awam adalah tidak seberapa jika dilihat dalam konteks ekuiti saham keseluruhannya. Ini adalah satu cara kerajaan meningkatkan ekonomi bumiputera setaraf dengan kaum bukan bumiputera.
Bagi sesebuah syarikat untuk berdaya maju ia bukan kerana ekuiti pemegang sahamnya tetapi adalah dari segi pengurusannya. Pihak pengurusan mesti mematuhi etika pengurusan yang baik bagi memajukan syarikat.
Contoh terbaik ialah apa yang berlaku dalam krisis kewangan Amerika Syarikat sekarang. Syarikat-syarikat yang besar seperti Lehman Brothers, AIG, Bear Sterns dan Merrill Lynch pun boleh tumbang walaupun mengamalkan pasaran bebas.
Walaupun bumiputera memegang ekuiti 30 peratus, pihak pengurusannya masih lagi dipegang oleh kaum bukan bumiputera. Bumiputera adalah pemegang saham yang pasif. Pernahkah orang Melayu bertanya berapa ramaikah kaum bumiputera yang memegang jawatan pengurusan di syarikat-syarikat seperti Resort World, Sunway, IOI Berhad, Public Bank dan banyak lagi.
Di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pula kaum bumiputera lebih kelihatan memegang jawatan tertinggi dalam syarikat. Pernahkah orang Melayu bertanya, berapa ramaikah kaum bumiputera memegang jawatan pengurusan pada peringkat pertengahan.
Sebagai seorang yang pernah bekerja dalam syarikat GLC yang terbesar di negara ini, saya tidak merasakan bahawa saya memegang jawatan kanan dalam syarikat itu kerana status saya seorang bumiputera.
Bumiputera sepatutnya mendapat jawatan yang lebih kerana ekuiti syarikat-syarikat GLC dipegang oleh majoritinya bumiputera seperti Permodalan Nasional Berhad, Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan beberapa institusi yang lain. Tetapi pihak pengurusan tidak pula menyisihkan kaum bukan bumiputera dalam syarikat-syarikat GLC.
Saya cadangkan MCA pergi membuat lawatan ke syarikat-syarikat GLC untuk mengetahui keadaan sebenar. Kalaupun peratusannya lebih, ia adalah di peringkat bawahan seperti kerani dan pengawal keselamatan.
Sepatutnya syarikat-syarikat awam bukan GLC yang ekuitinya 30 peratus dipegang oleh bumiputera, pihak pengurusannya harus juga mengandungi 30 peratus kaum bumiputera. Tetapi ini tidak pun berlaku.
Lebih banyak syarikat awam bukan GLC yang tersenarai di Bursa Malaysia berbanding dengan syarikat-syarikat GLC. Kaum bumiputera tidaklah setamak itu dan menuntut haknya. Kaum bumiputera telah banyak bertolak ansur.
Saya minta MCA tidak mengungkit perkara-perkara yang telah pun dipersetujui dalam Dasar Ekonomi Baru sebaliknya bekerjasama memperbaikinya. Kesan buruk ekonomi dunia bukannya daripada polisi pegangan ekuiti sesebuah syarikat, sebaliknya adalah daripada manusia-manusia yang tamak.
Dengan ini saya minta pucuk pimpinan negara supaya tidak tunduk dengan tekanan dan ugutan daripada mana-mana pihak. Semua masyarakat di negara ini berhak menikmati kekayaan dengan saksama.
Jika kerajaan tunduk dengan permintaan ini, saya percaya negara akan kembali seperti sebelum merdeka di mana sektor ekonomi akan dimonopoli oleh satu kaum sahaja.
ESA ADAM
Sunday, October 26, 2008
DEB, APA DS NAJIB CAKAP?,
October 26, 2008 at 12:57 am
DEB, najib tun razak, politik malaysia
“Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.”
“Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB ini akan diganti, saya berpendapat unsur-unsur DEB perlu dibuang secara beransur-ansur dan pada waktu yang sama, sungutan yang berasas dan keperluan setiap masyarakat, perlu diberi perhatian,” kata DS Najib dalam mStar Online..
HAPUS SEGERA DEB ADALAH STRATEGI PEMBANGKANG LEMAHKAN UMNO
KITA HARAP IDEA HAPUSKAN DEB SECARA EVOLUSI OLEH DS NAJIB AKAN KUATKAN KEMBALI UMNO. SEMOGA PROSES INI AKAN MEMBAIKI SIKAP INDIVIDUALISTIK, MATERIALISTIK DAN PERPECAHAN DALAM UMNO KERANA MASAALAH EKONOMI SERTA PEREBUTAN KUASA. MAKA PEMBANGKANG SUDAH SILAP PERKIRAAN (MEREKA INGAT TANPA DEB, ORANG MELAYU AKAN TINGGALKAN UMNO. DAN UMNO AKAN JADI LEMAH SERTA MEREKA AKAN JADI PILIHAN BARU RAKYAT MALAYSIA BERBILANG KAUM)... SEBAB HAPUSKAN DEB SECARA PERLAHAN2 ATAU EVOLUSI AKAN MENGUATKAN UMNO KEMBALI SEPERTI TAHUN 1974, 1978 DLL.DAN HASUTAN SERTA AGENDA PEMBANGKANG KELIRUKAN RAKYAT DENGAN MAKLUMAT YANG SILAP TENTANG DEB.... AKAN MERUGIKAN MEREKA MENJELANG PR KE 13 NANTI. INSYAALLAH.
CM P. PINANG, LIM GUAN ENG PULAK ADAKAH PUNYAI AGENDA SENDIRI BILA HAPUSKAN DEB SECARA REVOLUSI ATAU SERTA MERTA?
MENYOKONG DELARASI JANDA BAIK
petikan dari malaysia-hariini.com:
Deklarasi Janda Baik
Sunday, 26 October 2008
MEMANDANGKAN keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:
1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI
2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.
3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.
4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.
5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.
6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR
7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.
8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.
9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.
10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan
11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.
12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.
13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.
14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.
15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa. Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.
Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat,Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.
KAMI rakamkan cetusan hati nurani Rakyat yang bernama DEKLARASI JANDA BAIK, bertempat di kediaman Sdr Syed Hussein Al-Attas, bertarikh 26 Oktober 2008.
HADAPI KRISIS JIWA PERLU HANRUH.. BUKAN TUKANG FITNAH.
RENCANA INI DARI MM 26 OKT., 2008:
Langkah hadapi krisis
Oleh Profesor Dr. Shazali Abu Mansor
Secara amnya, sesebuah ekonomi terdiri daripada tiga struktur penting yang saling menyokong iaitu pasaran kewangan dan modal, pasaran pengeluaran dan pasaran guna tenaga atau sumber manusia. Senario krisis ekonomi yang berlaku pada ketika ini adalah krisis kewangan global yang melanda kebanyakan negara-negara maju di dunia terutama Amerika Syarikat (AS) dan benua Eropah.
Tetapi kita perlu sedar jika situasi ini tidak ditangani dengan bijak, ia boleh mengheret kepada keadaan yang lebih kritikal kepada seluruh ekonomi dunia dan negara-negara membangun seperti Malaysia yang turut merasai impaknya kerana kebanyakan negara-negara tersebut mempunyai hubungan ekonomi dengan negara-negara maju.
Menyedari hakikat kemusnahan dan musibah yang boleh dibawa oleh krisis kewangan ini, kerajaan mana-mana negara pun perlu lebih proaktif dalam menentukan dasar-dasar yang boleh menanganinya.
Ironinya, dulu kerajaan negara maju seperti AS tidak bersetuju dan menentang campur tangan kerajaan dalam urusan ekonomi dan perniagaan sesebuah negara. Mereka berpandangan dasar neo-klasikal dengan pasaran hendaklah bebas daripada unsur-unsur campur tangan kerajaan iaitu pasaran bebas.
Contohnya, AS pernah mengutuk dasar mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam menandingi krisis kewangan yang melanda negara- negara di Asia pada tahun 1997. Alasan yang diberikan oleh mereka pada ketika itu adalah kerajaan sebenarnya menggalakkan ketidakcekapan dalam ekonomi dengan membenarkan syarikat-syarikat yang kurang berupaya untuk terus wujud.
Ternyata kritikan dan pandangan mereka itu sebenarnya memakan diri mereka sendiri malah mereka kini meniru dan menguna pakai pula dasar Malaysia dalam menangani krisis kewangan serantau tahun 1997 itu dengan menyediakan bertrilion-trilion ringgit bagi menangani krisis kewangan yang melanda.
Dalam menangani masalah ekonomi sebegini, suasana sosio-politik ekonomi adalah penting dalam menentukan mekanisme yang bersesuaian namun persoalan pokok yang perlu difahami ialah kerajaan perlu campur tangan melalui dasar yang diperkenalkan bagi memastikan kestabilan sosio-politik ekonomi sesebuah negara dan bukan hanya membiarkan ia ditentukan oleh pasaran bebas semata-semata.
Campur tangan kerajaan dalam ekonomi bukanlah sesuatu yang baru dalam teori ekonomi, malah kaedah menstabilkan ekonomi ini telah menunjukkan kesan positif semasa berlaku Great Depression selepas Perang Dunia Kedua yang dipelopori oleh John Maynard Keynes.
Mengekang kejatuhan
Selaras dengan dasar yang telah dilakukan oleh negara-negara maju baru-baru ini, Malaysia juga mengambil langkah awal dengan meminjam RM5 bilion dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memperuntukkan kepada Valuecap untuk membeli saham- saham di Bursa Malaysia. Ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk mengekang kejatuhan drastik kepada pasaran saham negara.
Usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan ini adalah penting kerana ia merupakan isyarat yang jelas untuk tidak akan membiarkan ekonomi negara ditentukan oleh pasaran bebas semata- mata terutamanya dalam menghadapi krisis ekonomi sebegini serta memberi keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara amnya.
Perlu diingat juga, sekiranya krisis dalam pasaran modal global ini tidak ditangani dengan bijak, sudah pasti ia akan merebak ke pasaran pengeluaran di mana ia boleh menyebabkan kemelesetan ekonomi dan seterusnya memberi kesan kepada pasaran guna tenaga pula yang akhirnya akan mengakibatkan pengangguran.
Oleh itu, langkah proaktif kerajaan dalam memberi sokongan ke dalam pasaran modal adalah bertepatan dengan keadaan semasa yang berlaku demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Dalam keadaan krisis sebegini, harga saham selalunya tidak menggambarkan prestasi dasaran syarikat-syarikat yang tersenarai dan kebanyakan diniagakan kurang dari nilai sebenar saham berkenaan. Pelabur yang bijak akan mengambil kesempatan dengan membeli saham- saham sedemikian bagi pelaburan jangka masa panjang. Oleh itu, melalui dana yang disediakan kepada Valuecap ini memberi pilihan kepada kerajaan untuk bertindak sebagai pelabur di samping memberi sokongan kepada pasaran saham keseluruhannya.
Sebagai contohnya, semasa berlaku krisis kegawatan yang melanda Asia pada tahun 1997, saham-saham mewah Malaysia telah jatuh ke paras yang terendah antaranya saham Maybank yang jatuh di bawah paras RM4 sesaham dan selang beberapa tahun setelah krisis itu pulih, harga sahamnya telah meningkat secara berganda dan memberikan keuntungan yang tinggi kepada pelabur.
Namun, amatlah penting bagi Valuecap membuat keputusan pelaburan membeli saham-saham secara berhemat dengan harga pasaran saham yang hendak dibeli kurang dari nilai sebenar saham tersebut bagi mengelakkan kerugian.
Kita perlu bersikap positif dan menangani krisis ini dengan bijak kerana krisis ekonomi yang berlaku sebenarnya memberikan peluang kepada pelabur- pelabur yang mempunyai modal untuk membeli saham-saham murah.
Oleh itu, langkah kerajaan memberikan dana kepada Valuecap ini perlu dilihat juga sebagai satu peluang pelaburan yang strategik. Dan apa yang penting kini adalah langkah ini bukannya merupakan satu strategi 'bailout' atau penyelamat kepada segelintir syarikat yang bermasalah kerana dasar rangsangan pasaran saham ini pada asasnya adalah kepada pembelian saham yang mempunyai harga lebih rendah dari nilai pasaran dan berbentuk dasaran.
Terdapat kritikan yang mempertikaikan kerajaan menggunakan sumber dana kerajaan dari dana KWSP yang mengaitkannya dengan dana untuk kebajikan pekerja.
Realitinya, kita perlu faham bahawa selama ini pun, KWSP memang menjadi salah satu dari punca dana kerajaan dalam membiayai keperluan rakyat seperti PTPTN, pendidikan dan sebagainya. Kerajaan tidak memperolehi dana ini secara percuma, malah kerajaan menyumbang kembali kepada pendapatan KWSP dalam bentuk faedah yang dibayar bagi pinjaman yang diperolehi. Dari aspek lain pula, pinjaman sebegini tidak merugikan negara kerana wang pinjaman tersebut tidak mengalir ke luar negara dan tidak akan menjejaskan rizab antarabangsa negara.
Dari sudut lainnya pula, langkah ini juga sebenarnya menguntungkan KWSP itu sendiri kerana mereka juga mempunyai banyak pegangan saham di syarikat-syarikat yang tersenarai di bursa saham tersebut.
Oleh itu, secara tidak langsung sokongan kerajaan ke atas pasaran saham melalui Valuecap ini mampu mempertahankan kedudukan nilai aset pegangan institusi seperti KWSP, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Tidak bercanggah
Kesimpulannya, dana RM5 billion yang dipinjam oleh kerajaan daripada KWSP merupakan satu jumlah yang kecil sebenarnya jika dibandingkan dengan RM2 trilion bantuan kerajaan AS dalam menangani krisis kewangan di negara berkenaan. Kaedah yang digunakan oleh kerajaan Malaysia ini merupakan satu kaedah yang tidak bercanggah dalam teori ekonomi dalam memberi sokongan kepada pasaran dan bukannya merupakan satu langkah bailout seperti yang dinyatakan di atas. Kesan RM5 bilion ini perlu dilihat secara holistik di mana kesannya dapat mengurangkan kemungkinan kemelesetan ekonomi dan pengangguran.
Kegagalan mengawal kemelesetan pasaran modal ini akan membawa kepada kesan yang lebih serius di mana krisis ini boleh merebak kepada rakyat jelata. Adalah disarankan juga agar kerajaan patut bersedia dalam menyediakan dana yang lebih besar jika krisis kewangan global ini semakin meruncing bagi mengelakkan kemelesetan ekonomi.
Pada masa yang sama, kerajaan perlu juga memastikan kecairan dalam ekonomi bagi merancakkan aktiviti ekonomi melalui dasar fiskal dan kewangan yang berkembang.
UMNO YANG KUAT SAHAJA MAMPU....
UMNO perlu pertahan hak dalam kontrak sosial
Baru-baru ini Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan meminta semua pihak tidak mempertikaikan soal kontrak sosial. apa pandangan Datuk Seri?
DR. RAIS: Pandangan itu sebenarnya adalah pandangan yang telah disebut pada tahun 1958 dan juga sebaik sahaja Jawatankuasa Reid mengadakan mesyuaratnya. jadi Raja-Raja Melayu mempunyai hak-hak kedaulatan, kebesaran, kemuliaan tidak boleh disentuh. Hak-hak Melayu secara khusus keistimewaan di bawah Perkara 153 tidak harus disentuh, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Perkara 159 mesti dihormati dan dilaksanakan.
Selainnya hak agama Islam, hak beragama, hak kesamarataan dan hak-hak yang dijamin ditetapkan oleh Perlembagaan mesti dipatuhi. Ini sebaiknya tetapi undang-undang yang menjamin perkara ini mesti dilaksanakan tuntutannya. Misalnya, pencelaan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam bentuk hasutan perlu diselesaikan segera, ini sudah dua tahun kes tidak juga selesai, itu masalahnya. Ia berkaitan dengan masalah pentadbiran dan pelaksanaan. Bagi kita untuk menerima pandangan Diraja itu mudah tetapi sistem doktrinnya dalam sistem pendidikan mesti difikirkan. Saya setuju dengan pandangan Sultan Azlan Shah yang mahu sistem pendidikan itu diterima.
Ada yang bertanya kenapa secara tiba-tiba Raja-Raja bersuara, apakah situasi sudah semakin tegang?
DR. RAIS: Mereka pun melihat apa yang berlaku. Contohnya Raja Nazrin sebagai seorang intelek, baginda juga melihat dengan jelas pihak tertentu lantang menyuarakan soal kontrak sosial yang sepatutnya tidak perlu dipertikaikan. Malah ada seorang profesor hebat mengatakan kontrak sosial itu adalah suatu impian mental belaka. Tentu Raja-Raja Melayu tertanya-tanya apaka benar dakwaan itu? Sebenarnya tidak begitu. Jadi mereka membetulkan semula keadaan supaya apa yang dipersetujui menerusi Suruhanjaya Reid dihormati, perjanjian Persekutuan pada tahun 1948 kemudian Laporan Suruhanjaya Reid dipatuhi, jadi hak-hak ini sebenarnya tidak perlu disebut lagi sebaliknya kita terus mara ke depan dan semua kaum mesti menghormatinya.
Bagaimanapun jika ada hak-hak bukan Melayu yang terjejas atau kita tidak ambil berat ini perlu kita apungkan, misalnya sekarang nisbah bukan Melayu dalam Perkhidmatan Awam sepatutnya ada 10 peratus tetapi tidak ada, ini boleh kita apungkan. Selain itu kita mesti akur kepada sistem perlembagaan yang sudah disusun.
Bagaimana kita hendak memastikan status quo kontrak sosial ini kekal relevan?
DR. RAIS: Kestabilan politik mesti diwujudkan menerusi kewibawaan UMNO semula dan pemimpin-pemimpin BN perlu juga memahami apa itu kontrak sosial. Mungkin saya lihat sebahagian daripada pemimpin baru BN mereka tidak mengerti, jadi perlu diwujudkan sistem pengetahuan dan amalan kontrak sosial. Kita mesti ada penguatkuasaan undang-undang untuk menjamin supaya keharmonian ini terus wujud tidak cukup dengan Akta Hasutan sahaja. Masalah yang ada dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu masalah lain. Ada beberapa jendela hak asasi manusia yang mungkin kita harus lihat semula di bawah undang-undang tersebut. Tetapi undang-undang yang mengadunkan pelbagai ras di Malaysia mesti wujud. Semasa saya sekolah dulu saya bergaul dengan Cina, India tetapi sekarang polaritinya teruk. Anak Melayu tidak bergaul dengan anak Cina dan India. Ini bahaya besar kalau politik sahaja kita imbangi tetapi sosial di bawah tidak, kita akan menghadapi satu letupan besar nanti. Sebaik-baiknya mesti wujud pergaulan ini dari sekolah sampai membawa kepada suasana bekerja, politik dan sebagainya. Membina negara seperti Malaysia perlu diambil kira. Masih belum terlewat dan saya percaya Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan mengepalai perjuangan masa depan akan mengambil iktibar daripada keadaan ini.
Ada cadangan untuk atasi masalah ini kita hanya wujud satu sekolah sahaja?
DR. RAIS: Saya fikir kalau hendak mengungkai semula sukar kerana ia akan menimbulkan perbalahan, konflik dan sebagainya. Yang terbaik ialah mesti ada undang-undang yang mewajibkan kegiatan bersama. Sekarang ada sekolah yang dianggap sekolah elit. Itu tidak menerusi perundangan hanya menerusi pentadbiran yang perlu ialah misalnya dua kali seminggu Cina, India dan Melayu di mana sahaja bersekolah mesti mewujudkan pelbagai program. Mewujudkan program bersama ini boleh dilakukan.
Di England ada apa yang dipanggil Akta Hubungan Antara Ras. Ada disebut baru-baru ini untuk dicadang, ini harus kita fikir untuk Malaysia akan datang, kalau tidak ada kewajipan untuk mewujudkan kegiatan bersama kita tidak akan dapat memahami antara satu kaum dengan kaum yang lain.
Ada pandangan bahawa isu kontrak sosial ini sengaja dimainkan oleh UMNO?
DR. RAIS: Pelbagai pihak mempunyai pandangan sendiri. Tetapi saya tidak fikir ia soal remeh. Oleh itu UMNO mesti berada di tahap yang boleh menguasai situasi. jika tidak UMNO bukan sahaja rugi perhitungan tetapi rugi dalam pelaksanaan nanti. Justeru UMNO mesti mempunyai matlamat yang jelas dan keberanian untuk mengambil apa yang hak. Soal bahasa kebangsaan banyak mana UMNO memperjuangkan sekarang sedangkan bahasa Inggeris dipakai. Berapa orang pemimpin yang bercakap bahasa Melayu yang tidak mengadunkan dengan bahasa Inggeris. Bermakna ini adalah satu kehilangan.
Seterusnya budaya Melayu. kebudayaan kita bagaimana kita menjurus kepada pembangunan bangsa begitu juga soal agama Islam bagaimana kita menggunakannya untuk kebaikan kita. Isu-isu ini UMNO sudah jarang mempolemikkannya yang diharungi sekarang bagaimana hendak kaya dan bagaimana hendak naik ke atas dengan menggunakan duit, itu sahaja, perjuangan sudah hilang. Jadi apabila perjuangan UMNO sudah hilang maka Fasal 3 Perlembagaan UMNO sudah dilupai, apabila itu sudah berlaku jelaslah UMNO menjurus ke jurang kelemahan.
Tetapi di kalangan orang Melayu sendiri ada yang tidak begitu hendak mempertahankan hak-hak mereka?
DR. RAIS: Saya tidak fikir begitu. Kesamarataan sudah dijamin di Perkara 8 Perlembagaan tetapi dibenarkan beberapa keistimewaan jadi terserahlah kepada UMNO untuk menjuruskan perjuangan ini menurut Perlembagaannya. Tetapi seperti mana saya nyatakan apa yang hak kepada UMNO kita tidak ambil berat. Jadi kalau itu tidak dibuat apa perjuangan kita? Dalam keadaan dilema inilah saya berpendapat dengan peralihan kuasa, saya menaruh harapan iaitu Najib membawa pembaharuan dalam konteks perjuangan baru.
Kita perlu ingat bahawa UMNO perlu menyediakan barisan kepimpinan yang berkualiti dan bukannya kuantiti. Ahli-ahli UMNO harus mengutamakan kepentingan parti mengatasi segala-galanya. Saya yakin Najib mampu membawa pembaharuan bagi memastikan UMNO terus dilihat relevan bagi memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara
Bahaya politik ugutan
DATUK SERI DR.RAIS YATIM, Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
SeLEPAS pilihan raya umum lalu parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seolah-olah dilanda sindrom kecelaruan berikutan keputusan yang tidak memberangsangkan. Apa yang malangnya dalam menyuarakan pandangan terhadap sesuatu isu sudah ada nada-nada ugutan dikeluarkan. Malah bukanlah rahsia lagi bagaimana ada komponen BN mengancam untuk keluar daripada parti itu jika sesuatu tindakan tidak diambil. Tindakan yang dianggap sebagai budaya politik ugutan ini jika dibiarkan mampu menggugat kerjasama utuh yang selama ini dibina oleh parti komponen berkenaan. Salah seorang pemimpin UMNO yang memandang serius budaya tersebut ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, ZULKIFLI JALIL dan HAFIZAHRIL HAMID, beliau menyifatkan apa yang berlaku adalah berikutan parti-parti komponen melihat UMNO semakin lemah. Sambil mengungkapkan pepatah lama ‘apabila pohon rebah kura-kura pun naik’, Rais mengingatkan UMNO untuk kembali memperkukuhkan kedudukan. Namun dalam masa yang sama beliau mengingatkan parti-parti komponen BN supaya tidak terlalu lantang menuntut sesuatu yang seolah-olah dilihat menekan UMNO.
Beliau menegaskan, parti-parti itu tidak seharusnya lupa bahawa mereka memerlukan UMNO dalam meneruskan survival politik mereka. Oleh itu adalah tidak wajar apabila mereka kehilangan banyak kerusi dalam pilihan raya, UMNO yang dipersalahkan. Bagi Rais, sekarang adalah masanya untuk UMNO memulangkan buah keras dengan menyatakan kepada komponen BN, mereka juga turut bertanggungjawab. Rais yang merupakan pakar Perlembagaan turut mengulas mengenai isu kontrak sosial yang baru-baru ini mendapat perhatian Raja-Raja Melayu.
MINGGUAN: Sejak kebelakangan ini parti- parti komponen BN seolah-olah mengamalkan politik ugutan bagi memastikan tuntutan mereka dipenuhi, apa pandangan Datuk Seri?
DR. RAIS: Ini adalah isu yang harus ditangani oleh UMNO menerusi kekuatan. Apabila pohon rebah kura-kura pun naik, ini kata-kata lama yang seharusnya kita faham maksudnya. Kebanyakan pihak termasuk parti komponen BN melihat UMNO lemah dan menurun pencapaiannya. Oleh itu mereka mengambil kesempatan untuk menggesa beberapa isu supaya diterima. Mereka hendak mengambil kesempatan supaya perkara-perkara yang mereka tuntut selama ini menjadi batu loncatan politik mereka. Justeru UMNO harus melihat perkara ini dari dalam dan memperkukuhkan kembali strukturnya.
Untuk memperkasakan UMNO semula ia bukanlah sesuatu yang kita jawab dalam satu ayat. Ini melibatkan pengukuhan kepimpinan, pengukuhan falsafah, pentadbiran, membuang gejala politik wang dan seterusnya mengwujudkan kualiti bukan kuantiti dalam UMNO.
Tetapi adakah wajar politik yang berbentuk ugutan ini diamalkan hanya kerana semata-mata mereka melihat keputusan pilihan raya umum lalu?
DR. RAIS: Mereka lupa bahawa MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain bergantung nasib kepada UMNO selama ini. Apabila melihat kerusi mereka pun hilang mereka terus menyalahkan UMNO. ini tidak seharusnya berlaku. Sebenarnya ia bukan kesilapan UMNO sahaja apabila BN kalah tetapi ia juga adalah kesilapan parti-parti komponen. Cuma kita tidak pandai menyatakan perkara ini terhadap hakikat sebenar.
Jadi sekarang kita mesti pulangkan buah keras iaitu kekalahan lima negeri dan masalah imej BN menurun adalah kesalahan parti-parti komponen juga. Tetapi malangnya kita tidak menyatakan perkara itu sebaliknya apabila Gerakan menegur, kita lantas mengatakan ‘ya’, apabila MCA menempelak, kita cuma menjawab. Kesudahannya kita hanya mewujudkan politik reaksi bukan politik pro aktif, sedangkan apa yang UMNO perlukan sekarang ialah politik pro aktif. Kalau 65 peratus kerusi boleh dimenangi oleh UMNO, parti itu harus menyatakan kepada dunia bahawa ia berkebolehan mewujudkan kerajaan sendiri. Ini mesti disampaikan kepada umum supaya UMNO berasa kuat semula dengan isian dalaman.
Apakah sebelum ini UMNO pernah ditekan oleh parti komponen?
DR. RAIS: Tidak pernah. BN yang diwujudkan oleh Tun Razak pada tahun 1974 sentiasa bertulang belakang UMNO dan UMNO pada masa itu kuat dari dalaman serta menonjolkan pelbagai pemimpin tersohor dan lantang tetapi berkuasa menerusi aspirasi dalaman. Jadi orang-orang seperti Tun Razak, Dr. Ismail sampailah kepada zaman Tun Hussein dan Tun Dr. Mahathir mereka mempunyai pimpinan dalaman yang kuat. Apa yang disebut mereka laksanakan dan berkebolehan mendamaikan senario politik pelbagai kaum, jadi MCA dan MIC khususnya bergantung nasib kepada UMNO. Sekarang mereka mewujudkan gambaran seolah-olah kita bergantung nasib kepada mereka, ini tidak seharusnya berlaku.
Tidakkah apa yang dialami oleh BN sekarang sama seperti tahun 1969?
DR. RAIS: Itu senario perkauman yang dicetuskan oleh pihak pembangkang dan MCA terbawa-bawa dengan beberapa situasi sehingga dilihat pada masa itu politik perkauman menjalar dan menguasai situasi.
Tetapi sekarang cerdik pandai dalam parti-parti tersebut tidak lagi melihat senario kontrak sosial seperti yang kita anggap pada hari ini. Justeru UMNO mesti bangkit kembali untuk memperkuatkan diri. Pertama, membuang amalan politik wang, kedua, memperbanyakkan pemimpin kualiti di dalamnya dan ketiga berkemungkinan kita tidak seharusnya begitu gamat melaungkan kita ada tiga juta ahli sedangkan ahli-ahli yang boleh diambil kira memperkukuhkan kepimpinan terlalu kecil bilangannya.
Berbanding dengan parti-parti baru muncul, mereka berkualiti tetapi tidak megah dengan keahlian yang berjuta-juta. Kita megah dengan keahlian berjuta-juta tetapi kepimpinan berkualiti boleh dibilang. Sebab itulah saya meletakkan diri saya lebih kritikan dalaman supaya kita lebih tersohor sebagai mengeluarkan pemimpin-pemimpin berkualiti yang berfikir dan mampu untuk mengharungi isu-isu dan cabaran.
Adakah tekanan parti komponen BN kerana mereka berasa kurang popular?
DR. RAIS: Ini satu kemungkinan juga sebab mereka selama ini dilihat sebagai agak menerima sahaja beberapa corak kepimpinan anjuran UMNO. Oleh yang demikian berkemungkinan mereka ingin wujud satu imej yang garang dan kononnya tidak lagi berpijak di bumi UMNO tetapi di bumi politik sendiri. Kalau ini mereka amalkan, mereka akan kecewa kerana berpolitik ala pembangkang tetapi tidak bergantung nasib kepada UMNO, mereka akan kalah.
Kita dapati tidak kurang 28 kerusi Parlimen, UMNO berikan kepada pihak-pihak itu, kalau ia diambil semula UMNO boleh mewujudkan kerajaan sendiri. Tetapi ada silapnya kalau kita berbuat demikian, imej berparti majmuk mungkin menurun. Tetapi kalau UMNO berani, parti itu harus menonjolkan perkara ini sebagai mana kita pernah wujudkan pada tahun 50-an dan 60-an.
Sejauh manakah Datuk Seri menerima teori bahawa berlaku perbuatan ‘membuli’ oleh UMNO?
DR. RAIS: Soal buli membuli tidak timbul cuma UMNO dominan selama ini. Itu tidak boleh dinafikan. Disebabkan oleh UMNO dominan maka UMNO berupaya mencorakkan budaya politik BN. Jadi kita tidak boleh menafikan itu sebab Melayu 60 peratus di Malaysia. Saya tidak perlu apologetic kepada mana-mana pihak mengatakan tidak perlu dominan. UMNO perlu terus dominan jika tidak orang Melayu khususnya tidak minat menyertai kita. Siapa minat menyertai UMNO kalau kita menjadi pak turut? Justeru hanya ada satu jalan iaitu memperhebatkan perjuangan, meninggikan taraf politik kita dengan melahirkan pemimpin-pemimpin yang jelas visi dan di samping itu menghindarkan diri daripada apologetic atau maaf, maaf, maaf sedangkan yang hendak dimaafkan itu tidak ada.
Apakah politik reaksi disebabkan kekurangan pemimpin muda berkaliber dalam UMNO?
DR. RAIS: Sudah sampai masanya ahli UMNO keluar sedikit daripada politik periuk nasi sebaliknya berani melahirkan isu dan kelemahan sebenar untuk memperbaiki diri kita. Kalau kita sentiasa berlindung di sebalik takut hilang sesuatu untuk peribadi atau mengikut sahaja kita tidak akan mencapai matlamat kita. Oleh demikian pemimpin UMNO akan datang harus dilihat sebagai berani mengutamakan kepentingan Melayu tetapi pada masa yang sama pandai menyatakan kepada rakan-rakan bukan UMNO jaga tempat anda, anda adalah sebahagian daripada BN tetapi UMNO yang dominan. Kesamarataan dalam BN dari segi kekuatan politik tidak boleh diterima. UMNO mesti menonjol terus sebagai parti memimpin. Jika tidak kita akan hilang pelbagai hak dan juga kepentingan.
Tidakkah tindakan untuk mengekalkan prinsip dominan itu akan menyebabkan kaum-kaum lain tidak suka kepada UMNO?
DR. RAIS: Mungkin ada tetapi politik dunia misalnya menghormati kuasa dan sifat dominan sesuatu pihak. Apa sebab orang tidak berani terhadap Amerika Syarikat (AS)? Sebab mereka dominan dan kuat serta mempunyai kelebihan daripada pihak-pihak lain dalam pelbagai aspek, oleh yang demikian UMNO juga perlu mempunyai kelebihan-kelebihan ini yang dahulunya ada sekarang sudah malap.
Malangnya kelebihan kita menentukan hak-hak supaya tidak dicurigai sekarang semuanya sudah luntur. Ia sekaligus menimbulkan pertanyaan apakah UMNO ini mengikut atau memimpin? Kita mesti tegaskan balik bahawa kita memimpin.
Apakah mungkin budaya politik mengugut ini dilakukan kerana mereka merasakan orang-orang Melayu sendiri tidak menyokong UMNO?
DR. RAIS: Kemungkinan ini boleh dilihat dalam munculnya Pakatan Rakyat tetapi bagi saya hanya melihat kepada senario tetapi tidak memperbaiki diri dari dalam ia akan merugikan. Munculnya beberapa parti pembangkang ataupun aspek pembangkangan yang begitu meluas kerana pencapaian UMNO menurun. Sebab itu mereka tidak nampak lagi keutuhan UMNO dari dekat. Walaupun dulu buat jalan, universiti dan sebagainya tetapi sekarang generasi baru mahu melihat UMNO membawa masyarakat ke mana. Jadi kalau mereka memberikan markah yang rendah, mereka lari kepada parti lain.
Apa pandangan Datuk Seri berhubung permintaan MCA yang mahukan jawatan Timbalan Pengerusi BN diberikan kepada mereka?
DR. RAIS: Soal siapa yang akan menjadi Timbalan Pengerusi BN pada saya tidak penting. Apabila dilihat kepimpinan UMNO itu terserlah, mereka tidak mampu mengatasi untuk menjadi pengerusi atau mendesak. Ini kerana perkiraannya ialah kaum majoriti yang mendapat tempat dan perhatian parti itulah yang akan mempengerusikan BN. Jadi saya menyatakan ia milik UMNO, kalau MCA dan Gerakan ingin berperanan sebagai timbalan pengerusi tidak menjadi masalah tetapi hendak membawa kedudukan itu kepada Timbalan Perdana Menteri ia soal lain.
Sebab jawatan Timbalan Perdana Menteri itu adalah hak Perdana Menteri. Siapa yang hendak dipilih sebagai timbalannya terserah kepada beliau. Dalam Perlembagaan Artikel 43 tidak menyebut perkataan Timbalan Perdana Menteri. Negara ini kalau tidak ada Timbalan Perdana Menteri pun boleh. Justeru kita tidak perlu gundah gulana apa yang akan jadi kepada jawatan Timbalan Pengerusi BN atau siapa yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kalau UMNO kuat soal ini tidak timbul. Jadi soal dominan tadi harus kita rangka dalam pengertian yang berpatutan bukan bererti angkuh tetapi mempunyai kebolehan dan keutuhan sebagai pemimpin negara.
Hakikat MCA dan Gerakan bukannya tidak tahu kedudukan ini tetapi kenapa harus terus mendesak?
DR. RAIS: Seperti saya katakan, ia terjadi kerana UMNO dilihat parti yang sedang menurun. Kalau dalam pilihan raya dulu UMNO mencatatkan kejayaan cemerlang isu tidak akan timbul kerana UMNO dilihat dominan sebab itu kita tidak boleh lupakan teori ‘pokok tumbang kura-kura pun naik’.
Jika dilihat kejayaan UMNO pada tahun 2004 ia adalah kejayaan aspirasi. Dalam tempoh empat tahun aspirasi yang dinyatakan pada tahun 2004 itu tidak banyak yang menjelma jadi rakyat khususnya bukan Melayu dan juga orang Melayu merasakan janji-janji 2004 itu tidak diisi.
Kita kena lihat semula elemen-elemen janji ini dan isikan, selain itu mahu tidak mahu kelemahan dalam tempoh empat tahun itu diserlahkan oleh pihak pembangkang sedemikian rupa termasuk peranan media sehingga kerajaan dan BN yang dikepalai UMNO juga nampak lemah, semua itu turut menurunkan markah di kalangan rakyat. Lebih buruk lagi apabila pimpinan UMNO dan kerajaan setakat ini dilihat sebagai tidak sama seperti kepimpinan yang lalu. Jadi ini adalah perkara-perkara yang harus diatasi melalui mesyuarat bahagian dan pilihan raya akan datang.
Walaupun berhadapan dengan ugutan daripada Gerakan dan ancaman daripada MCA, namun orang UMNO masih lagi dilihat belum insaf?
DR. RAIS: Saya sudah cukup mengeluarkan pandangan sama ada secara perli, secara lantang dan ada secara perbandingan tetapi dengan ungkapan sahaja UMNO tidak akan berubah. Ini kerana generasi sekarang bukanlah generasi yang banyak berfikir ke arah perjuangan. Mereka cuma melahirkan pendapat apa yang dilihat 24 jam sebelum pemilihan.
Ini sangat mendukacitakan dan doktrin menangani budaya politik wang misalnya tidak akan memulihkan UMNO kembali kecuali Perlembagaan dipinda dan urusan yang berkaitan dengan rasuah diatasi melalui undang-undang anti rasuah negara. Kalau tidak, percayalah mungkin UMNO tidak akan mempunyai banyak kuasa lagi dalam tempoh akan datang. Ini saya sebut lantaran parti-parti komponen lain tidak mengamalkan amalan-amalan buruk dalam pemilihan dan mereka tidak tertakluk kepada sistem kuota atau sistem bonus dan sebagainya, UMNO sahaja yang mengamalkan ini. Malah MCA sekarang sudah mengehadkan pucuk pimpinannya kepada dua penggal. Kita masih di tahap pada tahun 1993. Ini cukup mendukacitakan. Terserahlah kepada pucuk pimpinan parti untuk melihat perkara ini secara objektif. Tetapi kalau trend ‘macam biasa’ saya tidak yakin kita boleh memerintah dengan kuasa yang saya nyatakan.
Bagaimana hendak atasi semua itu?
DR. RAIS: Pertama, kita harus meminda Perlembagaan UMNO. Seksyen 15.5 misalnya yang menentukan kuota perlu dihapuskan atau dihadkan kuota itu kepada yang munasabah, contohnya 10 pencalonan untuk semua jawatan ia dilihat berpatutan. Seterusnya pemantauan jawatankuasa disiplin mesti ada dalam Perlembagaan UMNO dengan jelas. Sekarang pengawasannya tidak cukup maka jawatankuasa itu tidak dapat menjalankan tugasnya. Ketiga, pada pandangan saya membenarkan undang- undang negara berjalan untuk mengambil tindakan terhadap semua yang mengamalkan rasuah dalam semua peringkat pemilihan di dalam parti. Ini adalah perkara-perkara yang boleh meredakan dan menghilangkan rasuah dalam parti. Apabila gejala itu sudah tidak ada maka perkembangan nilai-nilai demokrasi itu mudah diwujudkan, yang terakhir masalah politik wang dengan masalah sumbangan politik mesti dibereskan barang siapa hendak menyumbang kepada UMNO harus secara yang jelas. Orang boleh menyumbang tetapi bukan untuk peribadi
TUN DAN PAK LAH DOAKAN MANUSIA NI BIAR BALIK KE PANGKAL JALAN
INILAH SPIN YAHUDI? BETULKAH PAK LAH... TS NOR DAPAT DUIT DARIPADA SUMBER ITU? MENGAPA PAK LAH DIFITNAH. PAK LAH YANG IKUT UNDANG2 SEMASA DS ANUAR DIBEBASKAN DARI PENJARA. PAK LAH TAK PENJARAKAN ANUAR. PAK LAH DAN KJ BANTU DAN SOKONG ANUAR BERUBAT KE LUAR NEGARA! INIKAH BALASANNYA KEPADA PAK LAH MANUSIA BERHATI MALAIKAT INI? JANGANLAH FITNAH KALAUPUN ANDA TIDAK PERNAH MENGENANG BUDI DAN JASA ORANG. BERSYUKORLAH DAN DOAKAN KESEJANTERAAN ORANG.
TENGOK YB DR FUAD BATU PAHAT KENA BULI. KALAU ANUAR JADI PM... TAK TAU LAH!
LIDAH TAK BERTULANG. DUNIA TAHU TUN DR M YANG MELANTIK DS ANUAR. BERI JADI MENTERI KEWANGAN UNTUK JADI PM. MANUSIA SEMULIA ITU PULAK DIFITNAH? TUN LAH YANG SELAMATKAN EKONOMI KITA DARI IMF DENGAN TAMBATAN RINGGIT DAN BILLOUT... MENGAPA TUN DIFITNAH?
KONTREK SOSIAL DAN PERPADUAN
(DRP ASYAFIQE.WORDPRESS:
Posted by syafiqe on August 2, 2008
Perbincangan berkaitan dengan kontrak sosial pernah diulas oleh penulis sebelum ini dalam artikel bertajuk [Memahami Kontrak Sosial dan Kedudukannya Menurut Perlembagaan Malaysia]. Apa yang jelas, ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum.
Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan. Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menyampaikan ucaptama bertajuk `Cabaran Masyarakat Berbilang Agama, Bangsa dan Budaya‘ pada Sidang Kemuncak Media Asia 2004. Beliau berkata bahawa:
“Setiap masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama perlu diikat dengan satu kontrak sosial yang menyediakan rangka untuk perhubungan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan persetujuan bersama. Ia mengurangkan salah faham dan konflik kepentingan serta membolehkan setiap orang menumpukan kepada usaha meningkatkan hidup mereka dalam suasana aman dan harmoni” [1]
Walaupun isu-isu kontroversi kaum di Malaysia ditangani secara komprehensif oleh pelbagai jabatan dan kementerian, dalam kerajaan pihak yang secara langsung menguruskan isu perpaduan rakyat dan hubungan kaum ialah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Dalam keadaan normal, setiap tahun kerajaan memperuntukkan RM151 juta kepada jabatan itu untuk menganjurkan program-program bagi merapatkan hubungan 26 juta rakyat negara ini yang berbilang etnik, budaya dan agama.[2]
Jika hubungan etnik mengalami kemerosotan, bayangkan berapa banyak peruntukan yang terpaksa kerajaan gunakan bagi membetulkan semula hubungan kaum yang bermasalah. Bayangkan pula kerugian yang terpaksa ditanggung dari segi ekonomi, politik dan hubungan antarabangsa sekiranya persaingan etnik yang tidak terkawal membawa kepada tercetusnya keganasan dan rusuhan perkauman.[3] Kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah. Permuafakatan yang dicapai telah mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya 1955.
Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran.
Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka ia adalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak sosial. Jika golongan bukan Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu.
Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami.
Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan. Penulis teringat polemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang pernah ditimbulkan oleh Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) satu ketika dahulu iaitu tentang 83 tuntutan yang antaranya menuntut agar semua orang Cina mendapat semua perkara yang dianggap sebagai hak mereka dan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.[4] Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh bekas Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan.[5] Menurut beliau, formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati.[6] Malah negara kita juga pernah gempar dengan kontroversi berkaitan isu agama iaitu tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan usaha Kumpulan Artikel 11 yang giat berkempen ke seluruh negara atas nama kebebasan individu untuk bebas beragama sehingga menimbulkan suasana tegang dan kemarahan umat Islam setiap kali mengadakan kempen-kempen penerangan mereka.[7] Ini adalah rentetan daripada polemik kes Lina Joy dan juga kes perebutan mayat Moorthy, Nyonya Tahir dan juga terbaru Rayappan antara keluarga si mati dan juga Jabatan Agama Islam.[8]
Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin keharmonian kaum di Malaysia. Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak sedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara perpaduan antara kaum. Mungkin jika kontrak sosial ini dibincangkan secara terbuka akan memebi lebih banyak kesan kepada setiap kaum di Malaysia. Ini kerana jika ini berlaku sudah tentu orang Melayu akan memprotes dan ini sekaligus boleh menimbulkan ketidaksefahaman dan sangsi dengan kaum lain. Oleh itu bagi mengelakkan rasa prejudus ini dan mengelak perkara yang tidak dijangka adalah lebih wajar jika kita mengambil jalan mudah dengan tidak membicarakan tentang kontrak sosial.
[1] Lihat Utusan Malaysia, “Gagal laksana kontrak sosial di kalangan rakyat punca konflik dunia“, 20 April 2004
[2] Lihat Utusan Malaysia, “Arah hubungan kaum di Malaysia“, 26 November 2006
[3] Ibid.
[4] Lihat Utusan Malaysia, ” Suqiu keterlaluan - PM -Kerajaan menolak sama sekali tuntutan hapuskan hak istimewa orang Melayu“, 24 Disember 1998
[5] Lihat Utusan Malaysia, “Lupakan formula kontrak sosial antara kaum - Keng Yaik“, 14 Ogos 2005
[6] Ibid.
[7] Lihat Utusan Malaysia, “Agama: Amaran Pemuda UMNO bangkit kesedaran“, 16 November 2006
[8] Lihat perbincangan berkaitan isu ini dalam artikel penulis bertajuk “Polemik Kes Moorthy, Nyonya Tahir dan terkini, Kes Rayappan : Apa Konflik Sebenar ?” di http://www.islamhadhari.net/v4/wacana/detail.php?nkid=158 [Dirujuk pada 11/3/2007 pada 1.51pm] - MAKLUMAN ARTIKEL DALAM WEB TERSEBUT TELAH TIADA KERANA DATABASENYA TELAH DITUKAR> NAMUN BAGI YANG BERMINAT, PENULIS AKAN MENYIARKAN DALAM LAMAN WEN INI
ISU KONTREK SOSIAL 1
{DIPETIK DARI SYAFIQE.WORDPRESS:
Posted by syafiqe on March 22, 2008
Oleh: MOHAMAD SYAFIQE BIN ABDUL RAHIM
PENGENALAN
Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup harmoni. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik namun konflik antara kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah sehingga menghancurkan negara.
Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan.
Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan oleh sikap kaum-kaum yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi. Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan menjejaskan perpaduan.[1]
APA ITU KONTRAK SOSIAL?
Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.[2] Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.[3]
Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.[4] Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak.[5] Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.[6] Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia.
Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.
Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini.[7] Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.[8] Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu (yang lain).[9]
Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman:
“Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbua oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu.” [10]
Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum.[11] Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Seperti yang diterangkan oleh Mohamed Suffian:[12]
“Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi kewarganegaraan kepada orang-orang Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu”
Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.
Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan.[13] Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Di antaranya ialah:
1. KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Beberapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Mereka diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Semasa pemerintahan British pun raja-raja masih dianggap sebagai raja yang berdaulat[14] dan masih lagi mempunyai kuasa bagi hal-hal tertentu bagi negeri masing-masing meskipun mereka dipaksa menerima beberapa triti dengan British untuk menerima penasihat British.
Apabila akhirnya kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan.[15] Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan.[16]
Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri.[17] Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan[18] dan merupakan salah satu unsur utama daripada tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen.[19]
Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutun membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan[20] boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.[21]
Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu ianya orang Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu) yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan berja tidak akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan kekebalan (imunity) raja. Perlembagaan memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah.[22]
Negara ini masih bernasib baik dengan mewarisi sistem raja-raja yang melambangkan kuasa Islam. Pada masa ini Perkara 3(2) merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan, Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU
Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukan-peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam beberapa perlembagaan negeri.[23]
Di sisi undang-undang perlembagaan, erti ”Melayu” ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu (Perkara 160). Dengan hanya mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum sempurna lagi ke Melayuan seseorang itu di sisi Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.
Setelah mengimbas kembali siapa itu Melayu, perlu kini kita amati Perkara 153 yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu yang bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Peruntukan Perkara 153 adalah seperti berikut;
Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu.
(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.
(2) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini.
Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.[24] Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.[25]
Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.[26]
Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak.[27] Ia diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan dalam perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan.[28]
3. KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI
Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang Melayu) di Malaysia.
Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:
“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”[29]
Menurut Tun Salleh Abbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan.[30] Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam.[31]
Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut agama Islam, yang lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa “Islam adalah agama bagi persekutuan” membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.
Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“. Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk:
a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan
c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang
Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu.[32] Oleh itu, kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya. Peruntukan seumpama itu jelas disahkan oleh Perkara 12(2).
4. BAHASA MELAYU
Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya.
Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan:
“Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan menegmbangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju”[33]
Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan yang menyebut:
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa-
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.
Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.[34]
[1] Nazaruddin Mohd Jalil et.al (2001) “Pengajian Malaysia:Kenegaraan dan Kewarganegaraan“, Petaling Jaya : Prentice Hall, hal. 151
[2] Syed Ahmad Hussein(1994), Pengantar Sains Politik, Kuala Lumpur : USM, hal. 189
[3] Ibid.
[4] Lihat dalam Kamus Dewan
[5] Ibid.
[6] Ibid.
[7] Mohamed Jauhar Hassan, “Keadilan Sosial dan Hubungan Kaum dalam Konteks Masyarakat Yang Berubah” dalam Keadilan Sosial, Azizan Bahari dan Chandra Muzaffar (edi.) (1996), Kuala Lumpur : Institut Kajian Dasar, hal. 147-148
[8] Ahmad Mohd Ibrahim (Prof. Tan Sri Datuk), “Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam dalam Perlembagaan Malaysia“, dalam Seminar Persidangan Pemerintahan Islam, anjuran IKIM pada 17 dan 18 Ogos 1995
[9] YAM Sultan Azlan Shah, “The Role of Constitutional Rulers in Malaysia” dalam The Constitution of Malaysia Further Perspectives and Development, F.A Trindade dan H.P. Lee (ed.) (1998), Singapura : Oxford University Press, hal. 78
[10] Malaya Merdeka, 26 April 1956
[11] Mohamed Suffian Hashim (1984), Mengenal Perlembagaan, (terj.) Abdul Majid Abd. Latiff dan Ridzuan Omar, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 24
[12] Ibid, hal. 251
[13] Abdul Aziz Bari, “Perlembagaan sebagai Pernyataan Sejarah dan Nilai-Nilai asal Negara” dalam Kongres Sejarah Malaysia II, 26-28 November 1996
[14] Lihat misalnya dalam kes Mighell lwn Sultan Johor [1894] 1 QBD 149
[15] Salleh Abbas (1997), Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hal. 39
[16] Abdul Aziz Bari, “Institusi Ketua Negara, Ketua Negeri dan Majlis Raja-Raja” dalam Perkembangan Undang-Undang Persekutuan Malaysia, Ahmad Ibrahim et.al (1999), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hal. 43
[17] Perkara 39 dan 40
[18] Perkara 41
[19] Perkara 44
[20] Perkara 159(5)
[21] Perkara 38(4)
[22] Perkara 18(1) yang asal, yang memberi imuniti raja secara mutlak telah dipinda pada 1992. Akibat pindaan ini, raja boleh didakwa tetapi perbicaraan ke atasnya hanya boleh dijalankan dalam Mahkamah Khas. Lihat juga Perkara 182 dan 183
[23] Nazaruddin Hj Mohd Jali, op. cit., hal. 181
[24] Salleh Abbas, op. cit., hal. 54
[25] Ibid.
[26] Nazaruddin Hj Mohd Jali, op. cit.
[27] Salleh Abbas, op. cit., hal. 55
[28] Ibid.
[29] Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan
[30] Salleh Abbas (1986), Traditional Element of Malaysia Constitutions : Its Development 1957-1977, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hal. 3
[31] Ahmad Ibrahim 1987), “Islam and Constitutions” dalam Kertas Kerja Persidangan The Malaysia After 30 Years, Kuala Lumpur : Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya
[32] Perkara 12(2)
[33] Perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan, 10 Julai 1957
[34] Salleh Abbas, op.cit., hal. 52
DARI DR SIDDIQ BLOG
* October 24, 2008 – 9:33 pm
* Posted in NEP
“In the not-too-distant future, we will see all the elements of the New Economic Policy being replaced. It’s a huge challenge, there must be this political will and desire to change within Umno. I don’t think we can expect people to look at us in more favourable terms unless we change, unless we rectify our weaknesses.”
New Economic Policy was founded by our second Prime Minister, the late tun Abdul Razak, who was Najib’s father. The notion of such policy is to help the Malays and Bumiputras to compete with other races, in term of economic and businesses. But until today, the 30% of equity possession is still on blind papers, undesolved.
In May 1969, there was a riot happened in state of Selangor and Kuala Lumpur. It is believed that the economic instability was one of the reason why such riot took place. The Malays were being left out, and the economy was controlled by the Chinese. In order to overcome this situation, Tun Razak has decided to form Majlis Gerakan Ekonomi Negara ( MAGERAN ), to re-structure the national unity. The NEP also was introduced to stabilize the pro-founding resources, and to allocate it fairly to the Malays and other races, who wanted to get involved in businesses.
But nevertheless, the NEP have reach its target in promoting the middle class Malays and Bumiputras, assist them in so many sectors and fields. A family now be able to buy a car, send their kids to schools, buy them a complete package of learning stuff. They now can buy houses, and start small businesses, in order to support themselves.
Now its time to say goodbye to this policy. The Malays now are better living. It is time to help other races as well. We also have poor Chinese and Indian family. Why such policy could not be made to help them? That is why I always remind my readers, especially the Malays, to prepare themselves in facing such radical abolishment. We have to accept the fact that we are now a 51 years of Malaysia.
The new NEP must look into poor people as a whole, without identifying its race or religion background. This new policy must undergo all transparent and integritial process to ensure the allocation of resources reach its target. Stop discriminating people, and all of the private sectors must help the government to build up the pillar to this policy together hand in hand. The government alone will never reach the target. The recent statistic shows that 3.8% of Malaysian people are still below the poverty level. Where by majority of the Malaysian people come from middle-class standard, which obtain RM 1,000 - RM 4,000 per month for every household. These are the people that need government’s attention very much, despite the 3.8% group of people.
It is now a time to help our friends. The Malay, Chinese and Indian must look themselves as one soley entity, as Malaysian people. Believe in our healthy competition, and put our economic stability as the highest priority ahead of everything.
There is similarity between Najib and his father Tun Abdul Razak - they become the Prime Minister to correct the political and social instability in the country. Bravo father and son. And we put our trust on you, the next Prime Minister of Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
KU LI DAH JADI JOCKEY KAMBING JANTAN @ KUDA HITAM
PAK LAH DAN DS NAJIB... AGAKNYA APA REAKSI YAAA?
BERITA DIPETIK DARI MALAYSIAKINI... BACALAH:
Khairy layak, Pemuda Gua Musang mesyuarat dua kali
Abdul Rahim Sabri | Oct 25, 08 3:08pm
Khairy Jamaluddin layak bertanding jawatan ketua Pemuda selepas mendapatkan pencalonan daripada Pemuda bahagian Gua Musang yang bermesyuarat semula hari ini.
khairy jamaluddinMesyuarat pertama diadakan dua hari lalu - pada 23 Oktober - di mana Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan ketua Pemuda.
Ketua Pemuda Gua Musang, Bazlan Baharuddin mendakwa, mesyuarat hari ini diadakan mungkin atas arahan pihak bahagian.
Mesyuarat hari ini turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua. Mesyuarat sebelum ini mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan tersebut.
Menurut Bazlan, pihak bahagian memang mengarahkan supaya mesyuarat Pemuda diadakan hari ini.
Bagaimanapun, katanya, atas alasan untuk mengelak berlaku kekecohan, mesyuarat Pemuda dipercepatkan kepada 23 Oktober lalu.
Menurutnya, 190 perwakiland dari 78 cawangan dalam bahagian Gua Musang telah menghadiri mesyuarat tersebut dan membuat mencalonkan Dr Mohd Khir dan Reezal, masing-masing untuk jawatan dan naib ketua Pemuda pusat.
Bazlan berkata mesyuarat Pemuda diadakan semula hari ini kerana beliau dianggap mengingkari arahan bahagian supaya bermesyuarat hari ini.
Katanya, mesyuarat pada 23 Oktober lalu diadakan dengan persetujuan jawatankuasa pemantau negeri, dan turut dimaklumkan kepada pihak Pemuda pusat dan pihak bahagian.
Mengenai kedudukannya, Bazlan berkata, beliau tidak menghadiri mesyuarat pada hari ini kerana tidak dimaklumkan mengenainya.
Saturday, October 25, 2008
SPIN OLEH BLOG NIKHASANAZMI
via Thinking of Life by NikHassanAzmi on 10/2/08
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharap Islam akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini.
"Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun sosial.
"Ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama.
"Sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini," kata Setiausaha Agung DAP itu dalam perutusan Eidulfitrinya.
Beliau percaya bahawa semua agama di dunia ini turut mengajak para umatnya melakukan kebaikan termasuk agama Islam itu sendiri.
"Melalui kitab suci Al-Quran ada disebut mengenai Amar Ma�ruf Nahi Mungkar, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan. Ia merupakan puncak tertinggi dalam agama Islam itu sendiri.
"Saya yakin umat Islam yang beriman dan bertakwa pastinya menerima prinsip keadilan tulen untuk semua," kata beliau.
Bagi pihak DAP, beliau percaya kepelbagaian kaum, agama, adat, budaya dan bahasa, tidak pernah menjadi penghalang atau membatasi kemajuan Malaysia.
Aspek kepelbagaian tersebut harus menjadi kekuatan rakyat Malaysia untuk berganding bahu serta saling percaya antara satu sama lain, kata beliau.
"Tuhan tidak membezakan kita di antara warna kulit ataupun fahaman politik malah kepercayaan agama terjamin di kalangan semua agama, termasuk Islam.
"Oleh itu adalah tidak betul dan tidak patut insan dalam parti politik tertentu cuba memecah belahkan rakyat dan menggugat perpaduan nasional dengan menggunakan isu perkauman, menabur fitnah dan menggalakkan penggunaan kekerasan.
"Namun kumpulan ekstremis ini cuba menggunakan isu bahasa sungguhpun semua bahasa di dunia baik Inggeris, Melayu, Mandarin, Tamil, Hindi, Urdu, Thai dicipta oleh Tuhan," kata Guan Eng.
Beliau mengajak rakyat Malaysia menolak politik jahat tersebut yang hanya mementingkan golongan kecil yang amalkan kemungkaran.
Sebaliknya, kata beliau, semua mestilah besatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketakwaan kepada Tuhan.
"Barulah kita boleh dirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika mencontohi pemimpin agung Islam Khalifah Umar Abdul Aziz," katanya.
Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak patut benci-membenci semata-mata kerana warna kulit atau fahaman agama yang berbeza.
"Jangan jadikan kepelbagaian kaum dan agama sebagai alasan untuk bertindak ganas atau menuju ke arah jenayah. Yang penting, tali silaturahim antara kita harus diikat erat.
"Jangan kita biar pihak tertentu mengadu domba persahabatan kita sesama kaum semata-mata kepentingan politik perkauman sempit mereka.
"Semoga hari lebaran ini disambut dengan penuh keinsafan, kesyukuran dan kegembiraan. Amar Ma�ruf Nahi Mungkar . Maaf zahir batin," kata beliau mengakhiri perutusannya.
Friday, October 24, 2008
Thursday, October 23, 2008
YA AMPUN BIAR BENAR. NGAK PERCAYA DEH!
NGAK PERCAYA AHHH.......
DIPETIK DARI anuaribrahimdotcom.blogspot.com
BUDAK KELANTAN REAL ATAU CEREKA?
AKU PETIK DARI http://ajamihashim.blogspot.com DAN KALAU NAK LAGI BUKA
http://thexblogs.blogspot.com - MACAM2 INFO ADA....
AKU BANGGA KERANA BUDAK KELANTAN DAH DIFILEMKAN. TAPI KALU TAHUN 1982 DULU MEMANG TEPAT SEBAB BANYAK BONZER KELANTAN DI CHOW KIT, KL. MAKA TERINGAT AKU KEPADA PAK SOK, MAT ZU GUA MUSANG, DAN LAIN2.BANYAK MEREKA NI ARMY, NAVY DAN AIR FORCE. JAMAN MUDA. SEKARANG KELANTANIS DAH RAMAI PARKING KAT KAMPONG... DENGAR CERITA DAH JADI AYAHANDA PEKIDAR PULAK... DAH PANDAI JADI POWER BROKER POLITIK TEMPAT DIA LAH.DAH WARAK DAH...
NI SATU LAGI KALU KELANTANIS, PERLIS, KEDAH... DEPA NI TAK AKAN RASA CULTURE SHOCK SETAKAT KL NI. SEBAB MEREKA TERLATIH DI GOLOK, TABA, HADYAI, SONGKLA, KAYU HITAM, DANOQ... DAN ADA KE PHUKET, BANGKOK, CHENG MAI...
MAKNANYA DUNIA BLACKY MACAM DI LONDON, NEW YORK, PARIS, HONG KONG, TOKYO DLL TAK ADA JADI KUDIS GATAL KEPADA MEREKA...
SERONOKNYA KALU AKU MUDA BALEK... BOLEH JADI PELAKUN BUDAK KELANTAN..REAL MACAM DANNY X FACTOR.
TENGOKLAH FILEM INI... ADAKAH REAL ATAU CEREKA SAJA...?
ZAMAN NI, BEBUDAK KELANTAN....
DI UITM, UKM, UM, UPM DLL... KAU JANGAN NAK KAWAL MEK KELANTAN LEBIH2... NANTI JADI ANDARATUA... NASIB TAK JADI BURUNG KAKAK TUA DAH LAH!
Wednesday, October 22, 2008
KJ JAWAB BUKAN UNTUK ROSAKKAN PERPADUAN BN... FAHAM?
PETIKAN DARI MALAYSIAKINI: Khairy jawab gesaan ditahan ISA |
Oct 22, 08 4:12pm |
Desakan agar naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menunjukkan "besarnya cabaran yang perlu dihadapi oleh BN". Khairy menambah, tidak wajar seorang perwakilan di mesyuarat agung Pemuda MCA, Jumaat lepas, membuat gesaan itu semata-mata kerana kenyataannya berhubung kuota biasa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Dewan Rakyat. "Saya tidak berhasrat melayan kritikannya dengan memberikan satu ulasan," kata ahli parlimen Rembau di laman web peribadinya. "Tiada untungnya anggota BN bertikam lidah secara terbuka." Seorang perwakilan dari Perak, Ting Tai Fong membuat gesaan sewaktu perbahasan di perhimpunan Pemuda MCA di ibu pejabat parti. Khairy hadir sebagai tetamu di majlis perasmian persidangan tahunan itu. Beliau menambah, Ting jelas sekali tidak membuat persiapan apabila menuduh kenyataan tentang isu kuota biasiswa itu sebagai "tidak boleh difahami" kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan peruntukan khas untuk bumiputera. "Saya berharaplah Ting memahami kepentingan saya menyeru kuota 67:33 (antara pelajar bumiputera dengan bukan bumiputera), mencerminkan lebih kurang komposisi penduduk dan bukan menegaskan kembali nisbah (selama ini) 90:10," kata menantu perdana menteri. |
BELUM PERINTAH MALAYSIA DAH SEKAT KEBEBASAN MEDIA?
INIKAH "KEBEBASAN MEDIA" DAN "KEBEBASAN BERSUARA" KEM PAKATAN RAKYAT?
PETIKAN DARI BERITA HARIAN 22 OKTOBER 2008.Wartawan BH dihalau membuat liputan sidang DUN Kelantan
KOTA BHARU: Wartawan Berita Harian yang membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, pagi ini dihalau keluar daripada Kompleks Kota Darul Naim.
Tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Pas semalam yang membidas tajuk muka depan akhbar ini mengenai titah ucapan Sultan Kelantan ketika merasmikan dewan itu kelmarin.
Mereka mengesyorkan agar wartawan Berita Harian dilarang membuat liputan persidangan selama seminggu.
MEREKA NI LAWAN ADEK BERADEK KE ATAU MUSUH DENGAN MUSUH?
PETIKKAN DARI SPINNER http://politicler.com:
Usaha terakhir Abdullah membawa Muhyiddin ‘tersungkur’ bersama
Posted by ari on Oct 20, 2008 in Pakatan Rakyat • No comments
CALON Timbalan Presiden, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak perlu risau untuk mendapat cukup percalonan yang membolehkan dia layak bertanding jawatan nombor dua itu, kerana ada satu usaha dari beberapa pihak, akan bekerja membantunya.
Khabarnya, kumpulan yang dikenali dengan nama ‘gabungan badan-badan bukan kerajaan’ mendapat kerjasama dengan satu yayasan, sudah mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak tertentu, memulakan kempen ke bahagian-bahagian, supaya Muhammad mendapat quota yang diperlukan.
Tentunya, kumpulan ini mendapat restu dari ‘orang-orang Abdullah’ yang kurang senang hati dengan ‘tingkah laku Muhyiddin Mohd Yassin’ kebelakangan ini, termasuk mempersoalkan tempoh kempen yang panjang, akan menyebabkan berlaku kemerosotan produktiviti.
Alasan mereka, Muhyiddin berkata demikian bagi ‘menyekat’ peluang Muhammad yang dilihat kerap ‘turun padang’ atas kapasitinya sebagai Menteri Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah, selain seorang lagi calon, Mohd Ali Rustam yang merupakan Ketua Menteri Melaka dan dalam masa yang sama memegang jawatan Presiden Gerakan Belia 4B, Malaysia.
Berbanding dengan Muhyiddin, kedudukannya sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tidak banyak peluang yang boleh dibuat di peringkat bawah, kecuali kedudukannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Etika Umno, yang membuka peluang kepadanya mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan perwakilan parti.
Satu sumber yang rapat dengan pucuk pimpinan memberitahu, gabungan NGO ini, adalah gabungan yang serupa dengan mereka yang berdemontrasi di depan kediaman rasmi Perdana Menteri dan mereka juga yang berada di PWTC, tempohari dengan laungan ‘Abdullah jangan undur’ dan ‘Abdullah teruskan memimpin Umno’ yang gagal merubah hati Presiden Umno dan Perdana Menteri itu, untuk mempertahankan jawatannya.
Menurut sumber itu lagi, mereka akan pastikan Muhammad mendapat cukup pencalonan, jika pun sukar untuk menang kerana Muhyiddin kelihatan bergandingan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, tetapi sekurang-kurangnya, dapat ‘menutup’ mulut Muhyiddin dari terus bercakap soal tempoh berkempen dalam pemilihan Umno.
Hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahrir Abdul Samad dan Menteri Besar Negeri Sembilan menegur kenyataan Muhyiddin itu, yang sekaligus mengingatkan Muhyiddin mematuhi keputusan (berkempen panjang) dibuat Majlis Tertinggi Umno.
Malahan, Shahrir, dalam nada yang agak lembut berkata, jika Muhyiddin merasakan tempoh kempen ini boleh menjejaskan produktiviti, lebih baik baginya (mungkin semua Menteri), meletakkan jawatan dan mengambilnya semula (jawatan itu) selepas selesai tempoh berkempen. Maknanya, dengan lain perkataan, Muhyiddin di suruh berhenti dari jawatan menteri.
Dalam perkembangan yang sama, gabungan NGO ini juga akan mengadakan siri sidang media, turut mendesak Muhyiddin melepaskan jawatan Menteri kerana gabungan ini beranggapan, Muhyiddin menjadi Menteri kerana dilantik oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Desakan ini nanti, (yang dibuat oleh gabungan ini) tentunya dapat member tekanan kepada usaha Muhyiddin untuk menang mudah dalam pertandingan nanti. Lebih ekstrim lagi, khabarnya akan diserang di peringkat bahagian-bahagian (yang masih belum bermesyuarat) supaya dia tertekan dan tidak terus menyangka bahawa Abdullah yang sudah mahu berundur, sudah tidak ada penyokong.
Pendokong gabungan NGO ini juga akan terus berkempen untuk memenangkan Muhammad, jika ditakdirkan Muhammad mendapat cukup percalonan, yang melayakkannya bertanding jawatan Timbalan Presiden. (Catatan : untuk bertanding calon timbalan perlu mendapat 38).
Para penyokong Abdullah sebenarnya melihat Muhyiddin sudah tidak sabar untuk menjadi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, yang menyebabkan satu demi satu kenyataan yang dibuat Muhyiddin dilihat sebagai ‘mempercepatkan’ Abdullah mengosongkan Seri Perdana dan Pejabat Perdana Menteri.
Secara kebetulan, Presiden Umno tidak ‘pernah masuk’ pejabat Presiden Umno di PWTC, walaupun ada pejabat disediakan, yang menyebabkan Umno seperti tidak mempunyai Presiden, jika sesiapa ingin menemui Presiden Umno di Ibu Pejabat Umno.
Lebih menarik, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti tidak sedar, kenyataannya menyokong pandangan Muhyiddin mengenai tempoh kempen ini sebenarnya tidak bersesuaian dengan ‘kliknya’ yang masih bersama-sama Abdullah.
Malah, apabila Zahid membuat kenyataan mahu menawarkan diri bertanding kerusi Timbalan Presiden dahulu, dipercayai atas kehendak gabungan ini dan beberapa orang yang dipercayai, orang kanan Abdullah.
Apakah kini Zahid, yang bersaing bagi merebut kerusi Naib Presiden mahu menyisihkan dirinya dari ‘kaitan dengan Abdullah’, yang memungkin dia kurang mendapat sokongan? Kebetulan, Zahid hanya membuat keputusan menarik diri dari bertanding jawatan nombor dua itu, selepas menemui Najib - yang boleh menyebabkan timbul pertanyaan, mengapa Zahid lebih ptuh kepada Najib daripada Abdullah?
Namun demikian, tidak pula kedengaran cerita-cerita dari gabungan ini untuk menyerang Zahid dalam isu ini, kecuali Muhyiddin yang sudah mereka (gabungan ini) anggap sebagai musuh.
Jangan hairan kalau Abdullah sendiri, kelihatan tidak sanggup bertentangan mata dengan Muhyiddin, walaupun mereka duduk semeja dalam majlis-majlis Hari Raya.
Padahal, suatu ketika dahulu, Muhyiddin ini merupakan ‘orang kesayangan’ Abdullah, walaupun Abdullah melantik Najib menjadi timbalannya kerana, jawatan timbalan hanya ada satu sedangkan calonnya ada dua.
Kebetulan, kedudukan Najib dalam Umno lebih senior dari Muhyiddin walaupun, dari segi menjadi imam solat, Muhyiddin mungkin lebih baik dari Najib dan Abdullah sendiri.
Para penyokong Abdullah dan tentunya gabungan NGO ini tidak ‘berupaya’ melakukan apa-apa terhadap Najib, tetapi untuk �menyusahkan Muhyiddin� mereka masih berpeluang kerana ada saingan yang terpaksa Muhyiddin hadapi.
Walaupun setakat ini pencalonan terhadap Muhyiddin jauh ke hadapan jika dibandingkan dengan pencalonan Muhammad, namun, gabungan NGO yakin (berkeyakinan), mereka mampu melakukan sesuatu, jika usaha berterusan dilakukan.
Tidak hairanlah, apabila Umno Bahagian Beruas mencalonkan Muhammad sebagai Timbalan Presiden, sedangkan dalam perkiraan Muhyiddin, Bahagian Beruas adalah bahagian yang menyokongnya, kesan dari beberapa kali dia ke bahagian itu, kerana hubungannya dengan kepimpinan terdahulu.
Muhyiddin tidak terkejut dengan pencalonan Muhammad dari Bahagian Sepang kerana bahagian itu diketuai Dato’ Mohamad Zin Mohamad yang merupakan orang Abdullah, selepas Mohamad Zin meninggalkan Najib.
Sebelum ini, Mohamad Zin adalah penyokong Najib tetapi apabila Dr Mahathir Mohamad melantik Abdullah menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam tahun 1998, kelibat Mohamad Zin dilihat berada di Jalan Bellamy, kediaman Abdullah ketika itu.
Dari dalam Umno, gabungan NGO yang rata-rata orang Umno yang tidak berjawatan ini merasakan sukar untuk mereka ‘mencari jalan menyulitkan Muhyiddin’ tetapi, dari luar, dengan menggunakan flatform NGO, mereka yang kenal ramai dengan pemimpin-pemimpin Umno bahagian, akan mudah meminta pencalonan buat Muhammad, tanpa mengganggu sokongan dan pencalonan buat Najib.
Dalam masa yang sama, gabungan NGO masih mengharapkan ada satu keajaiban berlaku dengan Muhyiddin ditewaskan dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden, walaupun ‘kejatuhan’ Muhyiddin tidak akan menguntungkan Abdullah.
Cuma, biasalah orang-orang Umno, mereka suka jika ketika Abdullah tidak dapat dipertahankan, penyerang Abdullah pun tidak dibenarkan naik. Biar sama-sama tersungkur!
Dalam situasi politik Umno yang begini buruk, malang bagi Tengku Razaleigh Hamzah yang masih berhajat mahu menjadi Presiden Umno, enggan menerima perlawaan dari Pakatan Rakyat supaya menyertai PR untuk melemahkan terus BN.
Tengku Razaleigh tidak mempunyai ’sentuhan terus’ dengan kepimpinan Umno di bahagian-bahagian sejak sekian lama, kerana Tengku Razaleigh hanya mucul apabila ‘tahun pertandingan’ dan kemudiannya hilang semula hinggalah musim bertanding datang lagi. _