Wednesday, October 22, 2008

KJ JAWAB BUKAN UNTUK ROSAKKAN PERPADUAN BN... FAHAM?


PETIKAN DARI MALAYSIAKINI:

Khairy jawab gesaan ditahan ISA
Oct 22, 08 4:12pm
Desakan agar naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menunjukkan "besarnya cabaran yang perlu dihadapi oleh BN".

Khairy menambah, tidak wajar seorang perwakilan di mesyuarat agung Pemuda MCA, Jumaat lepas, membuat gesaan itu semata-mata kerana kenyataannya berhubung kuota biasa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Dewan Rakyat.

"Saya tidak berhasrat melayan kritikannya dengan memberikan satu ulasan," kata ahli parlimen Rembau di laman web peribadinya.

"Tiada untungnya anggota BN bertikam lidah secara terbuka."

Seorang perwakilan dari Perak, Ting Tai Fong membuat gesaan sewaktu perbahasan di perhimpunan Pemuda MCA di ibu pejabat parti.

Khairy hadir sebagai tetamu di majlis perasmian persidangan tahunan itu.

Beliau menambah, Ting jelas sekali tidak membuat persiapan apabila menuduh kenyataan tentang isu kuota biasiswa itu sebagai "tidak boleh difahami" kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan peruntukan khas untuk bumiputera.

"Saya berharaplah Ting memahami kepentingan saya menyeru kuota 67:33 (antara pelajar bumiputera dengan bukan bumiputera), mencerminkan lebih kurang komposisi penduduk dan bukan menegaskan kembali nisbah (selama ini) 90:10," kata menantu perdana menteri.

No comments: