Saturday, November 29, 2008

MAMPU ATAU RHOK KE MB PERTAHANKAN MAJORITI 685

MEMPERTAHANKAN MAJORITI 685 AMAT BERMAKNA BAGI DATUK AHMAD SAID, MB TERENGGANU UNTUK MEMBUKTIKAN DIA RELEVEN DI TERENGGANU UNTUK SEKARANG, AKAN DATANG DAN SELAMANYA. SEMUA ORANG TAHU PENDEKATANNYA YANG DIANGGAP REFORMASI ATAU PEMBAHARUAN DAN "CHANGE" DARI PEMBAWAKAN MB LAMA. DAN HATTA PM KITA SENDIRI.

KIRANYA MB BERJAYA MAKA PR AKAN DATANG, INSYAALLAH TERENGGANU AKAN TETAP DALAM DAKAPAN BN.

AKU PERNAH DOK TERENGGANU DAN BAIK DENGAN SIFU MB SEKARANG IAITU TS WAN MOKHTAR DAN DATUK KU MAHMUD SETIU (TAPI AKU LEBIH RAPAT LAGI DENGAN BINI BEKAS MB WAN MOKHTAR TU IAITU TOK PUAN ASAHTUN... HMMM TAU TAKPA).

MB TOK MAT SAID NI PUN TERJUN JADI YB DARI JADI ADO SETIU. DAN AKU TERLIBAT SEMASA MB NI BERLAWAN DALAM PR KECIL KIJAL MASA ITU. MASA TU TAK ADA PAKATAN RAKYAT ATAU PAKATAN ROYAK LAGI... APA LER NI ORANG KATE PAKATAN "PENTERNAK ROBABI@RABABI?"

MASA TU TOK MAT KIJAL NI ATAU AKU SEBUT SAMAK SANDARAWEJ TERENGGANU... SAME MUKE DAN GEDEBERNYA!, ADALAH BERLAWAN DENGAN TOK SHABEERY CHEEK TIMBALAN UMNO DIA DAN MENTERI PENERANGAN SEKARANG NI. TOK SHABERRY DALAM ANGKATAN PERPADUAN UMMAH IAITU SEMANGAT 46. MASA TU TOK SRI ANUAR BRAHIM DOK BALIK BN DAN PERGI CERAMAH SAKAN KUTUK PAKATAN ATAU GAGASAN RAKYAT YANG KU LI BUAT DENGAN DAP.

DAP PULAK MASA TU KAWIN MUTAAH SAJA DENGAN PAS. KAWIN TAPI TAK LEH BALIK KE RUMAH TOK MERTUA... TAKUT ORANG MELAYU TERENGGANU MARAH. SEKARANG DAP, PAS DAN PKR DAH KAWIN TAPI TAK NIKAH SEBAB SURAT TAK DAK. PENGERUSI ATAU SU AGONG PUN TARAK... KAWIN APA TAK TAHU LAH AKU. SEBAB TU SEKARANG HURU HARA DALAM RUMAHTANGGA DI SELANGOR, PERAK DAN KEDAH. KALU BULEH ANAK DAN CUCU.... HARAM NI...SEBAB ANAK LUAR NIKAH.ANAK PUN SEKERAT ISLAM, SEKERAT KAPIR KOT.

DAP, PAS DAN PKR NI MEREKA KAWIN TANPA NIKAH DALAM PAKATAN RAKYAT. TAK DAK SURAT, TAK DAK ORGANISASI, TAK DAK PERLEMBAGAAN DLL.TAPI KATANYA ADA "PERJANJIAN PANGKOR 2" YANG TIDAK BENARKAN PAS LAKSANA ISLAM DAN HUDUD. TAPI MEREKA KATA UMNO FITNAH PULAK.BILA TAK DAK APA2 PERLEMBAGAAN ATAU PENDAFTARAN PERTUBUHAN MAKA TAK ADA UNDANG2 TUBUH. OLEH ITU SEMUANYA PAKAI GERAK HATI DAN SEDAP MULUT SAHAJA.TEGOK SAPA GEDEBER DAN KUAT... MAKA MENANGLAH DAN DAPATLAH APA2 MINTA PUN.AKU NAMPAK PAS LAH YANG KESIAN... KENA MAIN DEPAN DAN BELAKANG, ATAS DAN BAWAH. KENA MAKAN KELILING LAH. BUKTINYA ARAK TETAP OK DI SELANGOR TAPI KATANYA KORIDOR PROJEK RABABI@ ROBABI TELAH LULUS 100 JUTA RINGGIT.

HAH! JAGA ORANG TERENGGANU DAP NAK DATANG DAN CAKAP "KETUANAN MELAYU" TAK RELEVEN LAGI SEBAB SEKARANG NI KITA KENA TIRU OBAMA USA. HABIS TERENGGANU TU NAK BOH SAPA TUAN?. SIMBOL, LEMBAGA, IMEJ DAN BRAND KETUANAN MELAYU NI ADALAH KDYMM AL SULTAN TERENGGANU TU. AMPUN TUANKU. DAULAT TUANKU.

MAKA PAS PUN CAKAP KITA TENTANG KETUANAN MELAYU SEBAB DIA ASSOBIAH, KEBANGSAAN, RACIST, PERKAUMAN DAN TIDAK ISLAMIK. HABIS DAP BILA PULAK ISLAMIK? SEDARLAH PAS ISLAM TU AGAMA BUKAN BANGSA. BANGSA ADALAH MELAYU DAN KITA BERAGAMA ISLAM... LIDAH DAN HATI BIAR IKHLAS KERANA ALLAH SWT BILA BERSYARAH. MANA ADA ORANG ISLAM DALAM DUNIA NI TAK ADA BANGSA?.. ORANG BERBANGSA ARAB BERAGAMA ISLAM... DAN ADA ARAB YANG BUKAN ISLAM...

BANYAK LAGILAH PAS AKAN CAKAP NANTI PR KELAK.TERMASUKLAH HAL RASUAH, EKONOMI TERUK, BARANG MAHAL, PEMIMPIN UMNO YANG KRONI, UMNO KAPIR TAK NAK ISLAM DLL... ITU SEMUA RADIO BURUK. MASA AKU DI TERENGGANU 1990 DULU PUN INILAH MODALNYA.

DENGAR KATA MAT SABU NAK AMBIL CALUN. BAKPE PULOK GITU.. ORANG PAS TERENGGANU TAK DOK TELUR KE SEBAB KENA AMBIK ORANG PENANG?

DAN TENTULAH PAS ORANG KELANTAN AKAN MARI BAWA CERITA BAHAWA KELANTAN LEBIH MAJU DARI TERENGGANU SEBAB TOK GURU PERINTAH. HAI! BUTA KE MATA DAN HATI?... KELANTAN BUAT TOM MOI SIAM DI MANA MANUSIA BERLAWAN DENGAN MANUSIA. TERENGGANU BUAT KUDA LASAK DAN PERAHU LAYAR BERLUMBA. MANA YANG CERDEK?

BAGAIMANA PUN AKU TAHU SAPA TOK MAT SAMAK SANDARAWEJ NI. DIA ANAK DIDIK WAN MOKHTAR DAN KU MAHMUD. MAKA ILMU DAN KUNTAU DIA BANYAK UNTUK LIPAT PAS NI. SETAKAT SI TAICHI LIM KIT SIANG, LIM GUAN ENG DAN TERESA POK TU... ULAM SAJA. TAPI KALU DS ANUAR... HA KENA BANYAK PELURU JUGA SEBAB DIA BANYAK PANDAI CAKAP OIII.

PAGI NI AKU GI MAKAN NASI BERLAUK DI FLAT PERLIS...AKU DENGAR ORANG PAS TAK TAKUT DENGAN BN/UMNO, TAPI TAKUT KALAU NENEK JUAL KAWIN BATEK TU TANDING BEBAS PULAK. DIA LAH YANG BAWA 600 UNDI DULU YANG BAGI BN MENANG.

INI STRATEGI TOK MAT SAMAD SANDARAWEJ KENA FIKIR NI... SEBAB HANYA 685 SAJA BN MENANG DULU.
====================================================================
APA PUN BACA TULISAN NI DARI AGENDA DAILY AKU AMBIK:

Kuala Terengganu: ‘taruhan besar’ bagi BN dan PAS

Al-Fatihah... atas kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail.Pemergian mengejut Ahli Parlimen Kuala Terengganu ini sewaktu bermain badminton di Institut Aminuddin Baki Genting Highlands pada jam 6.30 petang Jumaat membuka gelanggang kali kedua pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Kalau sebelum ini di Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu BN berentap dengan PKR... di Kuala Terengganu giliran PAS pula.

Bezanya Permatang Pauh adalah kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan senario dari awal pilihanraya kecil itu sudah nampak memihak kepada PKR tetapi di Kuala Terengganu keadaannya lebih menarik kerana ia dikira 50-50 antara BN dan PAS.

Allahyarham Datuk Razali menang dua kali di kerusi parlimen itu setelah menewaskan Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada pilihanraya umum 2004 dengan 1,933 undi.Allahyarham dapat 30,994 undi manakala Dr Syed Azman 29,061.

Pada pilihanraya umum lalu dalam pertandingan tiga penjuru antara Timbalan Menteri Pelajaran itu dengan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan mak chik Maimun Yusof yang bertanding atas tiket bebas Allahyarham menang dengan majoriti tipis 648.

Datuk Razali dapat 32,582 undi ,Mohamad Sabu 31,934 manakala Maimun 685.

Keputusan kedua-dua pilihanraya umum sudah cukup untuk mengambarkan senario yang mendebarkan bagi BN dan PAS untuk mengharungi pilihanraya kecil kali ini.

Menariknya kedua–dua BN dan PAS mempunyai taruhan politik yang amat besar keatas Kuala Terengganu.

Bagi BN setelah tewas di Permatang Pauh ia pasti akan berhempas pulas untuk berusaha mempertahankan Kuala Terengganu.

Bagi PAS pula setelah melepas dari berkuasa sepenggal di Terengganu dalam pilihanraya umum 2004 dan hanya berjaya tawan balik satu kerusi Parlimen sahaja iaitu Marang semasa pilihanraya umum 8 Mac lalu... Kuala Terengganu pasti menjadi idaman,

Dijangka cabaran terbesar PAS untuk berdepan dengan pilihanraya kecil ini ialah mencari isu untuk menawan pengundi Kuala Terengganu.

Allahyarham Datuk Razali,seorang teknokrat yang tidak banyak diselubungi oleh isu peribadi dan politik untuk dijadikan bahan kempen PAS.

Dalam pada itu sebelum ini kebanyakan serangan PAS di negeri itu ditujukan kepada beberapa isu yang melibatkan bekas Menteri Besar Datuk Idris Jusoh.

Sebaliknya Terengganu kini dipimpin oleh Datuk Ahmad Said yang merupakan tokoh pilihan Istana.

Secara tidak langsung pilihanraya kecil ini akan menjadi ujian besar pertama bagi Menteri Besar Terengganu yang baru itu.

Sejak beliau ambilalih pentabiran belum ada isu besar berbangkit di negeri itu kecuali tidak lama dulu hu ha mengenai cadangan beliau nak tukar kereta rasmi kerajaan negeri dari Proton Perdana V6 ke Mercedes.

Soalan terbesar menjelang pilihanraya kecil itu apakah PAS mampu menyambung gelombang tsunami politik 8 Mac ke Kuala Terengganu.

Badai itu dikira tidak sampai ke Terengganu.Selain dari Parlimen Marang,PAS hanya mampu menawan balik empat kerusi Dewan Undangan Negeri semasa pilihanraya umum lalu.

Dalam pada itu PAS juga kini menghadapi kemelut dalaman.Bukan rahsia lagi parti itu kini sedang dihimpit ‘ perang dingin’ antara puak Erdogan diketuai oleh Datuk Husam Musa yakni yang lebih condong kepada Anwar dengan puak ulama Datuk Seri Hadi Awang yang tidak mahu dicengkam pengaruh Penasihat PKR itu.

Pilihanraya kecil ini juga dijangka akan menjadi medan ‘penilaian’ keatas prestasi kerajaan baru pimpinan PAS di Kedah dan Perak yang diselubungi oleh beberapa isu yang turut dipersoalkan oleh kalangan ahli parti itu sendiri.

Di Kedah misalnya ia berdepan dengan kemarahan orangramai mengenai cadangan projek ladang babi moden di Bukit Selambau dan kegairahan Exco Kerajaan Negeri main golf.

Di Perak,Datuk Seri Nizar Jamaluddin berdepan dengan dakwaan terlalu mengikut telunjuk DAP dan isu pemberian status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru.

Selain itu kegagalan PAS nak terapkan pemerintahan berasaskan pegangan yang digembar gemburkanya selama ini nak wujudkan Negara Islam di negeri-negeri yang baru dikuasainya juga menjadi buah mulut.

Ini tidak masuk lagi banyak janji dalam manifesto Pakatan Rakyat yang belum tertunai hingga membangkitkan rasa tidak puashati mereka yang memangkah pembangkang.


Bagi BN pula tentunya apakah ia mampu menyekat gelombang itu di Kuala Terengganu.

"Tembak menembak" dalam Wanita UMNO yang menjadi salah satu nadi utama kempen pilihanraya kebelakangan ini, menjelang pemilihan jawatan Ketua Wanita ...juga mencetuskan sedikit kebimbangan.

Melihat dari semua sudut ‘ perang Kuala Terengganu’ ini pastinya amat menarik.- 29/11/2008

Tuesday, November 25, 2008

NETIZEN GOBAL PERKASA SOKONG BLOGER PEMBELA NEGARA

AKU DENGAN AHLI-AHLI MAYA DARI NETIZEN GLOKAL PERKASA DI BAWAH http://aberamly.multiply.com DENGAN INI JUGA SETUJU DAN MENYOKONG SECARA BERSEKUTU AKAN RESOLUSI YANG KAU ORANG BUAT.

KITA MINTA SUPAYA KERAJAAN DAN NGO YANG PETRIOTIK BUKAN PETRIOTIS@PITIH ATAU RACIST SUPAYA BANGKIT BERSAMA BERJUANG DENGAN PIHAK BERWAJIB MENDESAK MEREKA YANG CUBA TAICIKAN ISLAM, HAK KEBEBASAN, KEADILAN, PERPADUAN DLL SUPAYA TUNJUK TARING MEREKA YANG SEBENAR.JANGAN TIPU DENGAN TAICI POLITIK DAN MUKA MANIS DIDEPAN. CUKUPLAH DOK BERLAKUN PURA2 BAIK DAN PRIHATIN KEPADA BUMIPUTERA TETAPI HAKIKATNYA ALLAH SAJA YANG MENGETAHUINYA. KITA NAK KAN TELUSAN, INTEGRITI, KETERBUKAAN MEREKA TENTANG PERMUAFAKATAN PERPADUAN POLITIK TULIN DALAM BARISAN NASIONAL 1974. APA PENDAPAT MEREKA TENTANG PERLEMBAGAAN DAN KONTREK SOSIAL 1957?

KITA MENENTANG AJARAN "JIE DAO SHA REN" DALAM 36 CHINESE TACTICS FOR SUCCES OLEH EVELYN YIP YANG AKU BELI DI PULAU PINANG (CETAKAN SINGAPURA). KALAU ADA ORANG GUNA AJARAN INI DALAM POLITIK DLL MAKA KITA KENA:

"SOMETIMES IT IS POSSIBLE TO ELIMINATE YOUR ENEMIES BY CREATING SUSPICION AND CONFUSION AMONG THEM. WE SHOULD NOT LET OTHERS MAKE US OF OUR POEPLE TO KILL US."

BANGUN SEMUA BANGSA MALAYSIA... JANGAN ANDA DIGUNAKAN UNTUK BERBALAH DAN BERGADUH SESAMA BANGSA MALAYSIA DENGAN API PERKAUMAN SEMPIT. BERFIKIRLAH SECARA MALAYSIAN... BUKAN "MALAYSIAN MALAYSIA" YANG DIAJARKAN OLEH PENGASAS PAP SEJAK 1963 YANG TELAH MEMBAWA KITA KEPADA 13 MEI 1969. KITA BANGSA MALAYSIA TAK MAMPU NAK BERGADUH SESAMA KAUM KERANA NEGARA LAIN YANG AKAN DAPAT UNTUNGNYA DENGAN MENJAJAH KITA SAMAADA DI SEGI EKONOMI, MINDA, SOSIAL, POLITIK, KESELAMATAN, PELAJARAN DAN LAIN-LAIN.SIAPA MEREKA NEGARA LUAR NAK AJAR KITA MENTADBIR DAN MENGURUSKAN NEGARA MALAYSIA?

LIHATLAH BANGSA YANG RACIST DAN BERTUMPAH DARAH... MAKA MEREKA DIJAJAH DAN DICUCUK HIDUNG. MANAKALA MINDA MEREKA DIKUASAI OLEH MEDIA BARAT YANG KIKIS SEGALA HASIL BUMI SERTA MANPOWER ATAU MODAL INSAN MEREKA. MEREKA INI DIHASUT SUPAYA BENCI BRAND, BUDAYA, BANGSA, IMEJ, LAMBANG DAN SISTEM HIDUP KITA YANG ORIGINAL. DAN MEREKA BERJAYA BENTUK ORDER DUNIA DENGAN SATU BAHASA, SATU NEGARA... IAITU DUNIA TANPA SEMPADAN... LIBERAL SERTA TIDAK BEREHIKA ATAU BERAGAMA (BERMORAL).

KITA JUGA PERJUANGKAN SUPAYA SEMUA ANAK MUDA YANG CINTAKAN NEGARA DAN DEMOKRASI DALAM MAKLUMAT SUPAYA DAPAT MAKLUMAT YANG SEIMBANG. OLEH ITU SEMUA YANG MENYOKONG KITA HENDAKLAH JADIKAN LAMAN INI SEBAGAI RUJUKAN UTAMA SEBAGAI BAHAN MAKLUMAT RASMI NEGARA, IAITU:

http://www.pmr.penerangan.gov.my

KITA JUGA MAHUKAN SEMUA BLOGGER ADIL KEPADA KERAJAAN PILIHAN RAKYAT 140 KERUSI APABILA MEMBUAT SEBARANG POSTING. BUATLAH KRITIK MEMBINA DAN JAUH SEKALI BUAT PROVOKASI, KHABAR ANGIN, FITNAH, ADU DOMBA, PROPAGANDA HITAM ATAUPUN DISINFORMATION ATAUPUN MISINFORMATION.

KITA HENDAKKAN SEMUA BLOGGER BERMINDA GLOKAL DAN SENTIASA "BLUE OCEAN" BUKANNYA TERTIPU DENGAN PARTI PERKAUMAN ATAU RACIST YANG MAIN TAICI SERTA BERSELINDUNG DI SEBALIK SEHELAI LALANG TAPI JUBUR TERTUNGING NAMPAK BELANGNYA. HENTIKAN PERANGAI HARIMAU PUTIH DI ZOO SINGAPURA YANG BAHAM ORANG YANG DOK BASUH NAJISNYA SIANG DAN MALAM.

KITA MENENTANG PARTI YANG "RED OCEAN" YANG TERNYATA TERLIBAT DALAM PERISTIWA PERKAUMAN DAN PERGADUHAN KAUM 13 MEI 1969. KITA JUGA MAHU MEREKA INI HAPUSKAN MINDA PARTI KOMUNIS MALAYA YANG DAH DIHARAMKAN.JANGAN FIKIR NAK MENANG DAN AMBIL SEMUA. TETAPI FIKIRLAH "WIN WIN."

MENGAPA KITA TAK BOLEH BERSAING DAN TAK KOMPETEN DI ANTARABANGSA. INI KERANA KITA MALAYSIAN TAK MAHU GUNA OTAK SENDIRI. KITA MINTA CONTUHNYA LEE KUAN YEW SINGAPURA DENGAN "MALAYSIAN MALAYSIA" NYA ATAUPUN KITA MINTA OBAMA YANG BELUM TENTU AKAN JAGA NASIB KITA. JELASNYA ORANG MALAYSIA KENA MERDEKA MINDA. KITA KENA BERFIKIR SECARA MALAYSIAN IKUT PERLEMBAGAAN DAN KONTREK SOSIAL. SEGALA IDE DAN MINDA BARAT ATAU MINDA ORANG LAIN YANG ASING DENGAN KITA... MAKA KITA TAK BOLEH SAMA SEKALI ANGKAT DIA JADI RAJA MINDA KITA...NYAHKAN "KETUANAN RAKYAT" YANG KABUR DAN BOMBALISTIK.

SEGALA IDEALISME YANG RETORIK, AKADEMIK, BOMBASTIK MESTI SESUAI DENGAN KITA ORANG MALAYSIA. JANGAN KITA JADI ORANG MALAYSIA TETAPI KEPALA DAN OTAK KITA DIJAJAH.

KALAU KITA MERDEKA DIRI DAN MINDA BARU MALAYSIA AKAN CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG. KALAU TIDAK MALAYSIA AKAN BASUH NAJIS ORANG SAHAJA DENGAN MENGIAKAN SEGALA DOKTRIN DAN IDEALISME PENJAJAHAN MINDA KEPADA KITA.

IDEA TRANSFORMASI, LIBERALISASI, GLOBALISASI, INFORMASI DAN MACAM2 SI LAGI AKAN BUAT KITA BANGSA MALAYSIA MATI. OLEH ITU MARI SEMUA KAUM HIDUP DALAM SATU BANGSA YANG PERKASA. MARI MENYOKONG GAGASAN "NETIZEN GLOKAL PERKASA MALAYSIA."

AYUH... BENTUK BLOG KETIGA IAITU BLOG NETIZEN GLOKAL MALAYSIA PERKASA YANG PERJUANGKAN PERMUAFAKATAN SUCI PERPADUAN TULEN BN 1974. KITA TIDAK UMNO, TIDAK PAS, TIDAK DAP, TIDAK PKR.... TIDAK PAKATAN ROYAK ATAUPUN PENTERNAK RABABI@ROBABI (PR).

MENGAPA MINDA KITA MESTI PECAH DUA IAITU BN ATAU PAKATAN RAKYAT?

ADA ELOKNYA KITA BERFIKIR SECARA MINDA KETIGA IAITU BN GLOKAL.

DAN KITA ADALAH BLOG GLOKAL!

KALAU ADA IDOLA ATAU PEJUANG KITA "BERTOPENG" ATAU BERTAICHI LEMBUT, MAKA KITA KATA "BUKA DULU TOPENG MU...."





INI AKU SIARKAN RESOLUSI KAU ORANG YANG AKU PETIK DARI BLOG SAHABATKU "GAP."
Monday, November 24, 2008
RESOLUSI KEDUA 'BLOGER PEMBELA NEGARA' !
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, seramai lebih kurang 17 ahli Parlimen Blogger Pembela Negara samada yang lama dan baru dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama untuk mengutarakan pendapat dan sokongan padu mengenai resolusi bantahan pengguguran tulisan jawi oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
Kami ahli BPN telah bersama berbincang dan mencadangkan beberapa persoalan dan masalah yang timbul di kala pengguguran tulisan jawi di papan tanda yang menjadi isu dan hal yang dibangkitkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri kekuasaan mereka lebih-lebih lagi oleh pemimpin-pemimpin bukan melayu pakatan rakyat.( Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini. )

Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan di papan tanda jalan tidak dapat diterima selain mendapat kelulusan dan penilaian pihak yang lebih arif dan patut bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kebangsaan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka. Isu ini harus diteliti dan perhalusi kerana di kebanyakan negara utama industri pelancongan, negara maju dan kuasa besar dunia tidak juga mengaplikasikan papan tanda pelbagai bahasa kerana lebih menghormati bahasa kebangsaan.
2. Pengguguran tulisan jawi di papan tanda di kawasan Wilayah Persekutuan tidak harus berlaku kerana tulisan jawi juga adalah bahasa kebangsaan dan tiada unsur pencabulan Perlembagaan Persekutuan berlaku, malah disesetengah tempat seperti di Johor Bahru dan lain-lain bandar besar, ianya diterima masyarakat.
3. Setiap individu beragama Islam di negara ini seharusnya menguasai tulisan jawi, menekankan penguasaan tulisan jawi pada anak-anak mereka dan juga memartabatkan jawi sebagai tulisan yang melambangkan identiti melayu bagi memastikan tulisan jawi menjadi tulisan kedua umat Melayu-Islam dinegara ini dan dengan ini, sebarang usaha memartabatkan jawi tidak dipandang sinis oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi kepada bukan melayu kerana kita sendiri menghargai tulisan jawi sebagai tulisan budaya melayu zaman berzaman.
4. Dewan Bahasa dan Pustaka sepatutnya diberi kuasa sebagai badan rujukan untuk membuat penilaian atas spesifikasi papan tanda jalan yang hendak dibangunkan oleh PBT termasuklah menjadi pihak rujukan kerajaan tempatan dalam meluluskan lesen papan tanda premis-premis perniagaan untuk semakan penggunaan bahasa melayu yang betul dan sempurna.
5. Tindakan individu dan pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat membiarkan isu-isu sensitif islam dan tulisan jawi yang digunakan untuk pengajian agama Islam-Melayu ratusan tahun dahulu ternoda dek kerana mengejar agenda peribadi adalah tindakan menghina dan meminggirkan tulisan dan agama rasmi Malaysia secara perlahan-lahan kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang melayu islam
6. Semua orang Islam dan juga bukan islam dari semua parti politik tidak kira pengikut mahupun pemimpin diseru hendaklah didesak hentikan tindakan mempertikaikan isu-isu sensitiviti masyarakat yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlembagaan sebelum ia akan menjadi tragedi 13 Mei yang boleh mengancam keselamatan negara kita yang turut dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.
7. Suara bloggers perlu menjadi suara persepakatan dalam satu tujuan membetulkan kepincangan yang berlaku dalam politik yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan peribadi dan politik tanpa mengira kesan yang akan timbul kepada perpaduan dan keamanan negara kita

Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang maya pada 24 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.

Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.

Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.

Sekian terima kasih dari saya.
Che Moq a.k.a http://che-moq.blogspot.com Setiausaha Parlimen Blogger Pembela Negara
tambahan : Blogger yang tidak 'bersungguh sungguh' memberi sokongan dengan membuat senarai ahli BPN dan juga tidak menyiarkan resolusi dianggap tidak berminat dan akan diputuskan samada dikekalkan dalam senarai atau tidak selepas 14 hari diberi peluang untuk mengemukakan alasan atau melaksanakannya.
Perjuangan memerlukan tindakan bersepadu dan bersepakat dan tidak ada lagi prejudis atau persepsi negatif sesama ahli blogger yang ingin membina SUARA BLOGGER yang kuat dan hebat impaknya...Walaupun kita bukanlah blogger yang hebat dan tinggi hitsnya atau terkenal di Malaysia.
Perbahasan semalam turut disertai ahli PAS dan suasana perbahasan sangat hangat sehingga masa sepatutnya tamat jam 11 malam terlajak ke 11 40 malam.. Namun suasana ukhwah sesama ahli sidang dapat dilihat dengan mereka berlapang dada memberi pendapat dan menerima kritikan.Syabas kepada semua....
GAP DENGAN INI MENYATAKAN SOKONGAN TERHADAP USUL KE 2 'BLOGER PEMBELA NEGARA' !
Posted by GAP KEMBALI at 11:37 PM 0 comments
RESOLUSI PERTAMA 'BLOGGER PEMBELA NEGARA'.
Bloggers Pembela Negara yang bersidang secara maya pada 23 November 2008, jam 9.00pm-10.00pm atas tajuk :

“Bagaimanakah kita boleh membantu Sabah, khususnya dan semua negeri umumnya bagi merendahkan harga barangan?”

Kami telah mengenalpasti bahawa kegagalan menurunkan harga barangan walaupun kerajaan telah menetapkan harga siling dan menurunkan harga petrol adalah disebabkan sikap para peniaga, dan bukannya kerana masalah kos terutamanya kos pengangkutan, termasuk di Sabah.Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Para petani dan pengusaha produk asas tani diberi insentif khas sebagaimana para pesawah dan nelayan. Insentif ini boleh diberikan berdasarkan produktiviti mereka. Contohnya, jika mereka mengeluarkan sayur kangkung bernilai RM10 maka kerajaan patut membayar insentif sekurang-kurangnya 50% iaitu berjumlah RM15 kepada petani tersebut. Oleh itu, mereka mendapat tambahan pendapatan yang meninggikan kuasa membeli mereka.

2. Kedegilan pihak pemborong di Sabah untuk menurunkan harga barangan keperluan dikenalpasti sebagai akibat kurangnya persaingan daripada pemborong lain. Selama ini para pemborong sedia ada telah memonopoli pasaran dan membina rangkaian tersendiri sehingga berupaya menentukan harga secara sewenangnya. Oleh itu kami mengesyorkan para pemborong daripada kaum lain termasuklah kaum India-Muslim untuk menyertai pasaran di Sabah.

3. Kerajaan perlu melantik syarikat GLC bagi mewujudkan rangkaian pengedaran bagi memberi saingan kepada pemborong sedia ada. Persaingan yang sihat akan memberi lebih pilihan kepada pengguna dan mampu mengawal kualiti serta harga pengguna.

4. Pihak kementerian iaitu KDNHEP perlu menguatkuasakan semua peraturan dan ketetapan yang telah diputuskan oleh kerajaan.
Kami akan menyiarkan resolusi ini di setiap blog kepunyaan Bloggers Pembela Negara (BPN) bagi menarik perhatian orang ramai untuk turut serta memperjuangkan perkara ini.Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya.

Oleh itu, adalah lebih baik pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan menurunkan harga barang agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Sekian terima kasih.

Disediakan oleh :
CHEGUMAN ( BLOGGER WAADAT )http://waadat.blogspot.com/
DISOKONG SEPENUHNYA OLEH
GERAKAN ANTI PKR (GAP)
Posted by GAP KEMBALI at 7:15 PM 3 comments

Saturday, November 22, 2008

MJ IDOLAKU SEJAK KECIL SUDAH ISLAM

TERKEJUT JUGA AKU BILA DENGAR MJ DILAPORKAN OLEH BERITA HARIAN SEBAGAI MUFLIS.MENGAPA PULA BELIAU SAMPAI MUFLIS? ADAKAH INI MAINAN DURJANA EKONOMI DAN PERUNDANGAN ZALIM YANG TIDAK ISLAMIK?

SYUKUR ALLAHDULILAH BELIAU TELAH DIBERI TAUFIK DAN HIDAYAH UNTUK MENERIMA ROH ISLAM DENGAN BERIMAN KEPADA ALLAH SWT.

BAGAIMANA AGAKNYA MJ NAK HIDUP SEBAGAI MUSLIM?

BAGAIMANA PULA AGAKNYA BILA MJ NAK TUNAIKAN UMRAH ATAU BUAT HAJI? DAPATKAN SELURUH KOTA MEKAH DAN MADINAH DIKAWAL UNTUK BELIAU TAWAF DLL?

YA... ITULAH YANG BERLIGAR DI MINDA AKU YANG SERBA DAIF INI YA ALLAH....

NAMUN BEGITU AKU HARAP TOKOH2 DAP YANG TERNYATA "MESRA DAN CINTA KEPADA ISLAM" CEPAT-CEPATLAH MASUK ISLAM DI MASJID NEGARA ATAU LAIN-LAIN MASJID. LEBIH ELOK LAGI KALAU DAPAT ANPUBI PERKENAN KETUA AGAMA NEGARA UNTUK UPACARA BERKENAAN.

DARIPADA DOK BUAT DEMONTRASI JALANAN YANG TAK ISLAMIK MACAM BERSIH, ANTI-ISA DLL...ADA LEBIH AFDAL LAGI KALAU KITA LAKSANAKAN PERINTAH ALLAH IAITU KEMBANGKAN DAN KUATKAN UKHWAH ISLAM SESAMA UMMAH.

YA ALLAH SEMOGA DITERIMA SEGALA TAUBAT DAN AMALAN SUCI MJ... SAUDARA BARU ISLAMKU.

AMIN.








DIPETIK DARI BERITA HARIAN 22 NOVEMBER 2008:
Michael Jackson peluk Islam

LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.

Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.

Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.

Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.

Rakannya, David Wharnsby � seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.

"Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu.

Wednesday, November 19, 2008

DR RIDHUAN TEE MUSLIM SEJATI "BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT."

DIA TAHU.. DIA KAN DICEMUH DAN DIKATAKAN MENGAPU UMNO SERTA DAPAT PROJEK. MACAM AKU KENALAH WALHAL AKU NI HABUK PUN TARAK.ORANG UMNO PUN TAK KENAL AKU. AKU KENAL DAN MENGUNDI ORANG UMNO TAU.KALAU PI MAJLIS... UMNO LAYAN UMNO AJE. MAKLUMLAH AKU ADA LENGAN ADA TANGAN... DEPA TU TAK DAK LENGAN TAK DAK TANGAN KOT... NO ARM OOOP UMNO! GURAU AJE!

AKU NI DOK BAYAR INCOME TAX DAN MACAM2 TAX SERTA TAK ADA ISTIMEWA APA2 DALAM KONTEKS DEB. YA... AKU MELAYU TAPI MELAYU YANG GLOKAL... MELAYU YANG BAGGA DENGAN DS NAJIB.... SO WHAT! DULU AKU PUJA ANUAR... TAPI BILA DIA JADI ANUUUU.... AAAARRRR MAKA AKU DAH SERIK. DAIA KAYA RAYA DAN ANAK BERANAK JADI YB... AKU NI DOK BENGKAK PIPI.. JADI LABI2... KALAU SETAKAT NAK JUAL MELAYU... ISLAM LANGSUNG TAK SENTUH DAH LA NI....TAK TAU LAH.

SYABAS SAUDARAKU DAN ADINDAKU DR RIDHUAN... NANTI AKU NAK PANGGIL KAU BERCAKAP DEPAN MELAUN YANG KELIRU DENGAN ANUARISASI, GLOBALISASI, LIBERALISASI, REFORMASI DAN MACAM2 SI LAGI. MEREKA NI DAH KEMAMAR DENGAN MALAYSIAN MALAYSIA..IAITU SAMA ADIL, SAMA RATA... TAPI BACALAH STATISTIK EKONOMI KITA... TAK SAMA RASA KAN? YANG KAYA DAN PANDAI TETAP MERIT... YANG MISKIN MACAM AKU NI PERIT. ADIL DAN HAK KE BILA PERLEMBAGAAN DAN KONTREK SOSIAL DIKETEPIKAN? BACA TU ISA DAN GUANTINAMO YANG OTAI TULIS TU. OTAI DIA BAIK... AKU TETAK AJE....

BACA POSTING ADEK AKU NI DARI http://pesanan-pesanan.blogspot.com/2008/11/ridhuan-tee-anggap-dap-gerakan-dan-mca.html...


Wednesday, November 19, 2008
Ridhuan Tee anggap DAP, Gerakan dan MCA ultra kiasu dan rasis etnik
Utusan Malaysia November 18, 2008

Timbang politik berasaskan keadilan


Oleh MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH

KENAPAKAH setelah lebih daripada 50 tahun merdeka kita masih gagal untuk melahirkan masyarakat berbilang kaum yang meletakkan kepentingan nasional di hadapan? Inilah perkara yang mesti dikaji dan diuji oleh pemimpin-pemimpin hari ini agar jangan terlalu sibuk berpolitik sehingga melupakan atau sengaja melupakan kepentingan masa hadapan atau kepentingan negara secara keseluruhan.

Kenapakah kita tidak belajar daripada negara jiran terdekat seperti Thailand dan Indonesia yang berjaya menanamkan semangat kebangsaan dan patriotik yang tinggi kalangan rakyat mereka berbilang kaum?

Tidakkah kita belajar daripada pengalaman apa yang berlaku di Singapura? Setelah sebuah negeri Melayu terlepas kepada tangan bukan Melayu, apakah yang telah terjadi kepada orang Melayu di sana? Terbelakah nasib orang Melayu? Adakah orang Melayu mendapat tempat dalam percaturan kuasa politik?

Menurut Lily Zubaidah (2001), yang membuat kajian mengenai nasib Melayu di Singapura, bahawa orang Melayu semakin tidak mendapat tempat di bawah kerajaan PAP yang diperturunkan oleh Lee Kuan Yew. Orang Melayu tidak lagi diberikan tempat seperti dahulu. Kalau ada pun tempat diberikan adalah kalangan Melayu yang telah cair sifat keMelayuan dan keIslamannya.

Kepimpinan Cina di Singapura tidak lagi mempercayai orang Melayu di sana. Dengan sebab itu, mereka terus didiskriminasikan, walaupun dinafikan sendiri oleh Melayu Singapura yang mahu menjaga periuk nasi masing-masing. Namun, perilaku mereka menunjukkan segala-galanya.

Orang Melayu langsung tidak dapat tempat untuk memegang jawatan tinggi dan kritikal dalam perkhidmatan seperti ketua tentera, polis, juruterbang, imigresen dan sebagainya.

Saya begitu teruja apabila Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong diajukan oleh wartawan persoalan akan pandangan beliau mengenai perkembangan politik di Amerika Syarikat berkaitan kejayaan presiden Barack Obama. Lebih lunak sedikit daripada bapanya, Hsein Loong mengeluarkan kenyataan bahawa satu hari nanti orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri di Singapura.

Persoalannya, bila? Sama ada ia akan menjadi realiti atau tidak hanya Tuhan yang lalu. Keadaan hari ini yang berlaku sudah cukup memberikan pengajaran kepada kita bahawa proses ke arah itu masih terlalu jauh disebabkan oleh sikap ultra kiasu yang amat menebal.

Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu mempunyai sikap akomodasi yang tinggi. Selain daripada isu penerimaan orang Cina sebagai warganegara (jus soli), orang Melayu juga sanggup melepaskan sebuah negara Melayu iaitu Singapura kepada orang Cina dalam keadaan terpaksa. Namun, setelah orang Cina mendapat negara tersebut, mereka tidak pernah percaya kepada orang Melayu.

Malah menaruh syak wasangka atau persepsi yang kurang menyenangkan. Walaupun negara ini mendakwa mengamalkan dasar terbuka seperti yang didakwa, nyata sekali diskriminasi amat jelas dan nyata terhadap orang Melayu.

Orang Cina Singapura tidak pernah percaya kepada orang Melayu. Pendek kata, proses peminggiran orang Melayu berlaku dalam hampir semua aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, budaya dan sejarah (Lily Zubaidah, 2001). Saya agak hairan bagaimana Lee Kuan Yew suatu ketika dahulu begitu berani menyindir Malaysia dengan mengatakan orang Cina dipinggirkan dalam arus perdana kepemimpinan negara.

Justeru, bagi saya, membandingkan Barack Hussein Obama, pemimpin kulit hitam yang berjaya menjadi presiden Amerika Syarikat adalah contoh yang amat dangkal dan amat ultra kiasu. Inilah politik kotor yang sentiasa dimain-mainkan untuk mengugut kepemimpinan hari ini. Sejarah kita berbeza sejarah Amerika Syarikat.

Kejayaan Obama masih terlalu baru. Kita jangan terlalu yakin, terutamanya umat Islam yang meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap Obama menggantikan Bush yang dianggap sebagai dajal.

Jika Obama beragama Islam, saya tidak yakin beliau pergi lebih jauh sehingga setakat ini. Faktor peribadi beliau turut membantu. Beliau bukanlah dalam kategori kulit hitam tulen seperti kulit hitam di Afrika.

Ibunya adalah rakyat Amerika Syarikat berkulit putih. Cuma bapanya sahaja berkulit hitam daripada Kenya. Pendek kata, Obama adalah campuran darah kulit putih dan kulit hitam.

Salah satu sokongan yang diperolehi juga disebabkan beliau secara terang mengaku berpegang kepada agama kristian. Tidak ketinggalan, beliau mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin dan korporat-korporat Yahudi antarabangsa.

Saya bimbang umat Islam akan kecewa suatu hari nanti jika terlalu bergantung harapan kepada Obama. Tunggu dan lihat. Apa pun saya boleh katakan, jika Obama beragama Islam, berkulit hitam tulen, dan tidak bersikap lunak terhadap Yahudi, jangan harap dia boleh menjadi presiden Amerika Syarikat. Inilah sejarah politik yang mesti difahami.

Persoalan saya, kenapa DAP, Gerakan dan MCA membandingkan Malaysia dengan Amerika Syarikat? Kenapa tidak bandingkan Malaysia dengan negeri China atau India yang lebih bersifat ketimuran? Pada saya, DAP, Gerakan dan MCA sekadar mengambil kesempatan dalam apa jua ruang dan peluang untuk mendapatkan apa yang selama ini tidak didapati.

Saya ajukan persoalan ini kepada mereka untuk dijawab, bolehkah Cina Muslim atau India Muslim menjadi Perdana Menteri di negara China dan India, sedangkan mereka daripada satu bangsa yang sama.

Saya memberikan jawapan terlebih dahulu, jauh panggang dari api. Justeru, membanding Malaysia dengan Amerika Syarikat adalah sikap yang amat kiasu atau ultra Cina yang tidak sepatutnya berlaku bagi mereka yang telah tinggal di tanah air tercinta ini sekian lama.

Saya masih beranggapan baik bahawa orang Melayu boleh atau akan menerima orang Cina sebagai perdana menteri atau timbalan, jika orang Cina itu beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu termasuk, fasih berbahasa Melayu dan lain-lain lagi.

Kenapa hari ini orang Melayu masih agak berat hati untuk menerima orang bukan Melayu untuk diletakkan pada hierarki yang tertinggi dalam kepemimpinan negara dan organisasi? Berbanding dengan kenapa rakyat Thai boleh menerima Thaksin sebagai ketua negara mereka suatu ketika dahulu walaupun Thaksin mempunyai darah keturunan Cina yang amat ketara? Jawapannya, kerana Thaksin beragama Buddha, sama seperti orang Siam yang lain.

Perawakan Thaksin tidak lagi kelihatan sebagai orang Cina, tetapi lebih Siam daripada orang Siam. Thaksin mempunyai semangat patriotisme Thai yang amat tinggi. Sebab itu Thaksin berjaya. Namun keadaan di Malaysia begitu jauh berbeza, majoriti bukan Melayu langsung tidak mahu dikaitkan atau diasimilasikan langsung dengan budaya dan cara hidup orang Melayu. Dengan sebab kebudayaan kebangsaan gagal mencapai matlamatnya.

Persoalan saya kepada MCA, Gerakan dan DAP, berapa ramai orang Cina hari ini yang boleh menguasai bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu dengan baik? Berapa ramai wakil-wakil rakyat Cina sanggup memakai songkok atau baju Melayu ketika ada majlis rasmi seperti persidangan Parlimen? Inikah sikap Perdana Menteri yang kita mahukan? Jika inilah sikap yang ditonjolkan, jangan harapkan mereka mengimpikan untuk menjadi perdana menteri.

Hari ini seolah-olah amanat Tunku dan Cheng Lock sudah tidak relevan lagi. Orang Cina tidak hanya menuntut kek ekonomi dan kek kuasa yang lebih besar. Majoriti mereka berpendapat bahawa DEB sudah tidak relevan lagi. Lupakah kita kepada bumiputera Sabah dan Sarawak? Tidakkah mereka lebih berhak untuk menuntut? Seperti mana tuntutan mereka agar jawatan Naib Presiden UMNO hendaklah diperuntukkan kepada bumiputera UMNO Sabah?

Saya cukup bersetuju dengan idea ini, agar politik kita tidak mengkesampingkan Sabah dan Sarawak yang telah dijemput menyertai Malaysia sekian lama. Kita sedia maklumkan bahawa keadaan di sana masih kurang membangun jika dibanding dengan Semenanjung.

Justeru, jika tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Timbalan Pengerusi Barisan Nasional atau jawatan dalam syarikat milik kerajaan (GLC) serta perkhidmatan awam, diajukan kepada kerajaan, yang lebih berhak mendapatkannya adalah bumiputera Sabah dan Sarawak dan bukannya yang lain.

Inilah hakikat politik berunsurkan keadilan yang perlu dikaji dan dinilai dengan serius oleh bukan Melayu. Keadilan bukan bermakna sama rata sama rasa tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. Apakah yang dimaksud konsep adil dalam konteks bumiputera Sabah dan Sarawak. Pertama, mereka bukan pendatang.

Kedua, mereka dijemput menyertai Tanah Melayu seterusnya membentuk Malaysia. Ketiga, keadaan di sana masih mundur berbanding Semenanjung. Keempat, kemiskinan tegar di sana masih begitu banyak berbanding dengan Semenanjung dan sebagainya.

Sebenarnya, banyak lagi faktor yang boleh diberikan. Justeru, saya percaya, mesti ada rasionalnya kenapa kalangan pemimpin-pemimpin Melayu masih mahu DEB terus disambung semula dalam versi baru. Mungkin sudah ada kesedaran bahawa, ia perlu dilaksanakan secara lebih telus agar mereka yang benar-benar layak sahaja yang dibantu, bukannya memperkayakan segelintir kroni dan orang tertentu sahaja seperti sebelum ini.

Matlamat DEB adalah untuk merapatkan jurang pendapatan antara Melayu dengan bukan Melayu, dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

Kita perlu mengambil pengajaran kata-kata seorang pengkaji barat seperti Leon Comber (2007) yang menegaskan, jika semangat DEB diamalkan sejak dulu, tiada kumpulan tertentu yang akan mengalami sebarang kerugian atau berasa diambil sesuatu daripada diri mereka, sudah pasti tiada orang yang akan menentangnya. Tetapi adalah jelas bahawa semua ini banyak bergantung kepada cara bagaimana dasar itu ditafsirkan dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa Malaysia. Era selepas DEB dilaksanakan menandakan titik permulaan dalam lipatan sejarah perhubungan Melayu-Cina.

Sementara bagi orang Cina pula, sebaik sahaja DEB diwujudkan, isu ini terus menjadi fokus utama dan perbahasan hangat tanpa kesudahan. Kebanyakan tulisan penyelidik dan cendekiawan Cina (Kua Kia Soong, 1990, Thock Ker Pong, 2005, Ye Lin-Sheng, 2005 dan lain-lain) banyak mengkritik DEB, apatah lagi apabila tempohnya telah tamat. Jarang yang mahu melihat kebaikan yang diperolehi daripada dasar ini, walaupun tidak dinafikan kelemahannya akibat tidak diuruskan dengan jujur ikhlas.

Menurut Faarland (2005: 165-166), daya pendorong umum sikap orang Cina terhadap DEB, seperti dibayangkan oleh parti-parti politik mereka iaitu, DAP, MCA dan Gerakan, adalah amat jelas sekali.

Meskipun ada kelainan dari segi perinciannya, mereka menyokong objektif pembasmian kemiskinan DEB, kerana ini akan turut memberi manfaat kepada orang Cina yang miskin di kawasan-kawasan bandar dan juga luar bandar, khususnya mereka yang tinggal di Kampung-Kampung Baru, di mana terdapat orang Cina yang berada dalam kemiskinan tegar.

Tetapi kebanyakan daripada mereka lebih suka merobohkan objektif penstrukturan semula DEB. Objektif ini dilihat sebagai bersifat diskriminasi dan tidak adil. Malah kekuasaan politik dan hak istimewa orang Melayu dianggap menjadi penyebab kepada penghakisan kepentingan masyarakat Cina (Thock Ker Pong, 2005: 89).

Perlu ditegaskan, DEB memang tidak dapat dipisahkan daripada UMNO. DEB adalah daging UMNO. UMNO dan DEB tidak banyak bezanya. Justeru, memansuhkan DEB samalah seperti memansuhkan UMNO kerana DEB ibarat anak UMNO (Faaland et al, 2005: 184).

Sama juga seperti menghapuskan sekolah Cina seolah-olah mahu menghapuskan orang Cina. Jika DEB anak UMNO, maka Sekolah Cina adalah anak orang Cina. Perjuangan mempertahankan Sekolah Cina adalah hidup mati orang Cina (Lee Boon Kok, temu bual 7 Januari 2007).

Keadaan menjadi semakin rumit apabila sistem pendidikan sebegini terus terbawa-bawa sehingga peringkat institusi pengajian tinggi. Sekolah Cina telah berkembang menjadi Universiti Cina. Penubuhan Universiti Tunku Abdul Rahman (MCA), Kolej Tunku Abdul Rahman (MCA), Kolej New Era (Dong Jiao Zong), Universiti Terbuka Wawasan (Gerakan) dan banyak IPT Cina yang lain.

Mengikut statistik yang saya perolehi, hampir seratus-peratus pelajar di IPT tersebut adalah orang Cina. Ini tidak termasuk Institut Perubatan, Sains dan Teknologi (AIMST) yang dipunyai oleh MIC dan tuntutan yang akan dikemukakan oleh parti-parti politik bumiputera Sabah dan Sarawak.

Benar, saya tidak nafikan bahawa universiti-universiti yang disebutkan tadi, mengamalkan dasar terbuka untuk sesiapa sahaja memasukinya.

Tetapi oleh kerana trade mark itu adalah sebuah universiti Cina, adalah sukar untuk menarik bangsa lain untuk memohonnya.

Justeru, rakyat Malaysia mesti bertindak berasaskan prioriti bukan emosi. Membanding keadaan Malaysia dengan keadaan Obama di Amerika Syarikat adalah sifat ultra kiasu yang mesti dijauhi.

Apa yang penting ialah rakyat Malaysia mesti berfikir berasaskan kepentingan berikut: (i) meletakkan kepentingan nasional di hadapan berbanding kepentingan etnik, (ii) mendahulukan kepentingan negara berbanding kepentingan bangsa, (iii) mengutamakan kepentingan masa depan, berbanding kepentingan masa kini, dan (iv) mengutamakan kepentingan yang berterusan berbanding dengan kepentingan sementara.

Semua kepentingan yang diperjuangkan mesti berpandukan kepada sejarah negara, kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan yang telah dipersetujui secara bersama, bukannya mengikut emosi dan rasis etnik masing-masing.
Posted by Pesanan at 8:10 AM

Monday, November 17, 2008

NO ARM ADALAH VIRUS UMNO YANG MEMBUNUH SEMANGAT MELAYU



INTIPATI DARI PEMBENTANGAN KERTAS KERJA FORUM PERKASA DI AUDITORIUM TUN HUSSEIN ONN, BUKIT PERDANA, KL:

BEGITU KAGUM SAYA DENGAN TAN SRI AZIZ NI. SAYA MASIH SIMPAN KERTAS KERJA DIA PADA 1987 MENGENAI AKAUNTABILITI PERJUANGAN AGENDA MELAYU. DIA GUNAKAN DR BURHANUDDIN HELMI IAITU "JANGAN AYAM MATI KELAPARAN DI KEPOK, DAN JANGAN ITEK MATI KEHAUSAN DI AIR."

AMAT DALAM MAKNANYA TU KALAU KITA KAJI TENTANG AKAUNTABILITI KITA MENGENAI PERJUANGAN AGENDA MELAYU. SETAKAT MARAH TAK DAPAT PROJEK, MARAH TAK DAPAT JADI PM MAKA KITA BUAT KETUANAN RAKYAT, NAK TUKAR SEJARAH MELAYU,NAK DELETE UMNO SEBAB DAH TAK ADA LENGAN/TANGAN ( NO ARM), NAK MAMPUSKAN UTUSAN MELAYU SUARA KITA SEJAK TOK NENEK, HAK PERJUANGKAN LIBERALISASI TERMASUK NAK OBAMAKAN PM MALAYSIA... KITA JAUH LAGI DARI DR BURHANUDDIN HELMI.NOTA - NO ARM IALAH: An arm is an upper limb of the body.


Arm (or arms) may also refer to:

* Armaments, weapons; as in Small arms, Right to arms
* Eta Capricorni, a star, traditional name "Arm"
* Arm (geography), a narrow stretch of a larger body of water
o Canal arm, a subsidiary branch of a canal or inland waterway
o Distributary, an "arm" of a river, as in Indian Arm
* Coat of arms
* Armenia via its country code
o Armenian language, via its language code
* Arm River, a river and several adjacent areas in Saskatchewan, Canada


SAYA PUN ADA BELAJAR KERTAS SAINS ATAU PEMIKIRAN POLITIK MELAYU DARI YB KAMARUDIN JAAFAR, AHLI PARLIMEN TUMPAT YANG JUGA SETIAUSAHA AGONG PAS SERTA PENDOKONG KUAT ANURISME... YB YB ANUAR IBRAHIM, KETUA PEMBANGKANG SEMASA DIA MENJADI PENSYARAH DI UKM PADA TAHUN 1978 DULU. SEKARANG TOK KJ DAH HANCUR IDEALISMENYA.....

TAN SRI JUGA BERHUJAH BAHAWA ORANG MELAYU TAK PAYAH TERIKAT DENGAN KONTREK SOSIAL DENGAN SESIAPA. BILA ADA KONTREK MAKA KENA ADA KAJI SEMULA KONTREK SELAMA 15 TAHUN ATAU 50 TAHUN DLL, KATANYA.

ORANG MELAYU DAH ADA KONTREK DENGAN RAJA2 MELAYU SEJAK SEKIAN LAMA MELIPUTI ZAMAN KERAJAAN MELAYU LAMA (MASIH AGAMA HINDU ATAU ANIMISME LAGI) MALAH INGGERIS AMBIL SEMANGAT INI UNTUK BUAT PERLEMBAGAAN NEGARA 1957. INGGERIS PUN TIDAK PERNAH CAMPUR URUSAN KETUANAN MELAYU SEJAK MENJAJAH TANAH MELAYU. BEGITU JUGA DENGAN JEPUN. YANG KACAU DAN MERACAU NI IALAH PARTI KOMUNIS MALAYA YANG PERINTAH MALAYA 14 HARI DENGAN KERAJAAN HARAM BINTANG TIGA (ADA PIHAK KATA SEJARAH INI PATUT DIKENANG KERANA IA ADALAH MENYUMBANG KEPADA KEMERDEKAAN NEGARA? LAWAK KAN?)

NAMUN BEGITU KITA MELAYU NI SUPER GENTLEMAN KERANA SANGUP TERIMA PAKEJ KONTREK SOSIAL NI DAN IKHTIRAF TANPA DAKWA DAKWI KERAKYATAN ATAU KEWARGANEGARAAN BUKAN MELAYU/BUMIPUTERA SECARA JUS SOLI MELALUI PERSETUJUAN AKIBAT PEMBUBARAN MALAYAN UNION NI.



ITULAH KU LI, TOK HENG ALI DAN DS DR RAIS YATIM DLL PERNAH BINA PARTI SEMANGAT 46 SEBAB NAK AMBIL SEMANGAT PERPADUAN MENENTANG MALAYAN UNION NI SERTA SEMANGAT KITA TERIMA JUS SOLI ITU ATAS TIMBANGAN BUKAN MELAYU TERIMA RAJA2 MELAYU, ISLAM, BAHASA MELAYU DAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU SEBAGAI BALASANNYA.

SEKARANG NI KERANA MATERIALISASI DAN LIBERALISASI DALAM HIDUP SEHARIAN KITA SEMAKIN SEBATI MAKA SEMANGAT 1946 IAITU PERPADUAN UTUH YANG PERTAMA KALI BERSATU MELAYU MENOLAK MALAYAN UNION DAH BERKUBUR AGAKNYA? SEMUA DUIT ATAU 3 TA KAN? KATA ALAAHYARHAM DATO SHAFIE DAUD, PEGAWAI KHAS MB TERENGGANU 1990AN DULU 3 TA TU IALAH "HARTA, TAKHTA DAN WANITA."

ITULAH SEJARAH IANYA PERLUKAN PETRIOTISME, NASIONALISME DAN KEBIJAKSANAAN UNTUK MENTAFSIRNYA. KALAU TAMAK, BUSUK HATI, DENGKI, ADA AGENDA TERSENBUNYI, TAK IKHLAS, TAK SETIAKAWAN, TIKAM BELAKANG ATAU SUKA MAIN BELAKANG... MAKA KANTOI LAH KITA. HABISLAH BANGSA MALAYSIA. LENYAPLAH API, LILIN DARI CAHAYA WAWASAN 2020.

BACALAH INI DARI UTUSAN MALAYSIA...

Kontrak sosial tiada kaitan hubungan kaum

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Konsep kontrak sosial tidak boleh dilihat dari sudut tolak ansur antara kaum sahaja kerana itu adalah pandangan yang sempit dan boleh dipertikaikan.

Penasihat Perundingan Kebangsaan Melayu, Tan Sri Abd. Aziz Abd. Rahman berkata, konsep tersebut perlu dilihat dari segi 'pemikiran politik' yang ada kaitan dengan sejarah dan akar umbi kewujudan Perlembagaan negara.

Maksud kontrak sosial, katanya, memberi pengertian tertentu terutama hubungan antara negara dan rakyat serta tiada kena-mengena dengan hubungan antara kaum.

"Tetapi di Malaysia, nampaknya perkataan itu memberi pengertian berlainan. Ada yang kata ia ada kaitan dengan tolak ansur dalam perundingan kemerdekaan negara pada 1956 dan 1957 antara kaum Melayu, Cina dan India.

"Nampaknya ramai orang juga sudah mengenal perkataan kontrak sosial. Masih ada juga keraguan atau perbezaan dari segi ertinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Hak-Hak Pribumi Dalam Perundangan dan Perlembagaan Negara pada Program Wacana Isu Perundangan dan Hak-Hak Pribumi Dalam Perlembagaan di sini hari ini.

Program tersebut yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), dirasmikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Abd. Aziz berkata, justeru adalah penting bagi masyarakat umum yang sudah menerima konsep kontrak sosial tanpa memahami erti sebenar, untuk mengenal inti pati kandungan Perlembagaan negara.

"Walau apapun yang difahami tentang konsep kontrak sosial, yang penting ialah isi kandungan peruntukan Perlembagaan itu yang telah wujud lebih daripada 50 tahun.

"Semua pihak hendaklah menghormati segala peruntukan itu dan tidak mempertikaikannya," ujarnya.

Katanya, amat menyedihkan apabila ada pihak tertentu yang berpendapat sudah sampai masanya Perlembagaan negara dikaji semula, khususnya peruntukan yang memihak kepada satu bangsa atau agama serta yang bercanggah dengan hak asasi manusia.

Menurutnya, pihak-pihak ini cuba mengunakan konsep kontrak sosial dan berhujah kaum Melayu, Cina dan India telah berunding untuk kemerdekaan dan kandungan Perlembagaan adalah hasil tolak ansur antara kaum itu yang merupakan kontrak sosial.

"Mereka berhujah hak istimewa orang Melayu dalam kontrak sosial adalah untuk sementara sahaja. Pendapat, sikap dan tindakan mereka ini tidak sihat dan beralaskan fahaman yang salah daripada segi fakta dan sejarah,'' ujarnya.

Beliau berkata, adalah lebih baik jika mereka ini mengambil kira fakta sejarah yang benar kerana konsep kontrak sosial mempunyai pelbagai erti dan tidak relevan dalam hal mentafsir kandungan Perlembagaan semata-mata.

Thursday, November 13, 2008

LIBERALISASI DAN REFORMASI ANUAR JADI ORANG "GILAKAL"

DIPETIK DARI http://hanturaya57.blogspot.com:



Tuesday, November 11, 2008
LIBERALISASI DAN REFORMASI ANUAR JADI ORANG "GILAKAL"

BANTAH FATWA TOM BOY... INIKAH AKIBAT REFORMASI DAN LIBERALISASI YANG DIBAWA OLEH DS ANUAR IBRAHIM?

HANTU PUN TAKUT DENGAN MEREKA NI SEBAB TAK SEDAR KE MEREKA POMPUAN?

BETUL LAH MALAYSIA NI DAH PENUH DENGAN ALIRAN GILAAKAL ATAU "GILAKAL"

ADEK... AIIYAA AMOI.. JANGAN ITU MACAM... MANA BOLEH CAKAP MACAM ITU. GLOKAL LAH KITA BUKAN DI US ATAU DI LONDON DEK....

KITA MALAYSIAN... NEGARA ISLAM! KALAU IKUT PAS BELUM LEPAS LAGI KPI ISLAM. TAPI OK LAH ASAL PERLEMBAGAAN ADA AGAMA ISLAM... AGAMA PERSEKUTUAN MAKA SUDAH KUATLAH TU.

APA MAU "CHANGE" DEK... AMOI. PELIKSA DULU... MASIH DAN TETAP PELEMPUAN KAN?
Posted by HANTURAYA HANTURAYA at 6:59 PM 0 comments
Labels: AN REFORMASI ANUAR JADI ORANG "GILAKAL"

Tuesday, November 11, 2008

TABIK SUARA GLOKAL BLOGGER DARI BESUT.






TAHNIAH AWANG KERANA SUARA GLOKAL DARI BLOGGER NIKHASSANAZMI SEPERTI DI BAWAH:

PM bukan Cina pertama di Singapura? - Malaysiakini
via Thinking of Life by NikHassanAzmi on 11/10/08
PM bukan Cina pertama di Singapura? Ini jawapan Hsien Loong

ASAL-USUL Singapura tidak menjadi pertikaian. Semasa pedagang Inggeris Stamford Raffles menjejak kakinya di pulau kecil ini pada tahun 1819, penduduknya rata-rata nelayan Melayu.

Singapura pada ketika itu dtadbir oleh seorang Temenggong yang berkiblatkan Sultan Johor. Kini penduduk Melayu di Singapura hanya tinggal 14 peratus dari jumlah rakyatnya.

Selain dari Yusof Ishak, teman karib Lee Kuan Yew yang menjadi Presiden pertama repablik itu, tidak ada pemimpin Melayu yang pernah sampai ke mercu kerajaan.

Selama 43 tahun merdeka, Singapura telah mengenali tiga Perdana Menteri, semuanya berbangsa Cina.

Apakah kemungkinan Singapura akan diterajui oleh seorang Perdana Menteri bukan Cina? Seorang Melayu? Tak kiralah samada berdarah Jawa, Boyan, Bugis, Siam, Arab, India ataupun Minang, asal jiwanya sawo matang?

PM Hsien Loong ditanya soalan ini semalam semasa berdialog dengan anggota masyarakat Melayu di Singapura.

Jawab beliau: Singapura belum bersedia untuk memilih PM bukan Cina dalam tempoh terdekat.

"Kemungkinannya ada, ini bergantung kepada cara penduduk mengundi dan siapa yang mendapat keyakinan rakyat. Adakah ini akan berlaku tidak lama lagi? Saya tidak fikir begitu ...".

Sekurang-kurangnya Hsien Loong jujur dan berterus-terang. Seorang pemimpin negara perlu pandai menjaga hati rakyat, lagi-lagi buat negara yang berbilang kaum seperti Singapura.

Tapi yang lebih penting dari pandai berdiplomasi ialah kejujuran dan kemampuan untuk memperkatakan sesuatu yang realiti yang sensitif tanpa mengguris hati sesiapa.

Bagi Melayu di Singapura, realiti kedudukan mereka memang mengharukan. Rakyat Singapura berketurunan India, yang merupakan bangsa pendatang seperti kaum Cina, adalah lebih kecil (9 peratus) tapi mempunyai peranan politik yang lebih menyerlah.

Presiden Singapura ialah seorang berketurunan India manakala seorang daripada dua Timbalan PM Singapura serta tiga menteri dalam Kabinet Hsien Loong adalah dari kaum India.

Bandingkan Singapura dengan negara kita sendiri.

Dan bandingkan jawapan PM Singapura dengan PM kita sendiri. Seperti yang saya katakan, sekurang-kurangnya Hsien Loong berani berterus-terang. Perdana Menteri kita pernah ditanya tentang kemungkinan orang bukan Melayu menjadi PM Malaysia.

Jawab Pak Lah? Sesiapa saja boleh jadi Perdana Menteri. "It's up to the people to decide". Dah tentu Hsien Loong sudah membaca dan meneliti jawapan rakan sejawatnya di sini sebelum mengeluarkan kenyataannya semalam. - rockybru

Sila baca:
Non-Chinese PM for Singapore? (TheStarMobile, 9/11/2008)
Isu PM bukan Cina pernah diutarakan, sila baca Who really is "not ready" for a non-Chinese PM? (11/12/2007)

GLOKAL TUNTUT CINA MALAYSIA ASSIMILASI DENGAN BUMIPUTERA.



NAK FAHAM KENAPA NABI MUHAMAD SAW MINTA KITA MENUNTUT ILMU SAMPAI NEGERI CHINA. BACA BLOGGER PANEH ADA TULIS BAIK PUNYA....

KOMENKU :

MUNGKIN INILAH SEBABNYA PM SINGAPURA KATA BAKAL PM SINGAPURA AKAN DATANG ATAU DALAM MASA TERDEKAT MESTI SEORANG CINA JUGA.

MAKNANYA KALAU ADA SEORANG OBAMA DI SINGAPURA... TENTU DIA PUN TAK LEH JADI PM. APA LAGI HUSAMA KELANTAN ATAUPUN TOK HUSAM MUSA YANG TIBA2 JADI JELMAAN OSAMA TU!

DI MALAYSIA BAGAIMANA?

MAKA KETURUNAN CINA KENA JADI OSAMA DULU... IAITU ASSIMILASI DAN INTEGRASI MINDA DAN HATINYA DALAM BUDAYA BUMIPUTERA. SAMPAI MASANYA BARULAH BULEH....

KALAU SETAKAT PERANGAI PERKAUAMAN, TAK MAU BANTU, TAK MAU KONGSI, TAK MAU INTEGRASI DAN ASSIMILASI DENGAN BUDAYA SERTA CARA HIDUP BUMIPUTERA.. TERMASUK KAWIN CAMPUR MACAM BAPAK OSAMA TU... SUSAH KAN.

KALAU IKHLAS... MARI SUPPORT SEKOLAH WAWASAN DULU... TERIMA SECARA TOTAL BUDAYA KEBANGSAAN DAN KONTREK SOSIAL SERTA PERLEMBAGAAN...ITU BARU OBAMA.

KALAU TIDAK... KALAU TIDAK... OH TIDAK... MAKA JADILAH OOOOOBANGAU!

Tuesday, November 11, 2008

Kenapa Cina?

1. Bila sebut Cina maka komuniti lain di Malaysia akan menggambarkan sekumpulan peniaga dan usahawan yang turut diperkukuhkan oleh interpretasi media, pendidikan dan politik.

2. Pembinaan identiti sedemikian didorong oleh beberapa faktor dan antaranya ialah sejarah berdasarkan kejayaan mereka membina empayar perniagaan disebalik status orang Cina sebagai imigran di Tanah Melayu.

3. Selain faktor sejarah, ekonomi orang Cina tidak dapat dipisahkan daripada pelbagai aktiviti perniagaan yang bermula dengan industri perlombongan, getah dan seterusnya kewangan melalui penubuhan Kwong Yik Banking Company Corporation Limited of Selangor pada 1913 iaitu antara bank terawal di Tanah Melayu yang diusahakan oleh bangsa bukan Eropah.

4. Penglibatan usahawan Cina tidak terhad kepada perniagaan berskala besar tetapi turut merangkumi industri kecil dan sederhana (IKS). Buktinya pada 1990, sebanyak 60% organisasi IKS dimiliki oleh orang Cina dan Laporan Pemilikan Ekuiti pada 2004 menunjukkan bahawa komuniti Cina memiliki 39% modal saham pada nilai par Malaysia.

5. Sifat usahawan dalam sistem sosiobudaya orang Cina harus dikaji kerana ia merupakan faktor yang menyebabkan keseluruhan komuniti Cina di Malaysia dilihat sebagai usahawan.

6. B.W. Andaya dan L.Y. Andaya dalam buku mereka A History of Malaya mengatakan sifat utama yang dimiliki oleh orang Cina ialah rajin dan sanggup berusaha untuk mencapai matlamat.

7. Budaya Cina juga dipengaruhi ajaran Kung Fu-Tze yang menjadikan kerajinan dan pembelajaran sebagai satu pegangan. Ajaran Kung Fu-Tze menyatakan semua orang dilahirkan sama dan yang membezakan mereka ialah pengalaman yang diperolehi melalui kerajinan untuk mempelajari sesuatu.

8. Kerajinan orang Cina dalam mempelajari sesuatu telah diterapkan sejak di bangku sekolah lagi dan disebabkan itu mereka begitu bersungguh mempertahankan SJKC yang telah menyemai budaya persaingan bermula di alam persekolahan berbanding sekolah aliran lain.

9. Orang Cina sangat percaya bahawa kejayaan pasti ditempa melalui kerajinan sehingga ada pepatah Cina menyebut ”tiang besi boleh diasah menjadi jarum selagi pengasahnya mempunyai keazaman dan kerajinan untuk berbuat demikian”.

10. Pengkaji budaya iaitu G. Hofstede menyatakan bahawa budaya Cina boleh diklasifikasikan kepada ciri budaya yang menggalakkan pengambilan risiko. Penghijrahan orang Cina ke Asia Tenggara didorong oleh desakan hidup hingga memaksa mereka untuk memilih cara hidup berisiko sebagai imigran dengan harapan dapat membina kehidupan yang lebih baik berbanding di tanah asal mereka.

11. Namun budaya orang Cina tidak pula bersifat membuta tuli kerana mereka lebih dikenali sebagai kaum yang pragmatik iaitu mengambil risiko setelah dibuat pertimbangan dan perkiraan yang sewajarnya.

12. Yen Ching-Hwang dalam bukunya The Ethnic Chinese in East and Southeast Asia telah mengambil contoh kejayaan keluarga Robert Kuok dalam perniagaan kerana sifat pragmatik mereka yang dilebur bersama ciri budaya usahawan Cina.

13. Pengetahuan dianggap sebagai satu aspek penting dalam menyemai budaya keusahawanan dalam komuniti Cina. Sama ada mereka berasal daripada keluarga peniaga atau tidak, mereka secara umumnya pernah bekerja sebagai XueTu (murid) dengan menempuh seberapa banyak latihan dan pengetahuan sebelum menguruskan perniagaan sedia ada atau menubuhkan perniagaan sendiri dengan jayanya.

14. Dua orang sarjana dalam bidang keusahawanan Cina iaitu Heng Pek Koon dan Yen Ching-Hwang berpendapat bahawa sistem sosial dan budaya orang Cina telah menyumbang kepada kejayaan komuniti Cina di Malaysia. Nilai budaya Cina seperti Zhong (taat) dan mengutamakan He (harmoni) telah membentuk asas jaringan perniagaan Cina kerana mereka lebih suka untuk saling membantu demi kebaikan bersama.

15. Jaringan perniagaan ini wujud sebagai persatuan yang asalnya berfungsi untuk menjaga kebajikan ahli, namun telah dipelbagaikan untuk menjadi sebuah jaringan perniagaan berdasarkan beberapa ciri persamaan yang dimiliki ahlinya.

16. Melalui aktiviti persatuan, GuanXi (hubungan) dijalin dan diperkukuhkan pula dengan XinYong (kepercayaan) memandangkan mereka adalah daripada kumpulan yang sama. Kekerapan perjumpaan sesama ahli dapat membesarkan jaringan sosial dan perniagaan serta mampu menjadi batu loncatan untuk mereka menembusi perniagaan antarabangsa.

17. Antara persatuan komuniti Cina yang wujud di Malaysia ialah Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM), Xuelane Huaqiao Yaoye Gonghui (Kesatuan Perubatan Cina Selangor) dan Hujing Goldsmith Guild yang ditubuhkan sejak 1832 di Pulau Pinang. Semangat kolektif untuk mengatasi masalah secara bersama dijunjung oleh kesatuan sedemikian.

18. Berbeza dengan budaya usahawan Amerika Syarikat yang lebih bersikap individualistik, budaya usahawan Cina mempunyai kelebihan dari segi ketahanan kerana jaringan yang terbentuk pasti memberikan sokongan dan bantuan apabila keadaan memerlukan terutama dalam krisis ekonomi yang melanda dunia hari ini.

19. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda agar umatnya menuntut ilmu hingga ke China. Kini orang Melayu sudah ada rakan warganegara berbangsa Cina di depan mata dan tidak perlu lagi merantau jauh semata-mata untuk menuntut ilmu di negara China. Maka gunalah peluang yang ada ini dengan sebaiknya.

Sunday, November 9, 2008

OBAMA PENING DENGAN POLITIK PERKAUMAN DI MALAYSIA

OBAMA PUN RASANYA BOLEH JADI PENING DENGAN POLITIK PERKAUMAN KITA YANG CUBA DIPAKSA OLEH MINORITI KE ATAS KAUM MAJORITI, IAITU KAUM BUMIPUTERA DI MALAYSIA.

KAUM MINORITI INI MACAM PAKSA KAUM BUMIPUTERA TERIMA TUNTUTAN MEREKA SUPAYA SAMA DAN ADIL, KATANYA. WALHAL SEPATUTNYA HAK2 DIBERIKAN MENGIKUT BILANGAN PENDUDUK ATAU BILANGAN KEPALA SELAIN DARIPADA FAKTOR SEJARAH.

MACAM DALAM SYARIKAT MAKA PIHAK YANG PEGANG SAHAM YANG BANYAKLAH YANG TENTUKAN POLISI SYARIKAT. MAKA DIBAWAH KONSEP PESYARIKATAN MALAYSIA SEPATUTNYA PERKARA INI DILAKSANAKAN DENGAN SEDAR, JUJUR, IKHLAS DAN PENUH PETRIOTIK OLEH SEMUA PIHAK.

AWANG PUN LAGI PENING... BILA ADA PIHAK YANG JADIKAN OBAMA SEBAGAI HUJAH MEREKA TEGAKKAN "MALAYSIAN MALAYSIA" YANG PENUH BOMBASTIK, AKADEMIK, IDEALISME, LIBERALISME, REFORMASI... PENUH MUSLIHAT.

APA YANG MEREKA KATA OBAMA MELAKUKAN "CHANGE" DI AMERIKA SETELAH 232 TAHUN KEMARAU POLITIK BALACK OR WHITE.... MAKA MALAYSIAPUN KATANYA PERLU TOTALY "CHANGE" KERANA SUDAH 50 TAHUN BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA MENDASARI POLITIK SERTA POLISI KERAJAAN.

HAI... KITA BARU 50 TAHUN... AMERIKA DAH 232 TAHUN!

FIKIR2KANLAH KERANA KITA MASIH LAGI BELUM BERLAKU INTEGRASI DAN ASSIMILASI ANTARA KAUM MINORITI DENGAN KAUM MAJORITI... MACAM TERJADI KEPADA BANGSA AMERIKA....

BANGSA MALAYSIA? GUNA BAHASA DAN BUDAYA MANA?

BACALAH TULISAN BLOGGER PAK PELANDUK NI...

BAHAYA POLITIK PERKAUMAN
Bahaya Politik Perkauman
SELEPAS Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe membangkitkan secara terbuka isu status orang Melayu yang disamakan dengan istilah pendatang seperti mana orang Cina dan India ke alam Melayu, kini Naib Presiden MCA, Low Tiong Lai pula membangkitkan isu 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam.
Sebelum ini perkara yang sama dibangkitkan oleh Gerakan dan DAP yang diterjemahkan melalui kajian oleh Lim Teck Ghee, bekas Pengarah, Pusat Kajian Dasar-Dasar Awam, Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) berhubung pemilikan ekuiti bumiputera yang dikatakan mencapai sebanyak 45 peratus.
Kenyataan seperti ini mengundang pelbagai kontroversi. UMNO dan beberapa NGO Melayu menyifatkan pernyataan tersebut sebagai amat keterlaluan dan tidak mencerminkan semangat setiakawan. Kenapa perlu isu-isu sebegini dibincangkan secara terbuka? Tidakkah ada saluran dalaman untuk membincangkan masalah ini?
Parti Gerakan mempertikaikan kajian yang dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU). Gerakan mahukan kerajaan mengeluarkan pendekatan atau metodologi yang digunakan dalam mendapatkan angka 18.9 peratus pemilikan ekuiti bumiputera oleh EPU.
Mereka juga menggesa EPU menjelaskan metodologi dan mengemukakan angka pencapaian ekonomi orang Melayu sejak 36 tahun. Kata Gerakan lagi, dasar ekonomi, persepsi, ekuiti dalam bursa saham orang Melayu mesti didedahkan secara telus untuk mengelakkan salah tanggapan orang Cina terhadap orang Melayu yang mana ia sama sekali tidak baik untuk negara ini.
Bagi Ketua Pemuda DAP Pusat, Nga Kor Ming (Al-Islam, Jun 2006), DEB bukan sekadar mendiskriminasi kaum bukan Melayu, malahan orang Melayu tidak terkecuali. DEB menurut beliau hanya menguntungkan segelintir orang Melayu. Ramai Melayu yang sepatutnya diberikan bantuan menerusi DEB tidak diberi perhatian, sebaliknya yang dibantu pula tidak menggunakan sepenuhnya bantuan yang diberi. Mereka mengkhianati dan menipu kerajaan.Hujah beliau lagi, bantuan yang diberikan tidak digunakan untuk memajukan diri, tetapi mengambil jalan pintas dengan menjual kontrak atau tender yang diperolehi kepada orang lain. Dasar sebegini katanya perlu diubah. Melanjutkan tempoh DEB ternyata tidak menguntungkan orang Melayu sebaliknya menguntungkan segelintir pihak yang rapat dengan pihak berkuasa. Kekayaan atau pegangan mengikut kaum sebenarnya akan terbuka kepada penyelewengan dan penyalahgunaan
Jika diteliti secara mendalam, ternyata pandangan Gerakan, MCA dan DAP tidak banyak bezanya. Begitu juga dengan pertubuhan- pertubuhan Cina lain seperti SEDAR, INSAP, Dong Jiao Zong dan lain-lain lagi pertubuhan Cina atau lebih dikenali sebagai Huatuan.
Pendek kata, majoriti Huatuan senada dalam melihat hak-hak istimewa Melayu dan DEB. Pandangan mereka tergolong dalam kumpulan ultra kiasu, yakni melihat DEB dan pemilikan ekuiti Melayu dari sudut negatif.
Tidak ramai yang mengikuti jejak Tan Teong Jin, Ho Wah Foon, Tan Joo Lan (2005) yang melihat hak-hak istimewa dan DEB dari sudut yang positif. Kajian mereka mempunyai sedikit kelainan berbanding dengan penyelidik-penyelidik Cina yang lain.
Tulisan mereka agak lembut, objektif, berpijak di bumi nyata serta memahami realiti dan sejarah. Bagi mereka, sebenarnya dasar DEB banyak mendorong masyarakat Cina terutama para usahawannya untuk gigih berdikari seterusnya menjadi lebih cemerlang dalam sektor korporat. Mereka merumuskan bahawa kemakmuran hidup dan masa depan masyarakat Cina bergantung kepada dinamika politik dan status ekonomi Melayu.
Dengan berkembangnya ekonomi orang Melayu, mereka turut dapat merasai nikmatnya. Perniagaan mereka turut berkembang kerana saling bergantungan antara satu sama lain dari segi penawaran dan permintaan.
Hari ini, agak malang setelah lebih 50 tahun merdeka, kita sebenarnya gagal untuk melahirkan penyelidik seperti Tan Teong Jin, Ho Wah Foon dan sebagainya. Apatah lagi untuk melahirkan orang-orang seperti Tun Tan Siew Sin, bekas Presiden MCA dan Tun Sambanthan, bekas Presiden MIC.
Sebelum pergi lebih jauh, cuba kita renungi kata-kata Siew Sin pada 30 April 1969 yang dipetik dalam buku Khalid Awang Osman yang berbunyi, "Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat- syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".
Sebelum itu, Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: "Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?"Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara". Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
Persoalannya, berapa ramai orang bukan Melayu seperti Siew Sin dan Sambanthan yang berjaya kita lahirkan? Rata-rata yang ada, adalah mereka yang terdiri daripada kumpulan ultra kiasu, mahukan keadilan melalui konsep sama rata dan sama rasa.
Keadilan tidak lagi dilihat menurut definisi yang betul yakni meletak sesuatu pada tempatnya. Tetapi apabila keadilan dilihat semata-mata dari sudut konsep sama rasa, sama rata yakni jika orang Melayu dapat sebiji, maka bukan Melayu juga perlu diberi sebiji.
Jika dua biji diberikan kepada orang Melayu, satu biji kepada bukan Melayu, maka itu tidak adil, tanpa mahu menyelidiki atau sengaja buat-buat tidak faham kenapa keadaan sebegini wujud. Ini politik kurang matang yang menyelubungi politik Malaysia sekian lama. Justeru, tidak hairan jika wujud ketegangan dan tuntut-menuntut yang tidak pernah habis.
Isu-isu sensitif sebegini seolah-olah sengaja dibangkitkan oleh parti-parti Cina, apatah lagi ketika UMNO berada dalam kedudukan yang agak lemah selepas pilihan raya umum 2008.Pengkaji bersependapat dengan Jayum (2007: 27-28) mengenai perlunya pengagihan ekonomi melalui DEB sepatutnya dilihat dari segi pemilikan ekuiti bumiputera berasaskan nisbah kependudukan.
Isu sebenar katanya bukanlah soal peningkatan sehingga 20 peratus sahaja atau kenapa 30 peratus tidak tercapai pada tahun 1990 atau 45 peratus telah dicapai menjelang pertengahan abad ke-19 sebagaimana yang didakwa oleh penyelidik- penyelidik bukan Melayu. Paras sebenar dan terakhir yang perlu dikejar selaras dengan agihan mengikut nisbah pendudukan ialah lebih kurang 65 peratus.
Persoalannya, apakah pendapat Jayum (2007) berkaitan agihan ekuiti mengikut nisbah kependudukan orang Melayu (bumiputera) sebanyak 65 peratus ini diterima bukan Melayu yang selama ini mahukan DEB itu dimansuhkan setelah tamat tempohnya? Jawapannya, sudah tentu tidak, kerana bukan Melayu mahukan keadilan berasaskan kesamaan dan kesamarataan. Orang bukan Melayu tidak mahu mengaku bahawa mereka lebih bernasib baik, jika dilihat daripada struktur strata hidup, berbanding dengan orang Melayu yang masih ketinggalan walaupun berada di tanah air sendiri.
Menurut Imran Imtiaz dalam tulisan bertajuk The Future of the Malaysian Chinese, walaupun ada 'diskriminasi' di Malaysia, orang Cina masih bernasib baik kerana mereka berjaya terus mendominasi ekonomi negara dengan pendapatan per kapita yang tinggi berbanding orang Melayu.
Dalam kata lain, orang Cina bukanlah warga negara kelas dua memandangkan mereka menikmati taraf kualiti hidup lebih baik. Perlu diakui juga, tidak semua orang Cina yang berjaya sepenuhnya, ada di kalangan yang masih miskin dan memerlukan bantuan. Begitu juga dengan orang Melayu, tidak semua mendapat habuan DEB.
Justeru sudah sampai masanya semua perkara ini diteliti semula. Jangan sampai yang kaya bertambah kaya, manakala yang miskin terus menjadi miskin. Perkara yang sama pernah dinyatakan oleh Tun Dr. Ismail, satu-satunya pemimpin yang berani berdiri menentang arus pelampau dan prasangka yang melanda. Meskipun Dr. Ismail menyetujui konsep hak istimewa Melayu, tetapi dia tidak segan menghebahkan bahawa hak istimewa hanya buat sementara, bukan hak yang hakiki untuk menindas hak orang lain.
Mengambil kira pandangan Dr. Ismail, bukan Melayu perlu melihat DEB dalam konteks yang positif. Seperti yang pernah dikatakan oleh Shamsul Amri, apabila MCA membangkitkan soal tender, reaksi orang Melayu adalah mereka akan kehilangan peluang (hak).
Inilah bentuk persepsi yang akan wujud jika kita melihat dari sudut zero sum game. Namun, jika dilihat dari sudut situasi 'menang- menang' sudah tentu persepsinya agak berlainan. Katakanlah satu kontrak untuk membina bangunan bernilai RM10 juta. Kita tahu kemungkinan orang Melayu untuk membinanya bukan mudah. Mungkin hak tender yang bernilai RM2 juta dapat kepada orang Melayu tetapi RM8 juta lagi jatuh kepada orang Cina. Persoalannya, kenapa yang difokuskan ialah RM2 juta sahaja, yang RM8 juta projek kepada kaum lain kita tidak bincang? Kenapa mereka asyik menuntut?.
Pendek kata, sifat zero sum game atau ultra kiasu sudah tertanam lama dalam pemikiran kita selama ini. Persoalannya, sampai bilakah mereka mahu sedar atau sengaja tidak mahu sedar? Orang Cina memang sedar bahawa UMNO akan meneliti apa yang dituntut, disebabkan UMNO amat bergantung kepada undi Cina untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya, daripada jatuh kepada parti lain. Akibatnya, UMNO terpaksa akur dengan beberapa tuntutan yang dikemukakan.
Strategi politik Cina adalah mereka tahu bahawa jika UMNO tidak memberikan kesemua apa yang dituntut, sekurang-kurang UMNO akan memenuhi beberapa tuntutan mereka atau sebahagian daripadanya. Justeru, tuntutan paling ekstrem perlu dikemukakan. Beberapa tuntutan atau sebahagian yang diberikan UMNO, sebenarnya itulah kemenangan terbesar kepada orang Cina. Misalnya, tuntutan orang Cina terhadap jawatan-jawatan tinggi dalam sektor perkhidmatan awam seperti jawatan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor IPTA. Hari ini, kita sudah dapat lihat ada IPTA yang telah melantik bukan Melayu menjadi Timbalan Naib Canselor, begitu juga sektor perkhidmatan awam. UMNO yang menerajui BN telah menampakkan perubahan dan mula memberikan tuntutan-tuntutan Cina ini.Persoalannya, sejauh manakah IPTS- IPTS atau syarikat swasta yang didominasi oleh orang Cina seperti UTAR, Universiti Terbuka Wawasan, Kolej New Era dan lain-lain bersedia untuk menerima dan melantik Naib Canselor mereka daripada kalangan orang Melayu jika tuntutan ini dikemukakan suatu hari nanti?
Pengalaman menunjukkan bahawa orang Cina menentang sebarang percubaan untuk orang Melayu memasuki institusi mereka. Contohnya, kemasukan guru besar Melayu ke sekolah Cina.Contoh lain adalah rancangan kerajaan untuk mengajar bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan. Ia mendapat tentangan daripada masyarakat Cina yang diwakili oleh Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Pertubuhan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) atau singkatannya Dong Jiao Zong (Utusan Malaysia, 27 April 2005). Dong Jiao Zong bersangka buruk dengan beranggapan bahawa ia bertujuan menghapuskan SJKC selepas ini. Rancangan ini menurut mereka tidak akan berjaya menarik orang Cina ke sekolah kebangsaan.
Sedangkan semua sedia maklum bahawa hanya di Malaysia, SJKC masih kekal dengan identitinya berbanding negara lain yang mana orang Cina menjadi minoriti. Negara seperti Singapura yang majoriti kaum Cina sekalipun, tidak lagi mempraktikkan bentuk sekolah Cina seperti yang ada di Malaysia (Lee Kam Heng dan Tan Chee Beng, 2000: 228).Contoh lain yang tidak keterlaluan untuk ditonjolkan ialah Thailand. Pada tahun 1940-an, kerajaan Thailand bertindak menutup atau mengharamkan operasi semua sekolah Cina kerana bimbang akan menyukarkan proses integrasi dan asimilasi kaum. Mereka beranggapan, sekolah Cina hanya akan melahirkan nasionalisme Cina yang membahayakan sesebuah negara.
Justeru kerajaan Thailand telah bertindak mengasimilasikan semua orang Cina dan menghapuskan agen utama sosialisasi politik ini kepada satu sistem pendidikan Thai (Siam). Hasilnya, proses sosialisasi politik bertunjang kepada pendidikan Thai (Siam), telah berjaya melahirkan orang Cina yang mempunyai semangat nasionalisme Thai (Siam) begitu tinggi.Ini diakui sendiri oleh ahli perniagaan atau penulis chauvanis Cina bernama Ye Lin- Sheng (2003: 129) dalam bukunya The Chinese Dilemma. Beliau terpaksa akur betapa beruntungnya menjadi orang Cina di Malaysia yang masih dapat mempertahankan semangat dan identiti kecinaannya.
Justeru, apa yang pernah disarankan oleh Tun Abdul Razak perlu dijadikan kenyataan. Beliau mengatakan integrasi merupakan suatu cara penyelesaian yang sesuai dalam menyelesaikan kemelut politik di Malaysia. Dasar kerajaan mengenai perpaduan kebangsaan bukanlah merupakan proses asimilasi tetapi dengan cara integrasi iaitu dengan membuat penyesuaian terhadap pelbagai budaya dan sosial yang dapat diterima oleh semua kaum di negara ini dengan berpaksikan kepada kaum asal (Comber, 2007).
Perlu diingatkan, asimilasi seperti Cina di Thailand dan Indonesia, tidak mungkin lagi berlaku kerana politik perkauman telah tertanam sekian lama. Ada yang memberikan alasan Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan Thailand dan Indonesia disebabkan minoriti Cina di kedua-dua negara ini amat kecil berbanding Malaysia sebanyak 25 peratus.Namun sejauh manakah langkah - langkah telah diambil untuk menyelesaikan masalah sedia ada? Semua dasar, kontrak sosial dan ramuan integrasi telah termaktub dalam perlembagaan, seperti isu bahasa Melayu, agama, hak-hak istimewa dan sebagainya. Cuma, yang ditunggu hari ini adalah pelaksanaannya secara telus dan jujur tanpa dipolitikkan.
Apakah kita harus terus melayan tuntutan-tuntutan seperti yang dinukilkan oleh Kim Quek (2004), yang menurutnya, penentangan orang Cina tidak dapat lari daripada perkara-perkara seperti, pertama; diskriminasi kaum dalam pelantikan dan kenaikan pangkat pekerja-pekerja di badan-badan kerajaan, menjadikan badan-badan ini hampir dikuasai satu bangsa sahaja (lebih-lebih lagi di lapisan tertinggi). Badan-badan ini termasuklah: perkhidmatan awam, polis, tentera dan pelbagai agensi semi dan separa-kerajaan.Kedua; menghalang kaum bukan Melayu daripada tender dan kontrak yang dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh kerajaan. Ketiga; mengenakan diskaun harga wajib dan kuota memihak kepada orang Melayu di dalam projek-projek perumahan.Keempat; mengenakan kuota saham wajib bagi orang Melayu di syarikat bukan Melayu. Kelima; larangan menyeluruh terhadap pelajar bukan Melayu bagi memasuki institusi akademik awam (contoh UiTM) dan keenam; peruntukan biasiswa dan tempat belajar yang jelas berat sebelah dengan kadar yang sememangnya tidak munasabah yang menampakkan diskriminasi kaum (Mohd Ridhuan Tee, 2006).
Kesimpulannya, adakah semua tuntutan yang dikemukakan selaras dengan konsep keadilan yakni meletakkan sesuatu pada tempatnya dan semangat perlembagaan? Sedangkan semua kita tahu bahawa kesemua tuntutan tersebut telah pun dibuka sedikit demi sedikit. Apa yang jelas, adalah sikap ultra kiasu yang sebenar. Sentiasa mahu menang tanpa memikirkan yang kalah itu sebenarnya akan menimbulkan masalah kepada yang menang. Apakah kita harus terus meletakkan kepentingan etnik di hadapan berbanding kepentingan nasional? Jika inilah bentuk budaya politik yang wujud, sebenarnya kita sedang bermain dengan api. Walaupun api itu masih lagi tidak kelihatan atau membara, tetapi bara itu tetap menyala. Bara inilah yang amat bahaya dalam politik Malaysia hari ini.
mohd. ridhuan tee abdullah
Posted by PAK PELANDOK at 1:20 PM 0 comments

KOMEN:

DEB DAN DASAR PEMBAHARUAN EKONOMI NEGARA SELEPAS PERISTIWA 13 MEI 1969, MERUPAKAN DASAR YANG SEMPURNA UNTUK PERPADUAN DAN PENGAGIHAN SEMULA PEMILIKAN HARTA NEGARA ANTARA BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA.

MUNGKIN PERLAKSANAANYA "TIRIS" DAN PERLU EMPOWERMENT... BUKAN DIMANSUHKAN. TAK KAN MARAHKAN NYAMUK MAKA KELAMBU DAN RUMAH DIBAKAR.

KALAU BEGINI CARANYA MAKA ADALAH UDANG SEBALIK MEE... ADAKAH LANGKAH CM PULAU PINANG TU IKHLAS DAN BENAR UNTUK SEBUAH MANIFESTASI PETRIOTIK KEPADA NEGARA BILA UMUMKAN NAK MANSUHKAN DEB YANG DISIFATKAN KRONI?

ADA TELIGA... ADA MATA... ADA OTAK... FIKIRLAH BENDA YANG TERSIRAT. TANYALAH SI KARAM SINGH WARIYA... KERANA DIA PANDAI BERPANTUN.

TAPI KALAU TANYA RAJA LAWAK NABIL... MAKA KATANYA, " LU PIKIRLAH SENDIRI."

Thursday, November 6, 2008

DARI BLOG MANTRA - SEKADAR ILLUSI DAN PERSEPSI BEBAS MANUSIA

Friday, October 24, 2008

DEMOTIVATING QUOTES...

AMBITION
The journey of a thousand miles sometimes end very very badly



DREAMS
Dreams are like rainbows, only idiots chase them


NEPOTISM
We promote family values here,
Almost as often we promote family members



RETIREMENT
Because you have given so much of yourself to the company
that you don't have anything left to the company




PERSISTENCE
Its over man.... let her go!