Tuesday, November 11, 2008

TABIK SUARA GLOKAL BLOGGER DARI BESUT.






TAHNIAH AWANG KERANA SUARA GLOKAL DARI BLOGGER NIKHASSANAZMI SEPERTI DI BAWAH:

PM bukan Cina pertama di Singapura? - Malaysiakini
via Thinking of Life by NikHassanAzmi on 11/10/08
PM bukan Cina pertama di Singapura? Ini jawapan Hsien Loong

ASAL-USUL Singapura tidak menjadi pertikaian. Semasa pedagang Inggeris Stamford Raffles menjejak kakinya di pulau kecil ini pada tahun 1819, penduduknya rata-rata nelayan Melayu.

Singapura pada ketika itu dtadbir oleh seorang Temenggong yang berkiblatkan Sultan Johor. Kini penduduk Melayu di Singapura hanya tinggal 14 peratus dari jumlah rakyatnya.

Selain dari Yusof Ishak, teman karib Lee Kuan Yew yang menjadi Presiden pertama repablik itu, tidak ada pemimpin Melayu yang pernah sampai ke mercu kerajaan.

Selama 43 tahun merdeka, Singapura telah mengenali tiga Perdana Menteri, semuanya berbangsa Cina.

Apakah kemungkinan Singapura akan diterajui oleh seorang Perdana Menteri bukan Cina? Seorang Melayu? Tak kiralah samada berdarah Jawa, Boyan, Bugis, Siam, Arab, India ataupun Minang, asal jiwanya sawo matang?

PM Hsien Loong ditanya soalan ini semalam semasa berdialog dengan anggota masyarakat Melayu di Singapura.

Jawab beliau: Singapura belum bersedia untuk memilih PM bukan Cina dalam tempoh terdekat.

"Kemungkinannya ada, ini bergantung kepada cara penduduk mengundi dan siapa yang mendapat keyakinan rakyat. Adakah ini akan berlaku tidak lama lagi? Saya tidak fikir begitu ...".

Sekurang-kurangnya Hsien Loong jujur dan berterus-terang. Seorang pemimpin negara perlu pandai menjaga hati rakyat, lagi-lagi buat negara yang berbilang kaum seperti Singapura.

Tapi yang lebih penting dari pandai berdiplomasi ialah kejujuran dan kemampuan untuk memperkatakan sesuatu yang realiti yang sensitif tanpa mengguris hati sesiapa.

Bagi Melayu di Singapura, realiti kedudukan mereka memang mengharukan. Rakyat Singapura berketurunan India, yang merupakan bangsa pendatang seperti kaum Cina, adalah lebih kecil (9 peratus) tapi mempunyai peranan politik yang lebih menyerlah.

Presiden Singapura ialah seorang berketurunan India manakala seorang daripada dua Timbalan PM Singapura serta tiga menteri dalam Kabinet Hsien Loong adalah dari kaum India.

Bandingkan Singapura dengan negara kita sendiri.

Dan bandingkan jawapan PM Singapura dengan PM kita sendiri. Seperti yang saya katakan, sekurang-kurangnya Hsien Loong berani berterus-terang. Perdana Menteri kita pernah ditanya tentang kemungkinan orang bukan Melayu menjadi PM Malaysia.

Jawab Pak Lah? Sesiapa saja boleh jadi Perdana Menteri. "It's up to the people to decide". Dah tentu Hsien Loong sudah membaca dan meneliti jawapan rakan sejawatnya di sini sebelum mengeluarkan kenyataannya semalam. - rockybru

Sila baca:
Non-Chinese PM for Singapore? (TheStarMobile, 9/11/2008)
Isu PM bukan Cina pernah diutarakan, sila baca Who really is "not ready" for a non-Chinese PM? (11/12/2007)

No comments: