Monday, November 17, 2008
NO ARM ADALAH VIRUS UMNO YANG MEMBUNUH SEMANGAT MELAYU
INTIPATI DARI PEMBENTANGAN KERTAS KERJA FORUM PERKASA DI AUDITORIUM TUN HUSSEIN ONN, BUKIT PERDANA, KL:
BEGITU KAGUM SAYA DENGAN TAN SRI AZIZ NI. SAYA MASIH SIMPAN KERTAS KERJA DIA PADA 1987 MENGENAI AKAUNTABILITI PERJUANGAN AGENDA MELAYU. DIA GUNAKAN DR BURHANUDDIN HELMI IAITU "JANGAN AYAM MATI KELAPARAN DI KEPOK, DAN JANGAN ITEK MATI KEHAUSAN DI AIR."
AMAT DALAM MAKNANYA TU KALAU KITA KAJI TENTANG AKAUNTABILITI KITA MENGENAI PERJUANGAN AGENDA MELAYU. SETAKAT MARAH TAK DAPAT PROJEK, MARAH TAK DAPAT JADI PM MAKA KITA BUAT KETUANAN RAKYAT, NAK TUKAR SEJARAH MELAYU,NAK DELETE UMNO SEBAB DAH TAK ADA LENGAN/TANGAN ( NO ARM), NAK MAMPUSKAN UTUSAN MELAYU SUARA KITA SEJAK TOK NENEK, HAK PERJUANGKAN LIBERALISASI TERMASUK NAK OBAMAKAN PM MALAYSIA... KITA JAUH LAGI DARI DR BURHANUDDIN HELMI.NOTA - NO ARM IALAH: An arm is an upper limb of the body.
Arm (or arms) may also refer to:
* Armaments, weapons; as in Small arms, Right to arms
* Eta Capricorni, a star, traditional name "Arm"
* Arm (geography), a narrow stretch of a larger body of water
o Canal arm, a subsidiary branch of a canal or inland waterway
o Distributary, an "arm" of a river, as in Indian Arm
* Coat of arms
* Armenia via its country code
o Armenian language, via its language code
* Arm River, a river and several adjacent areas in Saskatchewan, Canada
SAYA PUN ADA BELAJAR KERTAS SAINS ATAU PEMIKIRAN POLITIK MELAYU DARI YB KAMARUDIN JAAFAR, AHLI PARLIMEN TUMPAT YANG JUGA SETIAUSAHA AGONG PAS SERTA PENDOKONG KUAT ANURISME... YB YB ANUAR IBRAHIM, KETUA PEMBANGKANG SEMASA DIA MENJADI PENSYARAH DI UKM PADA TAHUN 1978 DULU. SEKARANG TOK KJ DAH HANCUR IDEALISMENYA.....
TAN SRI JUGA BERHUJAH BAHAWA ORANG MELAYU TAK PAYAH TERIKAT DENGAN KONTREK SOSIAL DENGAN SESIAPA. BILA ADA KONTREK MAKA KENA ADA KAJI SEMULA KONTREK SELAMA 15 TAHUN ATAU 50 TAHUN DLL, KATANYA.
ORANG MELAYU DAH ADA KONTREK DENGAN RAJA2 MELAYU SEJAK SEKIAN LAMA MELIPUTI ZAMAN KERAJAAN MELAYU LAMA (MASIH AGAMA HINDU ATAU ANIMISME LAGI) MALAH INGGERIS AMBIL SEMANGAT INI UNTUK BUAT PERLEMBAGAAN NEGARA 1957. INGGERIS PUN TIDAK PERNAH CAMPUR URUSAN KETUANAN MELAYU SEJAK MENJAJAH TANAH MELAYU. BEGITU JUGA DENGAN JEPUN. YANG KACAU DAN MERACAU NI IALAH PARTI KOMUNIS MALAYA YANG PERINTAH MALAYA 14 HARI DENGAN KERAJAAN HARAM BINTANG TIGA (ADA PIHAK KATA SEJARAH INI PATUT DIKENANG KERANA IA ADALAH MENYUMBANG KEPADA KEMERDEKAAN NEGARA? LAWAK KAN?)
NAMUN BEGITU KITA MELAYU NI SUPER GENTLEMAN KERANA SANGUP TERIMA PAKEJ KONTREK SOSIAL NI DAN IKHTIRAF TANPA DAKWA DAKWI KERAKYATAN ATAU KEWARGANEGARAAN BUKAN MELAYU/BUMIPUTERA SECARA JUS SOLI MELALUI PERSETUJUAN AKIBAT PEMBUBARAN MALAYAN UNION NI.
ITULAH KU LI, TOK HENG ALI DAN DS DR RAIS YATIM DLL PERNAH BINA PARTI SEMANGAT 46 SEBAB NAK AMBIL SEMANGAT PERPADUAN MENENTANG MALAYAN UNION NI SERTA SEMANGAT KITA TERIMA JUS SOLI ITU ATAS TIMBANGAN BUKAN MELAYU TERIMA RAJA2 MELAYU, ISLAM, BAHASA MELAYU DAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU SEBAGAI BALASANNYA.
SEKARANG NI KERANA MATERIALISASI DAN LIBERALISASI DALAM HIDUP SEHARIAN KITA SEMAKIN SEBATI MAKA SEMANGAT 1946 IAITU PERPADUAN UTUH YANG PERTAMA KALI BERSATU MELAYU MENOLAK MALAYAN UNION DAH BERKUBUR AGAKNYA? SEMUA DUIT ATAU 3 TA KAN? KATA ALAAHYARHAM DATO SHAFIE DAUD, PEGAWAI KHAS MB TERENGGANU 1990AN DULU 3 TA TU IALAH "HARTA, TAKHTA DAN WANITA."
ITULAH SEJARAH IANYA PERLUKAN PETRIOTISME, NASIONALISME DAN KEBIJAKSANAAN UNTUK MENTAFSIRNYA. KALAU TAMAK, BUSUK HATI, DENGKI, ADA AGENDA TERSENBUNYI, TAK IKHLAS, TAK SETIAKAWAN, TIKAM BELAKANG ATAU SUKA MAIN BELAKANG... MAKA KANTOI LAH KITA. HABISLAH BANGSA MALAYSIA. LENYAPLAH API, LILIN DARI CAHAYA WAWASAN 2020.
BACALAH INI DARI UTUSAN MALAYSIA...
Kontrak sosial tiada kaitan hubungan kaum
KUALA LUMPUR 16 Nov. - Konsep kontrak sosial tidak boleh dilihat dari sudut tolak ansur antara kaum sahaja kerana itu adalah pandangan yang sempit dan boleh dipertikaikan.
Penasihat Perundingan Kebangsaan Melayu, Tan Sri Abd. Aziz Abd. Rahman berkata, konsep tersebut perlu dilihat dari segi 'pemikiran politik' yang ada kaitan dengan sejarah dan akar umbi kewujudan Perlembagaan negara.
Maksud kontrak sosial, katanya, memberi pengertian tertentu terutama hubungan antara negara dan rakyat serta tiada kena-mengena dengan hubungan antara kaum.
"Tetapi di Malaysia, nampaknya perkataan itu memberi pengertian berlainan. Ada yang kata ia ada kaitan dengan tolak ansur dalam perundingan kemerdekaan negara pada 1956 dan 1957 antara kaum Melayu, Cina dan India.
"Nampaknya ramai orang juga sudah mengenal perkataan kontrak sosial. Masih ada juga keraguan atau perbezaan dari segi ertinya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Hak-Hak Pribumi Dalam Perundangan dan Perlembagaan Negara pada Program Wacana Isu Perundangan dan Hak-Hak Pribumi Dalam Perlembagaan di sini hari ini.
Program tersebut yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), dirasmikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Abd. Aziz berkata, justeru adalah penting bagi masyarakat umum yang sudah menerima konsep kontrak sosial tanpa memahami erti sebenar, untuk mengenal inti pati kandungan Perlembagaan negara.
"Walau apapun yang difahami tentang konsep kontrak sosial, yang penting ialah isi kandungan peruntukan Perlembagaan itu yang telah wujud lebih daripada 50 tahun.
"Semua pihak hendaklah menghormati segala peruntukan itu dan tidak mempertikaikannya," ujarnya.
Katanya, amat menyedihkan apabila ada pihak tertentu yang berpendapat sudah sampai masanya Perlembagaan negara dikaji semula, khususnya peruntukan yang memihak kepada satu bangsa atau agama serta yang bercanggah dengan hak asasi manusia.
Menurutnya, pihak-pihak ini cuba mengunakan konsep kontrak sosial dan berhujah kaum Melayu, Cina dan India telah berunding untuk kemerdekaan dan kandungan Perlembagaan adalah hasil tolak ansur antara kaum itu yang merupakan kontrak sosial.
"Mereka berhujah hak istimewa orang Melayu dalam kontrak sosial adalah untuk sementara sahaja. Pendapat, sikap dan tindakan mereka ini tidak sihat dan beralaskan fahaman yang salah daripada segi fakta dan sejarah,'' ujarnya.
Beliau berkata, adalah lebih baik jika mereka ini mengambil kira fakta sejarah yang benar kerana konsep kontrak sosial mempunyai pelbagai erti dan tidak relevan dalam hal mentafsir kandungan Perlembagaan semata-mata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment