Tuesday, November 25, 2008

NETIZEN GOBAL PERKASA SOKONG BLOGER PEMBELA NEGARA

AKU DENGAN AHLI-AHLI MAYA DARI NETIZEN GLOKAL PERKASA DI BAWAH http://aberamly.multiply.com DENGAN INI JUGA SETUJU DAN MENYOKONG SECARA BERSEKUTU AKAN RESOLUSI YANG KAU ORANG BUAT.

KITA MINTA SUPAYA KERAJAAN DAN NGO YANG PETRIOTIK BUKAN PETRIOTIS@PITIH ATAU RACIST SUPAYA BANGKIT BERSAMA BERJUANG DENGAN PIHAK BERWAJIB MENDESAK MEREKA YANG CUBA TAICIKAN ISLAM, HAK KEBEBASAN, KEADILAN, PERPADUAN DLL SUPAYA TUNJUK TARING MEREKA YANG SEBENAR.JANGAN TIPU DENGAN TAICI POLITIK DAN MUKA MANIS DIDEPAN. CUKUPLAH DOK BERLAKUN PURA2 BAIK DAN PRIHATIN KEPADA BUMIPUTERA TETAPI HAKIKATNYA ALLAH SAJA YANG MENGETAHUINYA. KITA NAK KAN TELUSAN, INTEGRITI, KETERBUKAAN MEREKA TENTANG PERMUAFAKATAN PERPADUAN POLITIK TULIN DALAM BARISAN NASIONAL 1974. APA PENDAPAT MEREKA TENTANG PERLEMBAGAAN DAN KONTREK SOSIAL 1957?

KITA MENENTANG AJARAN "JIE DAO SHA REN" DALAM 36 CHINESE TACTICS FOR SUCCES OLEH EVELYN YIP YANG AKU BELI DI PULAU PINANG (CETAKAN SINGAPURA). KALAU ADA ORANG GUNA AJARAN INI DALAM POLITIK DLL MAKA KITA KENA:

"SOMETIMES IT IS POSSIBLE TO ELIMINATE YOUR ENEMIES BY CREATING SUSPICION AND CONFUSION AMONG THEM. WE SHOULD NOT LET OTHERS MAKE US OF OUR POEPLE TO KILL US."

BANGUN SEMUA BANGSA MALAYSIA... JANGAN ANDA DIGUNAKAN UNTUK BERBALAH DAN BERGADUH SESAMA BANGSA MALAYSIA DENGAN API PERKAUMAN SEMPIT. BERFIKIRLAH SECARA MALAYSIAN... BUKAN "MALAYSIAN MALAYSIA" YANG DIAJARKAN OLEH PENGASAS PAP SEJAK 1963 YANG TELAH MEMBAWA KITA KEPADA 13 MEI 1969. KITA BANGSA MALAYSIA TAK MAMPU NAK BERGADUH SESAMA KAUM KERANA NEGARA LAIN YANG AKAN DAPAT UNTUNGNYA DENGAN MENJAJAH KITA SAMAADA DI SEGI EKONOMI, MINDA, SOSIAL, POLITIK, KESELAMATAN, PELAJARAN DAN LAIN-LAIN.SIAPA MEREKA NEGARA LUAR NAK AJAR KITA MENTADBIR DAN MENGURUSKAN NEGARA MALAYSIA?

LIHATLAH BANGSA YANG RACIST DAN BERTUMPAH DARAH... MAKA MEREKA DIJAJAH DAN DICUCUK HIDUNG. MANAKALA MINDA MEREKA DIKUASAI OLEH MEDIA BARAT YANG KIKIS SEGALA HASIL BUMI SERTA MANPOWER ATAU MODAL INSAN MEREKA. MEREKA INI DIHASUT SUPAYA BENCI BRAND, BUDAYA, BANGSA, IMEJ, LAMBANG DAN SISTEM HIDUP KITA YANG ORIGINAL. DAN MEREKA BERJAYA BENTUK ORDER DUNIA DENGAN SATU BAHASA, SATU NEGARA... IAITU DUNIA TANPA SEMPADAN... LIBERAL SERTA TIDAK BEREHIKA ATAU BERAGAMA (BERMORAL).

KITA JUGA PERJUANGKAN SUPAYA SEMUA ANAK MUDA YANG CINTAKAN NEGARA DAN DEMOKRASI DALAM MAKLUMAT SUPAYA DAPAT MAKLUMAT YANG SEIMBANG. OLEH ITU SEMUA YANG MENYOKONG KITA HENDAKLAH JADIKAN LAMAN INI SEBAGAI RUJUKAN UTAMA SEBAGAI BAHAN MAKLUMAT RASMI NEGARA, IAITU:

http://www.pmr.penerangan.gov.my

KITA JUGA MAHUKAN SEMUA BLOGGER ADIL KEPADA KERAJAAN PILIHAN RAKYAT 140 KERUSI APABILA MEMBUAT SEBARANG POSTING. BUATLAH KRITIK MEMBINA DAN JAUH SEKALI BUAT PROVOKASI, KHABAR ANGIN, FITNAH, ADU DOMBA, PROPAGANDA HITAM ATAUPUN DISINFORMATION ATAUPUN MISINFORMATION.

KITA HENDAKKAN SEMUA BLOGGER BERMINDA GLOKAL DAN SENTIASA "BLUE OCEAN" BUKANNYA TERTIPU DENGAN PARTI PERKAUMAN ATAU RACIST YANG MAIN TAICI SERTA BERSELINDUNG DI SEBALIK SEHELAI LALANG TAPI JUBUR TERTUNGING NAMPAK BELANGNYA. HENTIKAN PERANGAI HARIMAU PUTIH DI ZOO SINGAPURA YANG BAHAM ORANG YANG DOK BASUH NAJISNYA SIANG DAN MALAM.

KITA MENENTANG PARTI YANG "RED OCEAN" YANG TERNYATA TERLIBAT DALAM PERISTIWA PERKAUMAN DAN PERGADUHAN KAUM 13 MEI 1969. KITA JUGA MAHU MEREKA INI HAPUSKAN MINDA PARTI KOMUNIS MALAYA YANG DAH DIHARAMKAN.JANGAN FIKIR NAK MENANG DAN AMBIL SEMUA. TETAPI FIKIRLAH "WIN WIN."

MENGAPA KITA TAK BOLEH BERSAING DAN TAK KOMPETEN DI ANTARABANGSA. INI KERANA KITA MALAYSIAN TAK MAHU GUNA OTAK SENDIRI. KITA MINTA CONTUHNYA LEE KUAN YEW SINGAPURA DENGAN "MALAYSIAN MALAYSIA" NYA ATAUPUN KITA MINTA OBAMA YANG BELUM TENTU AKAN JAGA NASIB KITA. JELASNYA ORANG MALAYSIA KENA MERDEKA MINDA. KITA KENA BERFIKIR SECARA MALAYSIAN IKUT PERLEMBAGAAN DAN KONTREK SOSIAL. SEGALA IDE DAN MINDA BARAT ATAU MINDA ORANG LAIN YANG ASING DENGAN KITA... MAKA KITA TAK BOLEH SAMA SEKALI ANGKAT DIA JADI RAJA MINDA KITA...NYAHKAN "KETUANAN RAKYAT" YANG KABUR DAN BOMBALISTIK.

SEGALA IDEALISME YANG RETORIK, AKADEMIK, BOMBASTIK MESTI SESUAI DENGAN KITA ORANG MALAYSIA. JANGAN KITA JADI ORANG MALAYSIA TETAPI KEPALA DAN OTAK KITA DIJAJAH.

KALAU KITA MERDEKA DIRI DAN MINDA BARU MALAYSIA AKAN CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG. KALAU TIDAK MALAYSIA AKAN BASUH NAJIS ORANG SAHAJA DENGAN MENGIAKAN SEGALA DOKTRIN DAN IDEALISME PENJAJAHAN MINDA KEPADA KITA.

IDEA TRANSFORMASI, LIBERALISASI, GLOBALISASI, INFORMASI DAN MACAM2 SI LAGI AKAN BUAT KITA BANGSA MALAYSIA MATI. OLEH ITU MARI SEMUA KAUM HIDUP DALAM SATU BANGSA YANG PERKASA. MARI MENYOKONG GAGASAN "NETIZEN GLOKAL PERKASA MALAYSIA."

AYUH... BENTUK BLOG KETIGA IAITU BLOG NETIZEN GLOKAL MALAYSIA PERKASA YANG PERJUANGKAN PERMUAFAKATAN SUCI PERPADUAN TULEN BN 1974. KITA TIDAK UMNO, TIDAK PAS, TIDAK DAP, TIDAK PKR.... TIDAK PAKATAN ROYAK ATAUPUN PENTERNAK RABABI@ROBABI (PR).

MENGAPA MINDA KITA MESTI PECAH DUA IAITU BN ATAU PAKATAN RAKYAT?

ADA ELOKNYA KITA BERFIKIR SECARA MINDA KETIGA IAITU BN GLOKAL.

DAN KITA ADALAH BLOG GLOKAL!

KALAU ADA IDOLA ATAU PEJUANG KITA "BERTOPENG" ATAU BERTAICHI LEMBUT, MAKA KITA KATA "BUKA DULU TOPENG MU...."





INI AKU SIARKAN RESOLUSI KAU ORANG YANG AKU PETIK DARI BLOG SAHABATKU "GAP."
Monday, November 24, 2008
RESOLUSI KEDUA 'BLOGER PEMBELA NEGARA' !
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, seramai lebih kurang 17 ahli Parlimen Blogger Pembela Negara samada yang lama dan baru dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama untuk mengutarakan pendapat dan sokongan padu mengenai resolusi bantahan pengguguran tulisan jawi oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
Kami ahli BPN telah bersama berbincang dan mencadangkan beberapa persoalan dan masalah yang timbul di kala pengguguran tulisan jawi di papan tanda yang menjadi isu dan hal yang dibangkitkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri kekuasaan mereka lebih-lebih lagi oleh pemimpin-pemimpin bukan melayu pakatan rakyat.( Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini. )

Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan di papan tanda jalan tidak dapat diterima selain mendapat kelulusan dan penilaian pihak yang lebih arif dan patut bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kebangsaan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka. Isu ini harus diteliti dan perhalusi kerana di kebanyakan negara utama industri pelancongan, negara maju dan kuasa besar dunia tidak juga mengaplikasikan papan tanda pelbagai bahasa kerana lebih menghormati bahasa kebangsaan.
2. Pengguguran tulisan jawi di papan tanda di kawasan Wilayah Persekutuan tidak harus berlaku kerana tulisan jawi juga adalah bahasa kebangsaan dan tiada unsur pencabulan Perlembagaan Persekutuan berlaku, malah disesetengah tempat seperti di Johor Bahru dan lain-lain bandar besar, ianya diterima masyarakat.
3. Setiap individu beragama Islam di negara ini seharusnya menguasai tulisan jawi, menekankan penguasaan tulisan jawi pada anak-anak mereka dan juga memartabatkan jawi sebagai tulisan yang melambangkan identiti melayu bagi memastikan tulisan jawi menjadi tulisan kedua umat Melayu-Islam dinegara ini dan dengan ini, sebarang usaha memartabatkan jawi tidak dipandang sinis oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi kepada bukan melayu kerana kita sendiri menghargai tulisan jawi sebagai tulisan budaya melayu zaman berzaman.
4. Dewan Bahasa dan Pustaka sepatutnya diberi kuasa sebagai badan rujukan untuk membuat penilaian atas spesifikasi papan tanda jalan yang hendak dibangunkan oleh PBT termasuklah menjadi pihak rujukan kerajaan tempatan dalam meluluskan lesen papan tanda premis-premis perniagaan untuk semakan penggunaan bahasa melayu yang betul dan sempurna.
5. Tindakan individu dan pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat membiarkan isu-isu sensitif islam dan tulisan jawi yang digunakan untuk pengajian agama Islam-Melayu ratusan tahun dahulu ternoda dek kerana mengejar agenda peribadi adalah tindakan menghina dan meminggirkan tulisan dan agama rasmi Malaysia secara perlahan-lahan kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang melayu islam
6. Semua orang Islam dan juga bukan islam dari semua parti politik tidak kira pengikut mahupun pemimpin diseru hendaklah didesak hentikan tindakan mempertikaikan isu-isu sensitiviti masyarakat yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlembagaan sebelum ia akan menjadi tragedi 13 Mei yang boleh mengancam keselamatan negara kita yang turut dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.
7. Suara bloggers perlu menjadi suara persepakatan dalam satu tujuan membetulkan kepincangan yang berlaku dalam politik yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan peribadi dan politik tanpa mengira kesan yang akan timbul kepada perpaduan dan keamanan negara kita

Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang maya pada 24 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.

Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.

Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.

Sekian terima kasih dari saya.
Che Moq a.k.a http://che-moq.blogspot.com Setiausaha Parlimen Blogger Pembela Negara
tambahan : Blogger yang tidak 'bersungguh sungguh' memberi sokongan dengan membuat senarai ahli BPN dan juga tidak menyiarkan resolusi dianggap tidak berminat dan akan diputuskan samada dikekalkan dalam senarai atau tidak selepas 14 hari diberi peluang untuk mengemukakan alasan atau melaksanakannya.
Perjuangan memerlukan tindakan bersepadu dan bersepakat dan tidak ada lagi prejudis atau persepsi negatif sesama ahli blogger yang ingin membina SUARA BLOGGER yang kuat dan hebat impaknya...Walaupun kita bukanlah blogger yang hebat dan tinggi hitsnya atau terkenal di Malaysia.
Perbahasan semalam turut disertai ahli PAS dan suasana perbahasan sangat hangat sehingga masa sepatutnya tamat jam 11 malam terlajak ke 11 40 malam.. Namun suasana ukhwah sesama ahli sidang dapat dilihat dengan mereka berlapang dada memberi pendapat dan menerima kritikan.Syabas kepada semua....
GAP DENGAN INI MENYATAKAN SOKONGAN TERHADAP USUL KE 2 'BLOGER PEMBELA NEGARA' !
Posted by GAP KEMBALI at 11:37 PM 0 comments
RESOLUSI PERTAMA 'BLOGGER PEMBELA NEGARA'.
Bloggers Pembela Negara yang bersidang secara maya pada 23 November 2008, jam 9.00pm-10.00pm atas tajuk :

“Bagaimanakah kita boleh membantu Sabah, khususnya dan semua negeri umumnya bagi merendahkan harga barangan?”

Kami telah mengenalpasti bahawa kegagalan menurunkan harga barangan walaupun kerajaan telah menetapkan harga siling dan menurunkan harga petrol adalah disebabkan sikap para peniaga, dan bukannya kerana masalah kos terutamanya kos pengangkutan, termasuk di Sabah.Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Para petani dan pengusaha produk asas tani diberi insentif khas sebagaimana para pesawah dan nelayan. Insentif ini boleh diberikan berdasarkan produktiviti mereka. Contohnya, jika mereka mengeluarkan sayur kangkung bernilai RM10 maka kerajaan patut membayar insentif sekurang-kurangnya 50% iaitu berjumlah RM15 kepada petani tersebut. Oleh itu, mereka mendapat tambahan pendapatan yang meninggikan kuasa membeli mereka.

2. Kedegilan pihak pemborong di Sabah untuk menurunkan harga barangan keperluan dikenalpasti sebagai akibat kurangnya persaingan daripada pemborong lain. Selama ini para pemborong sedia ada telah memonopoli pasaran dan membina rangkaian tersendiri sehingga berupaya menentukan harga secara sewenangnya. Oleh itu kami mengesyorkan para pemborong daripada kaum lain termasuklah kaum India-Muslim untuk menyertai pasaran di Sabah.

3. Kerajaan perlu melantik syarikat GLC bagi mewujudkan rangkaian pengedaran bagi memberi saingan kepada pemborong sedia ada. Persaingan yang sihat akan memberi lebih pilihan kepada pengguna dan mampu mengawal kualiti serta harga pengguna.

4. Pihak kementerian iaitu KDNHEP perlu menguatkuasakan semua peraturan dan ketetapan yang telah diputuskan oleh kerajaan.
Kami akan menyiarkan resolusi ini di setiap blog kepunyaan Bloggers Pembela Negara (BPN) bagi menarik perhatian orang ramai untuk turut serta memperjuangkan perkara ini.Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya.

Oleh itu, adalah lebih baik pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan menurunkan harga barang agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Sekian terima kasih.

Disediakan oleh :
CHEGUMAN ( BLOGGER WAADAT )http://waadat.blogspot.com/
DISOKONG SEPENUHNYA OLEH
GERAKAN ANTI PKR (GAP)
Posted by GAP KEMBALI at 7:15 PM 3 comments

3 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

http://pmr.penerangan.gov.my/

INI ALAMAT BETUL... AKU SILA TAIP WWW. OK... TERUS KE WEB TU UNTUK DAPAT SEMUA MAKLUMAT RASMI KERAJAAN.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

netizen global malaysia perkasa adalah "NEGLOMAP."

SATU ALTERNATIF DAN TRANSFORMASI BLOG YANG BARU

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

bukan silap

netizen glokal malaysia perkasa daaa....