MEMPERTAHANKAN MAJORITI 685 AMAT BERMAKNA BAGI DATUK AHMAD SAID, MB TERENGGANU UNTUK MEMBUKTIKAN DIA RELEVEN DI TERENGGANU UNTUK SEKARANG, AKAN DATANG DAN SELAMANYA. SEMUA ORANG TAHU PENDEKATANNYA YANG DIANGGAP REFORMASI ATAU PEMBAHARUAN DAN "CHANGE" DARI PEMBAWAKAN MB LAMA. DAN HATTA PM KITA SENDIRI.
KIRANYA MB BERJAYA MAKA PR AKAN DATANG, INSYAALLAH TERENGGANU AKAN TETAP DALAM DAKAPAN BN.
AKU PERNAH DOK TERENGGANU DAN BAIK DENGAN SIFU MB SEKARANG IAITU TS WAN MOKHTAR DAN DATUK KU MAHMUD SETIU (TAPI AKU LEBIH RAPAT LAGI DENGAN BINI BEKAS MB WAN MOKHTAR TU IAITU TOK PUAN ASAHTUN... HMMM TAU TAKPA).
MB TOK MAT SAID NI PUN TERJUN JADI YB DARI JADI ADO SETIU. DAN AKU TERLIBAT SEMASA MB NI BERLAWAN DALAM PR KECIL KIJAL MASA ITU. MASA TU TAK ADA PAKATAN RAKYAT ATAU PAKATAN ROYAK LAGI... APA LER NI ORANG KATE PAKATAN "PENTERNAK ROBABI@RABABI?"
MASA TU TOK MAT KIJAL NI ATAU AKU SEBUT SAMAK SANDARAWEJ TERENGGANU... SAME MUKE DAN GEDEBERNYA!, ADALAH BERLAWAN DENGAN TOK SHABEERY CHEEK TIMBALAN UMNO DIA DAN MENTERI PENERANGAN SEKARANG NI. TOK SHABERRY DALAM ANGKATAN PERPADUAN UMMAH IAITU SEMANGAT 46. MASA TU TOK SRI ANUAR BRAHIM DOK BALIK BN DAN PERGI CERAMAH SAKAN KUTUK PAKATAN ATAU GAGASAN RAKYAT YANG KU LI BUAT DENGAN DAP.
DAP PULAK MASA TU KAWIN MUTAAH SAJA DENGAN PAS. KAWIN TAPI TAK LEH BALIK KE RUMAH TOK MERTUA... TAKUT ORANG MELAYU TERENGGANU MARAH. SEKARANG DAP, PAS DAN PKR DAH KAWIN TAPI TAK NIKAH SEBAB SURAT TAK DAK. PENGERUSI ATAU SU AGONG PUN TARAK... KAWIN APA TAK TAHU LAH AKU. SEBAB TU SEKARANG HURU HARA DALAM RUMAHTANGGA DI SELANGOR, PERAK DAN KEDAH. KALU BULEH ANAK DAN CUCU.... HARAM NI...SEBAB ANAK LUAR NIKAH.ANAK PUN SEKERAT ISLAM, SEKERAT KAPIR KOT.
DAP, PAS DAN PKR NI MEREKA KAWIN TANPA NIKAH DALAM PAKATAN RAKYAT. TAK DAK SURAT, TAK DAK ORGANISASI, TAK DAK PERLEMBAGAAN DLL.TAPI KATANYA ADA "PERJANJIAN PANGKOR 2" YANG TIDAK BENARKAN PAS LAKSANA ISLAM DAN HUDUD. TAPI MEREKA KATA UMNO FITNAH PULAK.BILA TAK DAK APA2 PERLEMBAGAAN ATAU PENDAFTARAN PERTUBUHAN MAKA TAK ADA UNDANG2 TUBUH. OLEH ITU SEMUANYA PAKAI GERAK HATI DAN SEDAP MULUT SAHAJA.TEGOK SAPA GEDEBER DAN KUAT... MAKA MENANGLAH DAN DAPATLAH APA2 MINTA PUN.AKU NAMPAK PAS LAH YANG KESIAN... KENA MAIN DEPAN DAN BELAKANG, ATAS DAN BAWAH. KENA MAKAN KELILING LAH. BUKTINYA ARAK TETAP OK DI SELANGOR TAPI KATANYA KORIDOR PROJEK RABABI@ ROBABI TELAH LULUS 100 JUTA RINGGIT.
HAH! JAGA ORANG TERENGGANU DAP NAK DATANG DAN CAKAP "KETUANAN MELAYU" TAK RELEVEN LAGI SEBAB SEKARANG NI KITA KENA TIRU OBAMA USA. HABIS TERENGGANU TU NAK BOH SAPA TUAN?. SIMBOL, LEMBAGA, IMEJ DAN BRAND KETUANAN MELAYU NI ADALAH KDYMM AL SULTAN TERENGGANU TU. AMPUN TUANKU. DAULAT TUANKU.
MAKA PAS PUN CAKAP KITA TENTANG KETUANAN MELAYU SEBAB DIA ASSOBIAH, KEBANGSAAN, RACIST, PERKAUMAN DAN TIDAK ISLAMIK. HABIS DAP BILA PULAK ISLAMIK? SEDARLAH PAS ISLAM TU AGAMA BUKAN BANGSA. BANGSA ADALAH MELAYU DAN KITA BERAGAMA ISLAM... LIDAH DAN HATI BIAR IKHLAS KERANA ALLAH SWT BILA BERSYARAH. MANA ADA ORANG ISLAM DALAM DUNIA NI TAK ADA BANGSA?.. ORANG BERBANGSA ARAB BERAGAMA ISLAM... DAN ADA ARAB YANG BUKAN ISLAM...
BANYAK LAGILAH PAS AKAN CAKAP NANTI PR KELAK.TERMASUKLAH HAL RASUAH, EKONOMI TERUK, BARANG MAHAL, PEMIMPIN UMNO YANG KRONI, UMNO KAPIR TAK NAK ISLAM DLL... ITU SEMUA RADIO BURUK. MASA AKU DI TERENGGANU 1990 DULU PUN INILAH MODALNYA.
DENGAR KATA MAT SABU NAK AMBIL CALUN. BAKPE PULOK GITU.. ORANG PAS TERENGGANU TAK DOK TELUR KE SEBAB KENA AMBIK ORANG PENANG?
DAN TENTULAH PAS ORANG KELANTAN AKAN MARI BAWA CERITA BAHAWA KELANTAN LEBIH MAJU DARI TERENGGANU SEBAB TOK GURU PERINTAH. HAI! BUTA KE MATA DAN HATI?... KELANTAN BUAT TOM MOI SIAM DI MANA MANUSIA BERLAWAN DENGAN MANUSIA. TERENGGANU BUAT KUDA LASAK DAN PERAHU LAYAR BERLUMBA. MANA YANG CERDEK?
BAGAIMANA PUN AKU TAHU SAPA TOK MAT SAMAK SANDARAWEJ NI. DIA ANAK DIDIK WAN MOKHTAR DAN KU MAHMUD. MAKA ILMU DAN KUNTAU DIA BANYAK UNTUK LIPAT PAS NI. SETAKAT SI TAICHI LIM KIT SIANG, LIM GUAN ENG DAN TERESA POK TU... ULAM SAJA. TAPI KALU DS ANUAR... HA KENA BANYAK PELURU JUGA SEBAB DIA BANYAK PANDAI CAKAP OIII.
PAGI NI AKU GI MAKAN NASI BERLAUK DI FLAT PERLIS...AKU DENGAR ORANG PAS TAK TAKUT DENGAN BN/UMNO, TAPI TAKUT KALAU NENEK JUAL KAWIN BATEK TU TANDING BEBAS PULAK. DIA LAH YANG BAWA 600 UNDI DULU YANG BAGI BN MENANG.
INI STRATEGI TOK MAT SAMAD SANDARAWEJ KENA FIKIR NI... SEBAB HANYA 685 SAJA BN MENANG DULU.
====================================================================
APA PUN BACA TULISAN NI DARI AGENDA DAILY AKU AMBIK:
Kuala Terengganu: ‘taruhan besar’ bagi BN dan PAS
Al-Fatihah... atas kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail.Pemergian mengejut Ahli Parlimen Kuala Terengganu ini sewaktu bermain badminton di Institut Aminuddin Baki Genting Highlands pada jam 6.30 petang Jumaat membuka gelanggang kali kedua pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.
Kalau sebelum ini di Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu BN berentap dengan PKR... di Kuala Terengganu giliran PAS pula.
Bezanya Permatang Pauh adalah kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan senario dari awal pilihanraya kecil itu sudah nampak memihak kepada PKR tetapi di Kuala Terengganu keadaannya lebih menarik kerana ia dikira 50-50 antara BN dan PAS.
Allahyarham Datuk Razali menang dua kali di kerusi parlimen itu setelah menewaskan Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada pilihanraya umum 2004 dengan 1,933 undi.Allahyarham dapat 30,994 undi manakala Dr Syed Azman 29,061.
Pada pilihanraya umum lalu dalam pertandingan tiga penjuru antara Timbalan Menteri Pelajaran itu dengan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan mak chik Maimun Yusof yang bertanding atas tiket bebas Allahyarham menang dengan majoriti tipis 648.
Datuk Razali dapat 32,582 undi ,Mohamad Sabu 31,934 manakala Maimun 685.
Keputusan kedua-dua pilihanraya umum sudah cukup untuk mengambarkan senario yang mendebarkan bagi BN dan PAS untuk mengharungi pilihanraya kecil kali ini.
Menariknya kedua–dua BN dan PAS mempunyai taruhan politik yang amat besar keatas Kuala Terengganu.
Bagi BN setelah tewas di Permatang Pauh ia pasti akan berhempas pulas untuk berusaha mempertahankan Kuala Terengganu.
Bagi PAS pula setelah melepas dari berkuasa sepenggal di Terengganu dalam pilihanraya umum 2004 dan hanya berjaya tawan balik satu kerusi Parlimen sahaja iaitu Marang semasa pilihanraya umum 8 Mac lalu... Kuala Terengganu pasti menjadi idaman,
Dijangka cabaran terbesar PAS untuk berdepan dengan pilihanraya kecil ini ialah mencari isu untuk menawan pengundi Kuala Terengganu.
Allahyarham Datuk Razali,seorang teknokrat yang tidak banyak diselubungi oleh isu peribadi dan politik untuk dijadikan bahan kempen PAS.
Dalam pada itu sebelum ini kebanyakan serangan PAS di negeri itu ditujukan kepada beberapa isu yang melibatkan bekas Menteri Besar Datuk Idris Jusoh.
Sebaliknya Terengganu kini dipimpin oleh Datuk Ahmad Said yang merupakan tokoh pilihan Istana.
Secara tidak langsung pilihanraya kecil ini akan menjadi ujian besar pertama bagi Menteri Besar Terengganu yang baru itu.
Sejak beliau ambilalih pentabiran belum ada isu besar berbangkit di negeri itu kecuali tidak lama dulu hu ha mengenai cadangan beliau nak tukar kereta rasmi kerajaan negeri dari Proton Perdana V6 ke Mercedes.
Soalan terbesar menjelang pilihanraya kecil itu apakah PAS mampu menyambung gelombang tsunami politik 8 Mac ke Kuala Terengganu.
Badai itu dikira tidak sampai ke Terengganu.Selain dari Parlimen Marang,PAS hanya mampu menawan balik empat kerusi Dewan Undangan Negeri semasa pilihanraya umum lalu.
Dalam pada itu PAS juga kini menghadapi kemelut dalaman.Bukan rahsia lagi parti itu kini sedang dihimpit ‘ perang dingin’ antara puak Erdogan diketuai oleh Datuk Husam Musa yakni yang lebih condong kepada Anwar dengan puak ulama Datuk Seri Hadi Awang yang tidak mahu dicengkam pengaruh Penasihat PKR itu.
Pilihanraya kecil ini juga dijangka akan menjadi medan ‘penilaian’ keatas prestasi kerajaan baru pimpinan PAS di Kedah dan Perak yang diselubungi oleh beberapa isu yang turut dipersoalkan oleh kalangan ahli parti itu sendiri.
Di Kedah misalnya ia berdepan dengan kemarahan orangramai mengenai cadangan projek ladang babi moden di Bukit Selambau dan kegairahan Exco Kerajaan Negeri main golf.
Di Perak,Datuk Seri Nizar Jamaluddin berdepan dengan dakwaan terlalu mengikut telunjuk DAP dan isu pemberian status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru.
Selain itu kegagalan PAS nak terapkan pemerintahan berasaskan pegangan yang digembar gemburkanya selama ini nak wujudkan Negara Islam di negeri-negeri yang baru dikuasainya juga menjadi buah mulut.
Ini tidak masuk lagi banyak janji dalam manifesto Pakatan Rakyat yang belum tertunai hingga membangkitkan rasa tidak puashati mereka yang memangkah pembangkang.
Bagi BN pula tentunya apakah ia mampu menyekat gelombang itu di Kuala Terengganu.
"Tembak menembak" dalam Wanita UMNO yang menjadi salah satu nadi utama kempen pilihanraya kebelakangan ini, menjelang pemilihan jawatan Ketua Wanita ...juga mencetuskan sedikit kebimbangan.
Melihat dari semua sudut ‘ perang Kuala Terengganu’ ini pastinya amat menarik.- 29/11/2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
P36 KUALA TERENGGANU
Jumlah Pengundi: 80,325
Peratusan Kaum: M: 88.14% C: 10.94% I: 0.65% L: 0.27%
1. Datuk Razali Ismail (BN) (32,562)
2. Maimun Yusuf (Bebas) (685)
3. Mohamad Sabu (Pas) (31,934)
Majoriti: 628
Jumlah undi: 66,112
Peratus mengundi: 82.31%
Undi rosak: 931
Penyandang: Datuk Razali Ismail (BN)
(Majoriti: 1,933 undi)
majoriti bn menang adalah 628 undi...itu jasa nenek maimun ke?
Post a Comment