Sunday, September 12, 2010

MELAYU DELIMA, DELIMA MELAYU

TIGA TULISAN DALAM SUARA MELAYU UTUSAN MALAYSIA SUDAH JELAS BAHAWA MELAYU KINI DELIMA KERANA MELAYU BERPECAH. MAKA DASAR KERAJAAN JANGANLAH JADI "DITELAN MATI EMAK, DILUAH MATI BABAK" KERANA MELAYU TAKUT DILABEL RASIS. 1MALAYSIA AMAT JELAS ADA 3 CORE ATAU TERAS YANG WAJIB DIPERTAHANKAN OLEH WARGANEGARA MALAYSIA SEKIRANYA KITA SAYNGKAN NEGARA. MAKA SAAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE 47 DI PADANG MERDEKA, KOTA KINABALU SABAH PADA 16 SEPTEMBER 2010 JAM 8 MALAM MARILAH KITA TRANSFORMASIKAN DIRI KITA SUPAYA UTAMAKAN AGENDA NEGARA DAN MENOLAK PERKAUMAN SEMPIT, ULTRA KIASU SERTA HANYA FIKIR KAUM SENDIRI SAHAJA. FIKIRLAH 1MALAYSIA YANG ADA 3 CORE TADI IAITU PENERIMAAN PERPADUAN DAN KONTREK SOSIAL KAUM, PENERIMAAN KEPADA ASPEK KENEGARAAN IAITU PERLEMBAGAAN DAN RUKUN NEGARA SERTA YANG KETIGA IALAH KEADILAN SOSIAL SUPAYA SEMUA KAUM DI NEGARA INI DI SEGI EKONOMI DAN EKOSISTEM HIDUPNYA "SAMA RATA DAN SAMA RASA." MAKNANYA KEKAYAAN DAN KEMEWAHAN NEGARA PERLU DIKONGSI SECARA ADIL UNTUK SEMUA KAUM TERMASUK MUAALAF YANG MASUK MELAYU ATAU MASUK ISLAM. TIDAK MAHU KOMEN APA LAGI KERANA TULISAN DALAM UTUSAN MALAYSIA HARI INI 12 SEPTEMBER "SUDAH TERANG LAGI BERSULUH." BACALAH:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm





Jauhi Perkasa, selamatkah UMNO?

Apakah wajar kesemua parti komponen termasuk UMNO mengambil pendirian menolak Perkasa?

Awang lontarkan persoalan ini kerana ia sudah menjadi bahan bualan terutama di kalangan orang Melayu. Mesyuarat BN yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung, Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini mencapai persetujuan untuk menjauhi Perkasa. Alasannya kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum selain menjejaskan konsep 1Malaysia.

Pada Awang, Perkasa hanyalah NGO biasa sebagaimana NGO bukan Melayu lain, yang sekadar membela kepentingan kaum masing-masing. Persekitaran politik yang dilihat tidak menentu dan berbahaya kepada kepentingan Melayu menyebabkan ramai menyokong Perkasa. Suka atau tidak, Perkasa menjadi sandaran baru kepada orang Melayu dan umat Islam. Dalam banyak isu melibatkan kepentingan bangsa dan agama, Perkasa lebih diyakini berbanding parti politik. Maka langkah menolak bulat-bulat Perkasa dalam membela kepentingan Melayu akan membawa UMNO ke ambang risiko besar. Hari ini, UMNO dapat bertahan di sebalik gelombang asakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, juga adalah antara lain disebabkan peranan NGO seperti Perkasa. Janganlah melihat Perkasa sebagai hantu jembalang - sebagaimana persepsi banyak parti bukan Melayu. Pada Awang, Perkasa bukanlah ultra rasis berbanding banyak NGO yang bertaut rapat dengan parti-parti Cina seperti DAP, MCA dan Gerakan.

Ketika parti-parti Cina saling lengkap melengkapi dengan NGO mereka, ada pemimpin UMNO yang mahu menolak Perkasa tanpa melihat daripada perspektif lebih besar. Awang tidak setuju sama sekali dengan pandangan bahawa Perkasa akan menggugat BN kerana dituduh rasis. Lakukanlah kajian menyeluruh. Hampir kesemua isu yang disuarakan oleh Perkasa adalah sebagai menyanggah tuntutan keterlaluan oleh pelbagai pihak tanpa menjaga sensitiviti orang Melayu dan prinsip dalam perlembagaan negara. Perkasa tidak pernah meminta lebih untuk orang Melayu walaupun ekonomi negara dikuasai oleh kaum Cina. NGO itu hanya mahu mempertahankan apa yang ada pada Melayu pada waktu ini kerana Melayu masih jauh ketinggalan. Apakah komitmen Perkasa menjunjung perlembagaan juga bercanggah dengan konsep 1Malaysia? Awang agak aneh mengapa mesyuarat BN itu tidak mengambil pendirian yang sama terhadap NGO bukan Melayu lain. Semalam, Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menyatakan rasa gembira dengan jaminan bahawa UMNO juga tidak akan menyokong Perkasa. Awang ingin bertanya apakah tanpa Perkasa, Gerakan boleh memberi jaminan bahawa majoriti bukan Melayu akan menyokong BN?

Pendirian masyarakat Cina menolak BN pada pilihan raya umum lalu masih belum berubah. Gerakan sendiri sampai hari ini hampir lumpuh dan parti itu tidak bekerja keras memulihkan sokongan bukan Melayu, sebaliknya asyik mencari alasan lapuk.

Pada Awang, pendirian UMNO untuk turut sama menjauhi Perkasa tidak akan membantu parti itu. Persoalannya, apa pilihan UMNO yang terpaksa menjaga sensitiviti parti komponen lain?

Atas kertas UMNO boleh menolak Perkasa tetapi risikonya ke mana sokongan NGO itu selepas ini? BN sendiri akan terjejas jika ramai pengundi UMNO pula menjauhi parti itu kerana mengikut haluan Perkasa. Jika itu berlaku, yang lebih rugi adalah UMNO. Dalam kita ghairah mahu mendapat sokongan bukan Melayu, janganlah mudah terjebak dengan percaturan yang silap. Awang khuatir, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran. Sokongan bukan Melayu adalah penting kepada BN namun pasak yang perlu dijaga adalah Melayu. Itu juga adalah asas kenegaraan yang bermula dengan kemurahan hati dan pengorbanan Melayu kepada kaum lain sejak sebelum merdeka lagi. Jika Perkasa dimusuhi, NGO itu dan Ibrahim tidak akan rugi apa-apa. Yang rugi adalah kuasa politik Melayu.

Awang melihat pilihan lain yang ada pada BN ialah semua parti komponen mesti komited mempertahankan perlembagaan dan akur kepada kontrak sosial. Jika itu boleh dipersetujui, Awang percaya Perkasa dengan sendirinya akan terpinggir daripada perhatian orang Melayu. UMNO juga perlu lebih kelihatan membawa agenda Melayu sebagaimana yang terus dijuarai oleh DAP, MCA, Gerakan dan MIC untuk melonjakkan kaum masing-masing.

Dalam UMNO perlu memikul cabaran mengetuai keluarga besar BN yang bererti mengurus kehendak pelbagai komponen, hakikatnya parti itu selama ini kuat adalah kerana agenda Melayu. Persoalannya lagi apakah parti komponen BN yang lain akan akur. Inilah cabaran besar UMNO. Yang pasti, orang Melayu kini memerhatikan tindak-tanduk UMNO dan akan membuat penentuan apabila tiba masanya. Mungkin pada waktu itu nanti, segala-galanya sudah terlewat bagi UMNO untuk mendengar suara kaumnya sendiri. Sangat terlewat.

Apabila agenda kaum diutamakan

Kebelakangan ini kedengaran suara-suara sumbang ultra kiasu yang mahukan saya dan beberapa orang lagi, dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan, hanya kerana membangkitkan beberapa isu berkaitan agenda negara, yang semakin tidak dipedulikan, berbanding dengan agenda bangsa yang semakin mengasak. Spesies ini lebih suka kita membuang terus jati diri negara ini kerana bagi mereka tidak penting, yang lebih penting adalah jati diri bangsa.

Bukanlah sesuatu yang pelik jika ada pihak polis yang mengeluarkan kata-kata “balik negeri” seperti yang berlaku baru-baru ini kerana ada yang masih tidak boleh memahami bahasa jiwa bangsa ini. Apalah erti tinggal dalam sebuah negara merdeka ini, jika agenda negara langsung tidak pedulikan. Inilah akibatnya apabila kita dipisahkan sejak kecil melalui sistem pendidikan perkauman (vernacular). Lebih malang lagi ada di antara kita yang tidak sanggup merombak kurikulum Unified Examination Certificate (UEC) untuk sesuai dengan jati diri negara, hanya kerana jika rombakan dilakukan, sijil tersebut tidak akan diikhtiraf oleh negara luar seperti China dan Taiwan.

Baru-baru ini saya menghadiri Majlis Dialog Selangor Blueprint bagi tempoh 2011-2013 Pihak Berkuasa Tempatan, ada kalangan peserta yang langsung tidak boleh berbahasa dan memahami bahasa Melayu. Saya seolah-olah tidak berasa berada di Malaysia yang menjunjung bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Mereka lebih mengambil berat soal pilihan raya bagi memilih ahli majlis daripada agenda negara yang lebih besar. Di manakah kiblat kita sebenarnya? Saya amat bimbang apa yang berlaku di sini dipantau oleh kuasa besar di luar sana?

Agak-agaknya berapa ramaikah sebenarnya mereka yang benar-benar boleh faham dan menulis dalam bahasa Melayu. Inilah bezanya dengan bangsa saya yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Saya amat bersetuju dengan kata-kata Perdana Menteri bahawa 1Malaysia telah lama bertapak di sana berbanding dengan Semenanjung yang begitu kental dengan perkauman. Di sini kita lebih mementingkan agenda bangsa berbanding agenda negara.

Saya yakin pihak polis yang mengeluarkan kata-kata “balik negeri” adalah perkara yang sudah lama terpendam. Mereka sudah tidak tahan dengan sikap sesetengah pihak yang membelakangkan agenda nasional. Lebih 53 tahun merdeka, kita masih tidak menguasai bahasa kebangsaan, sedangkan bahasa asing dikuasai begitu bersungguh-

sungguh. Apakah makna semua ini? Dimanakah semangat patriotism yang kita laung-laung selama ini? Adakah ia tidak kaitan langsung dengan soal penguasaan bahasa kebangsaan?

Sedarkah kita, tidak ramai yang bercerita dan melaporkan betapa sukarnya pembanci 2010 untuk membuat bancian kerana didapati ada kalangan warganegara kita yang tidak dapat memahami bahasa Melayu, selaku bahasa utama dan pertama negara. Saya tidak perlu melabelkan siapa, kerana saya yakin para pembaca sudah dapat menekanya. Pelik sungguh, sekian lama merdeka, rupa-rupa masih ramai lagi orang sebegini. Apakah ini satu kesilapan atau kegagalan kita menguatkuasakan undang-undang sedia ada? Sejak dahulu lagi artikel saya tidak henti-henti mengulangi masalah negara ini. Malangnya saya dituduh lebih Melayu dari Melayu. Sedangkan saya menulis soal pembangunan negara bangsa, semangat patriotisme dan pembangunan jati diri.

Menurut Jabatan Perangkaan, sepanjang gerakan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 sehingga kini, masih ramai yang tidak tahu berbahasa Melayu dan Inggeris. Mereka hanya tahu berbahasa bangsa sendiri. Sebanyak 70 peratus daripada mereka yang tidak memberikan respons adalah masyarakat Cina. Perkara ini tidak seharusnya terjadi dalam sebuah negara yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Saya masih menunggu jawapan daripada pejuang-pejuang bahasa ibunda, sekolah vernakular dan parti-parti politik ultra kiasu, sebab musabab perkara ini berlaku.

Malang

Lebih malang lagi ada yang sanggup melepaskan beberapa ekor anjing bagi menghalang pembanci mendekati rumah mereka. Elok juga bancian dibuat, jika tidak, ramai lagi yang akan menuduh saya mengkhianati bangsa sendiri atau sengaja mereka-reka cerita.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

baca gak ini :

Perpaduan Melayu jadi tonggak

MINGGUAN: Bagaimana saudara sebagai bukan Melayu melihat dari sudut perpaduan sempena Hari Malaysia?
LIM SWEE TIN: Saya mempunyai banyak pandangan tentang perpaduan atau dalam bahasa sasteranya bercapah-capah atau bercemperai.

Secara luarannya kelihatan seperti utuh tetapi jika dihalusi dengan mendalam kerana sekarang timbul banyak masalah tentang perpaduan ini. Dalam satu aspek saya melihat kepada perpaduan di kalangan Melayu itu sendiri. Selain itu di mana kita melihat perpaduan di kalangan bangsa Malaysia itu sendiri. Di kalangan perpaduan Melayu kelihatan semakin menjarak titik pertemuannya. Bagi saya dalam konteks perpaduan sebenar dan perpaduan Melayu perlu utuh kerana perpaduan Melayu itu adalah tonggak perpaduan. Jika roboh perpaduan di kalangan orang Melayu saya analogikan kita tidak mendapat apa-apa faedah dari perpecahan itu. Dalam satu sajak yang saya tulis pada 2008 bertajuk, Bersatulah Melayu, saya merenung dengan mendalam bagaimana terluka hati kenapa orang Melayu dan bukan Melayu tidak boleh bersatu dan terasa ada kelemahan yang timbul akibat dari tidak bersatu itu. Saya sering menekankan bahawa Melayu itu perlu menjadi payung dan jika ia carik orang lain pun susah hendak berlindung. Ia seperti lampu menyuluh, jika kabur lampu itu maka kaburlah jalan suluhannya. Bagaimana bangsa boleh menikmati, keharmonian dan kesejahteraan hidup. Itu analisis saya dalam sudut sastera. Dalam realitinya dua konteks perpaduan yang saya lihat amat menggugah adalah masalah perpaduan Melayu dan dalam satu bangsa Malaysia.

Perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum bukan tidak ada perpaduan. Tetapi masih ada ruang yang menjadikannya longgar. Ini sesuatu yang kita khuatiri sebab dalam konteks pelbagai kaum perpaduan itu mesti kukuh. Sebarang kepincangan akan menyebabkan masalah yang besar.

Bagaimana ruang menjadi longgar itu berlaku?

LIM SWEE TIN: Ruang ini berlaku kerana perkembangan ekonomi dan kemajuan yang berlaku. Ini semua adalah kerana kita hidup dalam dunia kosmopolitan yang serba serbinya ketara sifat individualistiknya. Selain itu sistem pendidikan kita tidak tajam kerana sistem pendidikan perlu ke hadapan. Saya pernah menjadi guru selama 28 tahun dan merasakan pendidikan di sekolah yang sebenarnya dapat membawa setiap anak bangsa ke satu jalur pemikiran yang sama. Saya maksudkan mengenai orientasi persekolahan menjurus kepada pencapaian dan bukan pengisian. Ia tidak melihat kepada komposisi pengisian sebenar. Pengisian mesti berkesan dan tajam barulah pencapaian menyusul dengan keputusan yang baik.

Ia mesti lebih segar dan global sifatnya. Pelajar sekarang hanya berada dalam satu kumpulan dan kemudian terbahagi kepada kelompok-kelompok kecil. Ini satu petanda yang tidak betul. Ini saya maksudkan dengan tidak tajam. Ia akhirnya menyebabkan pelbagai perkara tidak menjadi jelas. Saya bagi contoh mengenai Dasar Ekonomi Baru, orang bukan Melayu melihat ia sebagai alat untuk membantu Melayu. Tidak ada penjelasan kenapa ia diwujudkan dan bagaimana ia membantu semua kaum. Di sekolah tidak dijelaskan atau di diskusi secara jelas dengan pelajar. Jika persepsi berterusan ia akan menimbulkan masalah yang besar kerana mereka beranggapan buruk tentang DEB seolah-olah orang bukan Melayu tidak mendapat faedah tentangnya. Ini semua berlaku kerana pengisian melalui pendidikan tidak sampai. Setelah pelajar-pelajar ini dewasa dan kemudian terdedah kepada politik mereka sukar memahami tentang keistimewaan orang Melayu dari sudut Perlembagaan dan kontrak sosial. Ini berlaku kerana sesetengah orang yang terlibat dalam politik ini seolah-olah buta sejarah. Semua ini tidak akan berlaku jika mereka mendapat penghayatan apa yang tertulis dalam sejarah. Matapelajaran sastera juga perlu diajari secara lebih meluas lagi kerana ia akan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang menjadi wadah untuk perpaduan.

Apakah komen Dr. mengenai ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib supaya kaum lain tidak mempersoalkan Perlembagaan?

LIM SWEE TIN: Bagi saya sewajarnya semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia sudah memahami perkara yang termaktub dalam Perlembagaan. Ini adalah kewajipan bagi setiap warganegara tidak kira kaum apa sekalipun supaya memahami Perlembagaan. Apalah ertinya kita mengaku warganegara kalau tidak memahami perlembagaan negara sendiri. Saya setuju dengan Perdana Menteri bahawa jangan ada sesiapa pun yang mempersoalkan Perlembagaan. Ini kerana Perlembagaan itu digubal dengan kesepakatan. Bukan dibuat oleh orang Melayu saja. Kalau dulu sepakat kenapa sekarang kita nak bangkitkan itu dan ini? Kita kena mengikut Perlembagaan melainkan kita berhasrat untuk menukar Perlembagaan. Soal saya, adakah kita nak menukar Perlembagaan? Lagi pun dalam Perlembagaan tidak disebut meminggirkan kaum bukan Melayu dan kerajaan telah melaksanakan dengan adil sebagaimana dalam Perlembagaan.

Tetapi Dr. ada sesetengah pihak menganggap Perlembagaan lebih memihak kepada orang Melayu. Apa komen Dr?

LIM SWEE TIN: Saya tak setuju. Saya belum jumpa perkara dalam Perlembagaan yang meminggirkan kaum lain. Sebab itu saya kata kewajipan setiap warganegara adalah memahami Perlembagaan. Kalau kita faham tidak mudah untuk orang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

Apakah dalam keadaan sekarang orang bukan Melayu tidak memahami orang Melayu?

LIM SWEE TIN: Itu yang saya khuatirkan malah mungkin tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan Melayu. Bagi saya minda Melayu itu harus menjadi landasan dan orang Melayu mesti bersatu, bangun. maju dan ke hadapan dengan cepat supaya ia menjadi landasan. Yang lain akan mewarna-warnikan keadaan. Janganlah peradaban selain Melayu yang menjadi tunggaknya. Kita perlu melahirkan masyarakat pelbagai kaum yang menganggap pahlawan bangsa Malaysia adalah Hang Tuah. Bukan pahlawan dari China atau India. Namun kerana tempias pemikiran yang tidak tajam tadi berlaku masalah politik yang berlandaskan perkauman. Ia kemudiannya menjadi modal politik yang ampuh dan mudah menarik sokongan. Parti politik ini perlu memainkan peranan mereka bukan hanya melihat pucuk kaum yang diwakilinya. Parti politik ini perlu mewakili dan memainkan peranan kepada semua kaum. Ini perlu jika mahu wujud perpaduan kebangsaan yang sebenar parti perlu memainkan peranan kepada semua. Mungkin ada melihat ia sebagai terlalu ideal namun saya percaya ia boleh dilakukan. Kita boleh lihat dalam parti UMNO, ia membantu semua kaum contohnya kepada kaum keturunan Thailand. Kita mesti cuba dan berani untuk memainkan peranan sebagai idealis jika ia benar-benar boleh membawa perubahan. Namun persoalannya bersediakah ahli politik bersedia mengambil risiko hasil dari perubahan ini. Perlu ada keikhlasan dalam soal ini. Namun jika ini dapat dilaksanakan maka kita akan dapat merungkai permasalahan dalam soal perpaduan ini dalam semua segi politik, ekonomi, sosial dan segalanya.

Apakah orang Melayu sedar mereka kini semakin terpinggir akibat daripada tidak bersatu?

LIM SWEE TIN: Mereka sudah lama sedar tentang realiti ini dan saya tidak nampak apa-apa usaha yang konkrit yang dilakukan untuk menyusun barisan Melayu yang kuat. Apa yang berlaku sekarang hanyalah gembar-gembur yang tidak kesampaian. Namun perpecahan politik ini tidaklah sampai kepada melemahkan politik. Parti-parti politik mempunyai idealisme masing-masing dan jika ia dimainkan dengan landasan yang betul ia mampu memberi ruang melalui sumbangan yang boleh diberikan. Ia akan menggerakkan perpaduan yang lebih baik namun realitinya sekarang ia tidak berlaku. Ini menyebabkan ada pihak yang berasa kurang selesa hingga menjadikan pergeseran.

Adakah orang Melayu tidak bersatu untuk mempertahankan hak mereka tidak seperti kaum lain?

LIM SWEE TIN: Bagi saya isu penyatuan akan tetap berlaku kerana ia boleh membantu menyelesaikan banyak masalah. Kita perlu melihat kepada pemikiran yang luas bukan sempit. Kita perlu melihat orang Melayu boleh bersatu dalam bagaimana memperkukuhkan kekuatan ekonomi mereka. Bagi saya sudah sampai masanya kita keluar dari kekeliruan mengenai perpaduan. Ini kerana setelah 53 tahun merdeka kita sepatutnya tidak perlu khuatir tentang masalah perpaduan seperti ini. Jika orang Melayu bergabung untuk menggerakkan satu kuasa ekonomi maka ia akhirnya akan membantu menaikkan semua kelompok di negara ini. Kita boleh lihat kaum Cina boleh bersatu bagi meningkatkan kekuatan ekonomi maka orang Melayu perlu menguasainya. Jika orang Melayu boleh melakukan (bergabung) ia akan memberi impak kepada semua dan saya yakin tentang perkara ini.

Orang Cina tidak perlu berasa ekonomi mereka terjejas kerana jika ini berlaku ia akan memberi peluang kepada bukan sahaja mereka tetapi semua orang untuk menikmati faedahnya. Begitu juga sebaliknya jika orang Cina yang melakukannya kerana ia adalah satu gerakan yang boleh memberi peluang dan kemajuan kepada semua orang dan kaum. Dari kita berselisih tentang isu yang tidak sepatutnya kerana perkauman maka adalah lebih baik kita berfikir bagaimana untuk memacu ekonomi tanpa bersikap prejudis kepada perkauman. Ini kita perlu lakukan kerana ia mencorak satu pemikiran Malaysia. Jika kita perhatikan negara-negara jiran semakin berkembang dari sudut ekonominya. Vietnam dan Thailand sedang berkembang begitu juga Indonesia. Idealisme seperti ini didukung kerana ia menyatakan kemurniaan dan hasrat yang tulus untuk melahirkan satu warganegara Malaysia. Bagi saya ramai antara kita yang cuba menggerakkan warga Malaysia termasuklah kaum bukan Melayu. Cumanya orang Melayu perlu memperkasakan ekonomi mereka supaya pergerakan dan persaingan itu akan berlaku lebih sihat. Mungkin sekarang ini jumlahnya masih sedikit dengan orang bukan Melayu namun ia tetap perlu dipertingkatkan supaya adil pembahagiannya.

Berapa lama lagi kita perlu menunggu erti perpaduan yang sebenar?

LIM SWEE TIN: Bagi saya perpaduan itu ada bukan sampai tidak ada. Ramai kaum Melayu dan bukan Melayu yang saya sendiri saksikan sangat kuat semangat nasionalisme mereka. Mereka semua mencintai dan menyayangi negara ini. sebagai contoh banyak perniagaan yang dikembangkan keluar negara dan mereka ini akan membawa pulang hasil dan keuntungannya balik ke negara ini. Ini antara contoh bagaimana semangat nasionalisme sudah semakin berkembang. Pekerja mereka ini terdiri dari pelbagai kaum tidak kira sama ada ia milik orang Melayu atau bukan Melayu. Kita sudah mencapai banyak kejayaan dalam hal ini namun masih terdapat ruang yang tiris. Masalah ini berlaku akibat penguasaan dari masalah bahasa Melayu. Mungkin saya boleh katakan kerajaan tidak bertegas dalam soal ini. Ia satu perkara yang tidak boleh dikompromi dan bertolak ansur. Ia sudah dilaksanakan sejak 1976 dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan semua anak bangsa telah dididik dengan satu bahasa yang sama. Ini sepatutnya membantu mereka berfikir dalam satu pemikiran yang sama. Malangnya masih ramai yang tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik. Kita sendiri tidak menjalankan tanggungjawab memelihara bahasa Melayu sebaiknya dan saya sangat sedih perkara seperti ini berlaku.

Saturday, August 28, 2010

MELAYU KELIRU BUAT-BUAT GILER

(ramai jugak Melayu Islam terpesona dan terlena@tertidur diulik mimpi slogan aplikasi pemerintahan ikut cara Khalifah Omar Abdul Aziz. Kenapa tidak aplikasikan model negara atau pemerintahan Islam Nabi Muhamad SAW ?????)


CUKUP TIDAK PAHAM AKU DENGAN PSIKOLOGI SAKIT ATAU PESAKIT PSIKOLOGI JENIS MELAYU KELIRU SEPERTI BERLAKU KEPADA UZTAZ DI TAZKIRAH SELEPAS TARAWIH DI SUARAU AN NAIM, SEKSYEN 5, WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR PADA MALAM 27 OGOS 2010.

JAKIM, JPM BUKA LA MATA SIKIT !!!

NASIB BAIK AKU NI MELAYU JATI YANG PAHAM YANG TERSIRAT.

MELAYU KELIRU YANG SAKIT PSIKOLOGI INI NAMPAKNYA SENANG DIPERGUNAKAN OLEH MUSUH DALAM SELIMUT DAN GUNTING DALAM LIPATAN. SEBABNYA MEREKA HANYA PAHAM YANG TERSURAT TAPI BODOH ATAU JAHIL MEMAHAMI PERKARA YANG TERSIRAT.

MELAYU KELIRU INI TIDAK PERNAH BACA ATAU BELAJAR "THE ART OF WAR" OLEH TSUN ZHU NAMPAKNYA. AGAKNYA BUTA PERUT ( WALAUPUN MATA JADI SAKSI) NAK MELIHAT DAN BUAT ANALISIS MENGENAI NASIB PALESTIN, ORANG BOSNIA, ISLAM SELATAN THAI, ISLAM DI FILIPINA. ISLAM DI MYANMAR DALAN LAIN-LAIN.

RATA-RATA MELAYU KELIRU YANG TIDAK ADA JATI DIRI (FIZIKAL SERUPA ARAB, INDIA, AFGHANISTAN, IRAN DLL TAPI MUKA MELAYU@CINA YUNAN) INI BELAJAR CUKUP TINGGI HINGGA PHD DAN MERANTAU LAMA DI LUAR NEGARA. MEREKA AMAT PINTAR DAN BIJAK DALAM ILMU YANG DIBELAJARNYA TETAPI MEREKA TIDAK TAHU BACA SERTA MENTAFSIR KITAB ALAM SEPERTI YANG DISEBUT OLEH PAK PROF HAMKA.

BUKTINYA DALAM BULAN PUASA DAN SELEPAS SEMBAHYANG TARAWIH KENAPA SEORANG UZTAZ YANG BUAT TAZKIRAH HANYA CAKAP BAB ISU HARUS MENDOAKAN ORANG KAPIR ???

INIKAH TOPIK YANG MAHA PENTING DI BULAN PUASA NI ???

KENAPA TIDAK DIBINCANGKAN PERKARA WAJIB MENDOAKAN ORANG ISLAM ??? KENAPA PERKARA HARUS LEBIH PENTING DARI PERKARA WAJIB IAITU SELAMATKAN SURVIVAL ORANG MELAYU DI MALAYSIA UNTUK PERTAHANKAN SYIAR ISLAM ??? KENAPA MELAYU YANG HEBAT, KAYA DAN BERILMU YANG MEMERINTAH MALAYSIA KINI YANG MEMENTUKAN UGAMA ISLAM AKAN TERUS CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG TIDAK WAJIB DIDOAKAN ???.

INILAH BENDA YANG TERSIRAT YANG MELAYU TU BUAT-BUAT GILER KERANA TERKELIRU DENGAN THE ART OF WAR MUSUH ISLAM. KESIAN MELAYU NI.

SELAIN DARI BERI FATWA HARUS MENDOAKAN ORANG KAPIR (ISU TAK DOAKAN AGUNG DI PULAU PINANG LA NI KOT), UZTAZ INI JUGAK KUTUK HABIS-HABISAN DASAR ASOBIAH ATAU UTAMAKAN SESUATU KAUM OLEH KERAJAAN MALYSIA. INI KATANYA KERANA KITA TERLALU TAKSUB DENGAN PENINGGALAN PENJAJAH INGGERIS DAHULU IAITU MENGUTAMAKAN MELAYU (KUTUK PERLEMBAGAAN KOT ???).

OLEH ITU BELIAU CUBALAH AJAK JEMAAH DI MASJID@SUARAU AN NAIM, SEKSYEN 5, WAMGSA MAJU SEMALAM IAITU 27 OGOS 2010 SUPAYA JANGAN GUNAKAN KAYU UKUR ATAU PARAMETER ASSOBIAH BILA MENGADILI ISU MENDOAKAN ORANG KAPIR. KATA DIA HUKUM DOAKAN ORANG KAPIR ADALAH HARUS UNTUK ISU DI PULAU PINANG TU KOT.

TETAPI KATA DIA MENDOAKAN ORANG KAPIR JADI HARAM BILA MEMINTA ALLAH SWT MASUKKAN DIA DALAM SYURGA, MENDAPAT PENGAMPUNANAN ALLAH ATAU MENDAPAT NIKMAT ALLAH SAMA DENGAN ORANG ISLAM DAPAT.

MAKA UZTAZ INI YANG JADI HAKIM MUTLAK PULAK SEDANGKAN NIAT ATAU TEKS DOAKAN ORANG KAPIR TU BAGIMANA ??? TIDAK DIHURAIKAN. MAKNANYA HUKUM DIJATUHKAN TANPA ADA BUKTI DAN SAKSI.

SOALANNYA: SEJAUHMANA UZTAZ INI ALLAH BAGI ILMU NAK KATEGORIKAN DOA UNTUK ORANG KAPIR TU HARAM ATAU HARUS KERANA SETIAP DOA ADALAH UNTUK MENDAPAT KEAMPUNAN DAN RAHMAT DARI ALLAH SWT. RAHMAT ITU TENTULAH BERUPA SYURGA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

ADAKAH HARUS KITA DOAKAN ORANG KAPIR UNTUK MENDAPAT SYURGA DI DUNIA ??? KENAPA PULAK TIDAK WAJIB MENDOAKAN ORANG ISLAM DAN PEMIMPIN NEGARA SEKARANG UNTUK MENDAPAT RAHMAT ALLAH ???

KENAPA PERKARA HARUS LEBIH UTAMA DAN PENTING KEPADA UZTAZ INI DARI PERKARA WAJIB ???

INILAH BILA ISLAM DIGUNA UNTUK CARI MAKAN, HARTA, KEDUDUKKAN, PANGKAT. POPULARITI DAN SYURGA DUNIA. MAKA MELAYU INI PUN JADI KELIRU DAN BUAT-BUAT GILERRRRRRRRRRRRRRRR !!!

Saturday, January 23, 2010

PERTAHANKAN PERLEMBAGAN DIKATAKAN RASIS ???

NAMPAKNYA SEPERTI TSUNAMI DESAKAN DAN ASAKKAN UNTUK JADIKAN SAMA RATA DAN LUPAKAN KONTREK SOSIAL PERLEMBAGAAN 1957.

SEMUA DESAKKAN INI MERUPAKAN POLITICAL WILL YANG DIRESTUI OLEH ORANG MELAYU SENDIRI YANG SOKONG PAS, PKR DAN DAP.

AKU DAPAT RASAKAN BETAPA TEGAS DAN KUATNYA PEMIMPIN KITA MENAHAN TSUNAMI INI ??? YA.. AKIBAT MEROSOTNYA 'PENGUASAAN MELAYU" DALAM POLITIK MALAYSIA.

SAMPAI BILA PEMIMPIN MELAYU BOLEH BERTAHAN KALAU ORANG MELAYU SENDIRI TERIMA KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA INI YANG BELAKANGKAN PERLEMBAGAAN DAN KONTREK SOSIAL 1957 ???

SEJAK HAMPIR 53 TAHUN YANG LALU MALAYSIA MENAFI DAN MENIDAKKAN MALAYSIAN MALAYSIA YANG DIPERJUANGKAN OLEH PAP SINGAPURA YANG DIBAWA TERUS OLEH DAP SEKARANG INI. LIM GUAN ENG PERKENALKAN PULA MIDDLE MALAYSIA IAITU REBRANDING KEPADA MALYSIAN MALAYSIA. BENDA YANG SAMA TAPI DIPAKAGE CANTEK SERTA DIMASUKAN MADU....

NAMPAKNYA MIDDLE MALAYSIA (BACA INI http://kadirjasin.blogspot.com/2010/01/dap-perkenal-middle-malaysia-untuk-pr.html ) NI BUKAN 1MALAYSIA KERANA IANYA TIDAK CUKUP SATU TETAPI HANYA SEPARUH ATAU SETENGAH MALAYSIA SAHAJA. BILA SETENGAH MAKA SETENGAH MASAK... TELUR SETENGAH MASAK APA JADINYA.. BOLEH MENETAS DAN BOLEH JADI ANAK KE ????? JAWABNYA TIDAK MUNGKIN DAN MUSTAHIL SAMA SEKALI !!!

INILAH PEMIKIRAN BARU DAN NASIONALISME ATAU PETRIOTISME BARU YANG DISOKONG ORANG MELAYU DALAM PAKATAN RAKYAT YANG DIDOMINASIKAN OLEH DAP.

PEMIKIRAN INI MERUPAKAN ALIRAN LIBERALISASI DAN REFORMASI YANG DIBAWA OLEH ANUARISASI. ALANGKAH MALANGNYA NASIB MELAYU KERANA PERISTIWA DALAM BUKU SEJARAH MELAYU DAN KEJATUHAN KERAJAN MELAYU MELAKA 1511 SEAKAN AKAN BERULANG ?????

AKU BUKAN PERKAUMAN TETAPI TETAP TEGAS MENGATAKAN BAHAWA RAKYAT MALAYSIA WAJIB PETRIOTIK PERTAHANKAN KONTREK SOSIAL PERLEMBAGAAN 1957.

PERTAHAN DAN PERCAYA KONTREK SOSIAL PERLEMBAGAAN 1957 ADALAH SYARAT MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA YANG TERBAIK DAN TAAT SETIA KEPADA NEGARA. INI YANG BETUL DAN TERBAIK UNTUK PERPADUAN, KEAMANAN DAN KESELAMATAN NEGARA KITA.

AKU RASA ORANG YANG TOLAK KONTREK SOSIAL PERLEMBAGAN NEGARA 1957 ITULAH PERKAUAMAN DAN RASIS YANG NYATA SERTA MUSUH NEGARA NOMBOR SATU !!! ...

APA PENDAPAT ANDA......RUJUK INI:
http://www.malaysiakini.com/news/122544

DAP dakwa bukan Melayu terus dipinggirkan
Humayun Kabir
Jan 22, 10
10:13am
DAP terus membuat kejutan dengan kali ini mendakwa kaum Cina di Malaysia tidak layak mendapatkan pinjaman perniagaan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun). Dana dari tabung berkenaan diperuntukkan kerajaan bagi membantu peniaga kecil, penjaja, ibu tunggal dan usahawan kecil dan sederhana.

Bercakap pada sidang media di Ipoh, Naib Presiden DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran berkata tindakan berkenaan tidak adil kerana 30 peratus daripada penduduk Malaysia adalah kaum Cina dan 85 peratus daripada mereka adalah pembayar cukai.

Kula mendakwa dia pernah berdepan dengan pegawai Tekun di Ipoh dan meminta penjelasan mengapa masyarakat Cina dipinggirkan. Jawapan yang diberikan ialah tiada peruntukan daripa kerajaan persekutuan kepada mereka yang berbangsa Cina.

“Mengapa kaum Cina perlu didiskriminasikan kerana kerajaan BN perlu memahami bahawa bukan semua masyarakat Cina adalah kaya, ada juga yang miskin yang memerlukan bantuan kewangan bagi mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.India juga menjadi mangsa

Menurut Kula, di bawah program pinjaman perniagaan Tekun, kadar faedah yang dikenakan amat minimum bagi tidak membebankan kumpulan berpendapatan rendah agar mereka mampu membayar balik pinjaman berkenaan.

Program pinjaman it
u juga tidak memerlukan penjamin atau cagaran. Pinjaman yang diperuntukkan adalah daripada minimun RM500 hingga RM50,000 bergantung kepada keperluan setiap pemohon.

Kula juga menyelar kerajaan kerana kaum India hanya diperuntukkan lima peratus daripada dana pinjaman Tekun itu.

Katanya, lebih memilukan apabila wang itu tidak boleh dipohon secara terus kepada Tekun tetapi perlu melalui Yayasan Strategik Sosial (YSS) yang dimiliki oleh MIC di Kuala Lumpur.

Saturday, November 28, 2009

SURVEY BERUPA SPIN PROPAGANDA BURUKKAN IMEJ ATAU BRANDING MALAYSIA


BUKAN APA2 CUMA RASA TERKILAN DAN SEDIH PILU KERANA DALAM KITA FOKAS KEPADA 1MALAYSIA IAITU NAK BINA BANGSA MALAYSIA YANG BERSATUPADU TANPA PRASANGKA KAUM, AGAMA, WILAYAH DLL, MASIH ADA LAGI PIHAK2 YANG

CUBA RUNTUHKAN PERKARA INI DENGAN IDEA2 CANGGIH KONONNYA MALAYSIA NI MASIH TERUK DENGAN KRISIS IDENTITI, RASUAH, PERKAUMAN DLL.

TAPI KERAJAAN PIMPINAN DS NAJIB DAH BUAT PLAN MACAM2 TERMASUK BAGI 2 MENTERI UNTUK JAGA KRA DAN KPI SISTEM DELIVERY ATAU SISTEM PENYAMPAIAN KHIDMAT KERAJAAN KEPADA RAKYAT. INI SEMUA ADALAH SUPAYA 1MALAYSIA "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" TIDAH HANYA RETHORIK DIBIBIR.

LIHATLAH PULA "KETUANAN RAKYAT" DI PENANG, SELANGOR, KEDAH DAN KELANTAN..... APA KRA DAN KPI MEREKA. APA LANGKAH MEREKA UNTUK UKUR PENCAPAIAN "MALAYSIAN MALAYSIA" YANG KATANYA TAK PERKAUMAN, SEMUA SAMA RATA, SAMA RASA DAN SAMA SEMUA ??? APA YANG SAMA ??? APA YANG SAMA RASA ???

SILALAH MERDEKA CENTRE MELALUI MALAYSIAKINI BUAT SURVEY JUGAK.

TULAH LIDAH BERCABANG DAN CAKAP TAK SERUPA HATI DAN MATLAMAT... DAN BIKINNYA TENTULAH TAK SELUPA CAKAP !!!

AKU TERKEJUT KERANA SURVEY UNTUK MENIDAKKAN SUMBANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DITERAJUI DS NAJIB MASIH DIJALANKAN DENGAN PENUH AKADEMIK DAN SPIN PROPAGANDA OLEH MERDEKA CENTER DALAM MALAYSIKINI HARI NI. BANYAK SURVEY DIBUAT TAPI TAK ADA SATU PUN YANG MEMBINA. PADA AKU SEMUANYA MERUNTUH DAN MELUNTURKAN KEYAKINAN RAKYAT KEPADA 1MALAYSIA.

BACA DAN JOIN SURVEY NI :

http://www.malaysiakini.com/news/118488


APA KAU ORANG NAK ULAS MAKA KOMENLAH.

NI PULAK SPIN DARI:
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/wan-hamidi-hamid/23613-1-malaysia-untuk-semua

APRIL 17 — Datuk Seri Najib Razak telah pun menjelaskan bahawa konsep 1 Malaysia ciptaannya tidak sama dengan konsep “Malaysian Malaysia” yang dibawakan oleh DAP pada tahun 1960-an dahulu.

Bagi Perdana Menteri, 1 Malaysia bererti rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai Bangsa Malaysia dengan “mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”.

“Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

“Biar kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Itu juga pada saya maksud konsep 1 Malaysia.”

Demikian penjelasan pemimpin nombor satu negara dengan slogan “1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan” yang dikemukakannya pada hari pertama disahkan sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

Najib terpaksa membuat penjelasan itu bukan kerana kritikan Pakatan Rakyat atau mana-mana parti pembangkang lain. Beliau perlu menjelaskannya kerana ada kalangan Umno khususnya melalui sebuah akhbar milik parti itu sendiri yang telah menolak gagasan Perdana Menteri berhubung isu Bangsa Malaysia yang terkandung dalam slogan baru berkenaan.

Tak tahu di mana silapnya Najib kerana apa yang disebut dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri hanyalah: “Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”.

Tiba-tiba ada pihak mentafsirkan kata-kata Najib sebagai usaha untuk meminggirkan orang Melayu. Ada pula yang bimbang slogan itu akan membawa kepada usaha merampas hak Melayu.

Adakah Najib melanggar Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana undang-undang apabila beliau menyatakan: “Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelusok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional.”

Soal sama ada beliau mempu mengotakan janjinya adalah perkara yang lain. Sebagaimana pemimpin negara yang lain yang baru dilantik, menyuarakan cogan kata baru adalah cara kepimpinan moden yang diterima semua.

Namun kebimbangan yang berteraskan perkauman masih belum reda dalam masyarakat Malaysia. Sehinggakan Najib sendiri terpaksa menafikan slogannya ada kena-mengena dengan “Malaysian Malaysia” yang diperjuangkan oleh DAP pada suatu masa dahulu. Ini adalah kerana masih ada kumpulan pejuang kaum yang tetap melihat DAP sebagai musuh Melayu.

Jika diteliti, DAP sendiri telah merobah sedikit sebanyak strategi politiknya tanpa mengorbankan prinsip hak dan peluang saksama untuk semua rakyat Malaysia. DAP sejak awal lagi telah menerima konsep muhibah.

Tiga tahun lalu, sempena ulang tahun DAP ke-40, parti itu telah meminda perlembagaannya untuk bersifat lebih terbuka dengan menukar prinsip sosialisme demokratik yang berteraskan usaha memiliknegarakan hak milik kepada demokrasi sosial yang lebih terbuka kepada sistem pasaran bebas tanpa mengorbankan hak dan peluang rakyat berpendapatan rendah serta miskin.

Yang tidak diubah ialah pendirian DAP dalam soal peluang saksama. Ini ditekankan dalam slogan baru DAP “Utamakan Malaysia”, satu pendekatan untuk mencapai matlamat perpaduan nasional dan kemakmuran ekonomi untuk semua.

Para pemimpinnya sedar bahawa perpaduan rakyat tidak akan dapat dicapai jika ia masih dipisahkan oleh politik dan amalan perkauman. Utamakan Malaysia bagi DAP adalah satu jati diri Bangsa Malaysia yang berasaskan prinsip keadilan, demokrasi, kebebasan, integriti dan harga diri.

Malah, bagi mengingatkan kumpulan politik yang gemar mempermainkan isu perkauman, DAP turut mengulangi pendiriannya sejak dahulu lagi dalam mengiktiraf dan menerima Perlembagaan Merdeka 1957 sebagai hasil kompromi semua kaum di negara ini.

Sememangnya menghairankan bagi kalangan untuk mempertikaikan slogan 1 Malaysia dengan mengutarakan kebimbangan kononnya Melayu akan kehilangan hak.

Bagaimana Melayu boleh hilang hak dan keistimewaan jika DAP sendiri — yang kini bersahabat dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat — menerima sepenuhnya Perlembagaan 1957 yang telah menjamin segala hak dan keistimewaan orang Melayu?

Jika isu yang dipertikaikan adalah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru kerana semangatnya sudah tersasar dari matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat; ia adalah kritikan yang bernas dan sahih. Apabila DEB dikritik, ia mempersoalkan isu amalan dan pelaksanaan, bukan kononnya mahu merampas keistimewaan yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tidak perlu dipertikaikan lagi apa yang sudah dimaklum dan termaktub dalam undang-undang tertinggi negara. Bukan sahaja DAP, malah PAS, PKR atau mana-mana parti komponen BN pun tidak berminat untuk merobah apa yang telah diterima ramai.

Soal sama ada perubahan perlu dilakukan bukan ditentukan oleh segelintir pemimpin. Hanya apabila majoriti orang Melayu merasakan tongkat tidak lagi diperlukan, pada masa itu sahajalah pendekatan baru boleh dibincangkan.

Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia sekali pun, rasanya kedudukan istimewa itu yang membabitkan soal keistimewaan, soal bahasa dan agama Islam tidak akan diubah melainkan majoriti besar orang Melayu sendiri mahu ia ditukar.

Yang sepatutnya dipantau ialah janji Najib sendiri, iaitu hasratnya untuk memastikan pelaksanaan dasar membantu Melayu dan Bumiputera diamalkan secara adil dengan memberi pertimbangan wajar kepada mereka yang layak.

Apakah ini sebenarnya yang amat ditakuti oleh kalangan tertentu kerana kerajaan Najib mungkin tidak lagi memberi kontrak dan projek hanya berdasarkan hubungan baik individu dengan pemimpin tertinggi walau pun tidak ada sebarang kelayakan dan kemampuan?

Atau pun, jika pada masa depan 1 Malaysia menjadi amalan semua pihak termasuk Pakatan Rakyat, ada orang bimbang politik perkauman mungkin tidak akan laku lagi pada masa itu?

Malah, selain Najib dan DAP, parti Gerakan juga pernah menonjolkan gagasan “Satu Hati. Satu Negara. Satu Wawasan”. Begitu juga PKR dengan slogan “Keadilan Untuk Semua”.

Semuanya indah belaka. Apa pun, yang diperhatikan dan diharapkan oleh rakyat Malaysia yang semakin kritis sekarang adalah pelaksanaan kata-kata. Pemimpin yang lalu telah gagal, apakah pemimpin hari ini mampu keluar dari sindrom janji kosong?

Saturday, October 10, 2009

PROVOKASI PAS VS BANDAR TENTERA DARAT BERTARAF DUNIA ILHAM UMNO/BN

DARI ULASAN DAN PETIKKAN AKHBAR TERNYATA "PROVOKASI" ADALAH SENJATA UTAMA UNTUK MERAIH UNDI PIHAK PAS DAN SEKUTUNYA PEKAKKAN RAKYAT.

SEBALIKNYA BN TERUS KOMITED UNTUK KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT DI BAGAN PINANG DAN PORT DICKSON SEBAGAI "JANJI KERAMAT BERSAMA RAKYAT 1MALAYSIA".

PROVOKASI... YA HANYA INILAH CARA PROMOSI DAN PROPAGANDA MURAHAN PAS YANG TERKENAL SEBAGAI PARTI SANDIWARA PURBAKALA SEJAK SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA BAGI MENDAPAT UNDI SEBAGAI TALIAN HAYAT PARTI SERPIHAN UMNO YANG DITUBUHKAN PADA 1951 .

STRATEGI INI TELAH DIWARISI TURUN TEMURUN SECARA TRADISI. PERKARA INI AMATLAH BERLAWANAN DENGAN UMNO/BN YANG LEBIH TUMPUKAN KEPADA KPI ATAUPUN SASARAN KERJA 5 TAHUN KHIDMAT MEREKA DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA SEJAK MERDEKA HINGGA SEKARANG. MAKA SETIAP KALI PILIHANRAYA BN SENTIASA BERIKHRAR UNTUK BERKHIDMAT DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT.

MANAKALA PAS DAN PEKAKAN RAKYAT HANYA BUAT PROVOKASI DAN SANDIWARA SAHAJA UNTUK MENDAPATKAN UNDI SIMPATI. MAKNANYA MEREKA HANYA MENANAM TEBU DI BIBIR MULUT DAN TABUR RACUN DALAM PERIUK NASI ORANG... KASI RACUN BIAR ORANG MATI BERAGAN !!!

BUKTINYA DI PR BAGAN PINANG KERAJAAN TELAH KOMIT UNTUK MENJADIKAN PD SEBAGAI BANDAR PELANCUNGAN TENTERA DARAT ATAU "PORT DICKSON INFANTRY
METROPOLITAN" PERTAMA DI MALAYSIA.

INI SATU HADIAH SEBAGAI PENJANA EKONOMI KEPADA MASYARAKAT BAGAN PINANG DAN NEGARA KESELURUHANNYA. MAKNANYA WAWASAN PM INI SETARAF DENGAN AGENDA EKONOMI NEGARA-NEGARA MAJU BAGI MENJADIKAN ASPEK KESELAMATAN SEBAGAI PRODUK PELANCUNGAN BERTARAF DUNIA KE ARAH MENJANA EKONOMI MASYARAKAT BAGAN PINANG.

DAN KALAU HANYA DENGAN "PROVOKASI" DAN SANDIWARA SERTA PROPAGANDA MURAHAN PAS... APA MASYARAKAT BAGAN PINANG DAN PD HARAPKAN DARI CALUN PAS SERTA PEKAKAN RAKYAT???

DAPATKAH MEREKA BANGUNKAN BANDAR TENTERA DARAT BERTARAF DUNIA YANG ANTARA LAIN PAKEJNYA IALAH 8 PROJEK TERAS :

1. MAKMAL KAJIAN T TENTERA TUN ABDUL RAZAK BERHARGA RM 1 BILLION

2. DIVISION BUNGALOW DI TELUK KEMANG BERHARGA RM 2.5 JUTA

3. KONDOMINIUM MEWAH BENTARA DI BAGAN PINANG RM 600,000 /UNIT

4. VILLA BRIGED BERHARGA RM 1.8 JUTA

5. PAHLAWAN PHILHARMONIC THEATRE BERHARGA RM 32 JUTA

6. MARINA BAKAT TELUK KEMANG BERHARGA RM 74 JUTA

7. KELAB SUKAN EKSEKUTIF PEGAWAI BERHARGA 54 JUTA

8. PUSAT BANDAR BARU TENTERA DARAT BERHARGA RM 2.7 JUTA

SOALANNYA : DENGAN MEMBERI UNDI KEPADA PAS MAKA HANYA AKAN DAPAT ANGIN SAHAJA IAITU PROVOKASI DAN AIR LIUR BASI SAJA. SEBAB MEREKA TAK AKAN MAMPU BANGUNKAN BANDAR TENTERA DARAT BERTARAF DUNIA. KENAPA ??? MEREKA HANYA MEMBANGKANG DAN MENENTANG... TAPI UNDI TENTERA MEREKA IDAMKAN, KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN UNTUK TENTERA SERTA KELUARGA TENTERA... APA PERANCANGAN MEREKA ????? LU PIKIR LAH SENDIRI !!!

Dipetik dari Malaysiakini pada 10 Oktober 2009.......

PAS jawab BN, terus dakwa diserang
Salhan K Ahmad
Okt 9, 09
3:58pm
Selepas dipertikaikan oleh pemimpin-pemimpin kanan Umno, PAS hari ini mendedahkan aduan polis oleh seorang penyokongnya yang mendakwa dipukul sekumpulan penyokong BN dalam insiden di markas Pemuda PAS di Bagan Pinang, awal pagi semalam.

Aduan tersebut, yang dikeluarkan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, menyebut empat petugas PAS dihalang semasa menaiki kereta dan dipukul oleh sekumpulan penyokong BN.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 2.30 pagi, berdasarkan maklumat aduan polis yang dibuat Abu Said Elias, insiden itu bermula apabila markas berkenaan diserang oleh penyokong parti lawan.

Beliau menuju ke markas di Kampung Bagan Pinang, Port Dickson bersama tiga rakannya setelah menerima panggilan daripada seorang lagi rakannya yang mengatakan bilik gerakan tersebut diserang oleh penyokong BN, laporan polis itu dipetik.

"Saya bersama tiga orang kawan saya iaitu Mohammad Azwan, Mohd Aafiffuddin dan Ahmad Izzuddin menuju ke lokasi disebutkan menggunakan kereta," kata Abu Said dalam aduannya.

Tambahnya, berdasarkan aduan tersebut yang dibuat kira-kira setengah jam selepas kejadian, keempat-empat mereka telah dihalang oleh sekumpulan penyokong BN sebelum sampai ke lokasi berkenaan.

"Dalam keadaan tidak terkawal, saya dan rakan-rakan telah dipukul oleh kumpulan tersebut dan menyebabkan beberapa bahagian badan kami semua sakit," kata Abu Said.

Mengulas aduan berkenaan, Salahuddin berkata kejadian berkenaan benar-benar berlaku dan menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhenti mengeluarkan kenyataan yang dapat mempengaruhi siasatan polis.

"Selepas kejadian itu, terus kita buat laporan polis.

"Jadi janganlah menteri dalam negeri bersandiwara juga dan menganggap perkara itu tidak penting dan mempermain-mainkan seolah-olah tidak wujud kejadian itu," katanya dalam sidang media harian di markas induk jentera pilihan raya PAS DUN Bagan Pinang.

"Kita minta supaya pihak keselamatan mengambil tindakan sewajarnya."

Hishammuddin dilaporkan berkata beliau mengetahui pihak yang melakukan provokasi tersebut dan "mereka kemudian menuduh pihak lain (BN) dan juga polis, sedangkan kejadian yang berlaku disebabkan tindakan mereka (PAS) sendiri."

Jelas Salahuddin lagi, mangsa-mangsa berkenaan membuat sekurang-kurangnya lima laporan polis selepas kejadian dan aduan-aduan polis itu akan didedahkan secara berperingkat-peringkat.

"Paling tidak, kita ada lima laporan polis yang dibuat. Maknanya polis mesti buat bertindak atas laporan itu," katanya, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Ditanya mengapa PAS tidak mendedahkan kesemua bukti berkenaan hari ini, Salahuddin berkata isu itu akan digunakan berterusan sepanjang tempoh kempen, yang hanya tinggal kira-kira 36 jam.

Beliau enggan mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa isu serangan oleh penyokong BN hanyalah propaganda PAS untuk meraih simpati dan menakut-nakutkan pengundi.
dari utusan malaysia 10 Oktober 2009.............

Provokasi Pas

  • Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub serta penulis portal Malaysian Insider dan Harakah Daily diminta beri keterangan tentang dakwaan mengelirukan kononnya penyokong parti itu cedera diserang ahli UMNO.
  • Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, gambar mangsa yang ditunjukkan Salahuddin dan disiarkan dalam portal berbeza dengan orang yang membuat laporan polis.
  • Tiada siapa yang tampil membuat laporan polis mengatakan cedera teruk ditetak ‘pedang samurai’.
  • Salahuddin semalam gagal tunjukkan bukti salinan laporan polis atau nama lelaki yang ‘cedera’ ditetak.
  • Ia hanya satu salinan laporan polis seorang penyokong Pas yang mendakwa keretanya dihalang oleh petugas BN.
  • Laman web Harakah sendiri telah menarik balik berita itu.

  • Sunday, August 30, 2009

    PAKATAN BINTANG 3 MUNCUL LAGI



    GUNAKAN AYAT POWER "KETUANAN RAKYAT." MARI FIKIRKAN BERSAMA............. BILA KITA MEMBICARAKAN SEJARAH KEKEJAMAN BINTANG 3 KOMUNIS MAKA IANYA BUKAN ISU PERKAUMAN. SEBALIKNYA IA ADALAH ISU ENEGARAAN MALAH ADALAH PRA SYARAT PERPADUAN NASIONAL YANG PATUT DIJADIKAN LANDASAN KUKUH DALAM KITA MENGUATKAN PERPADUAN KAUM DI NEGARA INI.

    TANPA MEMAHAMI SEJARAH DAN PERBUATAN ANARKI BINTANG 3 INI MAKA PERPADUAN SEJATI TIDAK MAMPU KUKUH DI MALAYSIA INI. MAKA UNTUK BERSATUPADU SEJARAH NEGARA ADALAH SATU AZIMAT DAN LANDASAN IDEOLOGI NEGARA BANGSA YANG PERLU DIPERTAHANKAN HINGGA KIAMAT.

    RAMAI ORANG NAK KAN PERPADUAN TAPI TAK MAU MEMBINCANGKAN SEJARAH MALAYSIA SECARA BERANI TANPA TAKUT2. MANA BOLEH KITA KAWIN DENGAN SESEORANG TANPA MENGETAHUI SEJARAH DAN LATARBELAKANG DIRINYA DAN KELUARGA. KITA TAKUT NAK TAHU SEJARAH SEBENAR BAKAL ISTERI ATAU SUAMI KITA. INI KARTUN DAN MELUCUKAN. KITA NAK BELI LEMBU ATAU AYAM PUN KITA NAK TAHU SEJARAH DAN DARI MANA BAHAN MAKANAN ITU DITERNAK ATAU DIPROSES BUKAN???

    MAKA MANA MUNGKIN PERPADUAN AKAN TERBENTUK ATAU TERKAWIN ANTARA MELAYU, CINA, INDIA DAN LAIN2 TANPA KITA FAHAMI SEJARAH DAN LATARBELAKANG LAHIRNYA "MALAYSIA." OTAI NAK SYORKAN SUPAYA MALAYSIA MENIRU INDONESIA YANG ADA MEMBINA MUZIUM KESAN SEJARAH NEGARA INDONESIA MEMUSNAHKAN PEMBERONTAK DIAMBANG DAN SELEPAS AWAL KEMERDEKAANNYA DI BAWAH PIMPINAN SUKARNO. OTAI DAH PERGI KE PERISTIWA LUBANG BUAYA DAN SEBAGAINYA DI JAKARTA. MAKA SAMPAI MASANYA KITA DIRIKAN MUZIUM PERPADUAN DENGAN PAMIRKAN SEJARAH KOMUNIS DAN SEJARAH 13 MEI 1969 SERTA SEGALA KEJADIAN PEMBERONTAKKAN ANARKI DI MALAYSIA. BIAR RAKYAT TAHU DAN BIAR GENERASI MUDA FAHAM "ROOT" MEREKA ATAU ASAL USUL SERTA SEJARAH LATARBELAKANG BAKA DAN KETURUNAN MEREKA YANG MEMBIAK DI MALAYSIA SEJAK 52 TAHUN YANG LALU. INILAH PROJEK "PEMBINAAN NEGARA BANGSA 1MALAYSIA" YANG PERLU DISEGERAKAN SEBELUM TERLAMBAT.

    MUZIUM PERPADUAN INI AKAN MEMANDU GENERASI MUDA BELASAN DAN DUA PULUHAN MALAH TIGA PULUHAN TAHUN UMUR PERLU SEDAR AKAN GAGASAN BINTANG 3 YANG MEREKA PUJA HARI INI. UNSUR BERKENAAN ADALAH SEPERTIMANA IAITU SUBURNYA KEMPEN DAN SEMAIAN KEBENCIAN KEPADA KONTREK SOSIAL DAN PERLEMBAGAAN NEGARA 1957. INI TERMASUKLAH DESAKAN DAN PENCABULAN TERHADAP TERAS UTAMA KONTREK SOSIAL BERKENAAN IAITU KEWARGANEGARAAN, RAJA MELAYU, BAHASA MELAYU, AGAMA ISLAM DAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA. KEBENCIAN, DENDAM, PEMBERONTAKKAN, BENCIKAN POLIS, BENCIKAN MAHKAMAH, SPRM, SPR DAN SEBAGAINYA ADALAH MERUPAKAN ULANGAN KEPADA STRATEGI KOMUNIS BINTANG 3 UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU MULAI 1948 YANG LALU....SEBAB ITU OTAI KATA PAKATAN BINTANG 3 MUNCUL LAGI...DENGAN WAJAH BARU YANG LEBIH "MESRA RAKYAT" DENGAN MENGUNAKAN GIMIK "KETUANAN RAKYAT" DAN SAMA RATA TANPA SERTA KEADILAN UNTUK SEMUA!!!

    Kekejaman Bintang Tiga

    Oleh Bennie Zie Fauzi
    bennie@bharian.com.my

    DARI BERITA HARIAN ONLINE 30 OGOS 2009 UNTUK INGATAN SUPAYA "JANGAN SUKA BERMAIN API" SEBAB API BUKAN SEPOTONG KEK HARI JADI YANG MANISSS....

    Bau hanyir darah, sungai jernih bertukar merah, mayat bergelimpangan


    DITANGKAP dan disembelih hidup-hidup, darah menyembur keluar dari leher yang hampir putus, tubuh terangkat ke atas dan menggelepar menahan seksa sakratulmaut. Bunyi geruh menarik nafas akhir amat gerun dan memilukan. Tidak cukup dengan itu, walaupun batang tubuh sudah tidak bergerak dan basah bermandi darah, dagingnya ditakik pula sebelum dibakar dan dihumban ke dalam lubang sedalam paras paha.

    Perbuatan kejam dan di luar peri kemanusiaan itu adalah gambaran kekejaman komunis yang bermaharajalela ketika era darurat dari 1948 sehingga 1960.

    Bagi Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri menyifatkannya sebagai tindakan membalas dendam Parti Komunis Malaya (PKM) yang juga dikenali Bintang Tiga terhadap individu yang disyaki menjadi tali barut tentera Jepun. Tentera Jepun menguasai negara ini untuk tempoh tiga tahun lapan bulan.

    “Jepun menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom pada 6 Ogos 1945. Sebaik mendapat khabar, komunis keluar daripada tempat persembunyian di hutan dan menunjukkan kekuatan dengan membunuh sesiapa saja yang dipercayai bersekongkol dengan Jepun,” katanya.

    Gambaran kekejaman Bintang Tiga dijelaskan beliau pada ceramah program Bicara Tokoh Darurat sempena pameran Darurat-Rentetan Sejarah 1948-1960 anjuran Muzium Negara yang berlangsung dari 30 Jun hingga 30 Ogos lalu.

    Shafie berkata, keadaan huru-hara di Malaya ketika itu menyebabkan hubungan antara kaum tegang biarpun keanggotaan PKM bukan di kalangan kaum Cina saja.

    “Hubungan antara kaum ibarat paku berselirat. Mereka terlalu berhati-hati baik dalam pergaulan mahupun percakapan kerana takutkan musuh dalam selimut.

    “Si penjual sayur yang berjaja setiap pagi menjadi pembelot pada malam hari apabila membawa PKM mengepung kediaman penduduk yang lancang mengkritik komunis,” katanya. Disebabkan tidak mahu ditimpa kesusahan, masyarakat ketika itu rela bergelap dan berkurung di rumah biarpun Maghrib belum menjelang.

    Shafie berkata, ancaman PKM tidak dihadapi orang Melayu saja, bahkan ada kaum Cina terutama suku Tionghua selalu menerima ugutan, diganggu malah harta mereka dirampas menyebabkan mereka memilih mendiami kawasan pinggir hutan.

    Perang Vietnam memburukkan keadaan kerana memberi ilham untuk menghasilkan jerangkap samar atau bobby trap kepada pengganas komunis. Pemberontakan komunis ketika ini di seluruh dunia melalui fasa kedua dengan melakukan serangan lebih agresif dan membunuh.

    “Permatang (laluan) tentera dan polis dipasang jerangkap samar menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban, kudung kaki dan tangan. Pemilik ladang dan lombong dikelar, tanaman getah ditetak, manakala kereta api yang membawa hasil komoditi itu diserang, diterbalikkan dan dibakar. Hakikatnya, ini cara komunis melumpuhkan ekonomi negara,” katanya.

    Namun, kata Shafie, kekejaman komunis meragut kesabaran rakyat, terutama orang Melayu apabila balai polis diserang, dibakar dan menagih korban bukan saja di kalangan anggota bertugas, bahkan anak isteri dibunuh tanpa belas kasihan.

    Balai Polis Bukit Kepong, Kuala Krai, Simpang Pertang dan Pekeliling musnah dihujani peluru dan bom tangan membangkitkan kemarahan masyarakat,” katanya ketika mengenang semula keganasan dicetuskan anak buah Chin Peng itu.

    Sehubungan itu, katanya, Chin Peng tidak patut diberi peluang kembali ke negara ini biarpun perancang utama dan tulang belakang PKM itu sudah lanjut usianya.

    “Bagaimana kita boleh memaaf dan melupakan kekejaman Chin Peng ketika itu. Dia bukan saja pencetus huru-hara bahkan menyebabkan ramai pejuang negara kehilangan anggota. Betapa menyedihkan keadaan tanah air ketika itu hingga tanah berbau hanyir darah, sungai jernih bertukar merah, mayat bergelimpangan dan mereput sendiri. Jelas kelihatan hutang darah dibayar darah, jika masih ada usaha membawa pulang pengkhianat itu, kami anggota keselamatan tidak akan berdiam diri,” katanya penuh semangat.

    Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Zaini Mohd Saidi walaupun ketika darurat masih kecil dan berusia dua tahun, namun beliau mengerti kesengsaraan dan ketakutan yang ditanggung orang sekelilingnya.

    “Saya membesar dalam kekalutan, hilang kebebasan bahkan lebih teruk, melabelkan suku kaum tertentu sebagai komunis. Keadaan ketika itu sangat menekan perasaan sehinggakan untuk pulang ke kampung saya di Lenggeng, Negeri Sembilan dari Kuala Lumpur harus melalui tidak kurang 10 sekatan jalan raya, perintah berkurung dikenakan selepas jam 6 petang, manakala permit diperlukan bagi beras dan gula mempunyai berat lebih sekati,” katanya.

    Namun, paling dikesali beliau ialah kesan pemberontakan komunis yang mencipta sentimen benci di antara kaum, khususnya Melayu dan cina.

    “Angka korban darurat dianggarkan mencecah 2,542 orang membabitkan semua kaum terutama Melayu dan Cina. Pantang silap sikit ketika itu, akan tercetus perkelahian kaum yang berakhir dengan kematian,” katanya.

    PKM di bawah pimpinan Chin Peng membiak ke angka 10,000 anggota pada akhir 60an berbanding 400 anggota asal. Matlamat awal untuk memerangi kuasa Jepun sebaliknya melahirkan gerombolan gerila yang berniat jahat menimbulkan huru-hara.

    “Generasi kini patut mengenang semula pahit getir perjuangan dan kesediaan anggota keselamatan berkorban nyawa demi negara. Azab dua tiga bulan berkampung di hutan tidak terungkap dengan kata-kata, namun itu sudah menjadi tugas kami untuk melindungi keselamatan rakyat,” katanya.

    Fahami sejarah kemerdekaan

    KEMERDEKAAN dikecapi hari ini bukan diperoleh secara mudah tetapi dibina dengan keringat, darah dan air mata.

    Penghayatan kemerdekaan tidak terhad dengan mengibarkan bendera, menganjurkan perarakan warna-warni, konsert dan menyanyikan lagu ‘Negaraku’ semata-mata tetapi sewajarnya rakyat dilatih mengenang semula perjuangan generasi terdahulu membebaskan negara daripada penjajahan, selain memahami proses bagaimana akhirnya kemerdekaan menjadi milik negara.

    Kependudukan Jepun yang bertunjangkan slogan ‘Asia untuk Asia’ berjaya merubah senario politik Tanah Melayu apabila British tidak lagi dianggap kuasa imperialisme kebal. Bertujuan mengembalikan maruah peribadi, namun diuar-uarkan atas nama membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman Jepun, British menjalinkan kerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 8 Disember 1940.

    Namun, British silap perhitungan apabila PKM yang sepatutnya menyebelahi mereka, sebaliknya bermaharajalela mengisi kekosongan ditinggalkan Jepun yang kalut dengan kemelut pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1946.

    Pengaruh fahaman komunis semakin meluas menjelang 1948. Malah, untuk merealisasikan wawasan penubuhan Republik Komunis Malaya, PKM menukarkan namanya kepada Malayan People Anti-British Army (MPABA) sekali gus menjadi platform melancarkan serangan lebih agresif untuk melumpuhkan British.

    Tiga peringkat strategi dirangka komunis untuk mengambil alih Tanah Melayu bermula dengan menghasut kesatuan sekerja mengadakan mogok. Usaha ini gagal apabila British meluluskan Trespass Law (undang-undang pencerobohan) yang menyekat kesatuan memasuki ladang bagi tujuan berceramah dan menstruktur organisasi pekerja. Ordinan persatuan yang mewakili pekerja juga dipinda dan dikemaskini pada 12 Jun 1948 iaitu mewajibkan semua kesatuan sekerja mendaftar dengan pihak berkuasa.

    Strategi kedua PKM ialah menguasai bandar kecil, seterusnya mendirikan markas PKM yang diisytiharkan British sebagai kawasan putih. Bagi memastikan dasar dan rancangan mereka berjalan lancar, Gerakan Rakyat (Min Yuen) berciri serampang dua mata ditubuhkan.

    Gerakan Rakyat ini bertanggungjawab membekalkan makanan kepada ahli PKM yang melarikan diri ke dalam hutan selepas pengharaman parti itu, selain mengumpul maklumat berkaitan strategi kerajaan menghapuskan mereka.

    Pemberontakan bersenjata terkandung dalam strategi terakhir. Melaluinya, anggota dilatih menguasai taktik perang gerila, selain menubuhkan unit kecil berfungsi menakutkan penduduk Tanah Melayu membabitkan pertumpahan darah warga British dan sekutunya.

    Kekejaman demi kekejaman yang dilakukan memaksa British mengambil pendekatan drastik mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948.

    Meskipun darurat menyusahkan rakyat kerana mengekang pergerakan, mengorbankan banyak nyawa serta menyebabkan kerosakan harta benda, dari perspektif lain, insiden darurat sebenarnya mempercepatkan lagi proses memerdekakan Tanah Melayu apabila British bersetuju ia ditadbir anak tempatan.

    Info

    Kes keganasan komunis

  • Serang hendap di Kelian Intan - 10 September 1947

    Peristiwa berlaku pada jam 7.30 pagi membabitkan serangan pengganas ke atas sebuah lori dan dua bas yang membawa anggota polis. Tiga anggota polis dan enam orang awam terkorban, manakala dua mata-mata polis serta 12 orang awam cedera parah.

    Segerombolan pengganas komunis dikatakan melepaskan tembakan bertubi-tubi selama 10 minit, merampas harta penumpang dan mengacukan senapang kepada mereka.

  • Pembunuhan di Sungai Siput, Perak - 16 Jun 1948

    Tragedi ini mengorbankan tiga pengurus ladang berbangsa Eropah iaitu T.G Christian, A.E Walker dan J.M Allison. Pembunuhan ini menggemparkan penduduk tempatan, seterusnya penyebab kepada pengisytiharan Undang-undang Darurat di Perak.

    Ia adalah pengumuman darurat pertama sebelum ia diperluaskan di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948. Pembunuhan ini disifatkan sebagai kemuncak keganasan komunis yang mula berleluasa sejak tamat Perang Dunia Kedua di negara ini.

  • Serangan ke atas kampung Jeram Choh, Johor - 18 Jun 1948

    Ia dilakukan kira-kira 20 pengganas komunis lengkap bersenjata. Kemuncak kejadian ialah serangan ke atas balai polis yang menyebabkan kerajaan mengalih langkah mengumumkan perintah darurat berkuat-kuasa serta-merta.

  • Tragedi lombong Batu Arang, Selangor - 12 Julai 1948

    Lombong ini ditawan komunis sebagai strategi melumpuhkan ekonomi negara. Ia bukan saja mengakibatkan operasi kilang terhenti, malah seluruh kilang dimusnahkan manakala lima pekerja berbangsa Cina terkorban.

  • Sabotaj ke atas kuari Sungai Gepai, Tapah, Perak - 19 Januari 1950

    Serangan membabitkan kira-kira 20 pengganas itu memusnahkan beberapa kenderaan dan peralatan kuari.

  • Serang hendap di Seberang Perai - 22 Januari 1950

    Serangan ini mengorbankan lapan anggota polis termasuk seorang sarjan Inggeris manakala enam anggota polis Melayu cedera parah.

  • Serangan di Kampung Simpang Tiga, Setiawan, Perak - 4 Februari 1950

    Kira-kira 80 pengganas komunis menyerang dan membakar kampung yang mengakibatkan 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

  • Peristiwa Bukit Kepong - 23 Februari 1950

    150 pengganas komunis yang diketuai Mat Indra menyerang balai polis pada jam 4.30 pagi. Tragedi memilukan ini mengorbankan 23 mangsa membabitkan 13 anggota polis, enam pengawal kampung, tiga wanita dan seorang kanak-kanak.

  • Serang hendap di Sungai Semur, Kelantan - 25 Mac 1950

    Pertempuran antara kira-kira 250 pengganas komunis dengan platun Kompeni D Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja berjumlah 25 orang. Serangan berlaku pada jam 10.30 pagi ketika platun berkenaan menyusuri sungai. Sejumlah 17 orang anggota tentera terbunuh dengan lapan cedera.

  • Pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu Bharu, Bukit Fraser - 6 Oktober 1951

    Sir Henry, Pesuruhjaya Tinggi British pada 1948 hingga 1951 diberi tanggungjawab membanteras ancaman komunis di Tanah Melayu. Dia dan isteri ditembak mati ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser dari Kuala Lumpur untuk bercuti.

  • Serang hendap kereta api, Tampin, Negeri Sembilan - 14 November 1951

    Serangan ini mengorbankan empat orang awam, termasuk pemandu kereta api, K Vettivelu. Kejadian berlaku pada waktu malam ketika kereta api berkenaan berada kira-kira sebatu dari Tebong berhampiran Tampin.

    Sabotaj dilakukan dengan mengalihkan landasan mengakibatkan kereta api tersasar, manakala sebahagian gerabak terbabas serta tergelincir kira-kira 10 meter ke bawah landasan. Kereta api itu ditembak bertubi-tubi sekali gus mencederakan 20 penumpang. Antara mangsa terselamat, termasuk Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan isteri serta dua putera baginda.

  • Pokok getah seluruh Tanah Melayu ditetak (1948 - 1951)

    Ia adalah tindak balas pengganas komunis terhadap pemilik ladang yang enggan bekerjasama dengan mereka. Perbuatan menetak pokok juga bertujuan melumpuhkan ekonomi yang ketika itu banyak bergantung kepada hasil pengeluaran getah.


  • Saturday, July 11, 2009

    100 HARI NAJIB SELESAIKAN TUNTUTAN RAKYAT

    100 HARI NAJIB BERSMA RAKYAT HARI INI 11 JULAI 2009

    11 RANGSANGAN RAKYAT BUKTI DS NAJIB PERDANA MENTERI RAKYAT YANG AMAT PEMURAH TERHADAP RAKYAT JELATA TANPA KIRA KAUM DAN AGAMA.

    KATA DS NAJIB...HARI INI ADALAH SEBAGAI PERMULAAN. INI BARU 100 HARI, DAN MASIH BANYAK LAGI TUNTUTAN RAKYAT AKAN DISELESAIKAN SELEPAS INI.

    YA... TATKALA PUAK PAKATAN ROYAK@ROBABI YANG MAIN SANDIWARA POLITIK ULAR SAWA SURUNG PAPAN TARIK PAPAN, DS NAJIB TETAP KONSISTENT DENGAN SIFAT PEMURAHNYA 1MALAYSIA "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN."

    POLITIK GENG PAKATAN ROBABI DI KEDAH BERSELISIH KERANA "BABI" TELAH BERDAMAI PULAK APABILA KES ITU SELESAI IKUT KEHENDAK MEREKA... TAK PASTI PULAK APA KONTREK SOSIAL YANG DISETUJUI MEREKA ITU ISLAMIK ATAU TIDAK!!!

    SELISIH PULAK DI SELANGOR. NI PUN SANDIWARA JUGAK SEBAB NAK BAGI MEREKA DAPAT PUBLISITI DALAM MEDIA.

    BEGITU JUGA KES KAMPONG PALA DAN KEADILAN KERAJAAN TIDAK ISLAM KONONNYA IKUT KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ DI PENANG... NAMPAKNYA CUCI TANGAN DAN TUTUP BUKU DAH....

    SOALNYA SEMASA DS NAJIB LAKSANAKAN KERAJAAN "PERDANA MENTERI RAKYAT YANG PEMURAH"... APA PULAK KPI KERAJAAN PAKATAN ROBABI DI KEDAH, KELANTAN DAN SELANGOR BERI KEPADA RAKYAT??? JANGANLAH HARAP RAKYAT KENYANG DAN TIDUR DENGAN POLITIK SANDIWARA SURUNG PAPAN TARIK PAPAN MEREKA ... KEJAB BERBALAH, KEJAB BERBAIK KONONNYA DAH "SELESAI."

    APA YANG "SELESAI?" SIAPA YANG UNTUNG DAPAT SEMUA? SIAPA YANG RUGI KENA BERI SEMUA???

    BERAPA LAMA LAGI RAKYAT NAK LIHAT TELAN AIR LIUR DAN MAKAN@TELAN ANGIN KOSONG PERMAINAN POLITIK GENG PAKATAN ROBABI INI??? BERBALAH... BERBINCANG KONNYA DAN SELESAI.... HUTANG RAKYAT BILA NAK BAYAR??? HUTANG
    MANIFESTO 2008 BILA NAK BUAT??? MARUAH MELAYU ISLAM TERGADAI BILA NAK TEBUS???

    DARI MALAYSIAKINI.....
    100 hari jadi PM: Hadiah dari Najib
    Jul 11, 09 2:57pm
    Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi perdana menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.

    Berucap di majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibunegara, perdanamMenteri berkata, untuk meringankan beban pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayar Smart Tag dan Touch 'n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun 20 peratus.

    najib 100 day bash 110709 crowd inside 03Najib berkata ini adalah satu keputusan atau penyelesaian sementara sahaja, sementara menunggu kajian keseluruhan mengenai kadar tol yang menurutnya akan mengambil masa, lapor Bernama.

    Katanya beliau pernah diberitahu oleh seorang pengguna jalan bertol yang dirinya terpaksa membayar tol lebih kurang RM300 sebulan manakala gaji bulanannya RM3,000, yang menurut Perdana Menteri: "Orang ini hanya mendapat gaji 11 bulan sahaja setahun, kerana gaji satu bulan lagi habis dibelanjakan untuk pembayaran tol setahun.

    "Ini (diskaun) saya percaya akan memberi kelegaan pada rakyat terutamanya yang menggunakan jalan tol setiap hari," katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh lebih 5,000 hadirin di dalam dan luar pusat konvensyen itu yang penuh sesak.

    Dalam ucapan hampir 50 minit yang dimulakan tepat 11.11 pagi yang menandakan 11 Julai, genap 100 hari menjadi perdana menteri selepas dilantik pada 3 April lalu, Najib juga mengumumkan penyewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan diberi peluang dan pilihan untuk membeli rumah di bawah program tersebut.

    Katanya sejumlah 44,000 unit rumah ditawarkan yang memberi peluang golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

    Potongan 50 peratus

    Satu lagi pengumuman melibatkan masyarakat penjaja dan peniaga kecil, di mana mereka akan menikmati potongan 50 peratus bagi pembaharuan lesen dan lesen baru.

    najib 100 day bash 110709 crowd outsideNajib berkata ia bagi memenuhi permohonan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia bagi pengurangan bayaran lesen yang dikemukakan kepada beliau pada satu majlis di Tanjung Karang, Selangor bulan lalu.

    "Ini akan memberi banyak kelegaan...saya harap negeri-negeri lain akan ikut langkah di Wilayah Persekutuan ini. Mudah-mudahan (bayaran) lesen-lesen lain juga akan dikurangkan," katanya.

    Selain itu Najib turut mengumumkan kerajaan akan menambah 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan ini, pertambahan daripada 7,000 permit teksi individu yang telah diberikan setakat ini.

    Menurutnya, dasar membantu pemandu teksi dibuat memandangkan pada masa sekarang terdapat ramai pemandu teksi yang terpaksa menyewa harian dengan pembayaran seperti RM50 sehari, di samping kos lain seperti minyak.

    Najib juga mengumumkan bahawa caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang.

    Menurutnya beliau mendapati ramai penunggang terutama anak-anak muda yang "ke hulu dan ke hilir dengan motosikal kapcai" tidak memiliki lesen memandu kerana kos mendapatkan lesen termasuk latihan adalah tinggi, di antara RM500-RM700 seorang.

    Amanah saham 1Malaysia


    "Setelah berunding dengan sekolah-sekolah memandu, caj (kadar) bayaran latihan (belajar) dikurang kepada RM211. Dan berdasar riak tadi, saya membayangkan memang tepat keputusan tadi," katanya sebagai mengulas reaksi tepukan gemuruh daripada ramai hadirin sebaik sahaja beliau mengumumkan pengurangan itu.

    Perdana menteri juga mengumumkan bahawa menjelang 2010, seramai 20,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih dalam usaha memerangi kemiskinan bandar.

    Najib juga berkata satu lagi tabung unit amanah baru dinamakan "Amanah Saham 1Malaysia" akan dilancarkan sedikit masa lagi dengan saiz sehingga 10 bilion unit.

    Ia dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, katanya.

    Najib juga mengumumkan peruntukan skim TEKUN ditambah RM150 juta lagi dan juga mengumumkan peruntukan RM15 juta khusus untuk program pembangunan usahawan muda kaum India di negara ini.

    Selain itu, beliau juga mengumumkan kerajaan akan mengambil langkah-langkah drastik ke arah mengurangkan jenayah dan rasuah di negara ini, dan maklumat mengenainya akan diumumkan hujung bulan ini.

    Pendaftaran kelahiran


    Satu lagi pengumuman hari ini adalah berkaitan pendaftaran kelahiran, yang menurutnya ramai juga yang lambat mendaftarkan kelahiran dan kerajaan akan terus mempergiatkan usaha memperbaiki keadaan itu.

    Najib berkata di Sabah, semenjak 2005, sebanyak 36,000 permohonan pendaftaran telah diterima dan daripada jumlah itu 92 peratus diluluskan.

    Di Sarawak pula, semenjak 2005, sebanyak 19,000 permohonan telah diterima dan dari jumlah itu, 80 peratus permohonan telah diluluskan.

    Dalam pengumuman mengenai kewarganegaraan pula, Najib berkata, jumlah permohonan tertangguh pada 1 November 2008 adalah 34,000, dan sehingga bulan lalu, 46 peratus telah selesai dibuat keputusan dan usaha akan dipergiatkan lagi untuk menyelesaikan baki permohonan.

    Di majlis itu, Najib turut membuat pengumuman mengenai infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak.

    Menurutnya kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di kedua-dua negeri, daripada 750 kilometer yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sekarang kepada 1,500 kilometer dalam tempoh RMK-10.

    Dalam konteks infrastruktur ini, Najib juga berkata liputan bekalan air
    minum yang kini berada pada tahap 52 peratus di Sabah dan 61 peratus di Sarawak, akan dipertingkatkan, begitu juga bekalan elektrik, dan pengumuman mengenainya akan dibuat hujung bulan ini.

    Najib yang menyifatkan majlis hari ini sebagai "perjumpaan yang sangat bersejarah" berkata keputusan yang dibuat itu adalah "keputusan istimewa untuk rakyat Malaysia".

    "Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak muda sekalian untuk bersama-sama saya melakar masa depan Malaysia yang menjanjikan peluang yang lebih baik dan adil untuk semua dengan satu harapan," katanya.