(ANTARA LOGO DAN AKTIVITI ANARKI SELURUH DUNIA. DAN PERGI KE WWW.YAHOO.COM SERTA TAIP "ANARKI"... MAKA BACALAH SEGALANYA MENGENAI BAIK BURUK ANARKI YANG TELAH MENJADI PILLAR KEPADA GENG SAMSENG POLITIK DI MALAYSIA YANG BRUTAL, MUKA TEBAL, DEGIL, KERAS HATI DLL)
BACA.....http://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/02/07/ketuanan-rakyat-anwar-ibrahim-membawa-kepada-gerakan-derhaka-dan-ingkar/ JUGA MENULIS HAL ANARKI. SAHLAH BAHAWA UNSUR LIBERALISME TERLAMPAU DAN SOSIALIS MACAM REVOLUSI PERANCHIS DULU SERTA REFORMASI DI INDONESIA ADALAH "KETUANAN RAKYAT"......
"KETUANAN RAKYAT ANUAR IBRAHIM MENJURUS KEPADA TINDAKAN DERHAKA DAN INGKAR."
Ketua Pembangkang tanpa parti dan Mantan Banduan salah guna kuasa Anwar Ibrahim mengumumkan dasar ‘Ketuanan Rakyat’ semasa perhimpunan ‘Black 14’ untuk memperingati ‘pembebasan’ beliau dari belengu ‘edah’ larangan berpolitik (sebagai Mantan Banduan) pada 14 April 2008 di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Ianya menjadi inspirasi perjuangan Pakatan Rakyat (PR), yang rata rata didukungi dan diberikan sokongan yang begitu kuat oleh rakyat Malaysia Bukan Melayu, melebihi rakyat Malaysia berketurunan Melayu.
‘Ketuanan Rakyat’ ialah perjuangan memartabatkan keseluruhan rakyat Malaysia dan bukan setakat orang Melayu, sebagaimana menjadi teras perjuangan UMNO, yang begitu ditolak Bukan Melayu. Definisi Ketuanan Melayu yang diperjuangan UMNO selama ini, bukan sahaja menentukan kepentingan dan martabat orang Melayu sentiasa terbela, malah kedudukan adat resam dan ugama Islam dipertahankan. Adat resam dan ugama Islam merupakan peruntukan mutlak dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang diberikan kepada Raja Raja.
Proses ini bukan setakat peringkat politik sahaja, malah ianya menjadi teras perjuangan sosial dan ekonomi yang UMNO dukung dan pertahankan. Walaupun ianya bermula dengan gerakan politik, namun ianya merangkumi keseluruhan aspek yang memberikan identiti Bangsa Melayu itu sendiri.
Hari ini, Ketua Pembangkang tanpa parti Anwar cuba meleraikan identiti dan jatidiri orang Melayu itu dan memperkenalkan perjuangan yang bersifat populist, yang ternyata mendapat sokongan majoriti Bukan Melayu, sebagaimana yang ditafsirkan dalam Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008. ‘Ketuanan Rakyat’ kini menjadi kemegahan rakyat Malaysia, terutama Bukan Melayu untuk membanggakan diri bahawa konsep Malaysian Malaysia yang asalnya dibawa PAP, dan kemudian DAP, diberikan nafas dan inspirasi populist baru.
Keyakinan baru ini mula menampakan kemampuan mereka yang mendukung ‘Ketuanan Rakyat’ dan ‘Malaysian Malaysia’ ini semakin berani dan angkuh, terutama mempersoalkan isu isu sensitif. Soal memomokan ‘Ketuanan Melayu’ tidak terbatas disitu sahaja. Malah, isu seperti pengunaan Bahasa Melayu dalam gereja dan persuratan ugama Kristian kini mula timbul. Mereka juga dengan lantang memperjuangkan hak orang Islam yang ingin murtad. NGO juga makin pesat mengunakan platform ‘perbincangan intelektual’ untuk mengaburi usaha membawa Malaysia ke fenomena anarki. Ini semua dikaburi dengan ‘topeng’ nilai universal seperti hak asasi manusia dan pengenalan ‘Mahkamah Rakyat’, terutama melalui media.
Kini keyakinan baru ini tidak terbatas diperingkat Kurang Ajar, namun mula meningkat ketahap ‘derhaka’ dan ‘ingkar’. Episod pergelutuan kuasa di Lembah Kinta apabila tiga ADUN PR meninggalkan parti mereka dan memberikan sokongan kepada BN, untuk membolehkan Kerajaan Negeri Perak baru dibentuk atas perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak menampakan ‘tocang’ dan ‘taring’sebenar golongan ‘Penderhaka’ ini.
Bukan setakat keenganan MB boneka-DAP Dato’ Seri Mohd. Nizar Jamaluddin menerima keputusan Paduka Seri Sultan untuk menolak permohonan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, malah beliau juga menderhaka dan ingkar titah Tuanku untuk meletakan jawatan dan membubarkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk Kerajaan Negeri Perak baru dibentuk. PR juga mengambil tindakan mengadakan perhimpunan haram hari Khamis dan Jumaat untuk membantah keputusan dan titah Tuanku, serta perlantikan dan upacara angkat sumpah taat setia MB Perak yang baru, YAB Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir petang tadi. Malah kenderaan yang membawa DYTM Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah juga dihalang dan cerca, bagai binatang!
Perbuatan ketelanjuran tingkahlaku dan biadap, derhaka dan ingkar ini merupakan fenomena baru dalam sejarah politik dan sosio-budaya Malaysia. Sejarah Tanah Melayu merakamkan perbuatan derhaka dan ingkar kepada Sultan, yang akhirnya membawa kepada titah hukum bunuh, sebagaimana kisah Hang Jebat dalam kurun ke XV dan Sultan Mahmood II Johor dalam kurun ke XVII.
‘Ketuanan Rakyat’ Anwar dan ‘Malaysian Malaysia’ DAP kini sudah membawa rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu tergamak bukan sahaja mencabar isu isu sensitif menjaga kepentingan majoriti, malah menderhaka dan ingkar kepada institusi Raja, yang termaktub dilindung bawah prinsip Raja Berperlembagaan; satu payung yang menentukan identiti, jatidiri dan sistem politik dan sosio-budaya masyarakat Malaysia bermaruah dan terpelihara. Perjuangan songsang ‘Ketuanan Rakyat’ Anwar adalah satu bentuk cabaran berstruktur dan sistematik kepada sistem dan fabrik sosio-politik Malaysia, yang selama ini berjaya dilandaskan atas prinsip kesefahaman, semangat muhibbah, toleransi dan kesediaan berkerjasama untuk menjayakan objektif
Budaya ‘politik pengganas’ ini adalah sesuatu yang dipelupuri dan budayakan oleh Ketua Pembangkang tidak-berparti Anwar Ibrahim. Jika dilihat melalui sejarah, membudayakan politik dan rusuhan jalanan, seawal 70an. Beliau ditangkap dan tahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1974 kerana menghasut pelajar universiti untuk merusuh, kunun kunun kerana ada orang mati kerana kebuluran, akibat kemiskinan tegar di Baling, Kedah. Sehingga hari ini, kejadian itu belum dapat dibuktikan lagi.
Apabila beliau dipecat dari Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 dan ahli UMNO pada 3 September 1998, beliau melancarkan semula gerakan rusuhan jalanan ‘Reformasi’, dalam usaha merampas kuasa pemerintahan melalui ’suara rakyat’. Setelah 24 tahun reda, ianya timbul kembali dengan nafas baru, dikaburi dan topengi oleh nilai sejagat seperti hak kemanusiaan dan maklumat bebas, walaupun semasa beliau dalam Kerajaan, beliau bertindak sebaliknya. Ini menimbulkan masalah baru, terutama ianya membudayakan sesuatu yang bertentangan dengan norma dan tatasusila ketimuran, terutama untuk orang Melayu.
Sejak budaya ‘politik pengganas’ dan rusuhan jalanan dibudayakan semula beliau ini, senario politik Malaysia mula menampakan elemen condong kepada menggunakan keganasan. Apabila kumpulan ekstremis yang mendesak hak melalui kesediaan melakukan keganasan HINDRAF menganjurkan ‘politik pengganas’ melalui rusuhan jalanan (yang wajar disifatkan sebagai bersalah melakukan ‘Pengkhianatan’), Anwar dengan sedia memberikan sokongan, semata mata untuk meraih sokongan masyarakat India. Sebilangan rakyat Malaysia menentang usaha ini, termasuk peguam beliau sendiri yang menyifatkan Anwar sebagai ‘Pengkhianat’.
Rakan kongsi PR ialah DAP, satu parti chauvinis Cina yang bersifat anti Melayu dan Islam. Golongan ini sering mencabar kesabaran orang Melayu secara sistematik dan berterusan. Sebagai pemain utama yang mengakibatkan orang Melayu Kampung Baru bangkit dan berlaku peristiwa berdarah 13 Mei 1969, mereka tidak serik dan masih ‘dahaga’kan kestabilan dan keharmonian sengaja dikucar kacirkan, agar mereka berpeluang untuk menangguk di air keruh. Keadaan hari ini di Lembah Kinta ialah kerajaan boneka DAP MB yang dipecat Dato’ Seri Mohd. Nizar Jamaluddin mengunakan strategi dan taktik Anwar lama, yang mendapat suntikan langsung DAP, sebagai ‘dalang’ pucuk pemerintahan Perak selama 11 bulan ini.
Sebagai seorang yang memang mempunyai bakat untuk ‘berlakon’, Anwar sentiasa berbohong dan membuat janji yang tidak akan ditunaikan, termasuk memperkudakan emosi dan sentimen rakyat, dibaur dengan manipulasikan fakta dan keadaan. Meningkatkan emosi dan sentimen ialah tahap dimana beliau akan mengambil kesempatan maksima untuk meraih simpati dan kemudian sokongan, agar kembali berkuasa.
Strategi untuk memperkudakan emosi dan manipulasikan fakta dan kenyataan disandarkan lagi dalam taktik untuk merampas kuasa, terutama mempromosikan keganasan, sepertimana yang berlaku di Kuala Kangsar tengahari tadi. Ini bagaikan igaunan gerakan “Reformasi” yang dihidupkan semula, apabila kehilangan kuasa, sama seperti episod bermula 2 September 1998. Sebagai seorang pembohong bersiri, ramai rakyat termakan dengan kecekapan bermain perkataan dan mengukir mimik muka. Malah Adil, Parti KeAdilan Nasional dan Parti KeAdilan Rakyat (sekarang ini) berpusar sekitar gerakan melampau memanipulasikan fakta dan memperkudakan emosi, semata mata berpunca pemecatan belaiu dari jawatan tertinggi negara.
Mantan Banduan salahguna kuasa Anwar bukan setakat agen provokatur, malah merupakan agen anarki, untuk menentukan ketidak stabilan sosio-politik negara yang berjaya memupuk perpaduan, harmoni, kesefahaman dan kerjasama antara kaum dan kumpulan etnik ini. Mungkin ini adalah agenda Yahudi Neo Con (terbukti Anwar bersahabat akrab dengan golongan ini), yang sentiasa mencari jalan untuk ‘menjajah semula’ bumi yang berjaya dimerdekakan ini, terutama berkat dan usaha Perjuangan yang dipelupuri UMNO.
Jika beginilah fenomena dan budaya politik yang dibawa oleh PR dan diketuai oleh Ketua Pembangkang tidak-berparti dan Mantan Banduan salahguna kuasa Anwar Ibrahim, ini maka rakyat wajar tidak teragak agak untuk menolak beliau dan gerakan politik gerombolan ala ‘pengganas politik’ ini. Episod terbaru ini jelas menunjukan kepimpinan seorang yang gila kuasa seperti Anwar, tergamak melakukan apa saja untuk berkuasa, termasuk berlaku ‘derhaka’ dan ‘ingkar’ kepada institiusi Raja, yang menjadi simbol perpaduan, penaung ugama Islam dan adat resam dan budaya Melayu.