Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi di curahkan
Awak pulang kebuluran
Mudek menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri di bunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sudah di labuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.
baca juga http://pakadok.blogspot.com
BANYAK LAGI PERANGAI DAN BUDAYA KADOK DALAM POLITIK MASYARAKAT MALAYSIA.
INI ADALAH SATU AGENDA PERIBADI YANG TAK KESAMPAIAN DAN SIRI PENDERHAKAAN SERTA KURANG AJAR NOMBOR SATU DI DUNIA.
SIAPA YANG MEMBUKA LUBANG NI SEMUA. JAWAPNYA IALAH MANUSIA YANG SUKA LUBANG BELAKANG ATAU LUBANG JU@@@. MAKA HANYA LUBANG KUBUR SAHAJA LAH GAMAKNYA AKAN MENYUDAHKAN SIRI PENDERHAKAAN INI. LAYAN LAPORAN UTUSAN INI...
ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 24/02/2009
Speaker Perak bagai Kaduk naik junjung
SAYA ingin merujuk kepada berita 'Nizar usul undi tidak percaya terhadap Zambry', Utusan Malaysia 23 Februari 2009 (Isnin). Barangkali inilah suatu budaya politik yang paling jijik sedang berlaku bagi pakatan pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Pada satu pihak Yang Dipertua Dewan (Speaker) V. Sivakumar sudah mahu menjadi 'maharajalela' yang menggantung kedudukan Menteri Besar melalui kuasa Jawatankuasa Tatatertib DUN walaupun Menteri Besar itu adalah lantikan atas kuasa 'budi bicara' Sultan Perak seperti diperuntukan dalam Perlembagaan Negeri Perak.
Sekarang mereka juga memohon agar Sultan Perak yang melantik Menteri Besar itu, agar memanggil pula DUN supaya bersidang kerana itu adalah kuasa Sultan. Inilah budaya politik Pak Kaduk yang paling jijik. Sudah dimuntah dijilat kembali, berludah ke langit terjatuh di kepala sendiri.
Pelantikan oleh Sultan Perak ke atas Menteri Besar Perak diketepikan begitu sahaja dengan sembah derhaka, ibarat diludah dan selepas itu dicalit pula arang di muka baginda Sultan. Sekarang dijilat balik supaya memenuhi permohonan mereka untuk DUN bersidang.
Inilah perangai Pak Kaduk dan Lebai Malang yang paling jahil dan bebal, sama bebal seperti Pak Pandir merebus anaknya dan alangkah girangnya dia kerana anaknya gembira direbus.
Melihat segala telatah Pak Kaduk dan Lebai Malang di Perak ini ternyata kejahilan dan kebebalan Si Luncai telah meracau alam fikiran orang yang tamak berkuasa dan hilang segala kewarasan dan pertimbangan. Apa lagi segala budi bahasa penguasa negeri hancur lebur.
Kita melihat kuasa pelantikan Raja diketepikan dan secara bermaharajalela Speaker DUN menolak kuasa raja. Raja telah memerintah Mohammad Nizar Jamaluddin supaya turun jawatan, yakni dipecat sebagai Menteri Besar. Pemecatan itu berlaku dalam bidang kuasa 'budi bicara' seorang Raja yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan dan juga negeri.
Walaupun raja dikatakan bertindak atas nasihat Exco Negeri namun kuasa 'budi bicara' itu adalah hak yang diperuntukan kepada raja di negeri. Sekali gus, dengan mendengar pandangan kedua-dua pihak - Nizar dan Zambry atas sokongan anggota DUN maka Sultan Perak melaksanakan kuasa budi bicara itu.
Kuasa ini sudah beberapa kali diamalkan oleh sultan di semua negeri termasuk Perlis, Terengganu dan juga Kelantan. Tidak ada mahkamah dapat menafikan hak mutlak kepada raja.
Setelah Sultan Azlan melantik Dr. Zambry Abd. Kadir dengan sah atas kuasa dan peruntukan Perlembagaan Negeri Perak maka tidak ada Dewan yang dapat menafikan kuasa Raja yang lebih tinggi sebagai pemerintah atau ruler bagi sebuah negeri.
Seorang Speaker hanya dilantik oleh ahli-ahli DUN dan tugasnya untuk 'menjalankan' proses mesyuarat DUN dan bukan sebarang pelantikan atau memberi tugas anggota DUN apa lagi anggota eksekutif. Speaker hanya menerima secara formality atau 'adat' akan pelantikan anggota DUN melalui angkat sumpah. Dia tidak melantik anggota DUN kerana anggota itu lantikan rakyat. Speaker hanya ketua untuk menjalankan tugas menggubal undang-undang.
Speaker adalah ketua bahagian 'legislatif' dalam pembahagian kepada tiga pihak berkuasa negeri, yakni legislatif, eksekutif dan 'kehakiman'. Sekali gus Speaker hanya berada pada satu daripada tiga bahagian itu dengan pilihan anggota DUN. Sebaliknya MB adalah ketua bagi bahagian 'eksekutif' yang dilantik oleh Sultan serta bertanggungjawab kepada DUN, yakni melaporkan segala kegiatan negeri bagi makluman dan jika perlu kelulusan DUN.
Jadi berbanding dengan Sultan, Speaker mesti tunduk kepada baginda. Kerana kuasa baginda itu mengatasi Speaker yang hanya mewakil DUN. Raja itu adalah 'kehendak rakyat' (the will of the people) seperti termaktub di dalam Perlembagaan, yakni undang-undang tubuh negeri, yang sudah terpakai dan diterima rakyat selama ini.
Speaker adalah wakil DUN yang hanya secara tidak langsung - secara 'perwakilan' - bagi pihak semua anggota DUN dalam aspek atau bahagian 'legislatif' sahaja. Dia tidak dilantik oleh seluruh rakyat secara langsung. Dia tidak mewakili rakyat seluruh atau kehendak rakyat semua. Namun raja adalah 'payung' atau kuasa tertinggi di atas DUN sebagai legislatif.,
Exco sebagai eksekutif dan para hakim sebagai judiciary walaupun secara perundangan dan atas nasihat. Jadi usaha Speaker ternyata bertindak sebagai Kaduk naik junjung - membesar diri melebihi kuasa dan menjadi helang di padang penuh belalang hingga biadab terhadap garuda yang lebih besar.
Penyelesaian masalah ini amat jelas. DUN mesti menghormati kuasa budi bicara Sultan yang sah daripada segi undang-undang. Kuasa yang sama menurunkan dan melantik Menteri Besar dan menafikan permintaan untuk membubar DUN. Maka jika kuasa budibicara ini dinafikan, diderhakai dan diketepikan maka sekali gus seluruh tindakan Speaker itu adalah sia-sia secara mutlak.
Maka apakah hukum orang yang menderhakai kuasa raja yang sahih itu? Kaedahnya ialah dipecat.
Dengan menderhakai pelantikan Sultan yang sahih terhadap Menteri Besar yang baru maka Speaker itu sendiri telah bersalah dan mesti dipecat kerana melanggar undang-undang Perlembagaan negeri.
ZAINAL KLING
Kursi Tun Abdul Ghaffar Baba, UPSI
No comments:
Post a Comment