DARI BLOG
http://lahabau.blogspot.comKESIANNYA DOK BACA BLOG DAN SMS SERTA LAPORAN DEMI LAPORAN YANG NAK MURNIKAN ISU MORAL BEKAS YB BKT SELAMBAU NIIII!!!!!!!
MAKA TOK GURU DAN TOK ALIM PAS PUN MACAM MEREKA BELA ANUAR LAH TERUS CARI APA AYAT ATAU TAGLINE SEBAB NAK COVERLINE NI.
POKOKNYA IMEJ KERAJAAN ISLAM YANG HALAL LAGI MAKSUM DI KEDAH TU TAK TERCEMAR. MAKA SEMUA DITELANLAH TERMASUKLAH PERKARA YANG DIBANGKITKAN BLOG LAHABAU NI. JALAN KELUAR MAKA PAS PUN CUBA FITNAHKAN UMNO KERANA BUAT KONSPIRASI KONONNYA. KONSPIRASI UNTUK APA JADAHNYA???
SIAPA YANG GILAKAN DAN GEMAR MAIN PERSEPSI TEORI KONSPIRASI NI?
DULU DI KELANTAN ADA ISU MAT SABU - AKOK NORMA DI HOTEL PERDANA KB PUN COVERLINE JUGAK PAKAI TAGLINE KONSPIRASI UMNO BUAT..!!!!
UNTUK MENANG PR KECIL BKT SELAMBAU NI MAKA FIKIRKANLAH SENDIRI AKAN AYAT COVERLINE PAS NI. SEMUA YANG DIBUAT OLEH BEKAS YB NI HALAL DAN SEMPURNA HUKUMNYA... HANYA HARAM DAN JAHAT UMNO LAH?????? TAK PASAL2 UMNO PULAK YANG KENA GETAH. SAPA MAKAN DAN SYOK MAKAN NANGKA TUUUUU... SAMPAI KELUAR ANAK LAH!!!!!!
JANGANLAH MACAM TU SEBAB ISLAM KATA "BERKATA BENARLAH WALAUPUN PAHIT..."
WAHAI USTAZ DAN TOK GURU... MARILAH MENANG PR DENGAN CARA ISLAM IAITU BUKAN MAIN FITNAH DAN TAHIKAN UMNO.... BERDOSA BESAR TU FITNAHKAN SAUDARA SEISLAM.
BACA NI DARI LAHABAU.......
Wednesday, February 11, 2009
Jangan Beri Alasan Ditawar RM5 juta, Diugut & Kereta Disimbah Cat
Seminggu selepas penduduk menyerah memorandum kepada Tuanku Sultan Kedah mengadu perangai buruk ADUN mereka yang tidak bermoral bersekedudukan sehingga melahirkan seorang anak luar nikah, ADUN Bukit Selambau V. Arumugam meletakkan jawatan Exco dan ADUN.
Pada mulanya Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak mahu `coverline' tetapi `bangkai gajah mana boleh ditutup dengan daun pisang'. Maka seperti biasalah BN dijadikan `kambing hitam' kononnya membuat ugutan, mahu membeli Arumugam sebanyak RM5 juta dan paling mengelikan hati kereta bekas ADUN Bukit Selambau ini disimbah cat.
Tetapi pengundi di Bukit Selambau tahu mengapa Arumugam meletakkan jawatan secara tiba-tiba. Bukan kerana wang 5 Juta, bukan kerana diugut dan bukan kerana kereta disimbah cat tetapi kerana memorandum yang dihantar oleh mereka yang menimbulkan kemurkaan Tuanku Sultan.
Ustaz Azizan tidak perlulah mencipta alasan untuk menutup pekung kerajaan pimpinannya. Kalau buruk katakan buruk. Sebagai pemimpin Pas yang memperjuangkan Islam sebagai addin tak baik Ustaz Azizan berbohong dan menjadikan pihak lain sebagai `kambing hitam' untuk menutup kelemahan pentadbirannya.
Rakyat hari ini bijak menilai. Mana yang baik, mana yang buruk. Sekali lagi pengundi di Bukit Selambau akan memilih wakil rakyat mereka yang baru dalam pilihanraya kecil. Sudah tentu kali ini mereka akan membuat perubahan memilih calon yang benar-benar bersih dan bermoral serta tidak mahu pisang berbuah dua kali.
2 comments:
huk eleh .. adun ape camni?? adun buat malu jerk... ade ke berskandaless ... mmg layak dan patut letak jawatan .. rakyat tidak perlukan pemimpin yang gile skandal seperti ini.. ish! ish! ish..!
Memang seronok mengata org hingga terlupa pekong sendiri .begitulah manusia bila dah pegang kuasa lupa segalanya....walau busuk dikata wangi .....sedap pulak salahkan org...kita ni kan manusia biasa tidak sunyi drp kesilapan .....NGAKU SAJELAH ...kalau dah salah apa nak malu ....pandai-pandailah....undur-undur kan diri.......untuk pilihan raya ....kecik.....bersedialah memilih calon yg sesuai....bravo...bravo...
..cuma jangan pilih salah calon sudahla ye......
Post a Comment