Saturday, February 14, 2009

DAN SIAPA "MELAYU SIA-SIA" HAMPEHHHH

dARI http://www.agendadaily.com
Jangan biadap, titah Sultan Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, hari ini melahirkan perasaan amat kecewa dengan apa yang baginda sifatkan sebagai gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, berhubung pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini.

"Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan baru kerajaan negeri Perak baru-baru ini yang sehingga membawa kepada gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta" titah baginda dalam satu kenyataan akhbar khas yang dikeluarkan Istana Alam Shah, hari Jumaat.

Dalam kenyataan tiga muka surat itu seperti dilaporkan Bernama, Sultan Selangor menasihatkan pihak yang mencabar hak, peranan serta kedudukan Raja-Raja yang dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan supaya menggunakan pertimbangan akal yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita, janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji serta biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah bahawa rasa kecewa dan dukacita dirasai baginda lebih-lebih lagi kerana Sultan Azlan adalah ayahanda saudara baginda dan keluarga diraja kedua-dua negeri mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

Menurut baginda, Sultan Azlan Shah dikenali sebagai seorang tokoh yang tinggi ilmu serta berpengalaman dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman sesuai dengan kedudukan Sultan Perak itu sebagai bekas Ketua Hakim Negara.

"Sultan Azlan Shah serta keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat sehingga kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan kepada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit," titah Sultan Sharafuddin.

Menurut baginda, apa yang berlaku di Perak sejak seminggu lalu, amat membimbangkan sesiapa pun "yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama".

"Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, barulah kita kenal siapa kaca, siapa permata. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar," titah baginda.

Sultan Azlan Shah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru 6 Februari lalu apabila kerajaan campuran DAP, Parti Keadilan Rakyat dan Pas kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin dan penyokong pakatan tersebut.

Pada hari Zambry mengangkat sumpah memegang jawatan pada Jumaat lalu, penyokong parti berkenaan mengadakan demonstrasi jalanan berhampiran Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, sehingga menghalang kenderaan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dilaporkan "mohon derhaka" kepada Sultan Perak apabila permohonannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tidak diperkenan Sultan Azlan Shah manakala Pengerusi DAP, Karpal Singh, menimbulkan kemarahan banyak pihak kerana mahu menyaman Sultan Azlan Shah.

Sultan Selangor bertitah, kegawatan ekonomi yang semakin meruncing di peringkat global dan serantau menuntut rakyat memantapkan perpaduan walaupun berbeza pendirian.

"Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana," titah baginda. - 13/2/2009

----------------------------
KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU
DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN


Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta.

Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh Beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah Ayahanda Saudara Beta. Malah, keluarga Diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang Beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman Baginda, sesuai dengan kedudukan Baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara.

Baginda dan keluarga Baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan Baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakarpakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.

Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya "mob" amat memalukan.

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, "barulah kita kenal siapa kaca siapa permata". Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihakpihak tertentu yang "marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar".

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi RajaRaja, maka Beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.


(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ) SULTAN SELANGOR 13 Februari 2009

2 comments:

Z-MAY said...

siapa sebenar punca melayu tak dihormati?

kata kawan aku, melayui sokong pas sama macam melayu nak tumbangkan melayu,

apa kata?

UMNO PARTI PENJARA said...

Mereka lupa sejarah...





























+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hanya orang yang ‘membaca’ mampu mengubah dunia.
( Lord Chesterfield )

Apabila kita melakukan sesuatu perlu ada sebab bagi melakukannya. Tetapi apabila kita menggunakan cara yang salah, kita tetap ‘melanggar dinding’.
( Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah )

http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com
http://Forum1Malaysia.blogspot.com

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++