Thursday, December 4, 2008

JANJI SEMACAM BERI BULAN DAN MATAHARI



LIDAH TAK BERTULANG DAN MULUT MANUSIA TAK BOLEH DITUTUP. BRO ANUAR IBRAHIM BIASALAH BERJANJI UMPAMA BULAN DAN BINTANG AKAN JATUH KE RIBA SETIAP RAKYAT MALAYSIA TANPA KIRA MELAYU DAN BUKAN MELAYU. KITA SAMA, SEMUANYA SAMA. SELUPA.

ANUAR AKAN BUAT DAN BAGI APA SAJA YANG TERGERAK DALAM HATI RAKYAT MALAYSIA NAMPAKNYA TANPA KIRA KAUM, AGAMA, KELAS, WARNA KULIT DAN FAHAMAN.

TAPI DALAM PADA ITU NEGERI CONTUH ATAU MODEL PAKATAN RAKYAT IAITU SELANGOR DILAPORKAN AKAN BERGELAP SELAMA KATANYA HAMPIR 3 BULAN AKIBAT MASAALAH CAR SEPERTI LAPORAN AGENDADAILY DI BAWAH:


MB Selangor kena bertanggungjawab Lembah Klang bergelap


Kerajaan negeri Selangor atau Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus bertanggungjawab jika sebahagian Lembah Klang bergelap jika projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) Tenaga Nasional Berhad di kawasan Sungai Terentang Rawang tidak siap ikut jadual.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, Menteri Besar kerajaan pakatan rakyat itu tidak harus tunduk pada desakan pihak tertentu terutama DAP sehingga projek itu gagal dilaksanakan TNB.

“Banyak kilang akan tutup dan pasti kerugian berjuta-juta ringgit jika terputus bekalan atau bekalan tidak dapat ditingkatkan bagi menampung keperluan di wilayah tengah Lembah Klang tahun depan,” ujarnya.

Bercakap pada sidang media di Shah Alam, Selasa, bekas Menteri Besar itu berkata, kerajaan negeri ataupun Khalid perlu bertanggungjawab sekiranya perkata ini berlaku.

Beliau turut kecewa kenyataan Khalid yang meminta TNB menyelesaikan isu tersebut sedangkan soal pengambilalihan tanah bagi laluan kabel CAR di kampong itu adalah bidang kuasa kerajaan negeri dan pejabat tanah daerah.

“Saya difahamkan TNB sudah bersedia membayar pampas an sehingga dua kali ganda. Sebilangan besar keluarga dan setuju tetapi ada kira-kira 20 keluarga yang enggan membenarkan tanah mereka diambil,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri boleh menggunakan seksyen 3(1)a Kanun Tanah Negara mengambil tanah itu bagi tujuan kepentingan awam.

“Saya tak faham kenapa kerajaan negeri enggan lakukan semata-mata kerana ada tekanan pihak tertentu termasuk DAP. Kerajaan negeri perlu selesaikan masalah ini dengan kadar segera demi kepentingan rakyat,” katanya.

Menurut Dr Mohamad Khir jika projek CAR itu tidak dilaksanakan, beberapa kawasan termasuk Shah Alam, Klang, Serdang dan Putrajaya akan bergelap kerana tidak cukup bekalan elektrik.

Beliau kecewa kerana Khalid berjanji menyelesaikan perkara itu termasuk mengemukakan idea menanam kabel bawah tanah atau membuat laluan baru di kawasan lain.

“Cadangan itu tidak sesuai disegi teknikal manakala memindahkan laluan itu ke kampung lain hanya akan menyusahkan penduduk kampung berkenaan yang bilangannya lebih ramai,”:ujarnya.

Katanya, isu ini sekaligus mendedahkan kepada umum kegagalan kerajaan negeri Selangor yang diterajui Khalid menyelesaikan isu itu yang sudah berlarutan walaupun beliau berjanji berbuat demikian beberapa bulan lalu.

Satu pengajaran lain katanya, menunjukkan betapa golongan minoriti berjaya menhuasai keputusan majoriti selain kejayaan DAP memperjuang dan mempertahan kehendak kira-kira 20 keluarga yang enggan membenarkan tanah mereka dijadikan laluan CAR.

Projek CAR bernilai RM400 juta itu tertangguh sejak dua tahun lalu ekoran terdapat bantahan segelintir penduduk di Kampung Sungai Terentang.

Cadangan baru untuk menyelesaikan isu itu juga buntu termasuk idea kabel bawah tanah serta laluan baru projek CAR melibatkan penduduk di Taman Tun Perak, Kampung Dusun Melayu, Kampung Sungai Samak, beberapa pengusaha kilang di Batu 17 dan Batu 15 1/2 serta sebuah stesen minyak di Rawang.

Projek CAR adalah usaha TNB untuk meningkatkan bekalan elektrik ke Lembah Klang daripada 33 kiloVolt (kV) dan 125kV kepada 275kV membabitkan laluan Bukit Tarek dan Chubadak sejauh 60 kilometer.

Sehingga kini, sebanyak 98 peratus daripada projek itu berjaya disiapkan dan hanya tinggal dua peratus atau satu kilometer sahaja lagi yang masih tergendala.- 02/12/2008

4 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

bro anuar ni... main belakang ke atauwa belakang main....

tajuddin anak maharajalela pasir salak sudah lama menyalak dah... tapi siapa nak dengar dulu.

anuar ibrahim juga kena dengar jeritan anak babi merah di kawasan kg ambo iaitu di terbak, ketek tengah, bunuhan dll dikelantan yang diternak secara kecilan dan tradisional. janganlah dengar suara anak dayak, anak cina, anak hindraf saja. dengarlah suara jeritan anak kelantan yang miskin dan tak ada peluang kerja. tak kan nak makan pkr dan pakatan rakyat saje

tapi anuar tak dengar jeritan anak kelantan yg dulu lagi gila kat dia.kelantan yang sambut anuar di stadium bila dia kena pecat dengan mahathir. diceritakan dia bermotosikal dari rumah kamaruddin mat nor pasir putih ke stadium kota bharu. orang kelantanlah dahulu patut dibela. melayu geogetown lah dulu patut dibela. mengapa anuar selalu beralih angin dan beralih kasih. dari sabah ke sarawak pulak. suara anak kadazan adakah tak mau dengar dah?

anuar terbuat ke semua itu sebab masa jadi tpm dan timbalan presiden umno... suara siapa pun dia tak dengar. yg anuar dengar suara fulus... dollar and cent!
berapa banyak kemiskinan kelantan, sabah, sarawak, penang masa itu anuar rungkaikan atau merdekakan?

lawan tetap lawan. tanya tetap tanya. soal tetap soal. fikir tetap fikir. allah maha mengetahui...bro bekas idola ku anuar.

MyIdea said...

Salam OTAI

Bunohan tu kampung ambo..

Tambahan, Kg Jubakar Darat ada banyak bela Babi.

Wassalam..

Moshe said...

Saya kira kerajaan Selangor telah gagal dlm mentadbir negeri oleh sebab itu Khalid mencarilah mana2 isu yg boleh mengalihkan perhatian rakyat Selangor dan isu yg panas sekarang ialah CAR.

DAP di Penang juga tidak buat apa2 agenda untuk rakyat jadi dia buatlah isu papantanda dan dah merebak ke Perak. Kerajaan Pakatan Rakyat ni sebenarnya ada pemimpin yg otak kosong tapi kuat menyalak.

Khalid sedang bermain api dgn TNB dan jika CAR gagal disiapkan ikut jadual dan Lembah Klang bergelap maka dia akan menyalahkan TNB dan kerajaan BN dan rakyat PR akan mula menyalaklah.

TNB adalah badan yg pakar dlm perbekalan elektrik di Malaysia dan janganlah ada orang lain yg mengaku lebih pakar dari TNB kerana kepentingan politik.

Kabel talian atas lebih baik dan efisen dari kabel bawahtanah dan mudah diselenggara.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

dinda moshe...kalau allah takdir melayu hilang negeri macam plestin atau jadi ku li macam di singapura kata tun det dalam blognya...siapa lagi si khalid ni nak salahkan...salahkan tuhan ke?

itulah dek allah nak tunjuk pr lalu bn tak dapat 2/3 majoriti...mujurlah ada bumiputera tak islam kat sabah dan sarawak yg masih setia kat bn.

maka dasar kita pun kenalah seimbang dan balace ...tahniahlah pak lah dan najib yang dah sedar benda ni.