TERSIARNYA BERITA DI BAWAH BUKAN AKU NAK KOMEN. TAPI AKU MINTA KAU ORANG YANG GEDEBER SEMUA NI FIKIR DAN BAGI KOMEN KAT AKU DI:
email: hjramly@yahoo.com
KAU JANGAN KOMEN DI BLOG INI SEBAB NANTI KALAU TERESA COCK@POK SAMAN AKU TAK BERTANGGONGJAWAB.KALAU TERLEPAS DAN TAK DAN AKU NAK DELETE... ITU KAU ORANG JAWABLAH SENDIRI DI MAHKAMAH. TAPI EMAIL KAT AKU.. MAKA KITA BOLEH BERTUKAR FIKIRAN. TAJUK YANG KAU ORANG NAK DEBATKAN IALAH:
"ADAKAH SAMAN INI BUKTIKAN MATINYA FREEDOM OF THE PRESS DAN MATINYA KEBEBASAN BERSUARA WARGANEGARA MALAYSIA IKUT PERLEMBAGAAN MALAYSIA. APAKAH SAMAN INI BERMOTIF POLITIK PERKAUAMAN DAN ADA AGENDA BERNIAT JAHAT TERHADAP SEORANG WARGANEGARA DAN SEBUAH ORGANISASI NEDIA YANG BEBAS?"
AKU DAH TERIMA DAH EMAIL DARI AHLI NATIZEN GLOKAL MALAYSIA PERKASA (NETGLOMAP) DI HTTP://ABERAMLY.MULTIPLY.COM. SEMUA EMAIL AKAN DIRUMUS DALAM PERJUMPAAN NETGLOMAP YANG AKAN DIPENGERUSIKAN OLEH KEKANDA ABE BLOGGER OTAI KITA.
JANGAN LUPA DAN JANGAN MALU2 NAK EMAIL YEEEEE SEMUA KOMEN!
DIPETIK DARI MALAYSIAKINI:
Teresa saman Chamil, Utusan RM30juta
Dec 12, 08 11:03am
dikemaskini Exco kanan kerajaan Selangor menfailkan saman terhadap penulis terkenal dan Utusan Malaysia dengan jumlah RM30 juta berhubung penerbitan cerpen 'Politik Baru YB J', Oktober lepas.
Teresa, yang juga ahli parlimen Seputeh, menamakan penulis karya itu Chamil sebagai defendan pertama dan penerbitnya Utusan Melayu Bhd sebagai defendan kedua.
politik baru yb j newscut 241008Dalam pernyataan tuntutannya, ahli politik popular itu mendakwa kandungan cerpen itu menggambarkan dirinya seorang yang bersifat perkauman, taksub agama dan kaum, tidak boleh dipercayai dan ahli politik yang tidak baik.
Beliau mendakwa karya itu yang dimuatkan dalam Mingguan Malaysia pada 12 Oktober lepas bertajuk 'Politik Baru YB J' juga menggambarkan yang dirinya seorang ahli politik cauvinis yang anti-Islam dan anti-Melayu.
Plaintif mendakwa cara beliau digambarkan dalam artikel itu sebagai tidak berasas, tidak benar, cuai dan lalai.
Cerpen itu didakwa ditulis dengan niat jahat untuk menimbulkan kebencian terhadap dirinya di mata masyarakat.
teresa kok sue utusan jalan duta court 091008 03Selain ganti rugi am RM30 juta, Teresa juga menuntut ganti
rugi tambahan dan teladan.
Beliau juga menuntut perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada mengeluarkan, bercakap atau menerbitkan semula kandungan serupa atau perkataan memfitnah terhadap plaintif.
Writ saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur melalui firma guaman SN Nair & Partners.
Cerpen itu menceritakan pembunuhan terhadap seorang ahli parlimen wanita Cina bernama Josephine - ditembak oleh penyokongnya sendiri di atas pentas di sebuah program untuk anak muda Cina.
Karya itu disiarkan beberapa hari selepas Teresa menfailkan saman lain dengan tuntutan RM30 juta terhadap akhbar tersebut dan editor kanannya Mohd Zaini Hassan berhubung artikelnya tentang azan.
Teresa mendakwa akhbar itu dan Mohd Zaini telah memfitnahnya dalam 'Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang disiarkan 10 September lalu - dua hari sebelum wakil rakyat itu ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama seminggu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment