Friday, December 12, 2008

NASIB PROF YANG "OBAMA CHANGE."

AKU RASA TERHINA DENGAN ULASAN KAWAN KITA MCA YANG PERTIKAIKAN SARANAN MURNI DARI PROF KHOO. PROF ADA DITEMUBUAL DALAM MINGGUAN MALAYSIA AHAD LALU MENGENAI ISU INI.

PELAJARANNYA ATAU MORAL OF THE STORY IALAH TERBUKTI KITA TAK BOLEG SENTUH HAL PENDIDIKAN CINA DI NEGARA INI WALAUPUN SARANAN ITU DATANGNYA DARI SEORANG PROFESOR SEJARAH. PROF INI TELAH BANYAK MENGKAJI SEJARAH BANGSA MALAYSIA DI SINI. BELIAU ADA AUTORITI BERCAKAP. TETAPI SARANAN BELIAU TELAH DIKABURI DENGAN ULASAN POLITIK YANG KELABU.

SEJAK AKHIR INI MCA DAH SEMACAM NAK JOIN DAP SEBAGAI JAGUH PERKAUMAN CINA. DAP MENANG KERANA ISU PERKAUMAN. MAKA ADAKAH MCA AKAN MENANG MACAM DAP JUGA KERANA KAWASAN MCA BERTANDING... KATA PUTUS ATAU MAJORITINYA ADALAH PENGUNDI MELAYU.

MAKNANYA SUARA MCA MESTI SUARA BN MACAM UMNO JUGAK. OLEH ITU MCA KENA SOKONG BABAK PROFESOR INI SEBAB HANYA SEKOLAH ALIRAN IMGGERIS YANG PERNAH DILAKSANAKAN SEMASA SAYA BEBUDAK DULU ADALAH MENCERMINKAN PERPADUAN PERIKATAN ATAU BN. BETUL KATA PROF KHOO SEKOLAH ALIRAN INGGERIS MENGAJAR SEMUA KAUM BERSATUPADU DAN MENJADI LEBIH TOLEREN TERHADAP BUDAYA DAN AGAMA ASAL KAUM2 MELAYUU, CINA, INDIA DLL. BUKTINYA ADALAH CARA BERFIKIR DAN KEPIMPINAN MEREKA YANG BELAJAR DI SEKOLAH ALIRAN INGGERIS LEBIH MATANG DAN MALAYSIAN KALAU DIBANDINGKAN PEMIMPIN YANG BERASAL DARI SEKOLAH ALIRAN SATU BAHASA IAITU BAHASA MELAYU, CINA ATAU INDIA.

ITULAH PELAJARAN YANG KITA DAPAT DARI MCA. AKU HARAP MCA KENA ADA STRATEGI BARU ATAU "OBAMA CHANGE" UNTUYK PIKAT ORANG MELAYU, CINA, INDIA DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK. UNTUK MENJADI DAP YANG PERJUANGAN "KETUANAN CINA" AKU RASA HANYA AKAN BANTU DAP JADI BERTAMBAH KUAT. BILA DAP KUAT MAKA MCA AKAN TERUS TAK DAPAT TEMPAT. MAKA MCA KENA TAWARKAN DASAR YANG LEBIH "MALAYSIAN" SIFATNYA DAN TIDAK PERLU MENJADI PELAMPAU, EKSTRIMIS DAN CHAUVANIS CINA UNTUK MENJAYAKAN BN.

MAKA MCA PERLU MEMOHON MAAF DARI BABAK PROF YANG HANYA BERI PENDAPAT AKADEMIK... DAN BELIAU BUKAN ORANG POLITIK MAKA TIDAK ADIL DIA DIJADIKAN MANGSA ATAU ALAT POLITIK UNTUK SESEORANG PEMIMPIN MCA JADI POPULAR.

KOMEN AWANG: AKU NAMPAK PAK PROF KHOO PUN TAK KATA SEKOLAH SATU ALIRAN IAITU GUNAKAN BAHASA MALAYSIA SEPERTI KATA TOK MUKHRIZ ITU ADALAH TERBAIK UNTUK MASYARAKAT MALAYSIA. SAMPAI BILA PROF KITA TAK ADA IDENTITI DAN JATIDIRI? KALAU GUNA BAHASA INGGERIS MAKA KITA AKAN JADIKAN BAHASA MALAYSIA HANYA HIASAN "BUNGA PLASTIK" SAHAJA DALAM PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA. MAKA PROF PUN KENA BERDEBAT DENGAN AKU JUGA BAB INI SEBAB AKU PUN TAK SOKONG SEPENUHNYA IDEA PAK PRO TU.....

WALAU APA PUN TAHNIAH KEPADA PAK PROF KERANA BERANI MACAM DR REDZUAN TEE JUGA IAITU "BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT."






DIPETIK DARI MALAYSIAKINI.

MCA kecewa saranan Khoo Kay Kim
Dec 11, 08 7:37pm
MCA kesal dengan pendirian sarjana terkenal Dr Khoo Kay Kim yang meminta orang Cina dan India mengorbankan sekolah vernakular bagi mencapai perpaduan kaum.

"Paling menyedihkan, Dr Khoo meminta orang bukan Melayu mengorbankan hak pendidikan vernakular yang dijamin dalam perlembagaan Malaysia," kata jurucakap parti itu Lee Wei Kiat.

Tambahnya, saranan bekas profesor sejarah Universiti Malaya itu "tidak akan sesekali diterima oleh rakyat Malaysia".

khoo kay kim 01Dr Khoo (foto) baru-baru ini dilaporkan meminta dua kaum itu, sebagai golongan minoriti, "bertolak ansur dengan mengorbankan pendidikan vernakular menggunakan bahasa ibunda masing-masing".

Profesor emeritus itu dilaporkan menyokong saranan ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir awal bulan ini agar sistem pendidikan tunggal dilaksanakan kerana sekolah jenis kebangsaan boleh memburukkan polarisasi kaum.

Mukhriz sehari kemudian menafikan beliau mencadangkan penutupan sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil tetapi maksud beliau "kekalkan sekolah yang sama tetapi sistem (pendidikannya) satu sahaja, menggunakan Bahasa Malaysia sebagai pengantar", kecuali bagi Matematik dan Sains.

lee wei kiatDalam kenyataannya hari ini, Lee (foto) berkata, MCA sangat sedih apabila sarjana terkenal seperti Dr Khoo turut kedepan menyokong pandangan "ahli-ahli politik yang berfikiran sempit yang memainkan retorik perkauman".

Lee berkata lagi, isu berkenaan telah dijelaskan oleh presiden pertamanya Tun Tan Cheng Lock sejak 1952 lagi.

"Pendidikan berbahasa Cina berkembang dan melahirkan banyak profesional dan bakat serta menyumbang kepada pembangunan politik, ekonomi, sosial dan budaya.

"Ia juga memperkayakan aspek kebudayaan pelbagai kaum. Kita tidak boleh menafikan sumbangan pendidikan vernakular," kata Lee.

No comments: