Tuesday, December 9, 2008

TAN SRI KHALID BERKATA BENAR KERANA ALLAH






AKU JUGA NAK LAFAZKAN RASA DUKACITA DAN BALANGSUNGKAWA KEPADA SEMUA MANGSA TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA, HULU KLANG, SELANGOR.

KEPADA UMAT ISLAM AKU NAK RAKAMKAN UCAPAN SALAM SAUDARA ISLAM DAN TAKZIAH KEPADA KELAURGA YANG TERDAPAT KEMATIAN AHLINYA AKIBAT PERISTIWA MALAPETAKA INI. SESUNGUHNYA IANYA SEBAGAI UJIAN DAN PERLUKAN KITA UMAT ISLAM MUHASABAH DIRI, KHASNYA PENGAJARAN DARI HARI RAYA KORBAN YANG AKU TAHU TAK SEGUMBIRA KRISTMAS, AIDIL FITRI, DEPAVALI, GONG XI FATT CHOY...MALAH SAMBUT HARI LAHIR ATAU ULANGTAHUN PERKAHWINAN KEPADA MASYARAKAT ELIT, LIBERAL, AMERIKANISASI, ANUARISASI, REFORMASI, GLOBAL, MERITOKRASI DAN MACAM2 IDEALISME BARAT LAGI. AKU TAHU SEBAB ADA SAUDARA PUN TINGGAL DI SANA. MEREKA NI MEWAH, KAYA RAYA DAN RASANYA KALAU BLOG AKU NI REMEH KERANA GUNA BAHASA MELAYU...MEREKA MAU BAHASA ANTARABANGSA...IAITU BAHASA INGGERIS. SEBAB ITU MEREKA TAK DUDUK DI MALAYSIA TETAPI DI BUKIT ANTARABANGSA. MEREKA PUN ANAKNYA SEKOLAH DI SEKOLAH ANTARABANGSA.AGAMA DAN CARA HIDUP PUN AGAKNYA ANTARABANGSA JUGALAH. DAN MENGUNDI PKR YANG LEBIH KEPADA ANTARABANGSA IAITU TAK BERMOTIFKAN MELAYU ISLAM LAGI. TAK APALAH AKU BUKAN NAK BEBANKAN KAU ORANG DENGAN NAFSU MARAH AKU.. TETAPI MINTA KAU ORANG MAHASABAH DIRI BANYAK2 SELEPAS INI.

DI PAGI RAYA AKU TENGOK TV 9 RANCANGAN NASI LEMAK KOPI O. KATA MEK KELANTAN YANG MAKIN KURUS DALAM RANCANGAN ITU.... RUMAH ATAU ISTANA DI BUKIT ANTARABANGSA AMAT BESAR DAN KALAH MASJID. KATANYA MASJID HANYA IBARAT BESAR JARI MANIS DIA SAHAJA KECILNYA. DIA KATA DALAM QURAAN ADALAH TAK ELOK KALAU RUMAH KITA LEBIH BESAR DAN MEWAH DARI MASJID. TAPI DENGAN TAKDIR ALLAH KERANA TRAGEDI INI MAKA MASJID YANG TAK RUNTUH ITU WALAUPUN KECIL DAPAT BERI PERLINDUNGAN KEPADA MANUSIA. MAKA RAMAI PULAKLAH ORANG DI MASJID TU BUKAN UNTUK BERIBADAT TAPI NAK BERTEDUH SEMENTARA.

MAKA BOLEH KAH AKU KATA BAHAWA BERLAKU TANAH RUNTUH KERANA TUHAN NAK SURUH ORANG KE MASJIDNYA DI BUKIT ANTARABANGSA IAITU MACAM "DILUAR NEGARA" TU MENGIMARAHKAN MASJID?

WAHAI MB SELANGOR DI MANA BERNAUNG DI BAWAH DINASTI DAP.....NAMPAKNYA DOA AKU SUPAYA DIJAUHKAN JUGA FITNAH MANUSIA, JIN DAN SYAITAN MASIH TAK LEKAT KAT SANG MAHARAJA YANG ZALIM DAN SUKA TABUR FITNAH SEJAK 1963 "MALAYSIAN MALAYSIA" NI... IAITU DAP.

MAKA TERCARI2 LAH AKU JAWAPAN SEBAB AKU TAHU PAK LAH DAH LAMA MINTA KERAJAAN NEGERI JANGAN LAGI LULUSKAN PROJEK DILERENG BUKIT DAN GUNUNG...PAK LAH DAH BELAJAR DARI PERISTIWA DULU... YANG TAK FAHAM IALAH KERAJAAN YANG BARU MEMERINTAH KOT. TAK AKU TUDUH SEBAB PERKARA TU DUITKAN. AIIII MARUAH DAN KETUANAN MELAYU PUN BOLEH DI PAJAK GADAI... DIGADAIKAN KAT SANG MAHARAJA KETUANAN RAKYAT DAP...MAKA HAL BUKIT ANTARABANGSA NI APA SANGAT.DAH GADAI MELAYU.. BILA NAK TEBUS ANUAR IBRAHIM? KALAU DAP ITU MACAM ALONG.... HAHAHA MAMPUSLAH MELAYU ISLAM.

BUKAN AKU TUDUH TAPI PROVOKASI SUPAYA MB SELANGOR BOLEH JAWAP UNTUK BELA DIRI.

BAB BELA DIRI NI JANGAN JADI KELANTAN NEGERI AKU YANG 38 TAHUN PAS PERINTAH NEGERI NAK BUAT ISLAM. TAK NAMPAK CHANGE ISLAM SEBAB KERAJAAN PUSAT HALANG. MANA MINYAK DAN GAS... KERAJAAN PUSAT HALANG, KEMISKINAN TAK BASMI PUN SALAH UMNO/BN, TAK ADA KERJA RAKYATNYA SALAH UNO/BN, DADAH, UBAT BATUK, PIL KUDA DLL TAK DAPAT KAWAL PUN SALAH UMNO/BN, TAK ADA PELABURAN BARU...SALAH UMNO/BN, TAK ADA LEBUHRAYA DAN JALAN TAK BAIKI... UMNO JUGA SALAH, KES ISU ALAM SEKITAR PENEBANGAN BALAK TAK TERKAWAL HINGGA BERLAKU TANAH RUNTUH DAN BANJIR BESAR.. SALAH UMNO/BN, BABI TAK TERNAK SECARA MODEN.. SALAH UMNO/BN, PENCERAIAN BANYAK DI KELANTAN... SALAH UMNO/BN, PELAJARAN ANAK2 MEROSOT BERBANDING TERENGGANU... SALAH UMNO/BN, TAK ADA BANYAK BIASISWA, TAJAAN UNTUK IPTA/IPTS ANAK KELANTAN... SALAH UMNO/BN, KELANTAN TAK MAJU MACAM PENANG, KL, SELANGOR DLL... SALAH UMNO/BN. DAN SEMUALAH SALAH UMNO/BN.KALAU MACAM NI TOK GURU NIK AZIZ..... AKU AWANGGEDEBER YANG TAK CERDEK DAN JAHIL NI PUN BOLEH JADI MB....HAHAHAH SETAKAT NAK LEPAS DIRI DENGAN SALAHKAN ORANG TAK PAYAH ADA PHD TAPI KENA ADA "PHD-PERANGAI HASAD DENGKI" SERTA PINGAT "DKDA - DENDAM KESUMAT DUNIA AKHIRAT."

JADI AKU HARAP MB SELANGOR USAHLAH SALAHKAN UMNO/BN....FITNAH TU. KITA ORANG ISLAM MAKA BERKATA BENARLAH KERANA ALLAH....

KALAU NAK SALAHKAN UMNO/BN SEMUA PERKARA SEDANGKAN KITA JADI MB, JADI CM DLL. DALAM PERLEMBAGAAN DAH JELAS SENARAI KUASA NEGERI DAN KUASA PUSAT. SEKIRANYA BAB TU KUASA PUSAT MAKA... KENA BERUNDING DENGAN BAIK SEBAB KITA ORANG ISLAM. CUKUPLAH POLITIK DAN MAINAN KUASA RUPA ITU. BURUK DAN BUANG MASA. SEBAB TU SINGAPURA TAK ADA PEMBANGKANG TEGAR MACAM KITA NI. SEBABNYA KALAU ADA PEMBANGKANG YANG TAK SOKONG KERAJAAN PUSAT MAKA AKAN HALANG KITA NAK BERSAING DI PEREINGKAT GLOBAL. AMERIKA PUN BILA OBAMA MENANG MAKA SEMUA MUSUH POLITIKNYA SOKONG SERTA BERIKAN KERJASAMA TANPA TIKAN BELAKANG.... RODOK KOT BELAKANG DENGAN DENGAN SENJATA TUMPUL DAN TAJAM.... YANG TU TAU TAKPA SEBAB RAMAI ORANG SUKA RUPANYA!

MAKA KALAU PAKAI FIRASAT AKU... HANYA UMNO/BN DAN KETUANAN MELAYU TANPA PEMBANGKANG SAJA MALAYSIA MAMPU BERSAING DAN KOMPETEN DI PERINGAT GLOBAL. NOKTAH!

AKU PUN TAK KOMEN2 SEBAB HORMAT DAN SEDIH DI ATAS PERISTIWA TANAH RUNTUH MENJELANG HARI RAYA KORBAN INI. SEBAGAI UMAT ISLAM YANG DAH TUNAIKAN HAJI, AKU DAN ISTERI AKU DIAM SAJA DAN BERDOA SEMOGA SEMUANYA ALLAH SWT SELAMATKAN.

TAPI AKU KOMEN HARI NI SEBAB LIM KIT SIANG DAP SANG MAHARAJA KETUANAN RAKYAT DAH MULA SERANG PAK LAH, SERANG MENTERI KERAJAAN TEMPATAN... FAHAMLAH SEBAB SEMUA BENDA DIA AKAN SERANG UMNO DAN BN. UMNO DAN BN AKAN DIBELASAH CUKUP2 UNTUK TUTUP KELEMAHAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN NEGERI2 NAUNGAN SANG MAHARAJA KETUANAN RAKYAT DAP.

PISS... KAU TANDANYA DI PR KECIL KT NANTI PAS KATA KERANA UMNO/BN TOLAK ISLAM LAH MAKA BERLAKU BANYAK MALAPETAKA... TERMASUK TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA. DAN JUGA BERLAKU TSUNAMI 2004.. TAPI TSUNAMI POLITIK PR KE 12 YANG BAGI MEREKA PAKATAN RAKYAT MENANG BESAR....MACAMANA PULAK. TSUNAMI INI MEREKA KATA SEBAB RAKYAT PILIH MEREKA. HMMM PENING AKU TAK DI KATA TUSNAMI KERANA UMNO/BN....ITULAH POLITIK WAK BAGI WAK PILIH....WAK SEMUANYA......BETUL LAH WAK2...POK KOR!

WAHAI PEMBACA BLOG INI BUATLAH KAJIAN SENDIRI APA AKU CAKAP DAN BACA LAPURAN BERITA DI BAWAH:

UTUSAN MALAYSIA 9 DISEMBER 2008 MELAPURKAN PERKARA YANG SEBENAR:
Lulus projek tanah tinggi hak negeri

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Semua kuasa untuk meluluskan projek pembangunan dan perumahan termasuk di kawasan tanah tinggi yang berisiko adalah di bawah kerajaan negeri.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, kementeriannya tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian kerana itu hak kerajaan negeri iaitu di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Ini termasuklah projek-projek perumahan di kawasan lereng bukit dan cerun berisiko tinggi. Kami tidak ada hak untuk meluluskannya walaupun ia terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa kelmarin yang dipercayai berlaku disebabkan oleh projek perumahan yang dijalankan di kawasan lereng bukit dan cerun.

Dalam kejadian pada pukul 3.50 pagi itu, empat terbunuh, 14 cedera manakala seorang lagi dikhuatiri terperangkap setelah 14 banglo di kawasan seluas empat hektar tertimbus.

Hamzah berkata, projek perumahan di Bukit Antarabangsa diluluskan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) termasuk dari segi pelan susun atur, pelan bangunan dan kerja-kerja pembangunan.

"Tugas kementerian hanya memberi lesen kepada syarikat pemaju hartanah untuk membina projek perumahan dan menjual rumah-rumah yang telah siap dibina," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, Kerajaan Pusat akan mewujudkan Pelan Induk Kecerunan yang membolehkan kementeriannya memantau projek pembangunan di cerun berisiko tinggi.

"Kami berharap semua pihak berkaitan akan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pelan tersebut jika mereka hendak menjalankan projek pembangunan di cerun-cerun," katanya.

Menurutnya, semua projek pembangunan di kawasan cerun juga perlu mematuhi laporan kajian Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) terlebih dahulu.

1 comment:

Moshe said...

Saya setuju sangatlah dgn bro. Memamg Pas dari dulu sampai sekarang asyik menyalahkan UMNO/BN atas apa2 kegagalan mereka tapi kemakmuran tempias dari projek BN maka dia akan mendabik dada. Membangun bersama islam konon, membangun apa ? membangun kerana ramai penagih dadah ?

Dalam motivasi, orang gagal sering menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri, jadi ternyatalah Pas adalah sebuah kerajaan gagal di Kelantan.