Monday, August 25, 2008

lakonan seorang desperado





DARI OTAI




Monday, August 25, 2008

MENGAPA TAK MAU BERSUMPAH?

bila orang lain buat kenyataan bersumpah, dia pun canang ke hulu ke hilir. bila saifu dan najib bersumaph dia gelisah. semua orang dipanggil untuk ya kan dia.
kalau betul dia ikhlas, bersumpahlah cara yang betul ikut mazahab dia, kita nak tengok. TG Nik Aziz jadi saksi! dan ajarlah saiful sumpah yang betul tu...
Posted by otai at 3:35 PM 0 comments
Labels:

13 PENGKHIANATAN DSAI

ADA 13 PERKARA DSAI ADALAH PENGKHIANAT MELAYU, IAITU DESPERADO DAN POLITIKUS FANTASI YANG BANKRAP IDEA... BONGKAR TETAP BONGKAR!
1. EKONOMI KITA TAK TEROK MACAM ANUAR KATA KERANA SEMALAM, AHAD SAYA KE SEBERANG PRAI CITY SHOPPING CENTRE DI BANDAR PERDA YANG BESARNYA MUNGKIN 3 KALI GANDA CARFOUR WANGSA MAJU, KL (BARU BUKA) BEGITU SESAK.PARKING PENUH DAN SEMUA KEDAI DALAM TU PENUH PELANGGAN, NAK MELANGKAH PUN SUSAH.KALAU EKONOMI TEROK TENTU SHOPPING CENTRE NI TAK ADA ORANG DATANG.
2. PERPADUAN TULEN TAJAAN PAKATAN RAKYAT ADALAH SATU TOPENGAN. TERDAPAT 2 ATAU LEBIH SENARAI KABINET DSAI. TAPI DIA NAFI... HABIS MANA YANG BENAR... MENGAPA SEMBUNYI?
3. ISLAM DAN MELAYU TIDAK LAGI MENJADI AGENDA DSAI SEJAK JADI BONEKA DAP DAN KUASA BARAT.PERJUANGANNYA JADI AGEN DAN ALAT DAP SAJA.
4. HARAPAN BARU UNTUK DAP DAN PARTI PERKAUMAN SERTA CHAUVANIS MEMERINTAH NEGARA.
5. ANUAR DESPERADO AKAN GUNA APA SAHAJA KERANA NAK TUTUP ISU MORALNYA DAN KEGAGALANNYA JADI PM SEJAK ZAMAN TUN DR M LAGI.
6. DEB PERLU DITERUSKAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA. TERIMA FTA AKAN HANCURKAN EKONOMI RAKYAT MALAYSIA, KERANA CINA MALAYSIA BELUM MAMPU BERSAING DENGAN CINA TAIWAN, HONG KONG, SINGAPURA DLL.
7. DSAI BERTOPENGKAN PERJUANGAN SOSIALIS IAITU MEMBELA RAKYAT TETAPI DIA SEBENARNYA TEGAKKAN KAPITALIS ASING.
8. TSUNAMI YANG DISEBUTKAN UNTUK MERUBAH MALAYSIA ADALAH MEMBAWA KEHANCURAN DAN MALAPETAKA KEPADA MASADEPAN NEGARA YANG SELAMAT, AMAN DAN MAKMUR.
9. DSAI KETULAH KERANA KENA SUMPAHAN DATO HANG TUAH YANG PERJUANGKAN MELAYU IAITU "TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA". KATA DSAI "RAKYAT TAK KAN HILANG DI DUNIA."
10. FTA ADALAH PENJAJAHAN BARAT DI ABAD 21
11. POLITIK FANTASI DSAI SEMUANYA BOHONG DAN MEMUKUL GENDANG KOSONG. BUKTINYA SEMUA YANG DIKATAKAN TAK PERNAH JADI NYATA. PADANYA SEMUA FITNAH DAN KONSPIRASI TETAPI DIA SENDIRI YANG BERMIMPI.
12. DIA PENAKUT SEBAB ITU AJAK ORANG PERTAHANKAN MARUAH DI KUBUNYA PERMATANG PAUH. KALAU BERANI BERTANDINGLAH DI BANDAR TUN RAZAK ATAU KUALA KANGSAR NANTI... ATAU LEMBAH PANTAI.
13.ANUAR MEMBUNUH SEMUA SEJARAH DAN KEDAULATAN PERJUANGAN MELAYU SEJAK MALAYAN UNION 1946. USAHA BELIAU MEMBERI HAK YANG SAMA KEPADA SEMUA KAUM SEBAGAIMANA HAK MELAYU ADALAH AGENDA PENJAJAH BARAT SEJAK DULU.INI ADALAH SATU PENGKHIANATAN. MALAYSIAN MALAYSIA ADALAH IDEA LEE KUAN YEW SINGAPURA SEJAK 1963 LAGI.KUAN YEW AMAT BANGGA DENGAN KEJAYAAN LIM KIT SIANG DAP ANAK DIDIKNYA BERJAYA MENJADIKAN ANUAR BONEKA MEREKA.APAKAH INI BUKAN PENGKHIANAT
Posted by otai at 3:23 PM 0 comments
Labels:

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Monday, August 25, 2008

Ini akibat jika Pemandu Anwar ?


Ini adalah adengan yang menyedihkan oleh seorang desperado politik yang bersubahat dengan kafir harbi iaitu DAP yang menentang negara Islam. Marilah kita berdoa kepada Allah semoga kita dijauhi oleh bala tsunami yang dibawa oleh kononnya anak permatang pauh (sebenarnya dia orang Cheruk To'kun, Parlimen Bukit Mertajam). Yang lebih hairan lagi Presiden PAS Hj Hadi tidak dibawa berunding lansung. Adakah akan bermula nasib negara Palestin di sini akibat politik fantasi seorang tokoh yang tidak pernah kenang budi UMNO dan Melayu? Kerana tokoh ini rela realisasikan Wawasan Lee Kuan Yew Singapura untuk menghapuskan dominan dan kedaulatan Melayu di Malaysia.

Mari Merdekakan kita dan kukuhkan harapan baru Malaysia bersama BN. Hapuskan tsunami hakisan kuasa Melayu, hapuskan manusia bertopeng, hapuskan manusia yang disumpah Dato' Hang Tuah!

Jangan biarkan kita jadi negara Palestin di mana Hammas dan Fatah bermusuhan sesama sendiri akibat adu domba Yahudi.
Tetapi ikutlah pimpinan Pak Lah untuk Muqaballah - SATUKAN MUHAJIRIN DAN ANSAR SEMACAM NABI LAKSANAKAN DI MADINAH. Inilah matlamat kita orang Islam, jangan terpedaya dengan adu domba talibarut Yahudi dan singapura.....

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

SELAMATKAN MALAYSIA, SELAMATKAN ISLAM, SELAMATKAN MELAYU!


Thursday, August 21, 2008

anuar atau pak lah zalim?

GERAM SUNGGUH AWANG TENGOK LAKONAN TERBAIK DESAI NI. DIA PELAKON, PENGARAH, EDITOR DAN PENULIS SKRIP... TUKANG ANDAM PUN! KESIAN PAK LAH... MACAM MELEPAS "ANJING TERSEMPIT", KATA PERIBAHASA...BACA POSTING OTAI NI... TAK KUASA AKU.... MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! DARI PELAKUN DAN RAJA LAWAK......

Thursday, August 21, 2008

anuar atau pak lah zalim?



SEBUT PASAL MERDEKA DARI KEZALIMAN DAN PENINDASAN OTAI TENGOK ADA BILLBORD PLYWOOD BESAR DIMERATA SEMPANG SERTA BULATAN YANG STRATEGIK DI PERMATANG PAUH NI. OTAI TANYALAH PENGUNDI SINI... ADA YANG BAIK DAN ADA YANG BENGKENG! KATA YANG BAIK, HAI SEMUA TEMPAT ELOK MAJLIS BANDARAN BAGI KAT PKR, KAMI TAK DAPAT TEMPAT YANG ELOK. NAMPAKNYA BN KENA DISKRIMINASILAH KAT PENANG NI, MAKLUMLAH DEPA RAJA... PAKATAN RAKYAT (TAPI MENYALAHKAN MANDAT RAKYAT SURUH BERLAKU ADIL PADA BN ).

SAMBUNG KAWAN TU LAGI, TU BARU PERINTAH STATE KALAU PERINTAH MALAYSIA.... BERSULTAN DI MATA, BERRAJA DIHATI... NAFSU NAFSILAH!

OTAI BERFIKIR... BENDA KECIL PUN TAK BOLEH ADIL MACAMANA NAK MERDEKAKAN SEMUA RAKYAT DARI KEZALIMAN DAN PENINDASAN... SEBAB BN TERTINDAS DAN DIZALIMI DI PERMATANG PAUH!

TAPI LIHATLAH NEGERI BN PERINTAH MACAM TERENGGANU... BENDERA SERTA LAMBANG PAS BOLEH LETAK TEMPAT STRATEGIK DAN KALAH PULA BN. SEBAB SIAPA CEPAT DIA DAPAT. MAKNANYA BN TAK ZALIM DAN MENINDAS.

TAK APALAH... SEBAB DSAI PUN KATA KAT PAK LAH MACAM2. HAKIKATNYA DULU MASA DIA TPM DALAM UMNO/BN, PAK LAH DIZALIMI DAN DITINDAS JUGA... TAPI ALLAH TETAP PELIHARA PAK LAH... POLITIKNYA TAK BERKUBUR.

KALAU PAK LAH ZALIM TETULAH DIA GUNA HELAH TAK BAGI DSAI DIBEBASKAN DARI PENJARA. TAPI PAK LAH TETAP DENGAN PRINSIP BAHAWA POLIS DAN MAHKAMAH BEBAS LAKSANAKAN PROFESIONALISME MEREKA. DAN DSAI BEBAS DAN DISOKONG PULA UNTUK BERUBAT KE GERMAN?

PAK LAH BAIK DAN TAK ZALIMI DAN TINDAS DSAI. SIAPA YANG ZALIM DAN PENINDAS NI? DAN PERMATANG PAUH NAK "MERDEKA" DARI KEZALIMAN SERTA PENINDASAN DSAI KE PAK LAH?

OTAI MINTALAH FIKIR KERANA ALLAH... SEBAB KITA TERMASUK OTAI NI MAKHLUK LEMAH YANG SENTIASA LUPA DAN LALAI. RENUNGLAH KARTUN DI ATAS... SIAPA ZALIM DAN PENINDAS WATU BERKUASA? BALASAN KAT PAK LAH ADAKAH CACI NISTA?


Thursday, August 14, 2008

Tok shabery tak takut hantu... ANU AR

otai berkata...tok shabery kata dia tak takut pada hantu.bapak dia pesan. sebab tu dia lawan anuar berdebat. sekarang orang melayu ditakutkan supaya tak usik anuar. tapi semangat tak takut hantu akan habiskan ilusi anuar the greatest. ANUAR DAN FTA. tolong jelaskan... jangan tipu yeeee

Tuesday, August 12, 2008

JADI KORANG DAP

Tuesday, August 12, 2008

JADI KORANG DAP


KATA TOK GURU HAJI HADI ATAU AYAH CIK, "KALU 16 SEPTEMBER NI KERAJAANG PAKATANG RAKYAT DOK TRIME ISLANG SEBAGAI DASAR PEMERINTAHANG KERAJAANG BARU MAKE PAS AKANG KLUAOR PAKATAN."

HEI SUNGUH LA. HAJI ADI KE HAJI DOK JADI. KANG MB PEROK MOLEK ADE LAKSANE ISLANG SUPO DALANG PERLEMBAGAANG. NOK LAGU MANO LAGI. KHABORLAH NAK JADI PM KE TPM KE BARU SABAH.

AWAMG RASE DOK SOHO KALU JADI KORANG DAP MACAM TS KHALID!

Monday, August 11, 2008

Lidah tak bertulang


Awanggedeber geram pulak baca post Otai bertajuk layak boleh kroni? Janganlah Otai gembira sangat sebab juak-juak PAS dan PKR akan spin benda tu. Mereka pakar spin. Awang fikir mereka akan salahkan undang-undang dan perlembagaan kita kononnya kerana tak Islamik seperti Fatwa Haji Hadi dulu.

Budak-budak baru dalam politik apa lagi mengamuklah mereka tanpa mereka tahu asal usul PAS tu. Sebenarnya PAS dulu sekitar tahun 1964 - 1969 berlambangkan bulan bintang. BN pula namanya Perikatan berlambangkan kapal layar. Awang masa tu darjah satu tinggal dengan tok di Kampong Kelong, Tumpat, Kelantan (Parlimen Datuk Kamarudin Jaafar - S/U Agong PAS ).

Tatkala dulu PAS fanatik dan perkauman. Mereka kontrol otak dan perintah orang Kelantan kerana marahkan Perikatan perintah negara berkongsi kuasa dengan Cina dan India. UMNO kapir kata mereka. Suasana di kampong berpuak-puak dan tak bertegur sapa kerana politik. Semasa awang main bola sepak, teringat awang seorang wanita koyak dan ambil gambar kapal layar yang ditampal di batang kelapa dimasukkan dalam juburnya. Marah dia, katanya, "Kapir.... padan muka!" Marahnya mereka kat penubuhan Malaysia. Awang tahu Tok Guru Nik Aziz arif benar dengan sikap fanatik ini.

Tapi sekarang dunia dah terbalik. PAS pulak nak perintah negara dengan DAP. Sebab katanya walaupun majoriti DAP bukan Islam tapi mereka dah tak perkauman dan faham Islam. DAP dah cantik, sempurna, ideal dan dipuja pulak. PAS kata mereka nak kan negara yang adil untuk semua kaum dan tak bersifat kebangsaan. Banyak dasar kebangsaan seperti DEB dikencam kerana menindas, kata mereka. Nampaknya mereka tak percaya bangsa seagama yang memerintah negara melalui BN.

Itulah lidah tak bertulang. Putarlah macamana pun... wak bagi wak pilih. Spinlah sebab kerana taksub dan fanatik yang disemai semenjak sebelum merdeka dulu akan untungkan pemimpin.

Demikianlah dulu dan sekarang. Masa kecik dulu tak tahu apa tapi ingat ayah sin, pak saudara awang adalah Pemuda Tahan Lasak di kampong. Ayah Sin adalah pejuang UMNO tulin sebab masa tu PAS perintah Kelantan. Banyak offer tapi dia tolak. Tapi taulah UMNO, bila perintah tahun 1974, ayah Sin tak dapat jadi tok penghulu - dapat kat orang yang pandai kautim pulak. Merajuklah dia ke Singapura membawa diri jadi mandor dan isterinya Kak Nah buka restoren di Tanjung Pagar.

Betullah Nabil "lu pikirlah sendiri." Awang jawab, "Gua fikir sama lu." Itulah antara kisah pengalaman politik kampong awang, tapi kedua-dua idola awang ni dah kembali kerahmatullah. Mari sedekah alfatihah.

Sunday, August 10, 2008

BOLEH BERKRONI KALAU "LAYAK"


dari ramlyotai.... bacalah dan pikir!

Sunday, August 10, 2008

BOLEH BERKRONI KALAU "LAYAK"


OTAI NAK PETIK BERITA DARI MALAYSIAKINI SEPERTI DI BAWAH:


Nik Aziz pertahan lantik menantu
Aug 9, 08 2:57pm
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan wujudnya unsur kronisme dalam pelantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), sebaliknya dibuat berdasarkan kelayakannya.

nik azizBeliau berkata, Ariff Fahmi Abdul Rahman yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan dipercayai mampu menjalankan tanggungjawab itu setelah CEO sebelum ini meletak jawatan.

"Jadi saya lantik bukan atas dasar menantu tetapi atas dasar kelayakan dia (Ariff Fahmi)," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ni.

Bernama memetik Nik Aziz sebagai berkata beliau telah menjelaskan kepada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu, sebab-sebab pelantikan menantunya itu.

Semalam media melaporkan mengenai beberapa pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) memasuki premis PMBK di Kota Bharu untuk meneliti beberapa dokumen berhubung beberapa isu yang berbangkit termasuk salah guna kuasa.

Nik Aziz sebelum ini berkata beliau sedia disiasat oleh BPR sekiranya wujud unsur-unsur salah guna kuasa dalam pelantikan menantunya itu.

KOMEN OTAI : NAMPAKNYA TOK GURU TERIMA KONSEP MERITOKRASI. UNDANG-UNDANG NEGARA KITA BENARKANKAH KALAU SEBAB LAYAK ATAU MERIT KITA IKIUT TOK GURU TU?

KALAU MERIT BOLEH KE KONTREK, JAWATAN DLL KITA BERI KEPADA ISTERI, ANAK, SAHABAT KARIB, KRONI ? ALASANNYA SEBAB LAYAK..... MERIT. INI PAK SYEIKH DAN PAKATAN RAKYAT KENA AKUR NI.

TEPUK DADA TANYALAH SLERA. POKOKNYA PINJAM KATA-KATA KERAMAT NABIL RAJA LAWAK " LU PIKIRLAH SENDIRI." APA KOMEN SAHABAT KARIB OTAI YANG SAMA-SAMA MENUNTUT DI LONDON 2004 http:/waksirkelantan.blogspot.com?

Friday, August 8, 2008

gurauan liwat


GURAUUUU YEEEE

Mengapa Saiful tak didakwa

SOALAN TERTINGGAL ! TERLUPA !

SOALAN : MENGAPA SAIFUL TAK DIDAKWA? KATA SUKA SAMA SUKA?

AWANG JAWAB : TIDAK DILAPOR POLIS SAMAADA DIA LIWAT ATAU MELIWATI. ISU PUSWARI JUGA TAK LAPOR POLIS! LAPORLAH BARU POLIS BOLEH SIASAT. KALAU ADA KES BOLEH JADI DIA DIDAKWA.

SATU SOALAN SAJA LUPA? NYAYOK KAAAA?

Awang jawab isu liwat


ORANG TANYA AWANGGEDEBER KES PENDAKWAAN LIWAT MELEWAT ATAU SODOMMMMEEEEE.

Soalan: Dah suka sama suka atau syok mengape lapor polis?

Awang jawab : Sebab rasa tanggungjawab dan petriotisme yang tinggi. Nak jadi pemimpin MACAM PERDANA MENTERI, sebagai imam tak leh sodom atau lewat diliwati. Kalau tak lapor berdosa pada agama dan bangsa. Marilah bertaubat dan junjung Quraan yang kita tak kan buat lagi! Lepas taubat boleh jadi imam sebahyang ke tuan mufti?

Soalan : Kes ini jatuhkan maruah Malaysia dan bangsa Melayu yang beragama Islam?

Awang jawab : Kalau diamkan lagi malu. Baik bersihkan nama kita. Lagipun dah banyak kes orang Melayu dan negara dimalukaan. Contuhnya caci dan fitnah pemimpin dan kata negara kita teruk.

Soalan : Adakah PM salah?

Awang jawab : Dia tak campur. Ini kes peribadi... sodommm. Biarlah mahkamah buat kerja dia sebab ini negeri demokrasi. Kita bebas buat apa sahaja maka PM pun bebas tentukan pendiriannya.

Soalan : Siapa yang Awang rasa bersalah?

Awang jawab : Win Win. Tiada pengalah semua pemenang. Tapi kedaulatan undang-undang negara akan menang.

Tanya lagi ya....

Thursday, August 7, 2008

Atas Pagar Jadi Penentu

Hari ini Awanggedeber diyakinkan bahawa UNDI penentu kemenangan di Permatang Pauh ialah pengundi muda berumur di bawah 40 tahun yang dikatakan berjumlah seramai 23,500 orang iaitu hampir separuh daripada jumlah keseluruhan pengundi seramai 58,459 orang.

Awang masih sabar dengar berita ini tapi yang tak setujunya tak adapun apa-apa strategi awal yang nampak ke arah menjejaki mereka. Adakah semua mereka ini pengundi dalam kawasan atau pengundi luar? Adakah mereka ini anak orang UMNO atau BN? Tak ada sapa jawap.

Awang tahu mereka ini GEDEBER macam awang. Orang muda dan kuat. Semangatnya dan daya juangnya power. Mereka ini nak perubahan, reformis, aktivis, lasak, berani sebab Sukarno kata berikan aku 7 pemuda, aku akan goncangkan nusantara!

Oleh itu usahalah cari mereka dan sesuaikan aktiviti tu... jangan buat ceramah, berkelah, bersukan saja. Tapi buatlah debat, dialog dll untuk isi minda mereka dengan perjuangan untuk negara. Hargai minda dan pandangan mereka. Beri mereka peluang untuk tentukan nasib mereka sendiri dalam mendapatkan habuan hidup. Jangan lalaikan mereka dengan politik teka-teki yang macam layang-layang terputus tali macam kawan kita tu.

Wednesday, August 6, 2008

Majlis Peguam 'Main Api'

Geram pulak hari ini.Hai! Awanggedeber diuji lagi kesabaran. Yang hairannya bila Awang yang sawo matang ni cakap pasal hak agama, keistimewaan orang Melayu, bahasa. budaya Melayu sebagai budaya kebangsaan, dicapnya Awang perkauman atau racist. Tapi kalau HINDRAF atau golongan pelampau Cina cakap dikatakan tuntut hak sama kerana mereka warganegara yang cintakan negara. Tapi tak cinta pula kepada pemimpin serta dasar negara. Mana boleh cinta main sekerat2. Ada ke cinta kita pada seseorang dari pusat ke kaki saja tapi pusat ke kepala benci, menyampah. Inilah budaya hipokrit! Munafik! Inilah jatidiri ala batu neraka atau lidah bercabang yang jadi jatidiri manusia zaman ini. Awang fikir ini budaya jatiisrael bukan jatidiri BANGSA MALAYSIA yang luhur berteraskan Rukun Negara.

Geram-geram dulu buat forum "Sosial Kontrek." Kali ini pada 9 Ogos buat forum "Memeluk Islam" pulak. Ini sentuh Artikel 121 dalam Perlembagaan. Sensitif!

Forum ini katanya dijangka akan bincang mengenai isu Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat sebarang keputusan yang melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Ummat Islam.

Awamh geram kerana banyak lagi isu-isu utama dan penting tentang kemanusiaan, ekonomi dan sosial yang boleh diforumkan. Mengapa setiap kali forum kena pilih tajuk yang akan jurumuskan dalam hasutan dan perkara-perkara sensitif yang dilarang dipertikaikan oleh perlembagaan? Apa hak mereka? Siapa bagi mandat kepada mereka? Mana hilangnya kebijaksanaan mereka untuk menyelesaikan isu secara harmoni, tertib dan win win kepada semua pihak?

Geramnya. Kalau Awang keturunan Raja macam Raja Petra Kamarudin atau RPK King... awak lawan dalam blog dan di luar blog. Sebab kuasa Agama ISLAM di tangan siapa?

Monday, August 4, 2008

kaki debat lawan kaki sebat

AWANGGEDEBER RASA NAK MENGAMUK SEKIRANYA DITAKDIRKAN KITA KALAH PR KECIL PERMATANG PAUH KALAU SEBABNYA KERANA JENTERA KITA LEKA ATAU TAK KUAT MEMBANGKANG. AWANG SETUJU DENGAN OTAI SUPAYA CALUN UMNO ADALAH SEORANG PENDEBAT DAN BUKAN KAKI SEBAT. MUDAH SAJE KALAU PENDEBAT IANYA AKAN BERJAYA BERDEBAT DENGAN PAK SHEIKH ANUAR, BERDEBAT DALAM PARLIMEN DAN BERDEBAT NAK SELAMATKAN MARUAH BN DAN KERAJAAN YANG DIFITNAH HABIS2AN.TAPI KALAU PILIH YANG PENDIAM, PEMALU, BERSIFAT BOSS, BERIMEJ KERAJAAN... MAKA KENA SEBAT DENGAN PAK SHEIKH LAH MANJANG. INGATNYA PULAU PINANG... BN ADALAH BERSIFAT PEMBANGKANG. MAKA BANGKANGLAH DASAR PERKAUMAN DAN FORMULA KHALIFAH OMAR TU.

AWANGGEDEBER KECEWA KERANA KELANTAN HAMPIR 20 TAHUN DI BAWAH PAS TAK MEMBANGKANG DENGAN KUAT. SEBAB KURANG PENDEBAT KO WEEIII! KALAU PULAU PINANG PUN TAK MEMBANGKANG MAKA NASIBNYA JADILAH KELANTAN YANG DAH HAMPIR 20 TAHUN SELESA DI BAWAH PAS.

AWANGGEDEBER BERSERU MARILAH KITA JADI AHLI KAKI DEBAT, BUKANNYA KAKI SEBAT!

Friday, August 1, 2008

BANGSA MALAYSIA

AWANG TERPANGGIL ULAS ISU AKAN WUJUDKAH BANGSA MALAYSIA MENJELANG 51 TAHUN MERDEKA?
SUDAH HAMPIR 51 TAHUN AWANG NAMPAK KAUM PRIBUMI BANYAK MEMBERI. PROSES MEMBERI NI BERMULA DENGAN PINDAAN ORDINAN PERSETUJUAN PERSEKUTUAN MALAYA TAHUN 1952 YANG TELAH MEMBOLOSKAN RATUSAN RIBU KAUM PENDATANG MASA ITU DIIKHTIRAF SEBAGAI RAKYAT MALAYA. MASAKINI MEREKA INI WARGANEGARA YANG MEMPUNYAI HAK YANG SAMA DISISI PERLEMBAGAAN TERMASUKLAH HAK MENGUNDI UNTUK MENENTUKAN KUASA POLITIK NEGARA. MEREKA INI PUNYAI SEGALA-GALANYA TERMASUK KUASA MONOPOLI EKONOMI, RUANG KERJAYA, PELUANG PENDIDIKAN UNTUK KEMBANGKAN BUDAYA IBUNDA,PENGUASAAN SEKTOR KORPORAT DAN SWASTA, DOMINASI BUDAYA INDUK MEREKA MELALUI PULUHAN SALURAN TV DAN RADIO DLL. DENGAN BERLAKU TSUNAMI POLITIK SEJAK 8 MAC LALU, MEREKA JUGA DIJAGA KEBAJIKKAN SEPERTI MENATANG MINYAK YANG PENUH. SOALNYA MANA KONSEP TOLERANSI DAN BERTOLAK ANSUR MEREKA DEMI BANGSA MALAYSIA?

ARTIKEL "MOHD ARIF ATAN, UM, UTUSAN MALAYSIA 1 OGOS 2008 MS 13 JUGA PERSOALKAN DI MANA KEUTAMAAN MEREKA UNTUK MEMBINA BANGSA MALAYSIA KALAU ASYIH MEMINTA DAN KAUM PERIBUMI PULA TERPAKSA MEMBERI (PAKSA RELA?). BELIAU JUGA PERSOAL APAKAH ERTI KONSEP BANGSA MALAYSIA JIKA KEPELBAGAIAN DIRAIKAN SEHINGGA ENGGAN MENERIMA DAN BERKONGSI "SATU BAHASA DAN SATU BUDAYA MELAYU" SEBAGAI TERAS UTAMA JATI DIRI DAN PENGUKUHAN BANGSA NEGARA MALAYSIA.

TERCARI IDENTITI BANGSA MALAYSIA. MACAMANA RUPANYA? PENAT JUGA KALAU NAK BENTUK BANGSA MALAYSIA NI HANYA SATU PIHAK KENA HAKIS DAN MEMBERI, MANAKALA PIHAK SATU LAGI HANYA TIDAK PUAS HATI, MEMINTA TAMBAH TANPA FIKIR HIKMAT BERSAUDARA SEBAGAI BANGSA MALAYSIA.

SEKALI FIKIR AWANG NAK BUAT GEDEBER NAK STOP KETAMAKKAN PEMINTA DAN PENDESAK INI. RACIST KE RACISTLAH, DIKATA PERKAUMAN PUN AWANG TAK PEDULI. TAPI DEMI PERPADUAN ADAKAH KITA TAK GEDEBER LAGI?