Monday, August 11, 2008
Lidah tak bertulang
Awanggedeber geram pulak baca post Otai bertajuk layak boleh kroni? Janganlah Otai gembira sangat sebab juak-juak PAS dan PKR akan spin benda tu. Mereka pakar spin. Awang fikir mereka akan salahkan undang-undang dan perlembagaan kita kononnya kerana tak Islamik seperti Fatwa Haji Hadi dulu.
Budak-budak baru dalam politik apa lagi mengamuklah mereka tanpa mereka tahu asal usul PAS tu. Sebenarnya PAS dulu sekitar tahun 1964 - 1969 berlambangkan bulan bintang. BN pula namanya Perikatan berlambangkan kapal layar. Awang masa tu darjah satu tinggal dengan tok di Kampong Kelong, Tumpat, Kelantan (Parlimen Datuk Kamarudin Jaafar - S/U Agong PAS ).
Tatkala dulu PAS fanatik dan perkauman. Mereka kontrol otak dan perintah orang Kelantan kerana marahkan Perikatan perintah negara berkongsi kuasa dengan Cina dan India. UMNO kapir kata mereka. Suasana di kampong berpuak-puak dan tak bertegur sapa kerana politik. Semasa awang main bola sepak, teringat awang seorang wanita koyak dan ambil gambar kapal layar yang ditampal di batang kelapa dimasukkan dalam juburnya. Marah dia, katanya, "Kapir.... padan muka!" Marahnya mereka kat penubuhan Malaysia. Awang tahu Tok Guru Nik Aziz arif benar dengan sikap fanatik ini.
Tapi sekarang dunia dah terbalik. PAS pulak nak perintah negara dengan DAP. Sebab katanya walaupun majoriti DAP bukan Islam tapi mereka dah tak perkauman dan faham Islam. DAP dah cantik, sempurna, ideal dan dipuja pulak. PAS kata mereka nak kan negara yang adil untuk semua kaum dan tak bersifat kebangsaan. Banyak dasar kebangsaan seperti DEB dikencam kerana menindas, kata mereka. Nampaknya mereka tak percaya bangsa seagama yang memerintah negara melalui BN.
Itulah lidah tak bertulang. Putarlah macamana pun... wak bagi wak pilih. Spinlah sebab kerana taksub dan fanatik yang disemai semenjak sebelum merdeka dulu akan untungkan pemimpin.
Demikianlah dulu dan sekarang. Masa kecik dulu tak tahu apa tapi ingat ayah sin, pak saudara awang adalah Pemuda Tahan Lasak di kampong. Ayah Sin adalah pejuang UMNO tulin sebab masa tu PAS perintah Kelantan. Banyak offer tapi dia tolak. Tapi taulah UMNO, bila perintah tahun 1974, ayah Sin tak dapat jadi tok penghulu - dapat kat orang yang pandai kautim pulak. Merajuklah dia ke Singapura membawa diri jadi mandor dan isterinya Kak Nah buka restoren di Tanjung Pagar.
Betullah Nabil "lu pikirlah sendiri." Awang jawab, "Gua fikir sama lu." Itulah antara kisah pengalaman politik kampong awang, tapi kedua-dua idola awang ni dah kembali kerahmatullah. Mari sedekah alfatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
BETULKAH LIDAH TAK BERTULANG?
Post a Comment