Thursday, August 7, 2008

Atas Pagar Jadi Penentu

Hari ini Awanggedeber diyakinkan bahawa UNDI penentu kemenangan di Permatang Pauh ialah pengundi muda berumur di bawah 40 tahun yang dikatakan berjumlah seramai 23,500 orang iaitu hampir separuh daripada jumlah keseluruhan pengundi seramai 58,459 orang.

Awang masih sabar dengar berita ini tapi yang tak setujunya tak adapun apa-apa strategi awal yang nampak ke arah menjejaki mereka. Adakah semua mereka ini pengundi dalam kawasan atau pengundi luar? Adakah mereka ini anak orang UMNO atau BN? Tak ada sapa jawap.

Awang tahu mereka ini GEDEBER macam awang. Orang muda dan kuat. Semangatnya dan daya juangnya power. Mereka ini nak perubahan, reformis, aktivis, lasak, berani sebab Sukarno kata berikan aku 7 pemuda, aku akan goncangkan nusantara!

Oleh itu usahalah cari mereka dan sesuaikan aktiviti tu... jangan buat ceramah, berkelah, bersukan saja. Tapi buatlah debat, dialog dll untuk isi minda mereka dengan perjuangan untuk negara. Hargai minda dan pandangan mereka. Beri mereka peluang untuk tentukan nasib mereka sendiri dalam mendapatkan habuan hidup. Jangan lalaikan mereka dengan politik teka-teki yang macam layang-layang terputus tali macam kawan kita tu.

No comments: