Geram pulak hari ini.Hai! Awanggedeber diuji lagi kesabaran. Yang hairannya bila Awang yang sawo matang ni cakap pasal hak agama, keistimewaan orang Melayu, bahasa. budaya Melayu sebagai budaya kebangsaan, dicapnya Awang perkauman atau racist. Tapi kalau HINDRAF atau golongan pelampau Cina cakap dikatakan tuntut hak sama kerana mereka warganegara yang cintakan negara. Tapi tak cinta pula kepada pemimpin serta dasar negara. Mana boleh cinta main sekerat2. Ada ke cinta kita pada seseorang dari pusat ke kaki saja tapi pusat ke kepala benci, menyampah. Inilah budaya hipokrit! Munafik! Inilah jatidiri ala batu neraka atau lidah bercabang yang jadi jatidiri manusia zaman ini. Awang fikir ini budaya jatiisrael bukan jatidiri BANGSA MALAYSIA yang luhur berteraskan Rukun Negara.
Geram-geram dulu buat forum "Sosial Kontrek." Kali ini pada 9 Ogos buat forum "Memeluk Islam" pulak. Ini sentuh Artikel 121 dalam Perlembagaan. Sensitif!
Forum ini katanya dijangka akan bincang mengenai isu Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat sebarang keputusan yang melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Ummat Islam.
Awamh geram kerana banyak lagi isu-isu utama dan penting tentang kemanusiaan, ekonomi dan sosial yang boleh diforumkan. Mengapa setiap kali forum kena pilih tajuk yang akan jurumuskan dalam hasutan dan perkara-perkara sensitif yang dilarang dipertikaikan oleh perlembagaan? Apa hak mereka? Siapa bagi mandat kepada mereka? Mana hilangnya kebijaksanaan mereka untuk menyelesaikan isu secara harmoni, tertib dan win win kepada semua pihak?
Geramnya. Kalau Awang keturunan Raja macam Raja Petra Kamarudin atau RPK King... awak lawan dalam blog dan di luar blog. Sebab kuasa Agama ISLAM di tangan siapa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment